Do U Know That.....??

23/11/2007

KISAH BOTAK CHIN......Petikan artikel paper (taken from blog)  Terjebak Jenayah Pada Usia 15 Tahun

oleh: Ziauddin Sharuddin

sumber - Berita Minggu, 26 Oktober 2003

NAMA Wong Swee Chin mungkin tidak memberi makna kepada masyarakat Malaysia walaupun itulah nama sebenar Botak Chin. Penjenayah ganas itu dilahirkan dalam sebuah keluarga yang mempunyai 10 beradik di Kuala Lumpur pada 1951. Bapanya ialah pesara jabatan kereta api yang menghantarnya ke sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di Sentul Pasar dan kemudian ke sekolah Inggeris.Dia berhenti sekolah pada usia 15 tahun dan bekerja sebagai pembantu di pasar borong Jalan Tun Ismail selama setahun. Di sinilah, Botak Chin terpengaruh dengan kegiatan jenayah dan menyertai kongsi gelap (Geng 360) yang menguasai kawasan itu. Selepas emaknya meninggal dunia, dia lebih suka tinggal di rumah kawan-kawannya dan terbabit dalam jenayah kecil-kecilan seperti mencuri. Kagum dengan kehebatan rakannya sebagai gangster, dia berpakat bersama tiga rakannya (dua daripada mereka memiliki pistol) melakukan rompakan pertama pada 19 April 1969.Botak Chin kemudian memiliki senjata pertamanya .22 revolver lalu menubuhkan gengnya sendiri dan melakukan lapan rompakan pada September tahun itu. Kegiatan itu berjaya ditumpaskan. Botak Chin ditahan dan dihukum tujuh tahun penjara, tetapi dibebaskan pada November 1974.Dia cuba menjadi seperti orang lain, tetapi pendapatan sebagai penjual sayur tidak memuaskan hatinya. April 1975, Botak Chin kembali aktif dengan menubuhkan geng baru yang dianggotai Ng Cheng Wong (Ah Wong), Beh Kok Chin (Pangkor Chai) dan Teh Bok Lay (Seh Chai). Sebulan kemudian, Botak Chin pergi ke Thailand dan dengan bantuan rakannya, dia membeli senjata api. Senjata itu tiba ke tangannya seminggu kemudian. Botak Chin tidak menunggu lama dan pada 2 Jun, sebuah pusat perjudian haram di Sentul dirompak RM5,800. Dengan duit itu, dia pergi lagi ke Thailand membeli lapan senjata api, menjadikan kesemuanya sebanyak 11 serta 100 butir peluru.

Kawasan lombong tinggal di Kepong menjadi medan dia berlatih menembak dengan anjing liar sebagai antara sasaran tembakan. Botak Chin berasa cukup hebat dan secara terang-terangan mempamerkan senjata apinya di pasar Sentul. Orang yang melihat tidak berani berkata apa-apa kerana takut menjadi mangsa balas dendam. Pada 20 Julai, sebuah bank di Jalan Imbi menjadi sasaran rompakan dan RM95,000 berjaya dilarikan. Dengan RM25,000 sebagai bahagiannya, Botak Chin membeli sebuah kereta Datsun dan melalui rakannya, dia membayar RM3,600 sebagai deposit. Tetapi tidak diketahui sama ada dia membayar ansuran bulanan selepas itu. Sebuah kuil Cina di Jalan Kolam Ayer kemudian menjadi sasaran. Beberapa pemain mahjung dirompak RM10,000 selain barang kemas dan barang berharga lain. Kemunculan semula Botak Chin dengan siri rompakannya mendapat perhatian polis dan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S Kulasingam ditugaskan memburunya hingga ke lubang cacing.

Kesukaran mendapatkan senjata api baru menyebabkan Botak Chin menjadikan anggota polis sebagai sasaran. Dia merampas tiga pistol milik tiga anggota polis dan ketika merompak sebuah bar di Sentul, merampas senjata api pengawal keselamatan. Ketika merompak Kelab Kereta Api Sentul selepas itu, dia mencabar sesiapa di situ untuk beradu kehandalan menembak ala koboi.Pasukan polis terus memburunya dan pada September, polis mengesan kereta Alfa Romeo curi yang dinaiki Botak Chin dan anggotanya.Di Segambut Dalam, selepas dikejar sejauh 3.2 kilometer dan dihujani tembakan polis, kereta itu berhenti dan Botak Chin segera menyelinap di kawasan setinggan di situ. Dalam keadaan kelam kabut, mereka tertinggal sepucuk .38 revolver. Botak Chin bersama anggotanya, termasuk seorang yang cedera ditembak berjaya melepaskan diri dengan merampas sebuah kereta Volvo milik seorang pegawai bank. Pada 25 September, orang kanannya, Chau Kuan (Ah Kuan) ditembak mati di sebuah kedai runcit di Jalan Kovil Hilir, tetapi ini tidak menghalang dia terus melakukan rompakan.

Rompakan terbesar ialah pada 26 Oktober 1975. Dia merampas RM218,000 selepas menembak pengawal keselamatan yang membawa wang di Kelab Lumba Kuda. Hasil agihan sebanyak RM40,000, Botak Chin pergi lagi ke Thailand membeli senjata api menjadikannya memiliki 19 senjata api, lima bom tangan dan kira-kira 1,000 peluru. Bagaimanapun, kedudukan Botak Chin sebagai ketua mula terancam apabila ada yang cuba mencabarnya. Dia bertindak cepat dan beberapa hari kemudian, Tua Pui Lek (ketua geng Lima Jari Gunung) dan anggota gengnya sendiri, Ah Wong, ditemui mati ditembak di kawasan lombong tinggal di Jinjang.Seorang lagi orang kanannya, Seh Chai, pula mati membunuh diri selepas dikepung polis di Jalan Alor.Awal tahun 1976, Botak Chin mengambil anggota baru, diikuti tiga rompakan dengan wang yang dilarikan kira-kira RM400,000. Pada masa sama, tujuh orangnya mati ditembak selain ada yang ditangkap.Polis juga merampas 15 senjata api, peluru dan bom. Botak Chin ibarat pelanduk yang lupakan jerat, tetapi jerat tidak pernah lupakannya. Selepas perancangan rapi polis, akhirnya pelanduk terjerat pada malam 16 Februari 1976.

Setahun selepas ditangkap, Botak Chin mencatat sejarah sebagai orang pertama mengaku bersalah apabila didakwa mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membawa kepada hukuman mati mandatori.Peguamnya, Jagjit Singh, membuat rayuan terhadap hukuman itu hingga peringkat Privy Council yang mengenepikan penghakiman dan hukuman mati itu serta mengarahkan perbicaraan semula.Botak Chin dibicara semula pada 1 April 1980 dan ketika inilah dia mendakwa sebagai Robin Hood moden, merompak orang kaya untuk menolong orang miskin, tetapi sejarah membuktikan sebaliknya.Dia akhirnya didapati bersalah pada 16 Mei 1980 dan rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan ditolak pada 23 September. Rayuan kepada Lembaga Pengampunan juga ditolak. Ketika menunggu dihukum gantung, dua kali Botak Chin menyerang pegawai penjara. Ketika berusia 28 tahun, riwayat Botak Chin sebagai penjenayah ganas dan kejam berakhir di tali gantung di Penjara Pudu pada 11 Jun 1981

___________________________________

Beberapa artikel sebelum ni dah terdelete masa nak update menunjukkan betapa  x frenly nyer laman bodo ini.kalau korang hack laman ni sure settle seme sbb xder database, cuma Kna harap xder sesiapa yg nak buat keje x berfaedah tu.....so kna tulis balik lebih kurang kisahnya.......

___________________________________

Rahsia kepakaran orang Arab

Pada zaman Arab jahiliah, ada dikalangan mereka yg mempunyai kepakaran luarbiasa iaitu dapat  mengenal bayi tersebut kepunyaan siapa dengan cara melihat pada kaki sahaja. ini adalah kerana pada masa itu perempuan arab jahiliah boleh memilih untuk membuat hubungan seksual dgn mana2 lelaki yg dianggap boleh memberi keturunan baik pada mereka....miracle????

_____________________________-

Pondan????

Sumber maklumat ini Kna petik drp intisari ceramah ustaz yg belajar dari Timur Tengah dan sedikit sebanyak mengkaji tentang ilmu perubatan islam. Menurut beliau, pondan itu ada kaitan dengan kesilapan ibu bapa semasa berjimak. sekiranya isteri telah bersih drp haid tetapi belum mandi hadas, sekiranya berjimak & dikurniakan anak, maka anak tersebut cenderung untuk menjadi pondan........Maka hati-hatilah, semoga Allah pelihara kita drp melakukan kesilapan seperti itu........amin.

--------------------------------------------------------------

10/2007

RAHSIA ALAM

Bagi kelas BIT 7 UKM mungkin pernah mendengar perkara ini dalam kelas Dr Zawiyah. Begitu juga rakan-2 lain yang
berminat mungkin lebih tahu tentang hal ini. Biasanya kaum lelaki lebih berminat mengenainya. Melalui sedikit pengalaman, pada kna akidah dan konsep tawakal pengguna itu dahulu yang perlu mantap sebelum dapat memperolehi apa-apa khasiat daripada sumber & khazanah alam. Perlu lah diingatkan sentiasa bahawa kita perlu yakin setiap sesuatu itu adalah bersama dengan keizinan Allh s.w. t. Tanpa keizinan Allah semua perkara tidak akan terjadi, tiada sebarang khasiat / menafaat kpd sesiapa pun sekiranya Allah tidak izinkan. Tapi kita sbg manusia wajib berikhtiar sebelum menyerahkan kepada Allah. Bagi orang yang suka meneroka, perkara ini adalah biasa………….tetapi bagi orang yang baru mengetahuinya, jangan lah beranggapan benda itu adalah seperti azimat yg boleh membawa kepada khurafat seterusnya syirik kpd Allah , Nauzubillah. Kayu Kokka terdapat padanya pelbagai rahsia dan kelebihan sebagai penawar, penyembuh dan pelindung. Apatah lagi jika diguna pakai dalam bentuk tasbih. Kayu Kokka juga boleh menjadi lebih tinggi harga dan nilainya dari masa ke semasa. Kayu Kokka wajar dimiliki oleh setiap individu sepertimana perlunya kotak ‘First Aid’ sebagai persediaan di saat kecemasan atau darurat.

Antara khasiatnya, sekiranya dengan izin Allah sila layari……http://www.darulnuman.com/index.shtml