Overview.....

Pesanan Al-Quran                                      MyBlog

DAN hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan dia dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang sombong, takbur dan membanggakan diri.” (an-Nisa': 36)  Ulasan: Jika sekiranya faham, maka amanlah dunia, senanglah hidup, murahlah rezeki & saling bertolongan dan tiadalah pergaduhan serta permusuhan di mukabumi ini. ini adalah ajaran dari Allah, tetap ramai yang tidak mempedulikannya.

Pesanan Luqman Al-Hakim: Sesiapa yang berbohong hilanglah air mukanya dan sesiapa yang buruk akhlaknya banyaklah dukacitanya.  Ulasan: Sesiapa yang faham , maka akan cuba ia berakhlak dengan ajaran agama, supaya terhindar ia drp dukacita & masalah........Foto penulis ~ Mac 2010
One tree can start a forest; one smile can start a friendship.One touch can show you care; one friend can make life worth living for...Yg menariknya jadi lah seseorang iaitu special fren yg seorang tu, biarlah abadi dalam hati banyak orang...........

Penulis d Opis ~ Mac 2010

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Januari 2011

Jika kita sayangkan anak, berilah mereka agama, jika kita kasihkan mereka, pagarilah ia dgn peraturan & displin agama. Hari ini manusia interpretasikan kasih sayang kepada anak melalui pakaian berjenama, hiburan terkini & teknologi termaju, kemudahan tercanggih , kelas2 tuisyen tanpa henti dan menombor-2-kan pendidikan agama & ilmu AlQuran. Kadang2 allow anak ponteng kelas agama/ mengaji Quran untuk memberi laluan kpd tuisyen akademik & lain2 xtvt yg dianggap lebih penting. Ilmu & pendidikan itu penting, ilmu dunia & ilmu akhirat penting untuk jaminan keselamatan hidup dunia juga akhirat tetapi janganlan meremeh & memperlekehkan pendidikan agama berbanding pendidikan akademik semata-mata..........
Setelah mereka remaja & dewasa , bila mereka menyimpang drp landasan, kita terkedu, kita akan claim kita telah mendidik mereka dgn ilmu pengetahuan, mereka masih mengecewakan kita? Kenapa kita tidak persoalkan , sejauh manakan usaha ikhtiar kita ke arah menjadikan mereka, zuriat & keturunan kita sbg orang yg beragama? Hanya agama yang akan menjamin mereka akan berfungsi sebagai manusia sempurna, walaupun kerjaya mereka nanti sebagai pakar profesional atau tokoh korporat atau pemimpin, atau nelayan atau petani atau pun tukang sapu. Wallhua’llam.

*** Sekarang time limited, so bukan suka sgt bertukar pesen website or blog, tapi krn kesuntukan now prefer update catatan di laman blog berikut sbb ianya lebih ringkas, emel, fb & blog, so if ada byk free time, buleh lah jengah semula losong . By default akses je la blog simple ni.*****
whoana-arina.blogspot.com/

Disember 2010 ~ selamat jalan kenangan.....(2010)

Sebenarnya rasa nak berhenti trus dah menulis website ni since xder free sangat, tapi bila bersendiri, byk pula idea datang berlambak-lambak, rasa nak tulis pula. Tp bila free idea x datang. Bidang menulis ni dah lama bermula bkn sejak kenal web & blog, ianya bermula sejak form 1 lg 1983. Kna perlukan 1 buku nota untuk mencatat apa saje perkara yg terlintas. betul2 implemen masa form 3. Daripada senikata lagu2 kegemaran, artikel, sajak, cerpen, vocabulary english & sinopsis criter yg ditonton kat tv, vocab Bhsa Arab, luahan hati sbgai teenager dan sebagainya. Jadi mcam mustahil pula untuk stop begitu saja.  Tadi pagi semasa melintas temp DJ kat foyer MARA, terdengar suara DJ tu greet para pelawat MARA, cam bes pula, terlintas pula tentang angan2 Kna nk jadi DJ macam x pudar, macam nak rasa pula. hai diri dah tua dah, almost 41 yrs old. Lupakan saja. Now musim anak2 mengejar impian pula. Ayah Su dah pegi DQ - Darul Quran spt yg dicita-2kan. Adik Wari pon dah setahun plus, semalam dah botak kembali 4 d third time.... Tis coming 2011, 4 akan mulakan persekolahan dr Drj 1, 3, 5 & 6. Hopely seme berjalan lancar. Amin


RENUNGAN -  OKTOBER 2010

Semasa duduk2 lepas solat maghrib malam tadi, terdengar perbualan Dj IKIM dgn seorang Ustaz; Ustaz memberikan takrif "ILMU YANG BERMENAFAAT" mengikut pandangan Imam AlGhazali : Ilmu yg bermenafaat ialah 1- ilmu yg menambahkan takut kpd Allah; 2 - ilmu yang membuka aib diri sendiri untuk pembaikan diri sendiri; 3- ilmu yang menambahkan kebimbangan tentang negeri akhirat dan meringankan hal ehwal tentang negeri dunia. Cantik sekali penerangan & huraian ringkas beliau. Suami memaklumkan bahawa beliau merupakan seorang Pensyarah yg pernah mendapat pendidikan Pondok. Harap ianya dapat memberi menafaat pada kita semua.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ketika Nabi Khidir hendak berpisah dengan Nabi Musa, dia (Musa) berkata, “Berilah aku wasiat”. Jawab Khidir :

1. Wahai Musa, jadilah kamu orang yang berguna bagi orang lain.
2. Janganlah sekali-kali kamu menjadi orang yang hanya menimbulkan kecemasan diantara mereka sehingga kamu dibenci mereka.
3. Jadilah kamu orang yang senantiasa menampakkan wajah ceria dan janganlah sampai mengerutkan dahimu kepada mereka.
4. Janganlah kamu keras kepala atau bekerja tanpa tujuan.
5. Apabila kamu mencela seseorang hanya karena kekeliruannya saja, kemudian tangisi dosa-dosamu, wahai Ibnu Imron
------------------------------------------------------------------------------------------------------

Artikel baru - 20 Julai 2010

X sempat nak menulis sendiri maka Kna cuma publish 2 artikel yg Kna kira menarik untuk dihayati yg dipetik drp akhbar harian dan emel.
1. Kedudukan Tasauf dalam Islam - artikel agama yg sangat menarik & ilmiah
2. An Amazing Love Story
- very touching , sob-sob :( . (forwarded from seseorang bebrapa thn dulu, kawan2 rasanya tetapi kerana critenya sungguh menyentuh hati, maka Kna simpan. Beberapa tahun kemudian Kna terbaca pula crite sama dalam versi bahasa melayu di sebuah akhbar harian)


Ni Gambar baru, artikel x sempat nk produce........Julai 2010

anok2 terbaru
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Julai 2010 - x sempat nk layan website ni, tgklah gambar2 thn lepas ni....Ini adalah senarai kwn2 setia Kna dr kecil, mereka dlm byk masa tidak sependapat ngan Kak na tapi mereka adalah orang-2 yang kenal KakNa dan mereka menceritakan siapa Kna jika orang bertanya, wp pun mereka bukan penyokong atau sealiran pemikiran tp mereka akan berkata jujur tentang diri Kna, seorang lagi ialah ABAH, ayah Klong. Jika apa-2 berlaku merekalah rujukan.....






-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jun 2010
-  (Personal Webpage - frm 2007)

Ruhana Jusoh menulis bukan untuk dikenali, x juga 'commersial purpose', bukan kerana politik kepartian, bukan kerana glamer, bukan juga kerana Arif atau berilmu tinggi, SEKADAR mencatatkan apa yg telah dilalui sepanjang kehidupan, minat dan kesukaan serta catatan pengalaman diselitkan dgn pesanan  para orang tua, ustaz dan ilmuan terdahulu sebagai pedoman dalam melayari bahtera kehidupan sebelum tiba di destinasi d Alam Lain. Mungkin ada yg tersasul & tersilap kerana kadang2 ianya hanya merupakan pandangan peribadi.

Pesan Berpesan
1.
Khalifah Umar menyatakan bahawa: "Antara hak-hak anak terhadap ayahnya adalah ayah hendaklah mencari isteri yang baik untuk menjadi ibu kepada anak-anaknya yang bakal lahir ke dunia.Setelah anak itu lahir, hendaklah si ayah memberikan nama kepadanya dengan nama yang baik. Dan setelah anak itu besar, hendaklah diajar membaca al-Quran".

2. Ustaz mengingatkan: "Siapakah orang-orang yg boleh bersabar atas kejahatan 2 perkara, iaitu kejahatan lidah dan kejahatan perbuatan manusia? Orang-orang yg mampu bersabar atas kejahatan 2 perkara tersebut hanyalah para Wali Allah & Orang-2 Sholeh" ahh sungguh terharu, di manakah kita? level awam ini, bila saja ada musibah, mengeluh @ menangis @ termenung @ susah hati? Pk pk lah.....

Sambung SUSUR GALUR
tempohari......(especially untuk tatapan adik2.....)
Sekiranya tempohari telah diceritakan bahawa nenek Ayah sebelah mak adalah pure dari Istana, maka kali ni nak tambah info bagi sebelah Ayah pula atau Datuk kpd ayah. Arwah ayah kami adalah JUSOH bin Awang, maka ayah kepada Awang ni adalah seorang hafiz yang buta . (Kna x pasti buta sebelah @ ke-2 belah matanya). Maka mengikut criter Pak Muda Aziz, ayah kpd Awang ni yang merupakan moyang kami merupakan org alim cum hafiz Quran yg sangat tegas dan akan mengejutkan anak cucunya solat subuh dgn kata-2 spt " wahai iblis, bangun!" . Begitulah lebih kurang, Kna x berapa ingat sbb dah lama. Kesemuanya adalah drp Kelantan. Jadi tidak pelik kalau unsur berpoya-poya x guna plus 'lebai  x jadi'  itu membentuk karekter kami.

Bagi belah mak kami pula, adalah mak nya drp keturunan Arab dari Terengganu, hensem, kuat bekerja & kaya harta tetapi (kurang sedikit penekanan agama) manakala  ayah mak pula adalah drp pasir Mas, Klate yang berkulit gelap, x hensem, bekeng & sangat-sangat tekun bekerja serta memiliki ilmu ketukangan dan mengukir yang tinggi, meminati seni dikir barat tetapi kurang sedikit dalam bab agama. Maka gabungan kesemuanya membentuk karekter kesemua kami 12 orang. (11 masih ada).

Jadi pesanan kepada anak-anak Jusoh bin Awang, pilihlah karekter mana yg dikehendaki bagi mewarnai diri kamu. Sekiranya kita nak kepada kebinasaan, kita x payah renung & kaji susur galur semua tu, buat apa saja sesuka hati kita. Tetapi jika kita inginkan kebaikan dan hendak bertemu Allah dgn penuh dredhoi, maka pilihlah jalan jihad, jihad besar & kecil, lawanlah kejahatan diri sendiri dan menangkan kebaikan diri sebelum, berkecimpung dgn dakwah dalam masyarakat, bangunkan sifat baik, luhur dan Soleh sebelum menyibukkan diri dengan orang ramai.


CINTA- 'Love is a power' - 23 April 2010

Cinta merupakan power dan cinta juga merupakan satu seni, sesiapa yg x dapat menguasai seni ini, maka rumahtangga akan berantakan, hidup jadi haru biru & kacau bilau walaupun anda mempunyai otak yg bagus, kelayakan akademik berjela, harta melimpah dan rupaparas yang cantik/hensem. Ianya merupakan gifted talent atau suatu kemahiran yg perlu dibentuk dan diapplykan. Kuasa cinta boleh menyebabkan orang gemuk menjadi kurus(Mok Teh? hhehheeehe) & orang kurus menjadi gemuk. (walau pun Mok teh bermati2an menafikan krn program dietnya bermula sebelum kenal seseorang....., ye??? Jgn marah Mok Teh)
Yang lebih menarik lagi 'angau' dlm bahasa kasarnya ini betul2 berkuasa men'transformasi'kan orang tua seperti contoh 'forties back to twenties'. Memamg hidup jadi bererti dan penuh berbunga-2, macam muda kembali....hahhahahaa.(Kalau x percaya tanya TiniePutry). Sebab itu dalam kehidupan harian kita, walau siapa kita & apa karier kita, jangan kita berbangga semata-mata dgn pencapaian akademik sahaja, kita perlu menguasai pelbagai bidang dalam kehidupan sperti No 1 adalah agama, seterusnya akademik, seni, bahasa, kemahiran teknikal dan berbagai2 lagi cabang ilmu lain untuk menstabilkan lagi kehidupan. Cth: kalau kereta kita rosak, kita boleh baiki sendiri? Kalau kita mati, kita boleh uruskan sendiri jenazah kita? kalau paip bocor, bule buat sendiri? Sebab itu kita perlu menghormati sesama sendiri , x kira siapa dan latarbelakang akademik serta kerjaya mereka, orang kampung, orang bandar semuanya sama, xder yg hebat atau yg hina sebab Allah mengatakan "yg terbaik antara kamu adalah yg paling bertaqwa kpd Allah".

Kalau pun kita terlanjur bercinta, sebelum bercinta kita telah memiliki Iman yg Teguh, ilmu yang mantap, akal yg sihat & waras, akhlak yg terpuji, barulah sukar tersilap langkah. Walaubagaimana Cinta sekali pun kita xkan tersasar melebihi ketetapan agama dan undang-2 sosial. Barulah hidup tetap ceria, sokmo dan selama-lamanya.......

___________________________________________________________________________

Hadirmu memadamkan segala rindu ......
serta melenyapkan semua kesakitan terdahulu, semoga Allah membantu ku mendidikmu menjadi ank Soleh  Tiada kudrat dan kemampuanku sekiranya Allah tidak membantuku. Cita2 ibumu ini  dlm membesar & mendidik semua anak2 hanyalah supaya kesemuanya dapat melaksanakan amanah sbg seorang manusia yg d utus ke dunia untuk berbuat kebajikan dan kebaktian dgn penuh tunduk kpd sang Maha Pemilik & Pencipta. Sekiranya aku pergi dulu , sambunglah segala perjuangan dgn penuh taat setia & jujur terhadap PenciptaMu walaupun sukar......
Derong seme xnak tido d bilik, katil tinggal kosong, kat ruang tamu agak sejuk, so kalau dah kg tu kampung la jugak....
Nota Untuk anak2ku yg kian meningkat  usia menuju remaja........
____________________________________________________________________________

Hari itu 12 Mac 2010 - minggu pertama cuti sekolah.......

Seperti kebiasaan Ayoh Ngoh akan datang dr kg untuk ambik 2 anaknya d KL setiap kali cuti sekolah menjelang. Malang baginya hari tu, hujan renyai dan katanya dia bawa dlm 80km/j shj di konpemkan oleh isterinya. Masalah brek menyebabkan kereta terbabas ke bahu jalan seterusnya jatuh kegaung yg mengakibatkan keta nya hancur total lost dan 4 pokok getah tumbang. teruk Ayoh ngoh & isteri di'kerja'kan. Siapakah yg mengerjakan nya kalau tidak ALLAH maha Pencipta. Dia lah Tuhan segala pemilik & Dia berhak berbuat apa saja ke atas hambanya. Sedih mengenangkan nasib Ayoh Ngoh yg selalu sudah jatuh d timpa tangga, patah kaki tersadung atas najis & tersemban ke lumpur.....bgtu perumpamaan ttg nasibnya, harap Ayoh Ngoh terima dgn redho dan mohon ampun padaNya atas kesilapan & bersyukur masih bernafas untuk memperbetulkan keadaan sekiranya perlu. Begitulah musibah , bila nak datang tidak ada sebab yg menasabah pon boleh berlaku, terbabas sorang tanpa mengantuk, tanpa laju & tanpa melibatkan kenderaan lain dsb. Yang tambah menyedihkan , keta berguling-guling ke gaung, bonet tercabut, ayoh Ngoh tercampak keluar dlm semak & pengsan. CikNgoh berjaya kluar sambil menangis & cari suaminya.  Bila dah sedar, ke2 nya berusaha keluar drp gaung slow2 dan duduk d tepi jalan besar menanti pertolongan pengguna jalanraya lain. Malangnya tempat itu dekat selekoh menyebabkan orang ramai susah nampak & terlepas pandang ditambah pula x nampak keta yg xciden tersebut jadi mungkin orang waswas nak berhenti. Isterinya menangis d samping a.Ngoh yg muka berdarah-darah DAN masa tu lah Ayoh DO call dr kampung nak tanya dok kat mana, nak tukar keta katanya. (ayah Do bagai terpanggil nak call). Ayoh Do berkejar ke sana, dan bila A.Do dah sampai ke K.KRAI -lbh kurang 1 jam perjlanan  dr Jerteh baru ada sorang hambaAllah yg tolong ambik mangsa....ke Hospital Lipis. TERIMAKASIH banyak2 kpd orang itu yg x dikenali menaiki Wira aeroback, derong x sempat amik apa2 contact to say TQVM, semoga Allah melindungi orag itu yg baik hati. Kejadian berlaku berdekatan dgn Petronas felda Kechau, Lipis......sambung if available.
Sambung sket lagi......Masa Ayoh Do tiba d kwsn xciden setelah beberapa kali berpusing sbb lokasi kete jauh tersorok ke dlm gaung dan hari hampir malam, dia yg datang berseorangan terpaksa buka kasut dan turun ke gaung dgn berhati-hati dan terpaksa memunggah barang level demi level untuk ke atas. Lagi pon dia x bawa apa2 peralatan wlaupun torchlight, sib balik terjumpa torchlight dlm pajero yg hancur tu. Bila dah semakin gelap dia dah x larat nak mencari2 lagi brgan kecil yg bertaburan.....lalu dia naik ke tepi jalan semula & sempat pk, katanya" drp mati d cekik hantu sorang2 d sini, baik dia kluar dulu'" . Bila dia g jumpa Ayoh ngoh kat wad. Ayoh Ngoh kata" berani mu Sam, sore2 d situ". Ayoh Do kata " akukan agen FBI". Pastu masa bercriter tu Kna soal dia balik" awak tahu ke maksud FBI tu apa?" Ayoh Do kata "ntah, dia x tahu pon" lalu kami sama2 ketawa...........................

The Federal Bureau of Investigation (FBI) is an agency of the United States Department of Justice that serves as both a federal criminal investigative body and an internal intelligence agency. The FBI has investigative jurisdiction over violations of more than 200 categories of federal crime. Its motto is "Fidelity, Bravery, Integrity", corresponding to the FBI initials


Masa kt U....90s      Masa Raya 2009                                Masa xciden
Musibah
terbhg kpd 2, iaitu sebagai ujian bagi orang yg beriman untuk meningkatkan imannya atau sebagai sedikit hukuman sbg peringatan atas kelalaian kpd orang yg menjadi perhatianNya. Jadi x apalah klau begitu, sebab kita yang menjadi perhatianNYa, sekurang2nya kita ada masa untuk bertaubat & mengakui kelemahan kita. "Bala itu pelita orang Arif".

Pajero - Redholah Ri atas segalanya & moga Allah memberi ganti yg lebih baik daripada ini.

Another isi Ceramah di cafe.....29/03/2010

Apakah rahsia atau jalan-jalan untuk mencapai kesenangan. Dalam kehidupan kita, semua orang m'punyai masalah dan semua orang bercita-cita nak jadi kaya serta mahu kesenangan dalam hidup. Tetapi x tahu apakah rahsianya, menyebabkan kita gagal untuk bahagia & senang. Misalkata sekiranya kita ada masalah, bagaimana akan diselesaikan, dan penyelesaiannya menjadi mudah, maka ustaz ada memberitahu; Allah telah menyatakan bahawa rahsianya ialah  ayat pa'amma man at'tho wa'ttaqo~ banyaklah bersedekah dan bertaqwalah kepada Allah", maka terbukalah segala rahsia kesenangan dalam hidup. Ramai yang mendengar tetapi tidak berapa yakin, ramai yg tahu tapi x ingin xplore, ramai yang percaya tetapi tidak ingin mengamalkannya -  Wallahua'llam.

Ketika Nabi Khidir hendak berpisah dengan Nabi Musa, dia (Musa) berkata, “Berilah aku wasiat”. Jawab Khidir :

 

1. Wahai Musa, jadilah kamu orang yang berguna bagi orang lain.
2. Janganlah sekali-kali kamu menjadi orang yang hanya menimbulkan kecemasan diantara mereka sehingga kamu dibenci mereka.
3. Jadilah kamu orang yang senantiasa menampakkan wajah ceria dan janganlah sampai mengerutkan dahimu kepada mereka.
4. Janganlah kamu keras kepala atau bekerja tanpa tujuan.
5. Apabila kamu mencela seseorang hanya karena kekeliruannya saja, kemudian tangisi dosa-dosamu, wahai Ibnu Imron

ARTIKEL BARU ~ 20 JULAI 2010

 


 

 

Ketika Nabi Khidir hendak berpisah dengan Nabi Musa, dia (Musa) berkata, “Berilah aku wasiat”. Jawab Khidir :

1. Wahai Musa, jadilah kamu orang yang berguna bagi orang lain.
2. Janganlah sekali-kali kamu menjadi orang yang hanya menimbulkan kecemasan diantara mereka sehingga kamu dibenci mereka.
3. Jadilah kamu orang yang senantiasa menampakkan wajah ceria dan janganlah sampai mengerutkan dahimu kepada mereka.
4. Janganlah kamu keras kepala atau bekerja tanpa tujuan.
5. Apabila kamu mencela seseorang hanya karena kekeliruannya saja, kemudian tangisi dosa-dosamu, wahai Ibnu Imron

 

 

 

ASAL USUL KETURUNAN. Mok Teh, tolong betulkan klau silap.....(dia pakar sejarah yg suka tido pagi...)

Mengikut cerita, Mok Wa (nenek) ayah adalah generasi pertama dr istana yg kawin ngan rakyat biasa. Beliau telah lari drp istana pada malam istana diserang oleh Raja Siam dgn berpura-pura mengambil ka’ti (pengacip pinang) yg terjatuh ke tanah. Sejak itu Mak Wa menjalani hidup sbgai orang biasa tetapi sesekali ada juga berkunjung ke istana (selepas perang agaknya). Gemuloh Wa (nenek kami; mak ayah) pula merupakan anok Mok Wa dgn ore biasa yg dah kure ‘tulah’nya (biso Rajo). Manakala crito mulut Pok Mudo yakni adik ayah pula memaklumkan bahawa asal usul sebenar /susur galur sblum terlibat dgn kerabat Kelantan (asal Pattani) adalah berasal drp tanah Jawa iaitu drp Kesultanan Jawa yg ramai anak & suka bergaduh, maka dihantar separuh ke Tanah Melayu dgn bantuan Jin.............hehheh x tau lah sejauh mane benarnya. (Tp Pok Muda ada memberitahu ciri keturunan ini adalah agak berlagak & x mahu kalah ngan orang.....(meto laaa....)) hahhahhhhaaha.

Sekiranya segala fakta ini adalah betul sekalipun, maka jika ianya mampu memberi jaminan yg kita tidak akan diseksa kubur/neraka oleh Allah pada hari akhirat, barulah betol2 biso. Klau semua salasilah & keturunan ini tidak memberi jaminan apa-apa kepada kita berkaitan hari Akhirat bermakna kita semua sama saja & perlu berusaha bersungguh2 spya tidak dimurkai Allah di dunia & akhirat dan dipelihara Allah drp siksa neraka& azab kubur serta kemurkaanNya....Wallhua’llam.
p/s : Mok Teh betulkan & sambung kisah istana....k

+++++++++++++
24/03/2010
Napok cam hensem jer Ayah Su , maka KakNa amik dr facebook asu....(Jgn perasan wp hensem, sbb hemsem x kenyang....)
Sebenarnya nak letak gambar2 eksiden ayoh Ngoh masa cuti sekoloh baru ni tp seme foto msh kt hpone. Ayoh Ngoh saling x tumpah cam negro sesat masa tu ,sbb muka seme bengkak & bibir jadi besar & hitam. Nantilah ada masa nanti Kna upload. Nak tazkiroh cket ko ayoh Ngoh wp Kna rasa dia x ikut sgt laman web Kna ni....Berkenaan A.su pula Mok Teh ada beritahu yg pada pilihanraya perigkat skoloh Ayah Su telah tewas pada rakannya yg  akhirnya menyandang jwtn Kapten asrama, tetapi Asu menang juga sbb ustaz adakan pula sesi interbiu, maka akhirnya Asu tetap jadi Ketua Murid, rasanya Ustaz tu bias sbb nak pilih asu jugak jadi Ketua murid. Apa2 je lah asu, yg penting jalan kan tugas sebaik mungkin DISAMPING jgn lupa mengungguli pula kecemerlangan akademik sbg bukti asu mmg layak menjadi Ketua & bijak pula mengurus masa & kena rajin tolong mak masa cuti , jgn asik dok main games manjang.....sbb nok jadi Anok Soleh.

Cikdo pon sama, ada pluang tolong mak byk2 sbb masa mungkin dah x byk mana untuk berbakti, sedangkan mak sudah tua, kita pula asik d rantau.....

Biar ada banyok kesian belas dan ihsan yg besar pada ore tua, barulah berkat hidup, bukan nanti asik x abis2 kesusahan menimpa, itu kadangkala adalah hasil drp kurangnya kebajikan dan kebaktian kpd ibubapa. Wbgaimana bijak , pintar & terhormat sekali pon jika kurang bijak dlm mengembirakan ore tua, hidup jadi kelam kabut, haru biru dan kurang teratur. Pandanglah kehidupan drp kacamata seorang Mukmin berlandas kan agama bukan semata2 dr sudut intelektual dan pelajaran akademik saje.
PESANAN BUAT ADIK2 TERCINTA......


3 mths.....my babe (16 Mac 2010)


Skrang dah pandai senyum & gelak, klau tgh mood baik, nampak je muka orang dia senyum, tp kalu time nak tido, mengamuk laa...Dia lah bintang hati, abg2 & kakak2 akan berkerumun mencium & mendokong nya ke hulu ke hilir, maklum dah lama xder baby. So x sempat nk pk artikel, sibuk pula d opis & d rumah.....mcam2 idea datang lately, pastu nak criter juga pasal kisah malang Ayoh Ngah accident kat Lipis.......bye.

SEPANJANG Berpantang di kg semasa cuti sekolah Dis 2009
Anak2 & anak buah ber'camping' blkg umah mak, bila cuti hampir berakhir, datang ribut meranapkan seme khemah ayah Ngoh




Ayah Su, Harap terus istiqamah......dlm pelajaran & kehidupan.

Baru berkesempatan selak web ayah Su, wah-2 awal2 lagi dah terserlah , nampak benar jiwa remaja dari aliran agamanya, kerana Kna telah melaluinya dulu, waktu remaja camni mmg agresif & bersemangat, ye lah x lekang drp kuliyyah subuh, ceramah & kuliyyah agama, banyak pendedahan ke arah itu......sbb itu klau kita perhatikan, jika ada demonstrasi2 jalanan para remaja & penuntut U biasanya drp kalangan majoriti yg ikut serta. Darah panas remaja mungkin kena dgn jiwa perjuangan kepolitikan yg dicanangkan oleh tokoh2 politik semasa. hingga kadang terlupa ilmu agama itu banyak cabangnya. Teruskan lah.... mungkin kita kena longgarkan/biarkan sedikit kecenderungan itu, tapi harap berpada2 & jgn sampai terganggu pelajaran di sekolah sudahlah. Klau x silap Kna akhir tahun lepas Ayah Su merupakan calon pertama sbg ketua murid Sek Men (U)Tok Jiring (klu di Klate sek ni glamer cam Ma'ahad Muhammadi lah), wp ayah Su menolak pd awalnya., tkut x terbawa beban . Harap ayah Su dapat mengagihkan masa dgn cukup bijak antara akademik & aktiviti luar spya x tertinggal pelajaran & pada tahun ni kalu  boleh kurangkan sikit terlibat dgn ceramah2 politik untuk memberi tumpuan kpd pelajaran. Di sini saja ruang untuk Kna memberi pandangan kerana keterbatasan masa berbual dgn adik2. Bukan menyekat @ menghalang, utamakan dahulu amanah yg terpikul sbgai anak, barulah seterusnya amanah sbg anggota masyarakat. Luaskan pandangan melangkaui batas pemikiran dan akan kita dapati ilmu agama itu bukan terhenti setakat itu sahaja, sangat luas & pelbagai cabang......Wallahua''llam.
masa raya 2009

A.Su Raya 2009                                  A.Su Raya 2008 dgn Ayah Teh

Klau dah nak rugi...16/02/2010

Pada hari Isnin 15hb kami semua konon2 rushing dr kampung, btolak kul 6.30 pm semata2 sbb nak sampai awal KL, CikDo naik bas ke Ipoh kul 900 pagi kat Pudu esoknya. Tapi klau dah nak rugi mcam2 bole jadi. Pagi tu kami masuk pagar kem sewaktu org azan Subuh sbb 2x singgah tepi jalan , tido......sejak usia meningkat, x tahan mengantuk! Malangnya terlelap slps solat subuh hingga 8.45 pagi, baru terjaga selepas puas maid mengetuk pintu bilik, mmg tido mati!!! Bangun tergesa2 pakai tshirt long sleeve dan kain batik, x pakai serkup dgn tudung lebih kure, herot perot, Kna pecut Kancil wp sebenarnya Kna masih x bawa keta manual selepas pantang sbb x cukup 100 hari lagi, nak cepat pyer pasal. Tiba PuduRaya 9.02, pagi, lewat 2 minit... bas dah bertolak, CikDo pula terhegeh2, akhirnya Kna yg awalnya niat nak drop dia & trus berlalu, terpaksa pula pusing blok Cahaya suria /Maiden cari parking, dgn berkain batik & tshirt terpaksa bergegas ke stesyen bas sambil heret Klong & KakNgah yg berserabai, ikut x mandi pagi.......mmg kampung kaw2 laa. Terpaksa beli tiket lain untuk CikDo sambil mulut bising berleter. Begitu lah kalau nak rugi, camana kita cuba, akan ada halangannya.....& Kna kena redho je lah, mugkin ada salah silap yg Allah nak hapuskan dosa @ sbgai hukuman atas kesilapan @ kelalaian sendiri. burn la dlm RM30 ++ :)  .

Penjenayah, new method / new tactic! be careful....5/02/2010

Pagi ni terbaca kat paper tentang guru tadika yang telah dipukau dgn menggunakan perantara kertas puja menjadikan mangsa lupa & dungu serta mengikut saja segala arahan penjenayah serta x melawan. Ianya disedari setelah lama & kerja2 menyamun selesai dgn sempurna. Telah menimpa saudara terdekat pada 2 hari lepas dgn modus operandi yg sama di mana kerugian dianggarkan lebih drp RM6000  dari pkul  lbh kurang 1 tghari - 4 ptg. mangsa tersedar setelah dihantar balik & kesemua aset telah berpindah milik. Cuma nasib baik tidak dijual mangsa serta tidak diapa2kan fizikalnya.So kawan-2 diluar sana , berhati2. Mangsa biasanya pompuan.

A long maternity leave ~ 4 Feb 2010

Requested by somebody that loyal maybe, she told me that she miss my story. Just smiled to her & said " xder mood la kak". Gambar baby ada kat laptop tp x sempat buat apa2 lagi. Rasa 'appreciated by her' since dia sentiasa mengatakan tulisan Kna kena dengan jiwanya. Mungkin bagi pembaca yang sentiasa mengikuti tulisan & criter simple di site ni adalah orang2 yg merasakan tulisan/ artikel Kna menarik hati @ ada persamaan kisah hidupnya @ mungkin peminat (perasan penulis :) !!!! hehhhe).

Selepas 5 thn berehat x bersalin & now kembali mempunyai baby, tentunya jadual harian byk teranjak. Kalau dulu after 5.30 ptg still silau2 online paper b4  balik, sekarang dah xder. Berkejar balik ingatkan 'baby Hawari' sedang menunggu minumannya. Korbankan RM1.50 ikut AKLEH untuk elakkan jam wp jarak sebenar ker umah dekat sajer ikut jalan biasa . Masa weeked pula wp ada streamyx, tp kena berebut ngan anak2 yg nak tgk "Tom&Jerry  & Popeye". Bila derong berhenti / tertidur hari dah malam mula mengantuk. Waktu siang kebetulan laptop 'idle', baru nak touch, nak buka facebook, suami g dok sebelah berleter " oooo Umi dah gila benda ni lak......" Termalu sendiri & berlalu. Lalu bila masa je yang sesuai? So hari ni mmg tiada idea istimewa melainkan cerita2 hambar after 2 mths rest. Hari tu Kna bersalin di HUSM Kubang Kerian, normal dgn berat bb 3.64kg, bb lelaki & muka ala2 Hakim & Klong sesekali ada rupa Asma' & Ahmad (Nanti Kna uploadkan fotonya) pada petang 30/11/09, selepas melalui kesakitan yang panjang bermula pada 29/11 malam lagi. Pengalaman Kna bersalin semua x senang,mungkin krn banyak dosa dgn Allah & manusia (Ampunkan saya). Anak lelaki lebih susah drp anak pompuan tapi kali ni paling ngeri.....................and lastly, I'm forty now !(40 years old).


Baby Hawari
(atas) left- just arrived), mid - day 16, right - nk g mandi pagi
(bwh) left- 2 mths already., mid - tido nyenyak, right - senyum x mandi lagi...

Raya Haji 2009

5/02/2010
~ Sambung semlm. Teringat pula cabaran2 masa peknen anak ke5 aritu, berat badan yg meningkat akibat kesalahan sendiri b4 peknen menjadikan 1 masalah hingga mcam nak menangis dlm bilik air masa ambik wudhuk, cam x boleh nak gosok kaki masa basuh kaki, susah nak tunduk. So now bila dah selesai & badan agak susut sedikit, sangatlah leganya......now lebih berhati2 spya x teruk cam hari tu. Tapi masa usia kandungan 4 bulan, Kna nekad drive sorang ke kampung dgn membawa anak2 & adik ipar pompuan balik ikut Terengganu. Agak mencabar, nasib baik semua selamat.  Masa tu dlm hati Kna  berdoa sekiranya baby itu lelaki, dia  jadi seorang yg berani & bertanggungjawab & sekiranya pompuan dia akan jadi anak yang berdikari, x menyusahkan orang. Harap2 doa itu dimakbulkan, amin.


Gambar lama kakak & abang baby

Katanya dah nak meletup, tp masih ada.......Nov 2009

Sebenarnya due pd 26/11 tapi langkah dah pendek2, jln pon dah slow2, sedikit sakit......& mmg keletihan & berat sgt. Sekiranya lepas ni xdan nak buka notebook & streamyx, maka ini adalah catatan terakhir b4 deliver tapi biasanya Kna ni x cepat mana. Pagi ni ntah kenapa dok teringat psal Zodiak, atau budak2 panggil bintang. Klau org Melayu lama berkitabkan "bintang 12", maka zodiak @ ramalan bintang ni pon lebih kurang juga. Ilmu ini wpun terkenal di lingkungan Nusantara tapi sebenarnya ianya merupakan ilmu ramalan yg amat popular di kalangan masyarakat Arab dahulukala. Sesetengah berpendapat ianya adalah memang berasal dari timur tengah.
Cuma yg Kna musykil ialah Kna ni x tahu pon apa Zodiak sebenar kerana x tahu tarikh tepat kelahiran sebenarnya, mak lupa, katanya sekitar bulan Julai.  Possibility yg paling besar ialah cancer /Leo. Maka susahlah nak bernujum-nujum............

Breakfast 13/11/2009 d Zaza....

Sewaktu sdg makan nasi goreng + nescafe di kafe Zaza pagi tadi, kuliah Ust Kazim menyajikan perihal tenang dalam hidup (lbh kurang isi ceramahnya). Menurut Imam Malik sekiranya seseorang inginkan ketenangan dlm kehidupannya dia memerlukan kpd 4 perkara iaitu:
1- Kenderaan yg tangkas - akal fikiran yang panjang
2- rumah yg luas & lapang - Sabar
3- Pakaian yang cantik - akhlak mulia
4- Lampu / cahaya yang menerangi - ilmu pengetahuan  (Kna agak saje sbb dah abis minum b4 Ustaz ulas....naik opis balik)

1. Kenderaan bukan bermaksud tungganan/ kereta / kenderaan mewah yang hebat & canggih tapi kiasan kpd akal pikiran & daya fikir yang baik serta dapat menyelesaikan masalah dlm kehidupan. 2. Rumah luas bukan bermaksud kediaman yg mewah/ besar/ mahal tp membawa maksud sifat sabar yg terdapat pada diri seseorang dalam menerima takdir yg dsukai/ sebaliknya, dalam menerima nikmat & musibah dlm hidupnya. 3. Pakaian yang cantik pula bukan bermaksud baju/ pakaian luaran yg dipakai tp bermakna akhlak seseorang itu merupakan akhlak yg baik & mulia serta berpekerti mulia. 4. Bagi yg ke-4 iaitu lampu yg menerangi ini Kna x sempat dengar ustaz mengulas kerana telah selesai minum. Kna agak ianya bermaksud ILMU yg bermenafaat (samada ilmu akhirat / dunia) yang merupakan cahaya sebagai kiasannya. Dengan adanya ilmu itu bermaksud ada cahaya yg menerangi. Bagi sesiapa yg kurang berpuashati boleh rujuk Ustaz/ yang arif/ boleh cari CD ceramah Ustaz Kazem elias atas tajuk "ketenangan" (agak2 je tajuk ni).

Menurut Imam Malik sekiranya seseorang itu telah memiliki ke-4 perkara tersebut , maka tenanglah kehidupannya.

Kelantanese ohh Kelantanese.....

Jumaat mlm nak ke Rawang, terperasan satu kumpulan penyokong Kelantan yg baru tiba agaknya, berhenti di tepi jalanjaya berhampiran semak, somewhere area Gombak, tgh mengibar2 bendera Kelantan dlm suram malam buat Kna tertawa besar. Apa tidaknya, apahal la mengibar bendera dlm gelap2 tuh? Bersemangat sungguh ore Klate ni...Suami pula memberitahu beberapa orang rakannya yg x  pernah amik tahu psal bola & sewaktu dgnnya, pon amik tiket seat depan kali ni, (hanya kerana semangat yg berkobar, lagi Kna ketawa). Kna kata " klau kalah penat wei nak balik Klate, travel 6, 7 jam pastu x termasuk pulak kalu kena berhutang dsb, mari ok sbb semangat, aloh balik guano criter, mesti longlai" wp dalam hati tetap mengharapkan Kelantan menang. (Kna x minat bola, x pernah ambil pusing pasal bola, tp bile pertarungan sengit cam ni nak la tahu juga perkembangan). Memandangkan kat Rawang TV rosak, hya internet je lah sumber informasi, Kna membelek beberapa site pd Sabtu mlm tu  kira2 jam 9++ - 10++. Sambil melayari bahan berita Kna tersengih-sengih sendirian, terkenangkan para penyokong sedia  ada sekitar Lembah Klang yg sanggup meredah jam & bersesak2 SERTA juga yg sanggup bersusah dtg dr Klate musim2 bah ni.........sungguh lawak & sungguh semangat, masa ni derong biasa x kira doh PAS ke, BN ke, PKR ke DAP ke UMNO ke , apa saja fahaman politik dsbnya x kisah, mereka selalunya akan sehati sejiwa saja bila layan bola. Hampir kul 11 msk tido, sedikit kecewa tapi x ape cuma permainan, yg kesian orang yg dtg dr jauh tu, mesti penat nak balik. Kalu ada yg tertinggal solat sbb bola tu lagi besar kerugian. Kna saja pancing hsbd dgn 1 soklan, '" Rasanya derong pkai khidmat bomoh x ? ". Suami kata " dah berbulan dah dok jampi....." Klu macam tu power lagi la bomoh N9 pada bomo Klate
:). Biasanya dlm setiap permainan cam ni ada dpakai khidmat mcam tu, jadi nasib la sapa yg menang, sbb biasanya x boleh lari, Kadang dpakai juga khidmat bomoh DRaja, nak yg lebih power lagi Jadi bila baca esoknya mcam2 perkara telah dibuat oleh pihak yg  kalah d stadium, mmg x terkejut, begitulah adat permainan. Cuma Kna rasa kasihan pada para player terlibat, samada kalah / menang mereka tentu telah berhampas pulas mencuba sedaya upaya, tidak adil lah sekiranya kekecewaan itu ditambah dgn caci maki & kutukan. Tiada siapa yg nak pada kekalahan & kerugian dalam dunia ini. Terimalah dgn hati yg terbuka setiap takdir dalam setiap pertarungan, dlm hidup kita, wallahua'llam.

Suatu fakta yang menarik tentang kambing....

Semasa hayat arwah ayah, beliau sgt serasi (rasi / sekun) membela kambing, kambing yg Ayah bela akan lebih banyak menghasilkan anak kembar , lahir seekor sekali sekala je, kebanyakannya kembar, sihat, berbadan tegap & bulu berkilat. Arwah juga sangat memanjakan kambing2nya, pantang hujan sket, maka di carinya daun2 kayu kesukaan kambingnya & dbawa ke kandang. Pendek kata berpadanan dgn hasilnya bila kambing2nya sangat sihat & biak. Selepas ayah tiada, tiada lagi yg rajin membela....anak2 pon x rasi membela kambing cam ayah (hanya Ayah Do serasi membela ayam.....
:)  )

Apa yang menarik pula ialah Ustaz Kazim dalam siri ceramahnya, ada menyelitkan pula bahawa kambing adalah binatang peliharaan nabi sejak zaman nabi Ibrahim lagi, hingga ke zaman nabi Muhammad sebelum menjadi rasul adalah pengembala kambing. Kenapa kambing??? Ini yang Kna bukakan sikit telinga......KERANA kambing ini amat terkenal dengan sifat degilnya. Jadi mereka ini dilatih membiasakan diri memimpin golongan/ binatang yg degil kerana ianya mencabar & sukar.

Bila dkenangkan2 mmg anak2 ayah pon degil & nakal / klau x nakal sgt pon degil tu lebih sket (.....ada hikmahnya)

Mungkin ini Catatan terakhir b4 bercuti....xder broadband/streamyx d kg......

Hajat hati nak cuti awal sket, iaitu seminggu b4 Raya Haji, harapnya boleh deliver on time, so that xyah amik cuti pjg2. Seram sudah terasa tp ini adalah tugas, terpaksa kuredah jua. Sebenarnya juga dah lama berhajat nak share ngan kwn2 & pembaca rasa ngeri & sakit bersalin dlm bentuk artikel, tp mud blom ada sepenuhnya, biarlah dulu. Kadang terpk juga lelaki ini ego semacam tp klau suruh derong bersalin, Kna rasa derong akan beranak sekali shj seumur hidup derong. Lelaki biasanya x sabar dlm bab begini. (Allah lebih tahu, sbb tu dia bg tugas kt pompuan).

Tadi masa breakfast kt foodcourt tkt 2 sempat berbual ringkas dgn pemilik Gerai Air yg dulunya officer yg pernah servis kat IT MARA Dpmt, dia tgh mengawasi pekerja & pelanggannya yg selesai minum, katanya ada pelanggan yg mengelat bayar,cilok, mostly lelaki & sedikit sebyk menceritakan kenapa sekarang dia xder staf melayu, semua Indon, masalah2 services pekerja melayu, byk cuti & kurang disiplin. Kami sentuh juga soal sikap ank2 muda hari ini yg amat kurang kualiti wp graduan & pluang ke IPT yg merit semakin ketat.......dlm 10 minit Kna minta diri sbb kami MARA staff diawasi oleh pihak Sumber Manusia yg x membenarkan staff minum b4 kul 9.30 pg, Kna degil sbb mmg nak minum gak dulu sket pagi...........(biasa Kna cuma 10 - 15 min untuk minum), kalau sibuk petang nanti gantilah balik masa kerja tu.......

Hingga d sini mud dah hilang.......bye.


Bicara: Berperang dengan Naluri ~ peningkatan kejiwaan - 13 Okt 2009

Salah satu hal yang paling sakit untuk dihadapi oleh kita manusia awam adalah bila diri kita rasa terhina, diketawakan, diperlekehkan, dikeji @ maki hamun dgn kata2 kesat, diumpat keji dgn kata2 nista dan yg sewaktu dengannya. Seandainya kadang, kata2 tersebut ada betulnya pon kita kan melenting & berapi, apatah lagi sekiranya kita rasa ianya x betul & x wajar, maka kita akan lebih membara. Itulah tabi'e @ sifat semulajadi manusia bertaraf awam seperti kita. Yang dsebalik itu pula sekiranya kita ingin melihat keajaiban / sesuatu keluarbiasaan maka kita perlu adakan 1 perang terhadap diri kita sendiri dketika hal ini berlaku ke atas kita. Misal kata kita telah difitnah dgn segla kata2 jahat yg mana kita sebenarnya tidak terlibat, lantas kita x membalas balik segala kejahatan itu, kita sabar atas segala cercaan & nista & kita berdoa kpd Allah semoga membantu kita & menambahkan kesabaran kita atas musibah, biasa nya pertolongan Allah akan datang kpd kita. Pelbagai bentuk pertolongan biasanya didatangkan kepada kita seperti dapat merasa kemanisan Iman, diberi bantuan menghadapi pelbagai kesusahan, dimurahkan rezeki dsbnya tanpa kita sedar. Rasulullah mendidik umat manusia dengan cara ini dalam memperbaiki akhlak sebagai cara utama, iaitu jihad nafsu. Kita juga tidak perlu meng'istimewakan' diri kita sendiri, kita hanya insan biasa. Sedangkan Rasullullah manusia baik yg terhebat yakni kekasih Allah itu pon ada musuh yang tidak menyukainya, maka siapa kita untuk disenangi oleh semua orang? jadi adalah normal kalau ada yg senang & tidak menyenangi kita.
Pada pendapat Kna yg daif ini pula ialah segala amal baik yg ikhlas kerana Allah itu juga yg merupakan benteng kepada diri kita sendiri. Sepertimana sekiranya kita mati , maka amal baik / amal jahat kita yg merupakan teman kita di alam kubur, maka begitu jugalah sewaktu hayat kita di dunia. Seandainya kita sentiasa melakukan perkara-perkara baik yg diredhoi, ibadat & kebajikan yg ikhlas, hati yg bersih & jujur, jauh drp hasad dengki & prasangka, tolong menolong penuh ikhlas tanpa mengharap habuan dunia, maka segala kebaikan itu menjadi satu pertahanan kpd diri kita daripada segala bala kesusahan, kejahatan, musibah besar dan kejahatan manusia & jin. Sekiranya ada kata-2 jahat dilontar kpd kita & kita tiada sebarang benteng yg menyekatnya, maka ia menjadi spt doa untuk kita tetapi jika kita sebenarnya tidak spt yang dikatakan & ia merupakan satu kata2 jahat & fitnah semata, dan amal baik kita ada sbgai perisai, kejahatan itu akan melantun balik kpd pelaku kejahatan itu.

Jadi kesimpulannya , selagi kita jaga diri kita penuh amanah mengikut peraturan yang Allah tetapkan penuh sabar & tawakkal, kita x perlu takut terhadap segala kejahatan/ tuduhan/ penghinaan/ makian & hasad dengki manusia lain terhadap kita. Allah lebih tahu akan kebenaran & Allah akan sentiasa orang-2 yg benar. Tidak ada keraguan tentang itu & kita hanya disarankan untuk berusaha & bersabar. Wallahua'llam.

Salam Aidil Fitri 2009
Selamat Hari Raya, Salam dihulur, maaf d pinta, semoga silaturrahim terus dipereratkan sesama.....1 hari d hari Raya.

part of d whole fmily members...anak2, adik2 & anak buah...
bersembang2 stelah lama x update criter.......
Asma' anak Kna &  Amalia ( ank sulong ayah Do)
The latest pose by Ayah Do, dia xnak bergambar tp Kna kata Kna amik gambar muke je, badan x masuk....dia stuju....hhehehhe

Lps raye, raya ke-3  dah balik KL balik.......


Coretan lepas Raya - 02 Okt 2009 (Kemaafan adalah Dendam yg Terindah)

Semenjak lepas Raya, xder mud makin menjadi2.......semua xder mud, tido & bergolek je yg ok, lain seme x ok. Masa balik Raya Ayah Eil komplen, kenapa web sekarang tiada artikel menarik? Asyik criter pasal x larat je,& isi lebih kurang sama je, buat apa? Katanya....."meme la Ayah Eil wei dan x cekat gak gini lah......semua x der upaya, mental turut lemah, idea kering....dan kurang produktiviti". Ayah Eil pon kena tahu ni la penyakit ore tino sbb x lama lagi Ayah Eil pon akan jadi bapa juga. (Tahniah)
Tersengih sendirian semasa menulis ni, lagi pon tiada yg manarik lately untuk ditulis melainkan sedikit komen on previous Raya kat kg......Sejujurnya Kna amat gembira dgn perkembangan yg berlaku pada hari raya tersebut, dimana Allah telah lembutkan hati2 semua hulubalang untuk berdamai.......begitulah hendaknya berkekalan. Setelah lebih 3 tahun Kna asyik beraye umah Mertua pd sebelah paginya, maka amat bererti pada Kna bila semua dapat berkumpul pada pagi Raya umah mak pula wpun suami tiada bersama, (beraye d Pasir puteh, sabo je lah suami ku itu......).
Ayah Cik tiba pagi2 hari lagi, diikuti Ayah Eil , ayah Do, ayoh ngoh, ayoh Teh , ayah Su semua, duduk berbual semeja & selepas makan & solat sunat Raya, pegi ke kubur Arwah ayah 1 pajero semua para lelaki.....( Tuhan, Engkau kekalkan kedamaian & kemaafan ini selamanya & engkau lembutkan hati2 kami atas setiap kebenaranMu & Engkau bukakan hati2 kami kepada jalan dan RahmatMu, amin)

Selalu Kna ingatkan diri sendiri & sesiapa sekeliling juga bahawa apa yg penting adalah diri kita sendiri dulu, duduk, renung & hisablah diri kita dulu kerana selain itu, apa yg kita nampak adalah org lain semuanya. janganlah kita tercari2 / terintai-2 kesilapan & kesalahan org, sbb kita juga manusia biasa. Dosa & kesalahan orang itu sekiranya dia bertaubat & diterima, maka selamat org itu, sedangkan diri kita sendiri siapa yg bertanggungjawab? hanyalah kita yg boleh menyedari, mengakui dan bertaubat kpd Allah. Maka kerana menyedari kita juga manusia biasa yg x dpt lari drp kesilapan & keterlanjuran, maka kita tidak suka membesarkan kesilapan orang, kita mudah memaafkan & kita cepat redho.....Wallahua'llam.
______________________________________________


Kadang-kadang wp pun badan lemah x berdaya tetapi selagi tidak dikuasai emosi, selagi itu rasanya diri kita kuat, tetapi entah kenapa bila diri dilanda emosi spt ada sedikit kesedihan, semacam lemah sangat rasa, asyik fikir perkara yg bukan2 , yg mungkin tiada, asalnya  cuma mungkin daripada terdengar perbualan rakan2, pastu diri mula membuat andaian & spekulasi, mulalah perasaan sedih datang menjadikan mental lemah. Baru Lah terperasan kenapa lelaki selalunya lebih kuat jiwanya, mereka ini lambat & sukar dikuasai emosi menjadikan byk waktu mereka lebih +ve. Fizikal, jgn criter lah dari hari ke sehari semakin lemah & longlai, mmg x daya sangat sekarang. hari tu masa balik kg ada juga bertanya mak camana pengalaman dia hamil masa umur 47 thn, dia kata bagi 2 adik last tu yg hamil slps 40an, asyik melepek & tidur je, mmg x larat. So kira normal la kot berpadanan pula dgn saiz badan Kna yg obes ni lagilah bertambah x larat. Wp blom la 40+ tp dah menghampiri, maka normal la kot , letih berlebihan. klakarnya tadi masa queue nk tukar duit raya kat bank islam kat bawah MARA, sempat terlelap kt sofa menunggu sbb ramai orang...pastu opismate tya, abis tu org bank x bagi bantal ke????
Sebagaimana dimaklumi Kna amat mudah terlelap wp huruhara sekeliling. Adik2 selalu kata kalau bom meletup pon blom tentu Kna jaga.........

Kekurangan Itu Suatu Anugerah - 15 Sept 2009

Ramai orang x senang dgn kekurangan fizikal yang Allah beri, ramai orang x berpuashati dgn rupabentuk fizikal yg x menepati kemahuan diri, maka dgn itu ramai drp mereka berusaha sehabis daya untuk memperbaiki & memperelokkan fizikal supaya tertutup segala kekurangan & menzahirkan kelebihan & keindahan. Itu adalah fenomena yg berlaku dari dulu ~ kini ke atas manusia yg normal & jiwa yg x terisi, susah gelisah hidupnya dgn kekurangan & bangga pula bila diberi kelebihan.
Pada pendapat peribadi Kna pula adalah berbeza, Kekurangan yg dikurniakan oleh Allah itu suatu Anugerah untuk pembangunan jiwa & peribadi. Dengan kekurangan kita akan menginsafi tentang kudrat kita tiada & kita hanya menerima apa yg Allah tentukan untuk kita. Kalau Allah bagi sedikit lebih pun mungkin terlindung sbb banyak sangat kekurangan, lalu kita x membesarkan diri, kita akan jadi pasrah & taat, kita x takbur dalam meniti kehidupan sbg manusia. Untuk diri Kna pula, dimanakah akan dibina keyakinan diri sedangkan dilahirkan sebagai seorang yg serba kurang dari segi fizikal & lahir dlm keluarga miskin pula, Di MANA? Maka dengan itu Kna katakan kekurangan itu adalah suatu anugerah supaya berusaha sekuat tenaga membentuk keutuhan jiwa, cita-cita, sabar, cekal & berani. Berani ini pula bukan boleh ditiru-tiru, ianya tidak boleh diikut, x boleh dbuat2, ianya asli terbentuk asal , biasanya dari keturunan & pewarisan..........x perlu mencari Jin & bomoh untuk menambahkan keberanian & kehebatan diri, ianya telah ada dalam diri kita, samada banyak / sikit bergantung pada diri kita, keyakinan, keimanan yang kita bentuk & suburkan. wallahua'llam.

Doaayah Su bersama anak sdare di KT, Judin, Jeme & azwani...... & Harapan sempena Ramadhan

Semoga cita2 Ayah Su untuk memasuki tahfiz after SPM terus kekal & dapat direalisasikan nanti. Sempena Ramadhan ini bila ustaz Pahang FM tu menyebut tentang keutamaan didikan  AlQuran kpd anak2, maka kepala Kna terus terbayang Ayah Su yg sekarang merupakan salah seorang Imam  d Sekolah Tok Jiring & amat mengambil berat hal-2 keugamaan. Dia seorang yg xbanyak bercakap, lebih byk mendengar & sesekali tersenyum. Karekter tersebut amat sesuai bagi seorang Hafiz InsyaAllah. menurut arwah nenek yg merupakan mertua Ayah, Fizikal & rupa paras Ayah Su saling x tumpah dgn rupa arwah Ayah dizaman budak-2 (dan rupa Ayah Do adalah saling x tumpah rupa arwah ayah di masa tua ayah , kata isteri ayah Do sendiri). Ustaz tu mengatakan tidak salah untuk kita didik & asuh anak2 kpd ilmu kemahiran keduniaan tetapi ilmu alQuran itu perlu diberi penekanan Dan sedikit keutamaan berbanding dgn ilmu2 lain. Kna amat bersetuju sebab hanya dgn AlQuran inilah seseorang manusia & sesuatu bangsa akan mulia.
Anak2 Kna pula tidaklah menyerlah sangat dlm akademik, sekadar average sahaja tetapi ada sedikit kemajuan lah dalam penguasaan Al-Quran, harap ianya berterusan & dapat ditingkatkan lagi. Ahmad khatam pada darjah 3 dan Klong pd Darjah 1 kalau x silap tapi tajwid tu xderlah proper. Mereka tertawa besar bila Umi menceritakan Umi naik quran dr Muqaddam pun pada usia 12 tahun(drj 6), sangat bebalnya. nasib baik Kna masuk sekolah Ugama, secara otomatik bila belajar Bahasa Arab terus mengenal & dapat membaca Quran wp xlah pandai mana, sekadr shj & sekarang pun masih terlalu banyak yg perlu dipelajari terutama dr segi tajwid & makhraj pon masih x berapa .

Semasa tengah
mencari-cari satu document softcopy dlm pc tiba-2 mata tertumpu pd rakaman hp lama yg menunjukkan Ahmad tgh nyanyi lagu "Crazy frog" dlm pelat klate.....sayu mengimbau lagi, terkenang semasa pertengahan 2006 semasa Kna dlm Sem 2 pengajian, tiba2 maid buat hal bila dia yg berstatus janda muda mula bercinta & nak kawin.....wp Kna selalu cakap jgn berbohong, klau nak kawin kena beritahu, kalu nak berhenti pon beritahu, tp dia buat juga....katanya mak sakit, maka Kna pon menghantar balik dgn segera, serah semua gaji, simpanan, pasport dsb & siap bagi duit tambang lagi......wp proses renew permit blom selesai kami uruskan & telah menelan sebhg kos. dia pegi cam tu je wp lepas tu dia ada telefon adik2 ipar kat kg, mohon maaf, dia ingat semudah itu......Klaau cakap benar apa salahnyakan, xkan kita nak halang org nk kawin, cakap je terus terang....

Setelah dia hilang, mmg haru biru, pagi2 Kna meround KL, anta anak umah adik kat Sri Gombak dr Rawang, pahtu patah KL balik, berpeluh2, seme kena urus sendiri sbb suami balik weeked je krn brd di Kem PLKN dkt sempadan Negeri. Sekiranya emak x wariskan ketabahan dlm diri & ayah x wariskan keberanian & sifat perwira serta semangat kelelakian dlm diri serta jika x Allah berikan kekuatan, sudah pasti Kna telah kecundang....tapi nyata semua cubaan hanya lah untuk menjadikan kita lebih kuat. 2 yg kecik masa tu mula2 anta kat Gombak pagi2, lepas tu pos ke kg, umah mertua, Klong anta umah jiran sefloor, Ahmad Kna tumpangkan kat umah adik ipar di Kundang, Kuang...amik sekali seminggu masa weekend. Mlm2 abis klas dekat kul 11 g kejut Klong umah jiran yg transit tu, segan tp terpaksa.....nasib baik rakan2 & jiran memahami. Mlm Senin drive sorang (Klong teman) ikut laluan belakang yg penuh hutan g antar Ahmad ke Kundang mcam asrama. So bila Amad nyanyi lagu katok ni cam dia perli umi & abah je x caro ko anok.....Ni Kna akan cuba upload kalau berjaya. Nampaknya x berjaya, nantilah lenkali cuba cara lain. Try la klu berminat (sian budak2 ni terasa benar kena perli dgn anak....)

http://whoana.multiply.com/

Berkongsi Rasa & penat - 3 Sept 2009                                  

Tiada apa sangat aktiviti tambahan sekarang ni sejak bermula Ramadhan, blajar dah habis, projek x byk, duit MARA dah kurang, jadi tugasan diopis pon jadi xlah sesibuk macam sebelom ni  yg x menang tgn. Tapi badan pula yang dah x larat. Maklumlah hamil dalam usia diambang 40an...dah menjangkau 28 minggu skang. D sini cuma Kna ingin berkongsi pengalaman masa muda dan sekarang, kiranya amat jauh beza tenaga yg Allah berikan pada hari ini berbanding 10 thn dulu.

Masa sarat mengandung anak pertama (1999) Kna selamba je berjalan kaki drp Pusat rawatan jln Ipoh ke opis MARA kat sebelah Pertama complex ni, wp terpaksa singgah kat KFC dulu. Semasa sarat 9 bln anak ke2 pula, Kna masih mampu berjalan dari opis ke Jln Masjid India & Mydin/ Masjid Jamek ATAU berjalan kaki dgn laju dari opis ke stesyen Putra LRT  Dang Wangi. Bila anak ke-3 dah makin dekat, mampu lagi ke SOGO masa tgh sarat, Anak ke-4 Kna x ingat dah berjalan ke mana-2, & now msk ke-5, yg larat hanya dtg opis & balik, x mampu nak ke mana, even ke SOGO, wp baju2 budak2 belum semua dbeli lagi untuk Raya, semua x semangat, wp kwn2 criter camne Sale sekali pon. Menginsafi keadaan ini, yg mana diri yg telah makin lemah & tenaga yg x seberapa, kalau masak di dapur pon kdg letak kerusi, nak kacau sambil duduk. Rasanya 10 thn tu sangat barunya, mcam baru semalam, tp bila tgk anak2 dah besar panjang baru tersedar dr mimpi. Ditambah pula dgn berat badan yg bertambah-tambah, lagilah menambahkan ketuaannya.

Tp bekerja di tgh KL ni, nak balik awal pon x guna, kna still blek kol 5.30,(dari basement ke Ground pon amik hampir 1/2 jam) tp tuggu siap2 solat Asar , ada lah kol 6.30 baru gerak dr opis, tu pon masih jam lagi.....Tp xper janji sempat sampai b4 maghrib, mkn je apa yg ada pon xpe. lagi pon dah hampir 3 thn buka puasa x menentu, byk bbuka kat klas / opis ngan kwn2 (sungguh selfish), sejak blajar dr 2006 - early 2009. Jadi Ramadhan thn ni Kna amat bersyukur wp x sempat masak cuma sempat sampai je..........ank2 tetap hepi.

 

Akhirnya Konvo juga……16/8/2009

Setelah plus minus 3 thn berhempas pulas, kluar 7 pagi balik 10- 11 mlm, akhirnya selesai juga dugaan ini, Alhamdulillah.  Anak2 yg jadi mangsa, masa mula blajar si kecik tu umo dlm 2thn plus sekarang dah 5 thn dan dah berskolah tadika. pejam celik pejam celik tahu2 anak2 dah besar. kadang rasa selfish, kadang2 rasa ada waktunya kita perlu korbankan sesuatu untuk dptkan sesuatu, Dapat degree ni bukan lah suatu perkara yg besar sgt / xlah penting mana pada Kna, cuma ia satu pelengkap kpd kitaran akademik dlm hidup kita & berharap cikgu2 di Sekolah Menengah dulu telah berpuashati bila kitaran telah selesai. Untuk kluarga, suami & anak2 termasuk maid juga, terimakasih atas segala kesusahan yg terpaksa dilalui sepanjang tempoh pengajian ummi. Anak2 sekarang dah lali dgn ketiadaan umi drumah . Kna x bercadang untu sambung masters, cukup dulu setakat ni. Klau nak xplore bidang IT ni pon x semestinya thru academic qualification, banyak cara sebenarnya jika kita minat mencuba dan menggali & pada Kna, experience kerja sebenar dlm dunia programming, pengurusan IT dan projek teknikal is the best method to dig up & xplore further........

Ni 2006 ~ masa mula-2 blajar


Ni 2009 ~ Masa grad, dah besar derong seme......

_______________________________________________

Sumthin about reU & ukhwah……10/8/2009

Bukan mengenai cantik bergaya baju yg dpakai, atau berapa orang ank dibawa @ tiada anak @ blom kawin, atau suami hensem / isteri cantik atau x, bukan juga psal exclusive ke x club yg ditempah, bukan juga mengenai makanan yg dhidangkan but it’s only about betapa indahnya bertemu mata dgn semua rakan-2 yg lama terpisah kerana kekangan peribadi, cita-2 dan kerjaya masing2. Ada juga yg selalu terjumpa, ada juga yg opis cuma berjiran tp berbelas tahun x jumpa, x kira lelaki @ pompuan, ianya sungguh bermakna 4 me……

Amat terharu masa tgh sebok makan, melayan anak2 dan bersembang x putus2 sampai sakit ‘keng’ (rahang), tiba2 Tok Wan call dr Penang, tentunya dia begitu teringat untuk join sekali tetapi keadaannya x mengizinkan , lalu kami hanya harap dia bersabar atas dugaan & berdoa semoga kembali sihat. Sapa2 yg nak g Penang nanti boleh lah kita pakat2 kirim hamper untuk anak2 Tok Wan tanda ingatan…..

Mostly x banyak berubah dr segi rupa & penampilan, yg Kna perasan yg kelihatan agak tua hanya lah Kak Na & Syed Ahmad…..org lain nampak ‘come’ & hensem cam dulu gak…..even En Nurzakri & Pn Marini, bgt lah komitmen  3 Pensyarah ni, En Nur & isteri singgah selepas g kenduri…..Pertanyaan Kna untuk mereka, “En Nur, encik rasa pernah nampak x muka kami seme kat Itm? “ Dia kata “Ya, ….bla bla bla”, jawapan itu cukup memuaskan hati Kna, sekurang2 dia boleh recall rupa kita, cukup. Kna sempat  kutuk Sedi (skondek) wp dia dah kaya & dah jadi member VVIP skarang…(kna kaat dulu kat Dewan exam asyik berulang ke tandas jer….dia ketawa memanjang…..) Kna beritahu Yinn & Rahmat, lain kali buatlah lagi….( Yinn tunjukkan Kna segengam duit yg dbayar by hand kat musolla – x smpat nak bank-in oleh rakan2). Terimakasih atas usaha rakan2 organizer(Yinn ,June, Rahmat,  Sa, Jana dll…). X lah ramai yg hadir tapi agak meriah. Kita juga memahami bila telah berkluarga masing2 penuh dgn komitmen dan event serta aral masing2……x apa lah yg penting keikhlasan dan semangat ukhwah, bagi yg aral nak buat camana? Tapi ada juga rakan2 yg telah menjauhkan diri selepas berkeluarga, x pasti dimana silapnya, agak tidak berminat untuk berhubung. Tapi Kna percaya itu semua sbb ada reason dan alasan tersendiri, biasanya tidak sengaja jadi macam tu.

Bagi anak2 Kna kalau x buat sejarah, x sah, maka nampak aje kolam, seme merayu2 nak mandi, 1001 alasan Kna berikan , still xleh terima, akhirnya Kna allow derong buka kasut & celup kaki je dlm kolam, akhirnya Asma’ jatuh dlm kolam, abis basah lencun! (kna rasa dia saja menjatuhkan diri dlm kolam sbb lepas tu dia tya balik “adik boleh mandi kan Umi sbb dah basah?”). Selepas solat Asar terhegeh2 ke kereta tgk dah kul 7++, klau Kna balik masa tu nak solat kat mana pulak maghrib, jadi pegi balik tunggu solat maghrib dulu. Bila dah gelap plus x brape familiar dgn Cyberjaya, akhir2 pusing2 balik ke situ gak,  x jumpa exit ke highway Putrajaya-KL, (kena sorok ke hantu agaknya) anak2 mula menangis & membebel marah ke Umi, Ahmad mula teresak2 minta call Abah, Kna call Yinn , dia pon x tahu lokasi Kna kat mana nak assit, Kna cam biasa tetap optimis . Biasanya klau lalu siang, senang je jumpa exit tu…..maka akhirnya terpaksa mengalah g tya kat petrol pump. Ada sorang makwe glamer & hsbd menawarkan diri spya follow dia sbb dia pon nak ke KL……so selesai masalah…..ank2 riang semula.

Sepetang di Comm Ctr Cyberjaya….sampai umah kul 9++ mlm.

Akhlak yang Buruk, semoga dapat ditinggalkan...29 July 2009

Perangai buruk ini jika orang x cakap kita x perasan, bila org cakap kita marah pula, tp begitulah, jika harapan nya untuk meninggalkan tingkah yg buruk, awal pertamanya , kita perlu menerimanya, mengakui bahawa memang kita yang mengamalnya, barulah kita boleh berusaha meninggalkan nya. Perlu jujur pada diri sendiri.
Malam tadi, lepas Isyak, tiba2jadi sensitif masa nak makan malam bilamana Abahnya minta menghabiskan saki baki kueh yang mana Umi belum sempat merasa lagi, tiba2 rasa terpinggir, rasa x dipeduli lalu membebel-bebel. Kata abah : " Umi tu bekeng tu sbb lapar tu......" Perlinya bila Kna mula membebel. pastu mula terpk memang sebenarnya Kna lapar sbb selepas balik dr opis dlm kol 6 setengah ++ camtu, terus membersihkan diri/mandi dan solat Asar - Isyak baru turun dari sejadah sbb malas nak membersihkan badan berkali-kali, memanglah masa yg panjang tercongok gitu & sememangnya rasa lapar tu ada. Tapi jadi x sabar bilamana rasa diketepikan......makanan tu pon keropok lekor KL je, bkn lah sedap mana pon. Tapi baran tu menguasai diri......rasa marah & nak berleter, Dalam hati Kna mengakuinya, bahawa atas sebab itu x sepatutnya Kna membebel, xder apa pon sebenarnya.....byk lagi makanan nak dmakan. Lalu Kna terdiam, sambil makan sambil rasa kesal. Itulah sikap buruk yang diwarisi & kebyakan adik-beradik Kna mewarisi perangai yg satu ini, sangat jelek tapi terpaksa akur pada hakikat, yang ianya ada, semoga kami dapat menyingkirkannya dari kehidupan sebelum mengadap Ilahi.

Sambil terdiam semasa makan, terkenangkan peristiwa Ayah Do dirumahnya dimana bila dia balik dari Kedai, buka peti ais, tgk jug air sirap kosong yg tadinya penuh, lalu diambiknya jug dan di balingnya ikut tingkap jatuh dalam semak tepi rumah. isterinya mengutipnya semula jug kaca tersebut.......Begitu, jika tgh lapar, pantang ada yg x kena...huru hara jadinya. masa sejuk baik hatinya, penyayang hinggakan anak2 naik atas kepala pon x apa, memandu ngan baby ke, anak melilit dileher pon x kisah.....begitulah yg Kna perasan , sikap yg diwarisi dari ayah kami oleh kebykan anak lelaki Ayah & kami yg pompuan pon sama jugalah........(tp tertanya pula sendiri, lapar sangatkah aku malam tadi???? xder pula rasanya) . Memang tulisan ini membuka pekung didada tetapi ianya kenyataan & Kna ingin memalukan diri sendiri supaya di lain kali dapat diingat & dikawal. memang pemarah pada ketika2 tertentu tp cepat pula sejuknya.......

Teringat juga kata2 Ayah Ngah (adik lelaki Kna) x lama dulu, "kita ni bekeng2 sangat xse saing nga ore gak, nanti kalau mati, bergolek sendiri la masuk dalam kubur". Katanya, betul juga Kna pk......Renungkan lah wahai diri.....bukan kita nak tongkat langit xse mati, mungin mlm ni, esok lusa kita dipanggil pulang.....apa kita nak jawab di depan RabbulJalil, hebat sangatkah kita ni, sampai bekeng begitu sekali? Tapi masalahnya masa berlaku tu kita rasa xder bekeng2, x garang, biasa aje, cuma marah sikit jer..........(Ini masalahnya.....)

Sudah begitu lama kutinggalkan halaman ini .....24 July 2009

Sebenarnya bukan lupa, tapi macam2 hal yg x disangka terjadi.....lalu kita cuba selesaikan satu persatu. hari ni dah lega sket, maka bolehlah menulis semula wpun bukan artikel sbb idea seme dah terbang. Kalau kat rumah berebut internet ngan anak2, Umi asyik mengalah je, so deronglah asyik menang sbb tu kat umah KL Kna x provide internet & xder TV, ada radio unt dengar berita dan PC untuk small games saja. Xper anak2 Kna ketinggalan zaman pon sbb penangan hiburan di TV amat mencabar lately......
Berbalik pada lenyap sebulan, adalah sedikit keuzuran hari tu menyebabkab warded 6 hari, tu pon mencabar gak, kena masa suami luar stesyen, terpaksalah memandu sendiri ke wad & tinggalah anak2 ngan maid je, kat mak kat kg pon x beritahu sbb takut menyusahkan org tua tu, nanti risau pulak, x per selagi boleh handle, selagi tu cuba kurangkan kebergantungan. kat Opis keje melambak2, wp pon derong kata faham tp sebenarnya rasa bersalah menghantui bila seme assignment & task delayed sbb mc kita ( muka boss pon semacam) Dah nak wat camne???
Tapi yg melucukan lepas mc panjang dapat 1 mel drp x-housemate kat P7 dulu, dia kata ada gambar budak tido tu gayanya mcm pernah nampak di P7 13 thn dulu.......camne ya? Kna pon x perasan akan similaritiesnya, mana lah kita perasan diri kita, ore lain yg akan nampak.....Tu semua membuatkan Kna tertawa besar.....

Thanxs Tu'a, u always make my unexpected laughter burst......

Lama x menulis - 23 Jun 2009

ank2 di Pantai Air Tawar, tmpat buat sutun kering......
X tahu kenapa mood menulis tu berkurang wp kadang idea datang mencurah......simpan & ignore je. Bila dapat Streamyx kat rumah on weekend pula berebut ngan anak2, derong dah pandai pakai google, jd kami sempat imbas headlines paper je lah.....So 2 gambar ni adalah kenangan semasa balik bercuti ke kg selama seminggu baru ni. wpun xbyk masa tp sempatlah laksanakan janji pd arwah nenek, itu permintaannya dulu (Fidyah bg puasa & solat) kat umah mertua. Kami x sempat buat tahlil cuma acara ringkas saja, Kna masak untuk team yg berkaitan kira-2, 2 hidangan je. Dgn lembap terkial-kial & dibantu oleh maid Kna, Kna masak sup ayam, ayam goreng, daging goreng kicap ala kg, sedikit ulam, ikan masin, telur asin. Yg lain2 tu x mustahak sgt.....tp indah. Pantang ke pekan sari/ pasar tani, Kna akan borong seme kueh tradisional yg ada unsur nostalgia sampai x termakan.....simpan dlm petiais.
Untuk Mokteh, tahniah atas schoolarship, moga berjaya mencapai cita-2......at least ada sesuatu yg menggembirakan hidup MokTeh yg penuh lara........ (teringat masa mok Teh menitiskan airmata cemburu bila SA MokTeh....)
kampung halaman ku di Besut....


Renungan - 22 Mei 2009
(Jumaat)

Kebanyakan daripada kita tidak suka mengaitkan tiap perbuatan dan perlakuan kita dgn takdir dan nasib yang menimpa. Sekiranya kita cuba kaitkan berdasarkan pandangan & hukum agama, ramai yang mengelak daripada cuba memberi perhatian seolah tiada kaitan antara tindakan kita pada masa sekarang dan masa lepas terhadap takdir yg Allah timpakan ke atas kita, ramai yg x boleh terima.....Mereka tetap percaya takdir adalah takdir, wajar terima dgn redho saja tapi tetap x ingin renungkan apakah ada perkaitan dgn masa lepas/ tindakan pelaku. Contoh yang paling simple....bila berlaku suatu kecurian @ rompakan terhadap harta benda, maka semua pihak menuding jari pd sang Penagih yg melakukan itu, lalu pelbagai komen dan cara dipk kan untuk memerangi salah laku para penagih yg sememangnya tiada lagi kewarasan itu, yg tiada memikirkan dosa pahala & hari akhirat tersebut. Memanglah penjenayah itu telah bersalah tetapi kita reversekan pula pd si mangsa. Berapa ramaikah antara kita yg memikirkan sekiranya harta yang jadi mangsa itu telah diperolehi dgn jalan yg halal, bersih, betul, jauh drp riba & cara yg salah pd pandangan hukum agama, tidak semudah itu, ianya akan menjadi habuan penagih. Tidak menjadi terliur akan orang-2 jahat itu terhadap harta yang halal & suci. Sekiranya terjadi sekali pun biasanya Allah akan menyekatnya dgn pelbagai halangn didatangkan atau didapatkan semula. Contoh ke-2 pula, jika anak dara itu datangnya drp keturunan baik2 yg terjaga dalam peliharaan agama dan dia sendiri menjaga maruah serta agamanya, maka tidak sesenang mana para lelaki yg khianat dapat merosakkannya @ merogol atau melakukan sesuatu yang x elok pada, beliau sendiri akan dipelihara oleh Allah walaupun persekitarannya telah rosak dan penuh kejahatan. perhatikan lah segala jenayah yg berlaku pada hari ini berleluasa kejahatan itu kerana mangsa itu juga biasanya redho terhadap kejahatan dan kemunafikan di sekitarnya dan sekiranya harta, mungkin tidak diperolehi drp jalan yg betul pd hukum ugama.
Hari ini nyawa jadi murah, maruah juga jadi murah boleh ditukar dengan harga seringgit dua kerana masyarakat keseluruhan amat meringan tuntutan agama dari segenap segi. Bila memperkata dan mengaitkan dgn agama, ramai yang tersenyum sinis, menyindir dan mengumpat tetapi mereka suka menjauhi orang alim, ilmu agama dipandang lekeh & mentertawakan kerana kolot pada anggapan mereka, Orang-2 tua tidak dihormati dan dunia dipenuhi dgn penderhaka agama.

Dalam senario sebenar kehidupan, kadangkala orang tua kita mungkin pernah membuat kesilapan dlm ugama (dosa) pada masa lalu dan kadang dosa itu terpaksa ditebus oleh keturunannya , dgn cara Allah mendatangkan ujian dan bala kepada anak2 & cucu mereka & Bagaimana keturunan ini menangani bala , masalah serta memohon ampun serta taubat untuk mereka dan orang tua mereka, sekiranya doa adalah ikhlas dan kekesalan sebenar2nya, maka Allah lebih mengetahuinya. Janganlah kita sebagai anak2 & cucu ini memarahi dan memaki orang2 tua atas hutang-2 itu tapi berakhlak mulialah dalam menghadapi setiap ujian yg Allah datangkan pada kita, mudahan-2 taubat kita & taubat orang tua kita diterima Allah. tapi kita hari ini kita biasanya nak menghabiskan istighfar 100 x sehari pon susah kerana tiada masa. Lalu bagaimana kita nak keluar daripada kesempitan???? & makeup lepas solat lebih panjang masanya drp solat itu sendiri?????? - (Maaf berkata.......)

Sesekali Melayan Perasaan.....20 mei 2009

Walau pun sekarang bahagia di sisi suami & dkelilingi anak-anak, namun kerinduan pada mak, keluarga, adik2 di kampung dan dimana jua berada, serta rakan-2 tetap tidak mati. Kenangan tetap mengiringi kehidupan ini seperti air mengalir berterusan tanpa henti serta tetap setia menyejuk serta menyamankan suasana sekitar spt Air terjun FRIM yg selalu kami kunjungi. Hijau, nyaman & indah......begitulah kehidupan, semua yang telah berlaku & telah berlalu tetap segar diingatan. Saat2 syahdu kadang menitik gak airmata kerana rindukan mereka seme terutama bila balik kg tergesa-gesa x sempat jumpa sesiapa.

MokTeh nanti pergi lah kehalaman Multiply Mak Ngoh, Mak Ngah nak upload lagu Harum subur dihati BPR kat situ.Tp Mok Teh kena register dulu b4 dapat dengar lagu. (kalau abah perasan site multiply umi tu, sure kena denda hafal 10 wirid panjang!! hahahaha) Ayah ngah pernah kata lagu tu lagu cinta dia dgn ex-wife ke-2 dia, Dia memang xder kije, bercinta sampai ke tua....., Ayah Ngah, jangan marah sbb betulkan!!!!
Mok Teh kata dia dah pencen bercinta, boleh ke percaya????

P/s untuk Mok Teh, mak Ngah dah cuba upload Harum Subur dHati tapi xleh sbb format dalm realplayer x diterima, so dah tukar pd lagu 'Knife", cuba mokteh dgr, jiwang tahap dewa........
 Anugerah 'Jangok' (bergaya) - Kna dah transfer ke page sebelah, family section, sbb xnak Ayah cik marah letak gambo die, kena lah sorok cket............

 
Keaslian & Pewarisan - 14 Mei 2009
Entah kenapa hari ni drp dlm keta pagi tadi lagi dok terpk pasal tajuk ni, iaitu keaslian, asli, original or originality. X tahu apa nak cerita tapi hati kuat mengatakan bahawa saya sangat percayakan keaslian. Dalam apa jua keadaan, kejiwaan, benda & material, percakapan dan apa saja semua manusia sukakan keaslian. Sebab itulah akhlak Islam amat menitikberatkan  sifat JUJUR dan BENAR. Jujur dlm percakapan dan perbuatan merupakan sifat terpuji dimana Saidina Umar Al-Khattab pernah berkata, lebih kure begini, "sentiasalah berlaku jujur dan berkata benar walaupun kebenaran itu boleh membunuhmu". Wah teruja dgn statement itu. Begitulah kuatnya kebenaran ditekankan dalam agama Islam. Berbalik pada tajuk iaitu asli, asli itu merupakan asalan yang mana tiada ubahan / ubahsuaian daripada ciptaan asal - early existence. Pada pandangan saya mengenai produk sebagai contoh, keaslian adalah tanda aras pada mutu dan kualiti sesuatu barang, dan bagi sesetengah orang x mengapa bayar lebih sekiranya tahu barang tersebut lebih asli drp barang yg lebih kurang sama tp tidak asli. TETAPI dalam dunia hari ini apa yang berlaku ialah kebanyakan orang tidak mempedulikan sangat tentang keaslian sesuatu, kalau sekadar barang tidak mengapa, tetapi bila tidak begitu mengambilkisah keaslian manusia, maka hasilnya masyarakat kucar kacir, tersebar penipuan & berleluasa kejahatan sebab originality kemanusian itu adalah jiwa seorang manusia bukan badan fizikal semata-mata.
Hari ini orang ramai amat menitikberatkan kecantikan, ramai terutamanya kaum wanita berlumba-2 ingin menjadi cantik dan mengekalkan kecantikan tersebut sehingga ada yg membawa maut sebab nak sangat kelihatan cantik. Ada orang luruskan rambut guna kaedah rebonding, pakai braces, pakai kanta lekap warna warni, bermake-up berlebih-lebihan, dyekan rambut, sedut lemak dan pelbagai kaedah lagi digunapakai demi satu tujuan - CANTIK & berketrampilan tanpa mempedulikan sangat peningkatan ilmu, pembaikan kejiwaan dan pembentukan akhlak mulia terhadap diri, maka yg ada hanya pengubahsuaian fizikal semata-mata yg semua orang tahu paling lama bertahan pon hanya untuk 100 tahun sahaja, lepas itu akan menjadi tanah semuanya. Kecantikan fizikal yg diusahakan itu pula tidak asli & tidak boleh diwariskan kepada keturunan, terhenti setakat itu sahaja. Cuba korang jawap, kalau anak Michael Jackson lahir adakah ianya akan lahir sbg baby patung puteh @ baby kulit hitam? Lalu kenapa ramai orang menumpukan usaha untuk perkara yang sementara dan tidak ambil peduli untuk perkara yang kekal??? Kenapa orang memilih yg tahan untuk maksima 100 thn drp memilih yg kekal abadi? Kenapa orang sanggup bergaduh, berperang dan berbunuh-bunuhan untuk hanya untuk merebut 1 drp 100 nikmat yang dijanjikan? satu sahaja dicabut untuk dunia, 99 lagi disimpan di sana, mengapa begitu ramai yang tidak yakin dengan janji itu? PK kan.

Selamat Hari Ibu....(belated mother's day) - 13 Mei 09

Malam tadi lepas solat Isyak, umi tergolek2 atas katil kepenatan sementara budak2 ngaji pon dah balik (kna x ajar ngaji pon). Tiba2 masuk Ahmad & Klong tersengih2. Ahmad sembunyikan kan tangan ke belakang mulanya & dgn malu2 beliau hulurkan 1 keychain beserta cincin plastik & Klong meletakkan sekuntum bunga ros riben dicucuk pada polistrene 'i love u'. Dlm hati terpk ni mesti idea Klong nih, Ahmad selalu x amik pusing pon pasal gift2 ni, 2,3 hari lepas lagi derong bising2 & bibik pon ada bagitahu Klong korek tabung sekolah nak buat beli bunga untuk umi. Ahh macam2 budak2 ni, culture sekarang tepaksa hadapi, Kna terima hadiah tu macam ianya sgt bagus & minta letak je atas almari. kita dulu x tahu pon pasal Mother's day etc tapi sangat patuh pesan ibu......begitulah. by the way selamat hari ibu untuk seme kwn2 yg bergelar ibu.

Just Another Day in Paradise.......

20 tahun dulu, Kna telah menonton "God maybe Crazy" di lab bahasa Sek Sultan mohd Jiwa, Sg Petani bersama rakan-2 klas Matrik. Now after 20 years Kna search & download balik movie tu drumah & tgk bersama anak2. Jarang org x tahu pasal movie ni krn amat terkenal, komedi yg bersahaja wp ala2 lawk bodo P ramlee, mmg x jemu. Uihhhh derong mmg gelak sakan.....layan sampai kul 2 lebih baru g masak. kalau x silap ianya diproducedkan pd early 80s, masa Kna tgk dulu thn 1988.......era rock kapak, Wings, Bloodshed dll........

Nak tambah cket: Kna pula jenis yg kuat ketawa & kuat plak tu, jadi punyalah sakit perut menahan ketawa, sbb kena sopan kerana membawa imej budak sek agama.....takut nanti tercalar maruah kolej, maka kembong lah perut ku dimana movie tu amat mencolek hati terutama part hero gabra tahan tayar jeep dgn batu besar & kejar jeep......Bagi sapa yg dah lupa cerite tu tgk la balik .....lucu.

BOROI TANDA BAHAGIA??? Baca lah Kna petik drp artikel yg diforwardkan, shbgian petikan artikel, terasa benar bila baca ni, bukan apa...., awak je yg membelon, suami ttp menten.......jadi klu jadi apa2, kena bersiap sedia je lah.....sbb x pernah nak diet!

Klasiknya kisah orang dolu-dolu.....4 Mei 09

Arwah nenek baru lagi meninggal - Feb lalu, dlm usia 80an tp dari kecil dia selalu update kisah zaman budak-2 serta remajanya pada kami sambil kami bermain-main disisinya. Bila malam pula tidur sambil memeluknya & paksa beliau ceritakan kisah hantu. Macam2 cerita, x pastilah cerita betul @ rekaannya spya kami tertido....antaranya Kisah Antu Pari, Kisah Mawas & Kisah Pontianak. Sebahagian dah lupa kisahnya. Yang paling kelakar kisah cintanya yg x tahu apa benda bilamana beliau dikahwinkan dgn sepupu pada usia blom baligh lagi, jadi masa tengah galok bermain buah getah ngan kawan laki & pompuan, tahu2 dia kena pegi tinggal bersama lelaki yg pada anggapannya seperti abangnya sendiri. Maka pantang lepa suami x nampak, dia akan bungkus kain baju & balik ke rumah ayahnya serta takut untuk ke rumah suami, pantang suaminya dekat, dia akan buat mcam perangai spya org tu menjauh. akhirnya beliau bercerai sbg janda berhias.....maklumlah x tahu apa-2, asyik nak berkepit ngan mak ayah lagi sbb terlalu muda. Bila dah berpisah, dgn gembiranya dia dapat menyambung semula aktiviti main buah getah bersama kawan-2 sepermainannya.

Mak pula dipinang pada usia 16 tahun, baru terkial-kial belajar mengeja jawi di sekolah Arab kampung sbb lambat belajar. Katanya beliau baru mula bersemangat g sekolah kerana baru pandai membaca jawi ngan lancar. tup-tup nenek x bagi pergi sekolah lagi kerana dia akan dikahwinkan. Sampai mcam tu sekali!!! Betapa x literate nya mak & nenek Kna zaman tu...., Akhirnya tanpa  tahu apa makna cinta & buta mengenai perkahwinan mak dikurniakan anak pertama pada usia 17 tahun & anak terakhir pada usia 47 tahun, seramai 12 org. Sampai sekarang dia kadang masih membebel-2 mempersoalkan kenapa dia dikahwinkan begitu awal sbb dia ada cita-cita sendiri. Tapi jawapan sorang adik lelaki pada nya, 'tengoklah apa yg arwah ayah beri pada mak!' - macam lah kami ni baguz sangat. Kami pon bukanlah sangat membelanya penuh kualiti, sekadar kami semua mencuba yang terbaik, semoga Allah membantu.....Amin.

Ulasan: Bandingkanlah apa yg terjadi pada dunia hari ni, pada usia 10 , 11 & 12, telah tahu & cukup faham, step by step how to make love, yg mana kita dulu pd seusia itu x pernah terlintas maksud perkahwinan & sewaktu dgnya. Fikirkan.

Renungan - Antara Duit, nikmat & Barokah.....17 Mac 2009

Ada orang gaji banyak, duit banyak, simpanan banyak, keta besar, anak berjaya semua dlm akademik, ada doktor, engineer, businessman, arkitek.... pastu tiap-2 tahun g Mekah buat umrah. Pendek kata semua yg seorang manusia nak semua dapatlah, Terkenal pulak tu, dipuja puji serata daerah atas kehebatan, kekayaan & berjayanya dia. TETAPI dia ni nak makan manis x boleh, masin xleh,  santan x boleh, seafood x boleh, ada kencing manis, ada darah tinggi ada gout & segala penyakit, apakah benar dia kaya???? Apa erti duitnya banyak tapi nikmat x boleh dirasai, dengan pujian orang x kenyang. APA makna duit jika berada pada tahap ini??? Duit tu nak buat apa???? Boleh beli balik nikmat kesihatan yang telah ditarik ?????

Ada orang pula, miskin duit & harta, anak ramai, rumah kecil saja, ank2 biasa saja & x bijak mana. Makan kais pagi makan pagi, kalau kerja adalah duit, cuti seminggu duit pon xder.....beli beras pon gred paling murah, beras hancur, pendek kata serba serbi serba kekurangan. TETAPI nasi beras hancur tu tersangatlah sedapnya, berebut-2 anak beranak, ikan kering + kuah air masak pon sedap, telur rebus sebiji belah 4, kongsi cicah budu pon sedap, biskut tawar kering cicah air teh pon sedap, x payah ayam kurma, kuzi kambing @ rendang daging, x perlu, sbb semua makanan  adalah sedap.......x membazir sbb semua habis. hidup pula sentiasa ceria & gembira, bergelak ketawa & tiada masalah . Tiada sebarang halangan dlm kehidupan.

Pada pandangan korang siapa lebih kaya  antara 2 golongan ini??? Carilah maksud 'Terkaya' disisi agama.

Hasan al-Basri r.h berkata: "Sesungguhnya golongan yang berfikir mereka sentiasa mengulangi apa yang mereka ingati, sehinggalah hati mereka dapat berbicara dengan kata-kata hikmah."

Lukman al-Hakim berkata: "Sesungguhnya dengan lamanya duduk, aku akan lebih memahami untuk berfikir dan panjang berfikir, petunjuk jalan ke syurga."

KIK pools all of us together............

Rupa-rupanya kami 1 sekolah dulu & sama musim pula......Kna di Kolej pada tahun 1987 Form 5 & Dr Asri (DrMaza former Mufti Perlis) masa tu form 4, tp kami semua x begitu mengenali apalagi antara lelaki pompuan,antara ikhwan dan akhawat (istilah bdk sekolah agama) hhehhee, x der saling pdg-memandang @ berkenal-kenal, nanti kena cop sekular,pompuan jalan tunduk je, cuma bdk sains yg x tunduk kena boikot ngan geng usrah (mereka yg aliran sastera bkn krn pencapaian akademik kurang baguz tp biasanya sbb mrka nak jadi ulamak, ustaz & ustazah) jarang berlaku bercinta antara pelajar, kalau bercinta 1 sekolah tahu.......pastu normally prestasi akan menurun dan dijauhi drp teman2. Dr Asri rasanya aliran Sastera /sains sosial, sbb kebykan yg pure art/social science akan mengikut aliran ugama/arab seterusnya ke Timur tengah, kami pure science, ala2 rockers katanya, sbhgian besar ke negeri Mat Salleh & sbhgian lagi ke UIA, UM, UKM & USM. Tapi kna x perasan kewujudannya sbb mungkin masa tu dia x terserlah aktif sbb biasa yg pegang kepimpinan pelajar terdiri drp form 6 student.....Apa pon anggap itu hanya kebetulan. Junior Kna rupanya. Jiwa Kna ini pula amat berminat dgn bidang ugama wpun ikuti aliran sains, ke matrikulasi sains dan belajar komputer sains. Jiwa ni x sesuai nak jadi saintis, Ada juga  klasmate yg jadi 'chemist'/ahli kimia pon berhenti & buka bisnes sendiri . Tetapi sbb ini bidang rezeki kami, maka kena 'insist' diri sendiri mempelajari, mendalami dan meneroka bidang ini walaupun x berapa menarik, itulah cabarannya iaitu belajar perkara yang tidak gifted, kena berikhtiar bersungguh-sungguh untuk berjaya & sukar untuk cemerlang. Xper lah, mana-2 lah yg sesuai, cukup makan jadilah........

Komen Isu semasa - 08 April 2009

1- Rusuhan KB - Perjuangan yang kurang nilai. Wp  pun Kelantanese terkenal dgn darah jawanya, suka mengamuk, bekeng, berani, hero & handal tapi tidak begitu sesuai ianya di hambur di padang bola yang tidak menyumbang kepada pembangunan Ummah. Bergaduh & merusuh hanya kerana permainan, serah saje urusan mcm tu pada kanak2 sekolah, padan dgn umur mereka. Anak muda kena simpan energy mereka kpd perkara yg lebih besar & serius yg boleh memberi faedah dunia akhirat :)
Sambungan: OOOooo dah baca cerita seterusnya, apa sebenarnya yg membuatkan insiden tu tercetus: anak2 muda tersebut 'terasa hati' dgn approach pihak polis rupanya yg terkenal dgn sikap 'hati kering' dlm melaksanakan tugasan mereka. ermm patutla..., tp wlau apa pon alasan, tidak boleh lah membuat huruhara begitu sbb menyebabkan org yg x bersalah teraniaya. Tengoklah nasib budak jual air tu, kan ke dah buta sebelah mata. Walaubagaimana marah pun perlu kpd petimbangan aqal, bukankah aqal shj yg membezakan tindakan manusia dgn haiwan??? Sambil tu Kna tersengih-sengih sorang mengenangkan nostalgia 2003 mengenai hal tersangat marah ini. Pada tahun 2003, oleh kerana terlalu marah dgn tindakan seorg mamat gian yg buat kacau pada hari kematian Arwah ayah, maka adik2 lelaki yg semenya kepala angin penuh 1 keta buruk ayah: ayah Ngah, ayah Cik, ayah Do, ayah eil & ayah Teh siap ngan parang & lembing g kejar mamat tu yg bermotosikal ikut laluan kg, oleh kerana terlalu marah, Ayah Ngah telah bertekad, x kiralah mati sekali pon dia nak lanyak juga budak tu, Tp yg klakar Ayah Cik sempat lagi berpk, ' nak buat pon jangan sampai mati', wp ke-2nya tgh marah tp nasib baik juga Ayah Cik masih boleh berpk waras disaat2 Ayah Ngah tgh kritikal, darah naik ke kepala. Akhirnya dgn hati kering Ayah Ngah yg jd drebar g langgar je budak tu yg sdg naik moto dgn niat  biar mati, tp nasib baik Allah selamatkan kami semua bilamana mat gian tu terpelanting dlm semak, lps moto dia terbalik.....& berjaya bersembunyi . Ptg tu Ayah Ngah selamba je g serah diri kat Balai polis sambil buat report wp dia dpt balik, "ingat kan kena tido kat lokap dah"  katanya mlm tu. Kna juga masih ingat isteri Ayah Ngah terlompat-2 dgn tingginya sambil merayu  xnak bagi Ayah Ngah g kejar budak tu, semua tu kini jadi kenangan & pengajaran........Pk lah dulu mengikut pertimbagan Aqal yg waras wp bagaimana marah sekali pon, kerana menahan kemarahan dlm keadaan amt marah itulah lambang kekuatan sebenar  lelaki. - 10 April 2009

2- Pilihanraya 3 lokasi - Rasanya  PR menang 2 drp 3 bukan lah semata-mata krn orang dah tergoda / nak tukar angin @ dah terlalu insaf kepada PAS or PKR tetapi kerana rakyat sudah x larat dgn stail lama dlm kepimpinan yg semakin rakus, liar & sungguh tidak mengira kepentingan suara ramai, era kesedaran Islam, era perubahan, keluhan generasi muda serta tingkah & perlakuan para pemimpin yang mengalahkan budak2 Henry Gurney/Rumah perlindungan Sakinah/ pusat pemulihan. Mabuk kekuasaan tanpa malu & segan terlibat dgn segala macam perkara-2 aib & skandal, blom lagi pasal tamak & rakus terhadap duit serta kekayaan. Kawan2 sekalian, bersyukur kita jadi orang biasa yg x punya byk harta & kekuasaan, itu semua adalah beban yg sungguh jelek.......
_________________________________________________________________

Semasa bercuti beberapa hari d kg baru2 ini lebih kurang 5,6 hari, Kna & anak2 peruntukan 2 malam tidur di rumah mertua wp suami tiada bersama, lebih kurang ambil hati lah......x kisahlah apa pon, ikutkan Kna mmg x reti nak ambil hati @ apa pon, rasa nak g pegi,pegilah, lagi pon bagi pluang anak2 bermesra dgn kluarga mertua juga.....

Pagi tu slps solat subuh, Kna bersembang2 ringan ngan ayah mertua atas musolla mengenai perihal kenakalan anak2 & adik2 waktu remaja dulu. Kna katakan asalnya adik2 lelaki ni amat ambil berat perihal agama & boleh kata faham la lebih kurang hukum hakam tetapi bila dah kluar bercampur gaul, bersosial & pandai berkawan, lain jadinya, byk perkara dilanggar....& kesudahannya masalah itu kadang berpanjangan hingga kini. Cerita Kna lebih kurang, Ayah mertua kelihatannya menghayati kisah itu, serta sambil semacam nada mengeluh beliau memberi sedikit pernyataan yg mungkin berupa jawapan wp bukan solution @ penyelesaian. Kna cuba menghitung2 & sedikit menghafal statement itu yang selalu kita dengar drp guru agama/ kuliyah. Kna rasa tertarik & ingin kongsi dgn para pembaca & korang semua. ini katanya:

"Yang membezakan antara manusia & haiwan adalah aqal. Nafsu manusia & haiwan adalah sama, spt makan dsbnya. Hanya Aqal yang membezakan kita dgn haiwan dan itulah ketinggian manusia drp haiwan. Sempurna aqal itu dengan ilmu, Sempurna ilmu itu dengan amal, Sempurna amal itu dgn lillahiTaala ~ iaitu kerana Allah swt " Dia x mengulas panjang tp cubalah extract sendiri sari kata2 itu.Cantik Kna rasa statement itu & Kna sematkan dihati & pikiran untuk disalin d sini, sungguhpun ayah mertua bkn sesiapa, bkn guru tersohor, tp Kna rasa jawapannya itu sungguh global & telah menjawab permasalahan Kna pd  pagi itu. - 6/04/2009
---------------------------------------------------------------------------------------------

Kna x pasti semenjak 2 hari ni semacam kurang ceria & sunyi je, mood pon kurang, rasa malas nak menulis, x rajin maner nk keje & macam sepi sekeliling mcam xder orang. kenape ye ? rasa nak balik awal & x minat mana surfing berita cam biasa, apa telah terjadi ???? nak bercriter ngan opismate pon jadi x menarik.....& Kna yg biasa panas wp ada aircond tp sejuk plak. X sihat ke? Semlm doktor kata bp ok...ntahlah. - 31 mac 2009

Cuma 1 Kna nak highlight kat sini tentang HARAPAN. Jika kita terlalu banyak impian dan harapan serta harapan itu pula tergantung pada manusia lain, pasti kita jadi banyak kecewa sbb kita byk berharap pada manusia. Jika kita nak jadi manusia yang tenang , maka kita gantungkan harapan kita hanya pada yang maha Kuasa, Allah sekalian Alam, kita akan jadi tenang dan pasrah. Kalau orang suka pd kita, ok, & orang benci pon ok juga, orang hormat kita ok, orang hina kita pon ok juga, orang puji kita ok, orang keji kita pon ok juga. naik pangkat ok, x naik pangkat pon ok. ada duit ok, xder duit pon ok tp x juga menyusahkan manusia lain, org kutuk pon xper, orang benci orang sumpah pon xper , redho semuanya tp bukan bererti kita penakut cuma hati kita lebih byk redho , bkn juga kita x pyer perasaan tapi kita benamkan emosi & zahirkan kemanusian kita, kita takut hanya pada Allah & kita x byk kerenah dgn manusia.........(Tp sekiranya - xder duit ok, tp hutang segunung, muka ceria, tp orang x senang....., itu bukan nya redho/berjiwa tenang, tp itu x takut mati.....) . Bacalah kisah2 wali dahulu & kisah salafussoleh, maka kita boleh agak tahap kita dimana..........

Kereta berguling masuk sawah PADANG BESAR – “Pertama kali ditarik, saya masih boleh mengawal kenderaan tetapi bila masuk kali kedua, saya dan kereta ikut melayang dan hanya mampu melaungkan Allahu Akbar.” - KOSMO 30-03-2009

Kisah ini mengingatkan Kna kisah sendiri beberapa thn dulu semasa melalui susur keluar dekat Mahkamah Syariah KL, bila tiba2 Kancil yg Kna pandu tu x semena-mena berpusing2 & terhentak pada tembok sisi jalan. Kna masa tu dlm perjalanan ke UKM Bangi, tp x cedera @ luka cuma terkejut terpinga-pinga. Beberapa bulan kemudian di lokasi yang sama dgn Kancil yang sama, suami Kna pula mengalami perkara yang sama, berpusing2 dilokasi berkenaan, cuma  waktu berlainan iaitu Kna kena pd waktu pagi & suami pula pada tgh malam sewaktu menghala ke PD. Kedua-nya berlaku semasa kami memandu sendirian Kereta hanya dipandu perlahan kerana situ selekoh. Selepas kedua2 kejadian, kami tidak merujuk kepada sebarang  ustaz atau sebarang bomoh. Cuma hingga sekarang ianya seperti satu misteri & Kna cuma pk-pk sorang & membuat andaian sendiri, ianya bukan usaha manusia tetapi mungkin ada campurtangan makhluk yang satu lagi......yg sgt terkenal dgn kebolehan semacam  itu. pada Kna juga ianya berlaku dgn izin Allah, maka sehebat mana pon makhluk itu tetapi jika Allah tidak izinkan maka ianya x boleh berlaku.......Berdoa sajalah kpd Allah, Pemilik segala Kekuasaan, semoga dijauhkan drp gangguannya & bala.

 Salam Pantai Timur - 25 Mac 2009

Bersatu Teguh bercerai roboh, sedikit sebanyak ulasan & kisah mengenai pentingnya kecekalan, kesabaran Dan hilangkan ego untuk berjaya. Harap ianya dibaca untuk dihayati dan difikirkan bukan untuk dipermain-mainkan serta untuk direnungi. Tiada orang yang berjaya dengan cara mudah & pintas kecuali untuk tidak lama, manakala orang yg berikhtiar penuh susah payah sebenarnya telah ditempa jiwanya untuk menghadapi sebarang kesukaran & apa jua kemungkinan. Untuk adik2 tercinta, yakinlah setiap kesukaran tetap diikuti dg kemudahan, jangan berputus harap, ingatlah kehidupan di Sana adalah lebih abadi......

Sepanjang di kampung cuti 5 hari Mac 09

 

Selamat pengantin baru Ayah Eil Cik Do & ank pompuan MokLong, meka muda berjln laju ddepan, terhegeh2 ore tua nak kejar masa belarok....

Jalan G musang ciku....on d way ke kg Pertemuan indah di warung ikan/sotong goreng tepi Pantai Penarik Setiu....

Singgah sebentar di Pantai air tawar just b4 balik KL semula..... Makan kopok losong Besut ngan air gas madura....

Tahniah Untuk Cek Do...msh blom tlambat....

Tahniah atas keputusan STPM yg diumumkan semlam wp result xlah sgt mengujakan 4P wth 1B & 3C, applylah mana2 IPT, terpulang pada Cek Do nak belajar / kerja tp Kna galakkan spy blajar dulu, at least buat Diploma dulu, nanti klau rajin boleh sambung lagi.....Kna beri beberapa cadangan pilihlah mana berkenan, result SPM Cek Do sebenarnya pon OK untuk terus ke IPT tempohari tp dah lajak ke STPM, extra mark jika compete....Tp seronok juga tgk Cek Do nampak lebih berkeyakinan selepas 2 bulan menjadi cikgu, selama ni gelak je manjang, sekarang lebih byk bercakap & lebih open, mungkin ye or tak.........

Sesuatu untuk direnungi.......12 Mac 2009

Biasa kna dengar Klasik nasional dlm keta, tp pagi tadi stesen telah brada pd frekuensi IKIM, maka dengar je apa yg Ustz tu perkatakan, Ustz tu x glamer & jarang dengar namanya tapi Kna tertarik kepada kandungan tazkirahnya lebih kurang begini:
Sembahyang yg khusyuk hanya dapat diperolehi oleh hati yg ada di dalamnya ada sifat Zuhud. Kita solat tp x khusyuk itu krn kita bawa dunia, angan2, cita2 & segala impian  kita ke dalam sembahyang. Sifat Zuhud itu perlu ada kepada semua orang Islam termasuk para pemimpin, sekiranya tiada sifat Zuhud ini pada seseorang yg bilamana diberi amanah atau kepimpinan maka dia akan menjadi rakus. Bagi orang2 zaman salafussoleh terdahulu mereka hebat mentadbir dunia dan 1/3 dunia dlm kekuasaan mereka tapi dunia tiada di hati mereka kerana sifat zuhud ini. Menurut beliau lagi sifat zuhud ini seolah merupakan penapis @ penyaring dlm diri seseorang. Dengan sifat zuhud inilah mereka hebat w/pun berkuasa tetapi mereka orang yg takut & tunduk kpd Allah & tidak rakus kepada kebendaan.........Wallahua'llam.

Kajian Saintifik:
Kebaikan kahwin awal bagi lelaki 
Perlu Percaya kpd Tuhan?agama ?
Bacalah untuk menambah knowledge korang, wp mungkin tidak 100 % benar, ini hanyalah kajian saintis & pakar psikologi, yg sebenarnya terpulanglah pada Yang Maha Kuasa. Jangan ada bachelor2 yg marah sudah laa......

Kunjugan Hormat ke OSCC, MAMPU,CyberJaya bersama Unit Penyelaras- 6/3/09

Semalam KL banjir, -  3/3/ 09 ,air naik......

foto org anta melSekitar end of Jln T Razak, kat pwtc, Kna kluar hampir pkol 6 blom solat Asar lg, pastu stuck kt tgk jam sesak, terpk, nk g depan xleh, undur pon xleh, radio ckp air naik sana sini...., mula Kna pk nak ikut elevated highway ke MRR2 tp tkut sana pon jam, sudah nya  g ikut Marinara jln Semarak sampai umah adik ipar DTHO, jelatek kol 7, sempat la Asar at 7.15. X tau lah sempat salam ke x, org azan margrib.

 

Outstation ke KKTM Beranang - 12 Feb 09

Kna, CT, Iwan & Min carpool ke KKTM kerana keje2 mengukur dlm proses penyediaan spesifikasi dan perincian  serta diagram untuk networking di situ. Proses ukur dan lawatan tapak memakan masa 3 hari dan kna join 2 hari sehaja, penat la sket keje kat luar, asyik jalan je, klau camni selalu Kna boleh kurus. Yg menariknya KKTM ini baru siap & sungguh cantik dan kemas landskapingnya & viewnya, Bila penat sgt meround keliling kami mula plan idea bodo nak bawa roller tu dgn kereta, tarik je roller slow2.....manakala kami dlm keta.
Min & iwan laju di depan, kepenatan

Cancer info - John Hopkins

Cancer is a disease of the mind, body, and spirit. A proactive and positive spirit will help the cancer warrior be a survivor. Anger, unforgiveness and bitterness put the body into a stressful and acidic environment. Learn to have a loving and forgiving spirit. Learn to relax and enjoy life.
Kna petik drp artikel yg Za fwd, Kna pilih point ke-15 shj. Kna percaya & sgt tertarik dgn idea tersebut.

Tahniah yg lambat.......Dedicated untuk Ayah Su.

Hampir terlupa, ucapan tahniah untuk Ayah Su dgn 9As dlm PMR, nampaknya rekod lama Kna telah dioverwrite oleh Ayah Su. Hadiah, tunggu Kna balik. Harap wbagaimana pon, Ayah Su teruskan pengajian dlm bidang ugama & x jadi cam Mok Ngah & Mok Teh yg telah jadi ala2 sekular ini. Kalu nak sambung bidang profesional pon biarlah berjaya sebagai Hafiz Quran dulu, InsyaAllah. Contoh anak pompuan Ustaz Zaid itmt, katanya buat medic tapi kat Iskandariah,Mesir.....Harap ayah Su teruskan commitment hingga ke penghujung pengajian sbb kecemerlangan hari ini tidak menjanjikan kejayaan di penghujung jalan melainkan usaha & doa berterusan yg bertaliarus tanpa noktah sahaja yg dapat mengekalkan kejayaan tersebut. Ini baru titik permulaan perjuangan.Teruskan usaha Ayah Su.

Salam Pantai Timur - Kasih Ayah

Politik, recession, terhina, menghina, aib & etc.... - 20 Feb 09

Klaulah  nak diulas , x cukup kertas juga x ckup blog nak tulis, sama aje lah...yg berlaku terus juga berlaku & kita adalah pemerhati. Kesimpulan Kna atas segala yg berlaku berkaitan tajuk & isu semasa simple aje " itulah dunia" dan sbb itulah Allah turunkan Quran serta Syariatnya. Pada Kna juga perempuan wp hebat & bijak camana pon kalau dah jadi mangsa lelaki bgtlah juga kesudahannya.......x jauh beza lulusan oversea @ pompuan yg sekolah takat Drj 6. Dan LELAKI camana hebat, alim dan beriman sekali pon tetap lah ia lelaki dgn segala ciri yang Allah khaskan untuknya. Bezanya bila  lelaki itu beriman dia x akan sewenangnya menyebarkan aib org , x kiralah ex-makwe, isteri @ sesape saje sbb dia takut kpd Allah. Begitu juga perempuan bila dia takut kpd Allah , dia akan cuba jaga dirinya drp segala fitnah spt anjuran Syariat sebaik mungkin, namun nafsunya ttp mengatasi akalnya wp dia bertudung litup 7 lapis kain hingga nampak mata je.......segala ciri2 sbg pompuan dgn segala keinginannya spt obses dgn kecantikan itu tetap sama. Tiada bezanya keinginan & nafsu perempuan Muslim dan kafir serta tiada bezanya keinginan & nafsu lelaki muslim dan kafir terhadap fitrah & kehendak semulajadi (basic instinct) itu. Dengan sebab ada ciri2 keseragaman itulah Allah turunkan Syariat sbg panduan supaya selamat & Rasul sbg model macamana  hendak hidup atas dunia ni dgn sejahtera. Kalau lah korang tiba-tiba datang idea untuk menjalankan satu misi ke rumah seorang ulamak tersohor yg terkenal dgn waraqnya, kemudiannya diletak camera video dlm bilik tidur suamiisteri itu, mmglah hasilnya hal aib yg sama juga yg akan terpapar pada kamera /video tersebut sbb dia juga mahkluk manusia.........bezanya bila idea itu dtg kpd org yg takut kpd Allah ialah dia akan ignore saja idea bodoh itu krn dia tahu Allah tahu ideanya dan merekodkan perlakuannya, tapi jika idea itu datang kpd seorang yg byk idea tp tiada takut kpd Penciptanya, maka dia akan berbuat apa saja asalkan memberi imbuhan material kepadanya sbb Akhirat itu tidak berapa diyakini wpun dia tahu benar........., Kebykan ugama percaya pada hari pembalasan tetapi tahap kefahaman & keyakinan itu berbeza.........Wallahua'llam.

Begitu juga masalah melibatkan recession, rasuah dan suasana politik yg caca merba, klau semua pemimpin itu sgt cerdik derong xder bergolok bergadai & bermatian-matian dgn politik semata, ada isu yang lebih penting sbg manusia, iaitu pelihara diri & kluarga dari api neraka, camana??? Tanya org yg arif. Kalau derong faham tentang besarnya amanah kepimpinan, semua orang akan tolak menolak, tiada siapa yg sanggup & bukan berebut-rebut sebagaimana hari ini.....Wallahua'llam. ~ Conclusion.

Lagi2 psal study........(nostalgia baru - UKM 2006-2009)

Sepanjang yang kna ingat sebelum mula blaja part time klas malam ukm ni, Kna ada nyatakan hasrat pada adik (Ayah Do), ni perbualan Kna:

" Sam, Kna nak smbg blaja la semula....."
" ye ke Kna? agok2 pikup lagi ko???" soalnya sangsi.
" Rasa2 ok lagi kot, boleh la......" Kna jawab x pasti.....

Ayah Do x kisah sbb dia mmg x minat belajar akademik nih, kaki ponteng dr kecik lagi........jadi dia x amik port apa pon.......Tapi bila royak ko Ayah Cik, kena belebel plak, sbb dia kata sian ko anok2, mmg betul la kata dia tu, tp kita selalunya kena korbankan sesuatu untuk dapatkan sesuatu, akhir nya kita keraskan hati. Kna actually bukan lah seorang yg rajin, itu semua org tahu, tapi ada sedikit kelebihan itu, iaitu kegilaan, gila bila buat sesuatu, kalu dah buat walau camana pun biar sampai berjaya......(by hook or by crook.....). Baru ni Kna dah siapkan paper untuk bawa ke mtg jawatankuasa. bila boss cek kena buat pembetulan. kna kata pada kakak urusetia " walau camane pon saya ttp akan bawa mtg, sya mesti siapkan dgn apa cara pong". kakak urusetia(ore N9) kata ore klate mmg gitu, dia nok, nok juga . Klate???? Kelantan ker???? Pegawai Kna kat belakang dengar, dia kata kena cek betul2 dulu baru proper.....hati kecil Kna x setuju tp diam je lah bcz 'boss always right'.....akhirnya paper sempat bawa & success........ :)

10 Feb 2009 -14 Safar 1430 ~ x hangat langsung

Result dah kluar, projek cuma dpt B, masih bertahan 3 point, tp ciput & hampir sama ngan pointer diploma dulu , mmg B std je lah......(tu je lah tahap Kna). Tp x usaha mana pon padan lah, asyik ngaga jer.....

6 Feb 2009 - 10 Safar 1430

Yang Hangat - Politik d Perak - Kna xnak sentuh di sini, sekadar bercerita dgn member2 opis je lah.....x tau lah apa nak jadi, biarkan siLuncai dgn labu2nya.......(itulah politik....)

Yang x Hangat - Aiii baru 6hb dah sengkek, x tahulah camana bulan ni......teruk btol, ari tu gata-gelenya benar nak main kutu sbb asyik x menyimpan, now rasa cam xleh  survive sampai 25 hb.....hhehe kenalah mencari sumber2 lain....

Yang sentiasa Hangat & menghangatkan- foto - peristiwa baru :
Sehari di Kg Jinbara (hutan kg Kemensah)

Budak-2 mengaji slps Maghrib setiap hari......
Rutin harian lps maghrib diumah Qtrs KL.......
Cerita yg bakal menyusul........
Peristiwa 1993 - end of 92 (X dapat dilupakan)
*80an dalam kenangan...jual Etok"

4 Februari 2009 - 8 Safar 1430 Hijrah

Arrrgg.....lega more /less 3 yrs nganga kat klas, now get back part of my life & time..........Now no need to think about assgmt, final exam and the presentations........Syukur padaMu Ilahi kerana menyempurnakan sbhgian drp cita2, wp setelah menjelang 39 thn umurku......xperlah umur hanya sekadar angka. Minggu depan Kna akan start new cerite....Tunggu...

1 Feb 2009 - at JINBARA's port ~ Kg Kemensah (gambar nti Kna uploadkan sket)

31 jan 09 selesai present, so 1 hb  release kat anak Sungai tempat budak2 Jinbara lepak...nak kata chalet x juga, mcam pondok2 je, tp oklah sbb kami dapat menikmatinya, suasana anak sg + sket air terjun kecil-kecilan. adik ipar & pembantu, sempat berendoiBudak2 tu mandi drp 11 pagi - 6 ptg. (Kna dgn blouse & kain batik sarung je g berendam.) kami balik jap mask nasi tghari, g lagi...Masa dok pindah nasi dll, terdengar Jinbara & the grup tgh nyanyikan lagu2 90an dgn iringan gitar kapok merah, lagu cam " lena diulit Intan" dsb. OK lah, not bad. Kna nampak kalau buat btol2 ala2 resort tu , ada potential tp jika dok campuraduk ngan perkara2 mengarut, sure bisnes lingkup....harap2 derong boleh pk pjg bcoz semenya nampak x muda mane.......derong ada restoran dll kecil2an tp brg x byk.

27 Jan 2009 - Staybck siapkan report - masa tu pkol 1.30 pagi terima call drp kampung....nenda tercinta telah pergi mengadap Ilahi semasa Kna tgh siapkan final report, Kna rasa sgt bersalah krn semasa nenek mula x sedar pd ari Jumaat tu, Kna ttp x boleh balik kerana beberapa halangan yg x dapat dielakkan. Tp xperlah tok nanti kita doakan tok dr jauh ni ye & kita tetap ingat amanah tok yg Tok pesan kat kita dulu, kalau waris tok xnak proceed kita akan cuba tunaikan juga hajat Tok tu......InsyAllah bulan Mac nanti kita balik & kita akan cuba usahakan......InsyAllah.

16 January 2009 - Hijrah & Masihi yg Baru

Sudah bgt lama sekali Kna x update laman & blog....kesibukan dan kesuntukan masa yg amat tidak mengizinkan. Sepanjang Dis 2008, macam hal yg kritikal berlaku, anak2 nak masuk sekolah, balik kg, assgmt , Final exam, pindah rumah, tukar sekolah anak2 dsbnya, so sekarang pon sebahgian besar kain baju masih dlm beg......blom berkemas. Bkn lupa ttg blog, mana boleh penulis melupakan dunianya. Byk perkara yg nak Kna tulis, byk cerita yg nak disampaikan tetapi tiada ruang masa. So now until end of January masih x free bcz kena submit final report untuk projek akhir & juga final presentation untuk konvo akhir thn nanti, InsyaAllah. (gambar nanti ada masa Kna update lagi......kena select btol2 nanti ada yg marah)

Our Hero - gambar kenangan (kcuali ayah teh & ayah Su je foto baru) ayah Cik, Ayah Ngah, Ayah Do, Ayah Eil

Gambar hero-2 Jusoh masa muda, masa tgh galok bercinta & hias keta , kini 3 drp 4 pertama tu tidak semacam tu lagi, semenya dah beranak pinak.....dah x peduli sgt penampilan kcuali Ayah Cik yg masih ctrl hensem, thirties style.......whateva. Kna dah 3 tahun x timbang berat badan sbb x nak terima kenyataan........., itu pun naik pening jarum penimbang tu menampung berat badan Kna menyebabkan Kna x nak menganiya penimbang budak2.  Ayah Teh, Ayah Su Masa remaja kami semua mmg rapat, tp sekarang masing-2 ada dunia sendiri, family sendiri & lokasi yg berbeza, even Ayah Cik sekali pon x penah datang umah Kna lagi. Cuma harapnya ukhwah & silaturrahim terus utuh dipertahankan. Ada masa sekali skala bertandanglah ke mari, Klau sebok pon browselah Kna nyer Web spy ada update cerita baru......... Sekali-sekala bercrite mereka still mengada cam dulu jgak, Cth Ayah Do- (anak dah 3), kalau Kna x pusing & dengar criter dia dgn sepenuh fokus, selagi tulah dia akan memanggil-manggil spy tgk muka dia bercerita........, Ayah Do mmg sejak baby 40++ hari lagi Kna dah mula jaga dia (sebaik selepas mak abis pantang) sbb mak g mengetam padi sebelah ptg, masa tu Kna Std 4 baru, tp bila petang kena pulak jerang nasi sambil jaga adik2. Sebab tulah kami seme rapat agaknya.........

 
5 November 2008 - Asam garam r/tangga & Kehidupan

Sehari 2 ni x selesai dgn kisah 2 celebriti yg menghadapi masalah r/tangga. Itu hanya lah satu sample drp sejuta kes sebenar yang berlaku hari-hari, x kira apa bangsa/ agama tp khususnya untuk kaum Melayu lah. Sesekali jadi lebih beremosi membaca kisah Abby & menitik gak airmata, di saat baru menimang cahaya mata, suami buat criter. X kiralah seandainya kisah penangkapan tersebut adalah fitnah @ trap shj tp kalau keduanya x terlibat langsung xdernya org lain nak amik kisah atau tiba2 je nak psg perangkap. X tumbuh x melata, x gitu?. Apa pon dah namanya celebriti, semua nya kena teropong. Klau nak reducekan problem, x pyah jadi celebriti. Untuk pengetahuan korang juga ada 1 criter (ore Klate), kisah kwn atas kwn di mana berlaku semasa bini balik berpantang di kg, member kat KL nikah xpress ngan minah Indon. Lepas isteri habis pantang, cerai.....simplenya, Cuba tya Ustaz, apa kategori nikah jenis ni? Soklan untuk rakan pompuan pula, korang tahu kenapa lelaki jadi gitukan?

Nikah cerai dlm masyarakat kita hari ini adalah menjadi perkara biasa & tidak mengaibkan. Mudah benar terjadi. (Mlm tadi baru tahu rakan terdekat yg dok bergelak ketawa hari2 baru balik pejabat agama menfailkan permohonan penceraian, ank 2.....YaAllah, bantulah kami!!!!) . Baru2 ni J, 38 (msh single), xclasmate  form5  dulu, masa dok criter psal nikah kawin ni pada Kna:

" aku ni Ana, ko tahu, jeles kat cleaner bawah tangga tu, asyik kikkikkik ketawa wp  serba daif, kwn 2 aku Ana, semua byk duit ni, kejap suami ada affair, kjap g pejabat ugama, skejap g pjabat kadi......." criter J pd Kna satu hari.(snr lecturer kat IPTA tersohor). Kna mengangguk-angguk setuju. Memang betul kawan-2 kna sekeliling pon samalah, menurut J lagi sekarang suami  bercinta sampai ke bilik tido, bkn cam dulu, buat perangai kat luar je. Btol juga , dgn segala kecanggihan teknologi, semua bkn sekadar ilusi, tp kenyataannya begitu. Kiri kanan belakang depan, org bercerai berai iaitu kwn-2 juga saudara mara, semuanya dekat saje. Itulah agaknya fenomena kehidupan hari ini............ (ilmu agama dipandang rendah, ilmu dunia diagung2kan, manusia kucar kacir)

9 Oktober 2008 - Pergaduhan, pertelingkahan, kebahagian & kemesraan..... 

Tidak tahulah berapa ramai yg sependapat dgn Kna tetapi dalam rumahtangga sekali-sekala pertelingkahan dan perkelahian boleh menyuburkan kemesraan. Tiada data statistik yg hendak dibuktikan tetapi pada Kna jika dlm sesebuah r/tangga kalau aman je, x berselisih pendapat, x de langsung marah2, xder merajuk, tiada mengada-ngada mungkin boleh menyebabkan kemurungan, kurang ceria. Kalau kita perhatikan dlm dunia kanak2 sekali pun, mereka ada je yg bergaduh & bertumbuk, tetapi mereka juga amat mesra sesama dan sesetengahnya membawa kepada dewasa & tua  kekal sbg sahabat & kawan setia. Pada pendapat Kna juga adakah meriangkan jika sebuah keluarga dipenuhi oleh isteri, suami & anak2 yg terlalu baik sehinggakan komunikasi sesama mereka hambar dan lurus tanpa ada perselisihan.......bkn kah itu jadi macam masyarakat Zombie pula????? Apa suami kata isteri setuju, semua jd sehala, menarikkah???? Di sini tidaklah bermaksud bergaduh itu baik, tp nak menyataka bahawa adalah normal sekiranya dlm adik beradik, suami isteri dan anak beranak ada yg x sependapat, selisih faham dan kekeliruan serta juga pertelingkahan, cuma cara menyelesaikan itu yg menuntut kebijaksanaan & kepintaran beserta petunjuk ilmu & iman. Maka tiada masalah yg x boleh diselesaikan & tiada penyakit yg x boleh diubati.  Kekadang selepas bergaduh berapi-api, kita akan jadi lebih baik drp sebelumnya, lebih mesra & lebih membahagiakan kerana dari pergaduhan kita saling mempelajari sesuatu tttg diri lawan samada kekuatan  @ kelemahan dan keupayaan untuk memperbaiki & menerima kelemahan juga menjadikan kita lebih matang.......Wallahua'llam.

Artikel menarik - ANGKA 40 (Kna petik drp akhbar harian)

ANGKA 40 membawa persepsi berbeza pada lelaki dan wanita. Bagi lelaki, lazimnya usia ini dianggap permulaan hidup dan kematangan. Bagi wanita, usia itu sering dikaitkan dengan perkara negatif dan dikatakan 'saham mula menurun'. Pada usia ini, lelaki menjadi lebih matang, tepat membuat keputusan, bijak memberi cadangan, lebih penyayang, lebih prihatin dan lebih dalam segala-galanya. Malah, ada juga yang mengatakan pada usia 40, darjah miang lelaki semakin meningkat !  Wanita juga sering memberi alasan serupa untuk menguatkan andaian bahawa lelaki memang miang. Antara yang biasa didengari, suami mula menjeling wanita lain, main kayu tiga malah berkahwin baru. Jika ada suami yang mula menunjukkan tanda 'keriangan' luar biasa, diperturunkan sedikit panduan untuk isteri menyekat suami bermain mata dengan wanita lain.

Layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangkan kerana ia boleh membangkitkan semangat dan suami berasa dihargai. Tetapi usah sekadar bercakap, isteri harus buktikan dengan perbuatan. Jika hanya pandai memuji, tetapi di bilik tidur isteri rebah dan tidur macam tunggul, pujian itu tidak bererti langsung. Tidak guna menyiapkan kopi dengan tujuh ramuan herba, sekiranya di katil isteri berdengkur kuat seperti bom, tanpa sedikitpun menghiraukan perasaan suami yang seperti gelora tsunami.

Wanita pada usia 40 tahun terutama mereka yang ramai anak, rata-rata sudah mula dingin seks. Bukan putus haid, tetapi mula tidak berapa minat mengadakan hubungan kelamin. Mungkin sebab kesibukan di pejabat atau letih melayan anak-anak sepanjang hari di rumah, isteri menjadi pasif di katil. Sebenarnya tanpa mengira usia, isteri patut bijak berbicara mengenai seks.

Wanita pada usia 40 hingga 45 tahun masih cantik dan menawan. Mungkin tidak secantik gadis belasan tahun, tetapi jika bijak mendandan diri, suami pasti tidak menjeling pada orang lain. Masalahnya, sesetengah isteri terutama yang menjadi suri rumah sepenuh masa, tidak menghiraukan soal ketrampilan diri. Mereka membiarkan rambut menggerbang macam penunggu pohon beringin. Dahi berkerut, bibir berkedut, tanpa bedak serta tanpa gincu. Pipi pula berminyak semacam.  Apa yang dikehendaki suami ialah penampilan seorang isteri yang kemas, sopan dan kelihatan manja. Usah terlalu manja, nanti suami pula naik lemas. Tidak salah menyambut kepulangan suami dengan haruman. Semburlah pewangi yang boleh membangkitkan semangat.

Sentiasa senyum. Sambutlah suami dengan senyuman paling manis, ikhlas dan bukan dibuat-buat. Ingat, lelaki dapat membaca antara senyuman ikhlas dan senyum palsu. Bilik tidur adalah tempat rehat bagi suami isteri, oleh itu haruslah beretika. Tempat tidur mesti selalu kemas dan menarik. Semburkan haruman supaya semerbak sepanjang malam. Sesekali taburkan bunga-bungaan wangi di atas tilam. Malangnya, bagi isteri yang sudah melewati 40-an, bau haruman di kamar beradu biasanya tidak dihiraukan lagi. Tiada lagi bau minyak wangi seperti zaman baru berkahwin dulu, tetapi lebih kepada bau minyak angin. Jika setiap malam hidung suami tersumbat bau minyak angin, matilah seleranya untuk ‘mencakar’. Ini mungkin nampak remeh, tetapi isteri harus memahaminya.

Komen: ketawa sorang baca artikel ni, yg plg lucu pada kna "berdengkur cam bom" sbb sekarang Kna dah kene penyakit tu..........hati tetap optimis wp byk saingan diluar sana....kita tahu dimana kekuatan/kelemahan :)

 ------------------------------
28 /8/2008 CRITER DARI KG.........

1. Bila jumpa kaki gaduh....criter masa dok KL lagi kot...

1 mlm dia terima call drp kawan masa kat U dulu dgn mesej " ada orang nak gaduh ngan aku/ ada org nak pukul aku". Maka mamat ni pon pegi la kat kedai yg dimaksudkan dgn innocentnya. masa dia sampai aad sorang lelaki dgn kemeja pejabat sedang cekak leher kawan mamat ni. Mamat ni tya kenapa? lelaki berkemeja tersebut memberitahu lelaki ayah orang yg sedang nak ditumbuknya itu adalah orang yg bermukah dgn bininya. Mamat ni terkejut & marah sbb kwnnya cuma diam, maka dia pon suruh mamat berkemeja tu buatlah apa saja kat kwn dia cuma jgn sampai mati.....Kna pon tya mamat pencerita ni mereka tu tahap ringan atau sampai ke tahap berat? Berat doh katanya, dah bawa bermalam   ......Kami ber2 terdiam, termenung sendiri, pompuan bini ore, lelaki ayah ore, tp krn slalu bertukar crita di pjabat sampai ke tahap itu.....Dimana Allah dlm hidup mereka? yg sedihnya pula....kata mamat ni kwn dia tu dulu budak biasa yg sembahyang, anak pak Imam......sedihnya, takutnya...........

2. Bila jumpa si gila kerja, involve ngan projek...

Mamat ni memaklumkan betapa jahatnya mereka yg berkuasa bila dia sendiri berada bersama pemimpin & kakitangan kerajaan yg bercadang untuk markup harga projek jutaan ringgit double triple hanya untuk kepentingan sendiri/ puak tertentu......, Apa yg lebih menarik perkara ini dah selalu kita dengar iaitu post sbg Jurutera/engineer & lain2 post yg gah di kementerian tertentu tetapi 1 habuk pon x tahu pasal teknikal hinggakan jika technician or site supervisor tipu pon bulat2 percaya......belajar teori di U & kelayakan berjela tp x ikut buat keje menjadikan mereka x acquire knowledge dlm bidang mereka. yg mereka tahu pegang pen untuk sain & asyik tya bila nak dinner, bila lunch dan duit portion untuk mereka.....maka dgn itu pd Kna baik la jd balaci yg tahu teknikal drp pegawai yg  hanya tahu cakap tp teknikal kosong, mereka ini sebenarnya beban kpd rakyat, buat kerja xnak, hanay mengarah jer, duit nak banyak.......

3. Bila jumpa tokey ayam, 7 hari seminggu keje.......

Kna tya berapakah kadar penurunan jualan slps minyak naik? klaau sebelom ni dia dapat jual lbh kurang 100 ++ ekor dlm sehari, sekarang Time peak season cam cuti sekolah, nak dapat 80 ekor pon sakit, maknannya dia hilang lbh kurang suku drp jualannya. Dan kalau mengikut sukatan cara kg yg Kna tgk pd meter petrol Kancil, RM10 petrol dah kurang sesuku drp sebelum harga petrol naik, maka.......itulah trend ekonomi sebenarnya......

Btw dia buat another correction, PakCik yg nangis minta ampun aritu bkn naik Kembara sebaliknya Avanza, heiiii!!! mesti mamat ni silap sebut hari tu masa crite dulu, katanya kembara. habis lah kredibiliti & integriti storyteller.......

--------------------------------------------

8 Ogos 08 - PROMOSI GERAI MKN d MARA  HQ (tp thn ni 2010 dah kure mknan since seme naik)

Dah lama teringat tp x jadi2 nak promotekan satu gerai kat MARA bistro ni. Kedai makan ni namanya Papa Chop  Mama Grill, By default derong jual western food tp untuk sesi pagi - pkol 11 pg, ada disediakan buffet breakfast (RM4.00) je, Menu wajib nasi lemak biasa & roti bakar (std),teh tarik, teh o, oren sejuk. Tp tambahannya yg berubah mengikut hari secara berlainan adalah spt nasi goreng / meehoon/ mee goreng/ nasi impit/ roti canai atau/dan sosej/bake bean....Dah lama x pegi sbb kalu g situ mesti kenyang sgt. pagi tadi Kna teringat terus g situ. Ni nak nyatakan menu hari ni. Std: Nasi lemak sambal bilis+telur rebus, teh 0, tarik & oren serta roti bakar/kaya/marjerin/telur 1/2 masak (kalau nak laaa...) Tambahan: Nasi goreng, meehoon, sambal sardin,kueh koci dan roti telur bakar. Bole tambah hingga kenyang dgn syarat pinggan sama, xleh amik pinggan baru. Amik la serba sket dlm pinggang besar dgn harga RM4 saje, kalau kat KL ni pada Kna menarik sbb kedai lain lg mahal tp nak kata sedap sgt tu xder la, biasa, biasa-2 saje.......cuma byk choice. Lain hari lain menunya kcuali menu std tadi. nak cuba sila la datang unt blanje diri sendiri.......

Hari tu criter kat Mjoy dan beberapa classmate lain, beria-ia Kna mempromotekan tp Mjoy tergelak2 sambil membidas, " Ooooo patut la org2 MARA badannya......." sambung sendiri. Mana taknya KFiza tu x habis2 dgn diet program, Kna semua org thu camne slimnya, Zam pulak.....nama ke2nya pon 'Burger'......  . Kna pernah bawa Klong situ masa cuti sekolah, dia kan suka seme menu, Kna amik lbh kure 2/3 sudu setiap jenis, dia makan samapi nak keluar balik.....lepas tu baru x bising nak g................

5 Ogos 08 - Bandar & Kampung......

Criter adik lelaki x lama dulu, seorang Guru sekolah rendah, semasa dia bertugas di KL/Selangor, dia ditugaskan memasukan data murid2 baru thn 1 ke sistem. Lebih kurang 30 rekod rejected by the systems bcoz x cukup info....tiada nama ayah, ada nama mak saja......(untuk 1 sekolah). Now dia bertugas kt kampung, tiada seorang pon murid yg tiada nama bapa, wp pun majoriti pekerjaan bapa murid2 klas corot/bawah yg dia kena jaga tu adalah penarik kereta, at least ada ayah wp gedebe........

Kenapa begitu? Adakah kerana orang bandar saja yg suka buat maksiat? atau orang kg semua baik2, x suka berzina & tiada masalah sosial? TIDAK, ianya adalah kerana jika org2 kg tu yg dah terpregnant ank luar nikah, cepat2 dia datang membawa diri ke bandar......jadi makin ramai penduduk bandar sebenarnya dipaksa menerima generasi x jelas status ini. Kesian, Ya Allah Engkau peliharalah kami & keturunan kami dari kemurkaanMu wp di mana berada !!

1 Ogos 08 - Orang yang dikasihi Allah......

Lebih kurang 30 tahun dulu sekitar tahun 1976,77 & 78 iaitu Kna seusia 6, 7, 8 thn begitu, Stay kat 1 kg antara antara tanah pantai dan tanah bendang......air sungainya payau kerana dah dekat ngan muara....., rumah sewa yg kami duduki menghadap kesurau kecil kg tu dimana ada 1 kolah besar, 1 perigi & 1 paip besar jenis pam yg kena pam 1/2 jam baru kluar air payau. Maka ada seorang lelaki pertengahan usia , x pasti dari kg mana tp dr sekitar Besut/ border Kelantan yg selalu mengunjungi surau itu 1 atau 2 bulan sekali serta juga semua seluruh surau & masjid Daerah Besut di mana beliau ini kerjanya membersihkan kolah serta menggantikan air baru yang di angkat dari perigi menggunakan timba. beliau selalu berpuasa. bila nampak kami anak2 kecil, dia akan buat satu bunyi seperti baby menangis, jd kami adik beradik & kwn2 kecil panggilnya Pok Long Kua' sbb bunyi cam baby tersebut.......(orang kg kami memanggilnya Pak Long Kolah). kami selalu tanya ayah, "ayah org gila ke tu???" ayah selalu kata Pok long tu org baik, kami x paham sgt camana baiknya, bila nampak dia, kami menyorok sbb takut & intai dia balik, bila dia tahu kami tengok dia akan buat bunyi baby nangis dan tersengih kat kami.....tp kami takut sgt sebenarnya........

After thirty years later, baru tahun lps x silap, somebody told me that, he (Pak Long Kolah) adalah seorang Wali ! Subhanallah (patut ayah kata org baik, orag Soleh rupanya.....). Criter org tua ini lagi ialah rumah PakLong ni ditumbuhi rumput panjang sampai ke paras lutut suatu masa dulu tp siapa yg cari dia??? bkn org kg, bkn org cam kita tp Mufti (Kna x pasti Mufti Kelantan/ Mufti Terengganu) turun ke rumah Pk Long ni.......Ini lah dia orang yg dicari org alim, dia bukan lelaki biasa. Org  semua tahu beliau ini sentiasa berpuasa....(Now Kna terbayang lelaki itu rambut mencecah bahu, pakai seluar longgar pertengahan betis, tanpa baju mengangkat air dgn timba dr perigi, berpakaian lusuh dgn segalas barang), kiranya dia adalah orang istimewa), bagi sesuatu tempat kadangkala Allah tahan drp turunkan bala krn orang2 seperti ini, krn anak2 kecil, kerana binatang2. Kalau lah Kna dulu tahu yg sebenarnya , mesti dah pegi mengendeng kat dia biar dia tiup2 sket kepala, biar dia hembus2 sket biar dapat berkat orang yang disayangi Allah........sekarang Kna x pasti dia ada lg ke tidak....... (beliau x terkenal masa tu mcm peminta sedekah saje tp dia org yg hampir kpd Allah, wali ini jika dia berdoa, makbul, biar dia kata sesuatu, akan terjadi)...itu janji Allah.........PK kan!!!

24 Julai 08 - Dunia.....macam2

Korang terbaca kan kisah 2 hari lepas - hari ni, pasal ayah yg bunuh anak & bunuh diri, betapa tragisnya! Anak itu x mengapa kerana mereka penghuni syurga. Saat ini Kna masih berharap dlm hati, semoga semasa tali tu nak grip leher si mati, beliau sempat mengucap Syahadah & bertaubat & semoga diterima taubatnya dan taubat kita semua, amin. sgt berbezanya mati sbg mukmin & mati sbg kufur, Nauzubillah. Sekarang x perlu menuding jari siapa yg bersalah, hanya Allah lebih mengetahui.........lelaki selalunya mempunyai ego yg sgt tinggi & mrk selalu merasakan kuasa mutlak / pemilikan yg tinggi terhadap zuriat serta isterinya, jadi bila ditinggalkan oleh isteri beserta  ank2nya, mmg lah suatu tekanan yg berat untuknya, daya ketahanan & ketabahan juga x sama antara lelaki & perempuan, apatah bg lg yg nipis imannya......jadi ini semua pengajaran untuk yg masih hidup bahawa didikan agama amat penting kepada anak2 untuk melahirkan insan yg berjiwa teguh terutama dlm menghadapi segala ujian drp Allah..........sedarlah bahawa x cemerlang mana dlm akademik bukanlah sesuatu yg teruk berbanding lemah dalam pemahaman agama.

J, masih penuh cinta......

Hari ni di kunjungi clasmate semasa form 5 di kolej krn beliau ada urusan di Mara . Kami berbual agak lama & ternyata kami masih mempunyai worldview yg hampir sama wp bdg kerjaya berlainan, serta falsafah ttg kehidupan pun byk persamaan, dia merupakan pensyarah IPTA sejak grd Master 1996 & akan fly x lama lg ke Australia untuk mendaptkan PhDnya. Kna kata pdnya "aku nak abiskan 1 st degree ni pon nak termuntah dah rasanya malas". Dia kata dia terpaksa. Ye la skrang polisi kementerian mmg pensyarah menetapkan wajib phd di IPTA. Masa hantar kat lif dia sempat nyanyi serangkap lagu Boyzone - 'Love for A Reason', Kna ketawa saja, ingat thn 1987 ker nak nyanyi2???? Dgn berkebaya dan bertudung lilit fesyen sekarang dia masih kelihatan manis & berseri, kenapa mesti sendiri.......?????

Dia bertanya pd Kna , 38 tahun adakah terlalu lewat untuk cinta? Kna kata 'tidak' dan memberi harapan optimis pdnya. J, siapa yg di cari??????

12 Julai 2008 -  ReU / Potluck at Bangi....

  Perasan x? blkg Hakim tu Aziz suaminya Aida, Bwh pula sebelah Kna tu Aida & Aiza (wife Faizal -ena). Aida & Noll tgh sarat anak ke-4. Atas sofa tu anak Cenah & anak Aizani......


DCS intake Jul 1992 , Jan 1993 & Jul 1993 itm Dungun (3 batch) altogether plan buat small2 perjumpaan di seksy 9 Bangi , umah amie sempena Cenah nak berhijrah ke Jeddah InsyAllah, kami bawa sorang sket makanan, semua sekali jadi berlambak-lambak, x der space nak isi, x cukup mulut nk mkn , tiada masa nak bercriter, tiada kata nak ungkapkan yg kami amat bergembira dgn perjumpaan ini hampir 10 thn bg sesetengah kami, ada gak yg selalu jumpa/ terserempak. Wp x ramai join sbb kami buat ringkas & kecil2an, mana yg available nak sukarela, x warwarkan sangat, cuma yg pastinya kami dulu serumah P7 dan dari Course yg sama.........Zeera & Ija inform last minit x dpt join since ada family events/ probs......nebermain, next time kita buat lagi....., Mostly derong seme masih awet muda cam 12 thn dulu except me, perangai pn x beza mana, Yinn masih rugged cam dulu, Aida masih manja cam dulu, Za x sempat nak soh nyanyi lagu fauziah latiff, semua-semualah x byk beza...........


9 Julai 2008- something 2 share.....

Sebenarnya Kna nak bercriter tentang seseorang yg istimewa di sisi Allah, dah lama Kna pk kan tp setakat ni Allah x izinkan lagi.......bila nak tulis rasa x seronok, xder idea, how to convey the ideas supaya korang faham dan dapat m'hayatinya & sekali-kali tidak permainkannya. Mungkin sbb masa ni tgh dgr lagu BDB, 70ties...., x berkat agaknya, seseorang yg pernah kita tertengok jasadnya pada pertengahan 70an........masa Kna Drj 1 / 2......Nantilah, lain kali Kna story.

Kali ni nak ulas bilamana Kerajaan memanjangkan tempoh bersara kakitangan kerajaan, Mungkin pelbagai pendapat akan diperkatakan, ada yg setuju &  ada yg tidak setuju. Pandangan peribadi Kna kurang setuju sebab:

1- Bagi peluang kepada yang muda-muda supaya dapat mengisi jawatan yg dikosongkan. 2- Kita yg dah lama dlm Kerajaan ni dah lama merasa sedikit kemudahan, agihkan pula kpd orang lain. Orang lain pun ingin merasa juga. Wp gaji k/tgn Kerajaan x besar, tp kemudahan umum boleh tahan juga. Jadi sama-2 kita kongsi  dgn orang lain. Pd Kna dah memadai dgn 55 thn, lepas tu klau khidmat masih diperlukan contohnya bidang kritikal boleh lah di sambung khidmat secara kontrak. 3- Kita yg dah ada tapak, boleh ceburi bidang lain dlm mencari rezeki & menabur bakti kpd anak pribumi..... 4- Kadangkala kita yg dah veteran, dah kurang tenaga, maka kita bimbing pula angkatan yg masih muda melaksanakan tugasan dgn sebaiknya, seteruskan kita beri peluang mengasah bakat, kepimpinan, keberkesanan dan semangat orang muda, bukan masih berebut-2 dgn generasi anak-2 untuk naik pangkat, terutamanya kepada rakan-2 yg kurang dari segi kesihatan, berilah peluang kpd orang lain menabur bakti.

Ini cuma pandangan peribadi sahaja. Lain orang lain pula pikirannya. tapi pada kna kalau diikutkan kepada kemahuan manusia ni sampai bongkok 3 pon masih punya keinginan pada kesenangan & kemewahan hidup, berpada-padalah...., supaya ada nilaian di sisiNya.......pertimbangan ttg nasib anak-2 muda yg masih ramai menganggur di luar sana........

 7 Julai 2008- Nothing to say.....

Tiada yg menarik dlm hidup semlm kcuali criter ringan mengenai Final p'sentation public speaking yg bermula 9.00 pg kat PKP, kolej Syed nasir, nearby Tasik titiwangsa. Kna terjaga kol 900 pagi, Alamak!!!  Mlm tu berjaga sampai kol 2 00 pagi siapkan speech, konon pg nk hafal jap, usahkan hafal, Lps bgn, bersiap dkat 30 minit, sidai baju dulu dll, cari puse dulu, time ni la salah letak purse dll.....sampai jer kat Jln Kuching ada roadblock plak, alahai ada perhimpunan kat KJ ari ni patut la...., abis la, b4 turun anta sms kt lecturer merayu soh tunggu Kna.....dah la janji nak order s'thing.....dia siap sms, "awk order apa?" since dia bawa kek.....tersenguk2 Kancil kt jln Kuching nasib la x panjang mana Q.......pecut ke KL, terus cari gerai nak order nasi lemak.......call Mjoy soh inform lecturer Kna terus g order makanan breakfast. puas gak berlegar kat kg baru, byk kedai tutup since ari Ahad......last2 xder choice, order apa yg ada, nasi dagang sket dan nasi berlauk ayam sambal & teh, soh dia bungkus, jap lg ada org laki dtang amik...........Sampai klas org dah mula present, bagi duit kat Dtk K & Hasri soh dia g amik makanan kt kg baru......asalnya nak paw Pn Saripah, sudahnya terpaw diri sendiri, tp x kisah sekali sekala blanje klasmate.......Blom sempat abis present, Kna ngan Mjoy dah makan dulu........nasi dagang, terliur ker???. presentation camne?.....bereh!!! (anak2 pon sempat merasa kek pn saripah)

4 Julai 2008 - After one month disappear......gambar 2 ank masa baby updated!!!!

Finally, saya kembali menulis. Sebenarnya bkn menghilang cuma ari tu network x berapa smooth & sibuk ngan final exam, maka byk criter terpaksa simpan je dulu. Lebih kurg sebln x singgah Losong, byk btol timbul isu hangat, tp Kna x nak ulas lah sbb dah outsource ko Wan, jadi sapo adik kakok hok minat politik tu silo klik lameae Web/ blog Wan la deh? ambo malas nok komen byk . Btw, baca blog wan sari 2 ni sampai rasa naik pening & sakit kpla plak sbb byk sgt perkara timbul & berubah drastik plak tu.......(politik biasa lah........).

Jadi untuk iniate balik after 1 month cuti, apa kata kita dengar lagu Saloma la ye, di tujukan kpd semua hero-hero dalam hidupku iaitu suami dgn bantalnya, adik2 lelaki - 'keje ke mengular?', Wan yg sdg bergelut dgn Pc & blog, Pakwe2 x jadi yg hampeh & semua clasmate yg asyik mengutuk, dgn ucapan ' berjuanglah hingga ke titisan darah terakhir.....'. Untuk pompuan plak nanti Kna link lagu kain songket Saloma........(sebenarnya masih biol after exam, btw ada lg final evaluation on this coming Sunday, for Public speaking....tp xper Kna dah paw lecturer Pn saripah minta dia buat 'bun berinti' tp dia nak buat kek jer. pastu paw kami balik minta kami order whateva makanan......on this Sunday.......klas santai.)

Dengar lagu ni mesti semangat para Hero: Another oldies by Saloma.

After this, i'll be back with more interesting stories..............be patient! (for ur info juga, kt umah pon kdgkla kna bleh update bcoz sometimes ada connection, ntah sapa punya ntah, tgk open jer....masuk je lah.....wireless

28 Mei 2008 - Back to my opis...

Selepas bercuti 2 hari (beserta ponteng 2 klas ) & menghabiskan saat2 indah di kg, ptg semlm balik sorang2 ke KL, sungguh puashati rasanya bila dpt tunaikan keinginan mak nak buat kenduri tahlil kecil-kecilan, ikutkan hati Kna yg pemalas ni nak tempah ngan caterer je, bagi senang keje, tp orang tua mana nak camtu, nak masak sendiri gak. Mcam2 alasan. OK xkisah la, tp dah siap bgitau mak, kita xnak buat apa2 - nak riba tangan je, tp bila tiba harinya kena jugalah buat. Kna amik tugas goreng daging 2  kuali, lepas tu cakap ngan mak, kita xnak buat yg lain dah.......hehhheeeee cam biasa lah ye! X ramai datang, 20 ++, xpe lah mana yg sudilah....lagi pon pd mlm tu byk kenduri concurrent, korang x balik kampung ke ??? cuti sekolah ni.....anak2 Kna xnak dok KL sbb kt kg byk sungai, banyak jeram, boleh ke hulu-ke hilir tanpa sekatan, boleh panjat pokok manggis, x dapat pokok manggis tiang seri umah mak pon jadilah......itulah anak2 ku.

Satu perkara yg Kna perasan, mak ni x larat camne pon ttp sabar layan anak2 yg dah tua bangat ni.....sesekali bermanja dgn mak ok, kalau selalu xder dia nak layan rasanya. Walaupun x berapa sihat tetap juga cuba masak apa yg kita nak makan padahal kita x minta pon, ingat nak masak sendiri je........tp derong ni dgn kelam kabut cuba sediakan. Sedih pulak rasanya. Masa g Pasar Jerteh, Kna terberkenan laksam ready made, tinggal masak kuah jer, Kna cuba...not bad....sesuai lah ngan org 'rajin' cam Kna ni.... nak rasa , Welcome to Pantai Timur.

Nak tahu apa menu mlm tahlil???  Kari ayam (gulai ayam ala klate-Trg), telur asin, sambal belacan, daging goreng, acar timum(lupa nak hidang sampai habis majlis), solok lada & tembikai. Kecur air liur????

23 Mei 2008 - Pembetulan

Alaaa criter Kna dlm SPT pasal tok Sami tu dah jadi kurang sedih laa sbb adik dah buat pembetulan rupanya sami tu naik bas dr Tumpat ke Pekan Jerteh, Drp Pekan jerteh ke Bkt Kluang (kami sebut Ke'tik / kuil) jer dia jalan kaki......(ada la dlm lbh krg 15 - 20 km, jauh gak la bagi kita). Laa ni Kna tergelak sorang2......kurang sikit sedihnyer......hampesss.

Sejak akhir2 ni iaitu bila usia makin meningkat kpd klasik, Kna yg dr dulu x suka subjek Sejarah tiba-2 suka explore kisah2 sejarah Diraja Kepulauan Melayu..............epik2 klasik Diraja dan legenda hang Tuah dsb....

 21 Mei 2008 - Update!

 Artikel Motivasi - ada free bacalah....

Ni Bahan Untuk Salam Pantai Timur (SPT), Kna copy-paste drp outbox archive. dah lama x update SPT. Untuk renungan. Berhati-hatilah kekawan, ada yg tersenyum di depan, menyelar di belakang, ada yg penuh pujian di depan tp dibelakang menghentam habis-habisan. Mohonlah bantuan Allah dlm melalui kehidupan seharian , dunia & Akhirat . Xper lah xder sesiapa pon puji, cukuplah hanya Allah sbg saksi atas setiap amalan kita...........

16 Mei 2008 - dah abis midterm, bole bernafas sket.....

Setelah hampir setahun setup Web bodo ini ,maka takut2 Kna bagi url pada adik lelaki yg berada di KT, dah tahu dah sure kena kutuk kaw-kaw.......mmg tepat sekali agakan Kna, antara ayat yg plg pedas " napoknya Kna x dok kije benar doh lo  ni....(sekarang) & hok 50 thn dulu, ingat lagi"hehehhehhe,  Apalagi Kna pon mesti dah bersiap sedia ngan segala idea sbg perisai. Antara jawapan Kna ialah "bkn masalah ada kije xder kije, ini masalah hendak 1000 daya xnak 1000 dalih, padahal assgnmt berlambak x siap2, kenape? sbb assgnmt susah, nak pecah kepala, merapu kat sini at least cam release toxic drp badan........so  kira cam lepas perasaan lar"  Pasal '50 thn ingat lagi' standard lah org pendendam, cam Kfiza my opismate &  clasmate selalu cakap, 'ore Besut kuat dendam....'. X kiralah Besut / Kelate, dendam ttp dendam. Kna buat ni bkn seminggu dah hampir sethn , sure la byk criter & lawak bodo yg boleh publish. Sorry le kekawan, xder lah hati sebusuk itu, TIDAK BESAR SALAH ORG PADA KITA SBB KITA ADA KUASA MEMAAFKAN , YG PERLU KITA TAKUT HANYALAH SALAH KITA PD ORG TAKUT KLAU ORG X MAAFKAN.......

Tp mengulas balik komen adik Kna, ingin Kna pulangkan paku buah keras pasal hendak 1000 daya bilamana pernah 1 ketika dulu beliau sanggup bangun pagi-2 hari sebelum g solat subuh  demi nak sakat mak. Dia turun ke halaman dlm gelap subuh2 hari, pegi ikut pintu dapur (belakang) & beri Salam  dgn suara kecik, mak beria jawab salam & nak buka pintu, masa mak nak buka pintu, dia hulurkan tangan ke muka mak  & buat suara besar, mak menjerit & siap terkencing2 sambil ketawa, kalau org tua tu sakit jantung x tahulah......masa tu blom solat subuh lagi........(mmg byk idea).

15 Mei 2008 -  Plz help me Ya Allah....

x sempat nak buat apa2 pon, ada mid term , ada kursus at the same time, kena o/sation.....uwaaaa camana nak buat ni??? assignment jgn cakap laa, asyik utang la. Dr Pian, sya btul2 malu bcoz x sempat study & xleh jawab proper mlm tadi, Java mid term, wp soalan x susah sgt..........Bila cakap kat die, dia senyum jer...arrrghhhhhhhhhhh tuhan plz help me!!!!   &&&

Pada kawan2 pompuan, ni nak sebut lagi, dah brape x nak sebut??? bkn cantik no 1, klau kita tgk mak kita cukuplah, cantik kah mak kita mcm film starkah dia tu sampai kita sayang sangat kat mak tu?? Jadi jgn la teruk sgt pk pasal badan yg langsing ajer, muka yg licin  sahaja, ada byk lagi perkara-2 senang yg lebih mudah korang nak buat supaya jadi lebih istimewa.....Now saintis cakap camni:      Berita Harian 15 Mei 2008 ( more love story ???  page=3 scroll bawah sekali)

2 Mei 2008 - Pertemuan di alam cyber ???

Lebih kurang seminggu lepas, secara sengaja terjumpa kawan lama exclassmate itmt di dunia cyber. kami bertukar cerite mcam 13 thn dulu, rasa cam baru lagi grad.....(.x sedar diri sungguh org tue nih.....). So Kna dah mintak permission untuk letak link web beliau di laman Other link Kna. Bagi sesiapa yg berminat dgn isu hangat & politik boleh juga browse thru blog beliau yg merupakan columnist  paper Suara Keadilan, & x lama lagi bakal jadi journalist Harakah, kalau xder halangan. Dulu dok bergelak ketawa kat koridor klas depan Comp Lab sbb lawak-2 bodo nyer......now he has his own career, which is suitable for him......selamat berkarya & kurangkan tumbuk orang my fren............Tok Wan blog.

29 April 2008 - Cyberjaya....& ego lelaki ???

Ada course 'spamguard - opensource' kat OSCC Cyberjaya......mlmnyer ada klas tanya Zam nk g ngan apa, dia kata nak naik moto. Tp klau Kna nk bawa keta pon ok, maka Kna kate xper, esok bak keta. Paginya training start at 9, kami 9 lebih baru bertolak dr opis. Kna kata Kna nak bawak, awak tunjuk jalan jer......dah sampai x jumpa plak bangunan OSCC, pusing la pekan Cyber tu berapa kali......Si Zam (opismate merangkap klasmate) siap jd trainer driving school, " KNa bagi signal pelan-2, belok kiri.....bla bla bla bla". EEEeeee Kna rasa nak hempuk jer, dia ingat Kna x tahu ker??? mulut x berenti mengomel, x caya la tu . Klaau dah lelaki tu....lelaki jugak!!! xkan caya kita bawa keta tp kalau dah lembik longlai demam ke aper, barulah seme taram.....bawalah camana pon..........Sampai2 opismate gelakkan kami sbb lambat, Kna kena duduk sebelah adik  trainer yg mana  berbahang ke muka haba projektor tuh.......Elok sampai derong break 4 breakfast. They know exactly what time for breakfast should start, a while after Ruhana & Zam sampai.........Si Tini Sabahan x abis2 kutuk Kna, bila Kna dapat buat task tu, dia kata dah dapat berlagak....., 1 klas ketawa jer lah, kiranya makin ptg makin meriah klas, adik trainer yg pd paginya muncung semacam jer, ptg dah happy.........

By the way bila nampak blok MMU, ingat janji pada Aida, ex-itmts, kna janji dulu nak call kalau dah berada dekat2 situ, sori Aida....x sempat. anak2 & Ajis, pekaba?

24 April 2008 - mengayat  , Skill or Arts ?

Tadi terserempak ngan Awe 6th floor, opismate, she tuduh atas batang hidung Kna, katanya Kak Na suka 'ngorat' or mengayat...(lebih sopan) Kna cuma ketawa. Dia  cakap gitu since motivator, Dr Mat Saat Baki told us, semakin kita berusia, semakin kurang fun yg kita lakukan, bandingkan aktiviti kita sekarang ngan kanak2 yg everything fun & games. Tu yg Kna tanya Awe apa perkara fun awak skarang? Dia kata dia minat terlibat ngan event, penganjuran aktiviti outdoor dsb yg sewaktu. Then dia terus buat statement atas tu pd Kna, tp bila dia tanya btol2, Kna kata suka menulis or melukis tp x sempat merealisasikannya.

Berbalik pada statement my opismate to me, mungkin betul.......tidak menolaknya 100%. Pada Kna skill mengayat adalah suatu keperluan kepada kita dlm kehidupan seharian. Bukan bermaksud mengayat itu hanyalah lelaki mengayat pompuan, subordinates mengipas boss, dan pelawak membuat penonton tertawa.  Ianya merupakan suatu seni mungkin atau suatu kemahiran berkomunikasi supaya mesej lebih jelas, interaksi lebih lancar, persetujuan tercapai & kebahagian tercipta. Ia juga merupakan konsep musyawarah, disamping unsur pujukan, godaan, toleransi dan strategi. Pada pandangan peribadi Kna, jika pompuan/lelaki yg berkemahiran mengayat, tentu dapat menggoda pasangannya & tentunya ia akan menyumbang untuk kerukunan rumahtangga. Biasanya orang yg pandai mengayat, jika lelaki lebih disayangi oleh isterinya, begitu juga sebaliknya jika pompuan. Kalau x percaya cuba perhatikan, ramai pompuan berwajah cantik menawan spt artis tp selalu ditinggalkan lelaki,x kiralah pakwe ke / suami...... Klau betul2 nak pastikan cuba pegi bercakap ngan pompuan2 cantik yg kaya & berpelajaran tinggi (contoh ke-2)  pula, adakah kita senang dgn cara mereka ini berinteraksi? Kalau cara mereka tu menyenanagkan banyak pihak bermakna org tu mempunyai seni / kemahiran ini , jika tidak....Kna nak tanya lelakilah, adakah anda suka berbual dgn seorang yg membosankan wp cantik? Pompuan pula camana nak tak bercerita & berbual dgn seorang lelaki yg membosankan wp kacak? Cuma kalau lelaki yg bijak mengayat, of courselah isterinya terancam wpun si suami tu x hensem, sbb pompuan biasa cepat kalah ngan lelaki bermulut manis, bisnes air liur jer ke mana pegi....haahhhaha.  :)

17 April 2008 - ponteng

Kna ponteng klas, ok tak? Nak balik awal sket....tp nak criter dulu sbb tadi terjumpa pesanan Saidana Ali, dah byk kali tp kali ni nak criter  "Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerapa perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi"

Selepas melepaskan jawatan di sebuah agensi yg agak mantap di KL & bisnes di KL x memberangsangkan, adik memulakan hidup baru di Kg , berniaga kecil-kecilan, bela ayam & jual ayam serta ikan dan brg2 basah lain, hidup sbg org kg biasa, katanya penat tp hati lebih tenang, Kna cemburu dgn kehidupannya wp dia kata hidupnya sekarang susah......Kisahnya ada sorang peniaga restoran yg selalu ambik bekalan kt gerainya tp pada hari terakhir berborong, si mr X ni berbelanja lebih drp biasa & semuanya masuk buku hutang (isteri adik yg jaga masa tu), nanti dia bayar katanya, selepas hari tu Mr X tak dtg2 lagi ke gerainya.......bila adik risik, mr X dah ambil bekalan dr tempat lain pula......ada pluang adik cuba tanya, dia janji nak baya. Lepas beberapa kali asyik terserempak, mr X nampak makin menjauh, bila agak2 hampir terserempak, dia dah pandai nak menyorok. Adik dah rasa x sedap hati sbb asyik lari jer. Pada 1 hari nak dijdkan criter......satu hari adik dlm kenderaan terserempak, mr X dlm keta Kembara, nampak jer adik dia terus pecut, disbbkan dia lari adik pon kejar lah, org tu langgar lampu merah, adik pon langgar gak...., adik criter sambil ketawa!!!! Klau Prado kejar Kembara, sure lah dapat.......org tu terpaksa akur, brek, kluar mengaku salah & menangis (ada ker org tua yg hampir baya ayah kami tu menangis & merayu-rayu kat adik) dia takut dipukul sebenarnya.....sanggup berbuat begitu, tp ditgn dia ada rokok. Kata adik " hisap rokok, naik kembara, tp cakap xder duit, dia x kisah klau blom mampu bayar tp kenapa lari???". Bila adik pk-pk balik hutang x sampai seratus x berbaloi nak pukul org tua, terus dia tinggalkan org tu yg ketakutan. Tapi selang beberapa hari kemudian, terserempak lagi, masih buat-2 x tahu, buat dunno seolah tiada apa yg berlaku. Begitulah manusia.......demi duit yg beberapa ringgit sanggup melutut & menangis tp bila dah ok, segalanya terlupa & x tau malu plak tu........adik kata, terpulang pada Allah, klau ada rezeki, org tu kan bayar, kalu x pon dia x kisah......................terpulanglah. The End (criter untuk dipkkan & relatekan dgn pesanan di atas)

16 April 2008- Apa nak jadi!

Sem ni x taulah apa nak jadi, hari2 g klas bawa jasad jer, pikiran melayang2 ntah kemana, Core subject pon semuanya killer, dah msk minggu 5, x tau satu apa pon lagi yg dah blajar. Lecturer beria-ia explain, dia ingar kita berpk, kita yg ada cuma badan, hati dok pk nak balik5x saje. Kalau quit skang kena baya duit MARA, hidup terpaksa diteruskan.........Sememangnya kalau byk pk pasal keinginan dunia ni , badan jadi makin letih....biarlah apa jadi pon, Kna x nak pk lebih2 lagi, nak balik jumpa anak2 jer.....kat Opis biasa lah mcam2 problem keje, terpaksalah solvekan satu persatu.......bye

15 April 2008 - Weeked anak2 kampung

Masa kami pindah ke perumahan sekarang pd end of  2005, pokok2 yg ditanam masih kecil, skarang pokok tu dah meninggi & bercabang2, mencukupi untuk anak2 Kna panjat & berendoi. Pada1ptg weeked baru ni, masa dengar bunyi bising dihalaman, Kna jenguk thru tingkap.....tgk 2 beradik hero tu bertempek kat batang pokok sekira-kira 2-4 meter ketinggiannya. Ahmad di celah 1 dahan (julai)  & hakim di celah dahan yg satu lagi. Kna cuba pujuk ke2nya dari tingkap soh turun, dgn riangnya meka berjuntai-juntai ke dahan turun & panjat lagi. X heran langsung apa umi cakap. Klong & Asma' jadi tukang sorak kat bawah pokok bagi semangat soh panjat tinggi lagi, abis camana nak buat lagi? Klaau abah xder camnilah... derong x heran dah ngan umi , kalau rotan pon x sakit katanya, kejar mmg umi x kejarlah.....xkan Kna nak melaung-melaung soh derong turun, cakap 2,3 kali x dengar, doa jerlah jgn jadi apa2 yg x baik. Panjat ikut batang pokok, turun melalui dahan, kaki tangan sama memainkan peranan, pendek kata kalah lah Tarzan........

Bila hujan turun rintik2, adik & Klong petik daun jadikan payung berlari ke sana sini.....nak basahkan baju la tu. Kat perumahan ni anak org lain x mandi hujan, anak Ruhana Jusoh sajer mandi hujan waktu hujan lebat, sambil terlompat-lompat dan berlari dlm hujan lebat mereka berempat bermain sepuasnya. Klau hujan sikit Kna x kasi mandi tp Kalau hujan lebat Kna biarkan supaya derong dapat menikmati zaman kanak2 nya........Budaya mandi hujan ni dah diparktikkan sejak dok PJ old town lagi, sekeliling seme org bandar agaknya pelik tgk anak2 Kna main hujan, lepa mata orang umi join sekali, temankan derong dulu....la kat PJ. Pada Kna membiarkan anak2 main merupakan exercise mental supaya jiwa mereka riang & bebas......nanti bila dah besar jgnlah buat lagi sbb dah lalui nya masa kanak2.....Dok pk-pk Ahmad tu fail semua subjek kcuali 1 sekolah agama, selalunya Sek kebgsaan lagi parah.......happy jer, x risau apa-apa pon.

Prinsip: Kalau nak jadi gedebe belajarlah dari lelaki , kalau nak happy & ceria belajarlah dari kanak-kanak.....(kanak2 xder hasad dengki, xer nak naik pangkat , xder nak beli keta besar, xder nak cantik, xder nak kawin, xder nak itu & ini....hanya menikmati apa yg ada..........)

Ptg tu ada tegur Klong, "awak tu pompuan, jgn kasar sangat nanti jadi cam umi xder orang lelaki nak" kata Kna. "Meme klong x nok ko ore pong" jawapnya bersahaja, sambil membetulkan rambutnya & terus berlalu. (Kna tergelak sendiri, masa kita kanak2 dulu pon camtu lah berlagaknya......heran apa kat lelaki, orang cam kita juga. tp bila dah jatuh cinta teruk jgak rupernya, nak baca buku nampak muka dia, nak mndi nmpak, nak tido nampak, sungguh2 kalah rasanya, kita selalu nak menang, bila tiba2 dikalahkan oleh cinta, btol2 bodoh rasanya, sungguh cinta mmg dapat memperbodohkan manusia.......sesiapa yg pernah kena akan tahu betapa tololnya cinta tu........hahhahhahahahaha) astaghfirullahal a'zim.

9 April 2008 - Psyco

Mlm tadi balik dr klas dlm 10++ mlm, seme masih lom tido. Derong marah2 sbb Kna x beli kek apollo yg janji nk beli.....alasan Kna kedai dah tutup, mmg kedai dah tutup sbb terlupa beli awal. Ahmad nangis2 nak tgk jadual, tolong dia tgk jadual. Kluar bilik air masih dok meraung-raung lagi (sound effect ler tu nak attract attention...). "beg Ahmad koyak", katanya sambil nangis. Kna blom solat Isyak lagi nih, terpaksa buat2 nk tido, kena baring sama2 ngan derong, klau x, mesti xnak tido lagi. Kna pusing tgk dia "umi masa kecik dulu x kisah pon, pegi sekolah bawa beg xder penggalas pon, kelek jer sbb tali putus, masa sekolah rendah pula pakai beg buruk yg cikgu bagi, yg anak cikgu x nak pakai....bertahun umi pakai beg buruk tu, tp dpt no baik juga." Ajaib, diam terus dia. tarik selimut terus tido ngan amannya. Ehh x susah ye nak psyco budak??  kdg2 jer tu, kdg2 mau 1 mlm derong mengamuk, setiap sorang cari 1 reason untuk blame umi.........., x beli gula2, xder itu xder ini.......Tp klaau abah ada seme org x komplen, terima jer wp pon kena ngaji berjam-jam.......hahhahahhaha.

8 April 2008 - bosannyer!

Dah 2 hutang assgmt blom hantar. Klas Java, Dr Pian pon dah paham benar kot gelagat kami, masa selesai lecture....kena buat lab tutorial, apalgi Kna dok bersembang kt dpn PC. Kna kata kat Zol yg asyik belek website Altis, kalu awk beli Altis lagi susah nk pilih bini yg ikhlas kat awak, dia kata naik wira buruk pon ramai yg suka. Mmg lah sbb awak tu lelaki. Eh Zol, kalau awak naik basikal pon ada yg minat, Kna kata padanya, dia ketawa terkekeh2. Mmg x dinafikan dia ni ada ala-ala Han Isac lah........perasan jgn cakaplah sbb mmg ramai peminat pon............(tinggi btol saham lelaki skang ye!)  Pasal Java nasib baik Datuk K dgn prihatinnya jadi sukarelawan tolong explain kat Kna, paham lah sket2 maklumlah usia dah makin lanjut & mmg x paham2 dari dulu pon, lembab btol.

Untuk my former frens kat ITMT, jgn lupa update to me if u have any latest news, sesekali they response to me, boleh buat ketawa bagai x ingat dunia la sbb dok story balik benda2 merapu yg terbuat dulu.........keep it as a secret frens, as u promise. Rupanya2 ramai gak kawan2 yg browse Losong murahan Kna ni, ari tu  Linda nasi Briani told me that she miss me slps lama x dtg klas, kalau rindu dia buka Losong.....bye

4 April 2008 - sambungan keindahan budi.....

Korang ada baca tak criter Kna dated 26 Feb 08 (keindahan budi) ? Ni ada sambungan sket. Lbh kurg 2 hari lps kejadian purse tu baru adik berpluang pegi hantar sedikit tanda tkasih (gula,teh&biskut) untuk anak2 rakan yg jumpa purse tu, nak bagi banyak pon xder juga.....Mlm adik bertandang tu semua skluarga rakan ada di rumah. (ketika ni Kna dah ada kt KL) . Masa mrk berbual-2 tu terima call drp kawan adik drp Tok Bali (pengkalan nelayan -tempat naik ikan segar dr laut) cakap nak jumpa. Terus je adik ajak kawan ni ikut sama g ke Tok bali  masa tu juga. Sampai di sana, ada pula orang sedekahkan 1 baldi ikan segar. Mereka berdua bahagi 2, sebahagian untuk kawan yg jumpa purse, separuh adik bawa balik. Tuhan, macam2 rancanganMu, kami ini hanya menyerahkan segala urusan kpd Mu, hanya kami mohon, iringilah kami dengan pertolonganMu dlm setiap urusan kami & jadikan kami hamba yg Engkau redhoi.......Tkasih Tuhanku.

Itulah yg mengeratkan silaturrahim orang-orang kampung sebenarnya, tolong menolong, bantu membantu dan tampung menampung, maka Allah akan melimpahkan tanda-2 redhoNya InsyAllah. Cuba kalau kat KL ni, kalau g Pasar mlm masa para peniaga tgh berkemas pon, kita beli kuih singgit, ttp dia bagi 3 ketul jer wp ada lebih 2 ketul jer lagi, ttp derong nak bawa balik, x tau la sape nak makan.....PK kan.

Pada Kna prinsip simple jer " Klau kita berkira sesama manusia, maka Allah pon akan berkira dgn kita, kalau kita berlebih kurang dgn sesama manusia, maka Allah akan memberi lebih untuk kita"

 3 April 2008 - Duhai anakku.......

Pagi tadi Ahmad bagi report Card Sekolah agama spy Kna sain, sungguh tersentuh hati tengok semua subjek dia fail kcuali tauhid, itu pon dpt mark 50 saja, tembak jer lah tu. Berbeza ngan Klong yg kelmarin serah report card sek agama semua dapat 80-100, no dlm klas 3 drp 35, jadi pula pengawas sekolah, sedangkan Ahmad pula no 42 drp 45. Sebagai ibu, hati ttp bimbang tetapi cam biasa Kna ttp optimis yg suatu hari nanti dia akan perform sambil mampu berdoa dalam hati, Semoga Allah cerahkan hatinya dlm belajar, akademik & ilmu agama, amin ya Allah. Masa hantar ke sekolah pagi tadi lps bersalam, Kna cam biasa soh derong blaja rajin, jgn main2, jgn nakal.......dia sengih jer. Kata Kna, " x guna wp duit byk berjuta pon kalau blaja x pandai & tak tau baca, come & cantik pon x guna juga kalau x blaja" sambil tutup pintu keta makin lebar senyumnya. Mmg dia x kisah pon.......Wp begitu Kna masih berharap sekarang dia tgh warm up.....

Pengalaman: Bdk lelaki mula rajin blajar bila dah pandai pk sendiri, tahu malu sendiri....Ya Allah kurniakan kami ilmuMu, terangkanlah hati2 kami menerima petunjuk & hidayahMu, jadikan kami hamba yg taat kepadaMu dan pimpin lah kami dlm kasih sayang Mu. Tolonglah kami Ya Allah dlm segenap urusan kami , amin Ya Allah.

 28 Mac 2008 - Terkini

Wp Kna bkn penyokong Hj Derih, bkn sedara & tidak ada kaitan politik @ apa2 melainkan nama bapa jer sama, yg mana adik lelaki Kna selalu menyamar & org percaya plak tu,  tapi ada secalit sedih hanya kerana dia pon org Besut mungkin, masih ada sedikit berbaur perkauman di situ. Itulah kesudahan rupanya.....musuh politik beliau tentunya gembira. Walau apa pon pihak istana mesti mempunyai alasan cukup kukuh untuk melantik Ahmad. Tapi as a normal East Cost citizen yg lain beliau juga bkn org yg sombong, adik Kna kata dia cuma bahasa kan diri dia ' ayah Cik' saja masa datang ke pejabat beliau secara mengejut tanpa minta apa2 persiapan untuknya di Kg Raja , Besut. Begitulah sikap org2 pantai Timur yg x perasan, apa lagi Tok Guru Nik Aziz,,,,,,,,,,,,,, isteri Hj Derih pon Org Melor, Klate kalu x silap & byk gak sekolah tahfiz spt Imtiaz yg di asaskan........Kami ttp hargai segala jasa dr segi yg melibatkan pendidikan, ugama & pembangunan untuk anak tempatan. wah cam puteri Umno plak  yea kna mengampu.......Kna x kisah, semuanya ore Islam blako wp pon idealogi politik ttp ada.....

Inilah masanya para pemimpin kita yg x berjawatan akan dapat menyaring/ tapis siapakah sebenarnya rakan dan kawan yg ikhlas & jujur padanya.........

27 Mac 2008 - Apalah agak nya nasib abg angkat Kna Dtk Derih???

Apa pon tahniah untuk Dtk Ahmad. Itulah dunia yg semua org berebut2 kerananya. Kdg2 org bergaduh dan berbalah & terpaksa mengenepikan segala persaudaraan & silaturrahim hanya kerana satu jawatan @ 1 pengaruh @ 1 kuasa @ 1 perempuan @ 1 bidang tanah yg mana hanya akan mengikut kita setakat tanah perkuburan sahaja. Kita x bawa semua tu ke sana........

Tips untuk rakan perempuanku......

" Jadilah sahabat terbaik untuk suami mu hingga menjadikan dia bebas bercriter apa saja dgn mu dan tidak ingin bersembang lama di kedai kopi dgn kawannya. Sekiranya ciri ini Engkau tiada, maka biarlah dia sekali-sekala keluar berjumpa rakan lelakinya untuk berkongsi & berbual kerana mereka itu lelaki. Tidak perlu menjadi lelaki untuk memahami lelaki & tidak perlu menjadi kanak2 untuk memahami anak2, pelajarilah dari pengalaman dan pergaulan serta perasaanmu sendiri. Jika kita perempuan hanya memahami perasaan perempuan shj sampai mati pon kita x dapat mengenali mereka semua,  sedangkan kita semua hidup bersama mereka, iaitu suami & anak-2......."

25 Mac 2008 - isu terkini MB ganu kite yg menimbulkan persoalan!

Terbaca dalam satu laman, bhwa Dtk Derih ni keturunan org gedebe yg mana ayahnya, Jusoh tu telah dibuang Daerah dulu dlm thn 60an???  x tahulah sejauh mana kebenaran criter ni, wp pon begitu pada Kna kita x perlulah berbincang sgt pasal benda yg kurang cantik secara terbuka kat sini, pada Kna yg kurang minat politik ni camni......x setuju dok diam-diam, setuju pon senyum lah aje, x payah bising2 sgt kecuali antara rakan2 terdekat yg boleh dipercayai dan open minded.

Cuma statement 'buang daerah' tu meninggalkan kesan di hati, lantas timbul pertanyaan dlm diri  "atau ayah ku pon dulu kena buang daerah???" Apa yg Kna tahu dia suka merantau & akhir sekali singgah di Besut menjejaki ibunya yg kawin ngan org Besut. Tp mengikut adik lelaki yg pernah jumpa kawe lama ayah di Klate katanya , 'demo yg kawe lamo tu semo x lulus'. Tp PakCik - iaitu adik mak yg hanya sorang tu ada rupa Hj Derih, AAAhhh sudah, pahtu guano nih? nak kena siasat ko? Napoknya nak kena kena gi ngadap Pok Mudo pulok (adik ayah)  la pasal salasilah nih......

Yg klakar arwah ayah & Pok Mudo x sealiran dlm politik, sorang penyokong kuat PAS dan sorang penyokong kuat UMNO. Tapi kalau mereka jumpa xder derong criter pasal politik, biaas jerr.....Pok Mudo yg suke criter zaman kanak2 dia & dia selalu perli adik beradik kami, kalu pompuan suka tido siang tu adalah perangai Raja Bu, nenek/moyang dia , pasal jemuran Buluh betong & sumpahan di mana meka terpaksa robohkan balik sbb pakai buloh betong etc.....kalau nak dptkan proper criter kena g ngadap pulok lah.........

24 Mac 2008

Mlm tadi , dlm pkol 11.00 mlm, semua anak2 dah terlelap, bangun perlahan-lahan agar semua x terjaga. nyenyaknya semua tidur, satu persatu kita tenung, wajah ank2 sungguh tenang...Tengok Klong yg plg ujung, sudah besar panjang, badan nya dah hampir menyamai umi, berat pon masyaAllah, baju sekolah asyik x muat aje, makan sungguh berselera. Hakim, bulat badan pon boleh tahan, makan pon lalu gak, dah pandai bancuh air oren sendiri, kalau bertumbuk ngan Ahmad, pasti menang sbb tendangannya lebih tinggi wp badan nya lebih rendah, manakala Ahmad hanya menggunakan tangan semata. Beralih pada Asma'........pon x kurang bulatnya, makan sentiasa berselera, mulut cam bertih , dah makin memanjang badannya. Akhir sekali Ahmad, yg paling x berisi, makan memilih & plg kuat meragam........

Nyenyak sungguh mereka tidur, Kna nyalakan ubat nyamuk (coil) dan letak di atas meja berdekatan. pakaikan pampers Asma' takut terkencing malam serta selimutkan derong seme. Tuhan maha besar kuasaMu, dulu hidup ku keseorangan di tengah kota ini, rasanya sungguh sunyi.....selalunya masa di isi dgn kerja & kerja hingga hari minggu serta selalu juga stay kat opis. sekarang Engkau hadirkan kawan2 kecil ini untuk menemani ku, hidup pon berubah. Mereka sentiasa cari pasal untuk menangis & merajuk tp mereka juga yg buat kita ketawa & berang........Tkasih Tuhan.

Sejak dr zaman bujang Kna x suka chat di internet, Kna hanya suka berbual live & x suka bercriter lama dlm telefon. Kalau ada masa lapang baik layan lagu, tido, baca buku agama lagi best .......tp bila dah beranak pinak pon masih kuat tido, pantang lepa mesti terlelap siap berdengkur lagi. Satu finding mlm tadi membuat kan Kna berkata-2 pd diri sendiri. Masa anak2 sdg makan malam, Kna cuma memerhati, Klong dah abis sepinggan dgn sotong kicap masih nak tambah, katanya nak try pula bawal sweet sour. pastu dia g ke sinki, basuh pinggan, "eh tadi kata nk tambah" celah Kna " Ye lah nak basuh dulu nanti bercampur, ni perisa lain"., katanya. 20 tahun lebih dulu, itulah juga amalan Kna, kalu nak cuba lauk lain kena basuh pinggan dulu Baru cuba yg lain, x nak bercampur rasa tu. Rupanya segala perwatakan dan tabiat itu telah diturunkan walhal bkn dia tahu dulu pon kita buat begitu juga........Umi sekadar terdiam sambil berdoa dlm hati "Ya Allah, Engkau pilih pekerti yg baik sahajalah untuk keturunanku, tolonglah aku dlm menyaringnya, tinggalkan lah segala amalan buruk ku drp diikuti oleh anak-2 ku....Amin".

----------------------------Isu panas------------------

Pemilihan MB di Trg. Hai seblom ni  x tahu pula perangai abg angkat Kna ni boleh tahan, tp Kna x kisah sapa pon naik jd MB. sama sahaja. Tidak banyak kena mengena ngan kita, kita x berkait dgn sebarang projek & kita tidak ada sebarang kepentingan. Tp kata-2 drp bloggers ni amat klakar membuat Kna tertawa....

koho bo’lok ning... aku cadang gining..kite pakat adu gojoh pok yeh samseng dan mat said gedebe..sorang juara bertahan dr besut, sorang pencabor dari kemamang kite buat royal rumble(ala wwf)..haha...derih 'the monsoon king' vs mat said ' the undertaker'..pakat panggil org besut ngan org kemamang jd penyokong..kite buat kt stadium baru sparuh siap..sape kaloh tanam situ lalu..hok menang leh jd mb...."

18 Mac 2008

Adus malas nye nak g klas, klas Java plak tu, nganga la jawabnya.......Eh korang mesti pk Kna ni rajin benar nak blajar, korang ingat Kna ni rajin sgt ker??? Kna malas cam org lain juga, pastu lecturer pon pk, apahal org tua ni dah tua masih nak blaja, bila Kna g amik form untuk clasmate, org kat MARA yg x kenal sgt Kna tanya " untuk anak ke???" Klau malas pk Kna kata Ya je. Padahal Klong baru drj 3, itulah nasib berbadan XXL + bermuka serius. Kna ada nak share sket intro satu buku kaunseling yg Kna sempat selak beberapa minit mlm balik dr Melaka. Ada 4 kategori jiwa manusia:

1. Jiwa pemimpin - pandang tinggi diri sendiri & tinggi juga diri org lain

2. Jiwa Pengikut - Pandang tinggi org lain & rendah pd diri sendiri

3. Jiwa Pembangkang - Pandang rendah org lain & pdg tinggi diri sendiri

4. Jiwa pengecut - x hormat diri sendiri & diri org lain (pdg rendah)

Pk kan dlm kategori mana jiwa kita berada???????

ARTIKEL HARI INI:

Satu lagi korang boleh baca ni Lelaki kulit gelap dianggap lebih seksi . Kalau seluruh perkahwinan itu adalah semata2 untuk bercinta, aku tgk engko, engko tgk aku, maka bolehlah ambil kisah dgn ciri2 ini sbb seksi pon penting juga, tp perkahwinan itu adalah suatu tanggungjawab & penuh pengorbanan, cinta & romance cuma suatu subset kpd perkahwinan yg amat minoriti peratusannya. Wbagaimana pon hak lelaki dlm perkahwinan kena jaga spy perempuan x terabai (keperluan seksual). Pelajari lah alam rumahtanggga mengikut perspektif islam, anjuran Rasulullah spy anda selamat............InsyaAllah.

17 Mac 2008

Khamis g Beranang , xder masalah sgt sbb dekat tp byk juga pertukaran sana-sini yg user mintak terutama allocation point. Tp g Melaka mmg penat, inilah kali pertama drive sorang untuk trip plg jauh selain blk kg, balik kg xper ada co-pilot. sempat sesat sekejap kat Bandar Hilir masa nak cari Legacy Hotel, terpaksa singgah petrol pump tanya.....malu tanya sesat jalan......Sejurus seblum Zohor, kerja2  lawat tapak selesai, kami singgah rasa Asam Pedas Melaka yg terkenal, waaa...mmmg sedap. lain kali kami pasti singgah lagi. sampai KL dlm kol 5 lebih................Klaau cam ni selalu parah. Awal pagi adik sefamily sampai rumah krn sikit urusan, minta dia sefamily buat cam umah sendiri, minta dia carikan lauk kat kedai berdekatan, pakat2 masak lah ngan bibik, & makan lah ngan anak2 kami seme , kna ada mtg kat Melaka. Dia kata dia faham, OK. So ptg kami janji (Kna on d way ke rumah, dia on d way ke kg semula, kejam nya aku!!)  jumpa jap depan restoran Ulik Mayang Tmn Melati untuk bersalaman b4 dia bertolak balik kg ngan wife.....Maafkan Kna, x sempat minum bersama pon..........Harap korang memahami.

So ari ni dah start klas balik......., anak2 akan memberontak lagi.....Tuhan, plz help me!

12 Mac 2008

Esok o/station KPM Beranang, lusa KPM Melaka with my colleague Mariyah, hopefully this is the last time b4 & after new Sem, klas dah nak start .......ada kick off mtg dgn vendour kat site. Someday, I'll start my new life at my kampung as pure 'org kg'. i will, InsyaAllah . Allah, give me a chance to do that...................

11 Mac 2008 - Election Fever

Now bahang pilihanraya masih hangat, kalau kat Kg, seme org dok criter pasal pilihanraya tp kat KL orang dah cam biasa, msg2 dah start tekun bekerja. Pertama sekali tahniah buat Pak Lah and the krew dan pertama juga tahniah untuk semua Kelantanese yang masih dpt mempertahan kan kekuasaan wp dlm serba kekurangan. (sempat menitis airmata tgk gambar TGuru N. Aziz berdoa sambil menangis, bgt serius dia memohon, kita sejauh mana? Tak lupa juga tahniah untuk semua yg berjaya & bagi yg gagal, itu adalah adat pertandingan.......yang penting kita semua masih memikul amanah Allah untuk memakmurkan bumi ini. Buatlah apa saja yg terdaya mengikut kekuasaan yg ada pd kita msg2, jika kita tidak mempunyai anak atau keluarga sekali pon kita masih seorang penguasa @ pemimpin kpd diri kita sendiri yang mana kita akan di tanya besok. Jadi kepimpinan itu bukan suatu kebanggaan tapi adalah suatu beban / amanah. Jadi bersyukurlah kita, jika kita rakyat biasa yg kurang beban krn kita lebih merdeka drp para pemimpin dan menteri yg dimiliki oleh rakyat dan akan dipertanggungjawabkan.

Kna balik juga wp dah ckp aritu cam xnak balik demi rasa nak bertanggungjawab, Kna bertolak pkol 500 am ari Jumaat  & terselamat drp jam. Sungguh meriah rupanya pilihanraya , lbh drp Raya Puasa. Kna sebenarnya kurang berminat dengan politik, tetapi ianya perlu diambil tahu kerana ia merupakan salah satu cabang ilmu, satu pengetahuan dan suatu idealogi serta ada hubungkait dengan ugama. Walaupun ilmu agama sebenar itu bukan politik semata-mata. Alim ulamak nusantara terdahulu adalah bebas drp sebarang idealogi politik kerana pada zaman tersebut kaedah kehidupan, pentadbiran dan kemajmukan masyarakat tidak seperti hari ini. Tidak berminat bukan bermaksud tidak perlu ambil tahu, contohnya kita kurang minat bidang komputer lalu kita tidak ambil pusing mengenainya , tidak mahu belajar & tidak mahu melibatkan diri, jika begitu maka kita ketinggalan & tidak mengikuti peredaran zaman & menjadi computer phobia. Jadi jika kita tidak berminat dgn politik & tidak ambil pusing, tidak ingin mengkaji serta tidak ingin membaca mengenainya bermaksud juga kita ketinggalan dari segi pengetahuan dan tidak mengikuti perkembangan semasa, maka perlulah diambil tahu walau pun sampai ke hari ini Kna juga kurang berminat dengan politik.........Daftar sebgai pengundi dulu pon Ayah paksa, masa bujang dulu dia dah siap2 panggil bdk2 AJK pendaftaran datang rumah, paksa Kna daftar....kena daftarlah. Arwah banyak bercriter mengenai politk semasa melalui pergaulan seharian bersama kawan-nya, rakan kedai kopinya, dengar berita radio /tv serta beliau sangat2 berminta mengenai politik & pentadbiran w/pun beliau tidak mampu membaca dgn lancar tulisan rumi Disebabkan sangat berminat dia belikan paper minta kami bacakan untuknya. Tetapi kami semua nampaknya semua kurang berminat, tapi msg2 ada kecenderungan, ada yg berfahaman pro kerajaan & ada yg tak pro gomen........mlm mengundi , dok berperang mulut sesama derong tp x pergi mengundi pon sbb x sempat daftar tp Kna sempat. Yg bisnes ayam kata dia parti Cap ayam, pkol 900 mlm dah tido sbb esok bgn pagi nak jual ayam lagi kpd penyokong PAS, BN & PKR...........katanya ayamnya laku.

Sampai je depan gate ptg Jumaat, tgk Calon Pas Dun Jertih ada di halaman,  bersama 2 adik & mak sedang membahagikan manifesto, wow! tadi tgk poster dia kat tepi jalan, aleh2 ada kat umah dan di escort oleh 2 org pensyarah muda (early forties, muda lagi kan!) bdk kg kami dulu serta senior kami dulu .  Beberapa hari sebelum tu org kuat BN kg tu dah book mak dan nk g hantar mengundi & pesan boleh claim kat post derong duit  tambang ank2 jauh. Mmg rumah kami jadi rebutan puak BN & Pas....ntahlah, Kna pon x tau nak cakap senario politik ari ini.........................

4 Mac 2008 - Rutin

Pagi tadi sempat berleter pd budak2 dlm keta. Kita cakap, umi dulu g sekolah kdg bawa duit kadang x bawa, klu bawa duit pon 10 sen jer, baju sekolah baru takder asyik pakai kakak punya jer, nk g sekolah seme buat sendiri, drj 2 dah pandai basuh baju & kasut sendiri, tp kat sekolah selalu dpt no 1 wp serba kekurangan. Ini Umi dah bayar bas sekolah still kena hantar, umi baya gaji bibik spy senang, dia prepare everything tinggal amik pakai jer, itu pon terjerit sana memekik sini pagi-pagi, merajuk & meragam, x nak rasa susah langsung, bila lagi nak kesian kat umi, bila meragam , jadi lambat hantar sekolah, umi lambat sampai opis, punch card merah. Kna saja tunggu dlm keta baru 'belebel' (berleter) sbb xnak jiran dengar. Sabar jer tgk derong buat perangai masa kat umah.

Pagi tadi derong diam sepjg Kna berleter, harap dapat absorb wp tidak 100%. Sebenarnya mendidik ank ini memerlukan kesabaran, anak kita pula average level, bkn jenis pintar, klau budak pintar, wp less coach tp boleh independent. Tp mungkin Allah nak uji kesabaran nak nak lihat sejauh mana kualiti keibupabapaan kita. Kalau Allah kurniakan anak bijak & perangai baik itu merupakan 1 bonus, keringanan pada parents.  Jadi inilah mungkin Allah nak uji lagi sejauh mana usaha kita serta kesabaran. Redho sajalah , semoga mrk menjadi ank yg baik & taat, apa pon harap Allah membantu.....Amin.

Kna terkejar2 sbb ada 2 days seminar kat Melia Hotel, Jln Imbi start at 9. Lps singgah opis kene amik monorel/cab ke sana. Lecturer, Peter Hind, again from Australia . Kursus content more about  software engineering + IT mgmt + s/ware Mgmt. Too teoritical & mmg sesuai untuk mgmt level. Kna sebenarnya cuma replace tempat Timbalan Pengarah yg x dpt hadir, semua yg attend terdiri drp manager & director drp kompeni dan public sectors. Kna & geng drp Mara jer programmer cabuk.........xperlah asal dpt berbaktikan!

ELECTION 2008

Lebih drp 4 thn lepas, Kna pernah ke Dewan rakyat sbg wakil MARA (sbg pemerhati saje) bersama staf MECD. masa tu Dewan Rakyat hampir separuh pembangkang dan 1/2 lagi penyokong kerajaan. Tp seronok pula tgk derong berdebat secara life. 'sure derong seme kaki gaduh masa remaja dulu kot'  Masa tu isu yg plg hangat ialah isu SAR- sekolah agama rakyat (Zaman PM Mahathir lagi...). penuh dgn fakta, hujah yg mantap, bangkangan terang-terangan, jawapan yg juga relevant serta sorak-2, boo etc. Derong mmg agresif. Nak cakap apa saja derong cakap, nk bangkang apa saja derong bangkang. klaau ada pluang pergilah ke sana sbg pemerhati.......

Tp apa yg Kna simpulkan bila lebih ramai pembangkang di Dewan rakyat, wp pun DAP, PAS, Keadilan or whatever parti, pihak Kerajaan dan para menteri kabinet lebih berhati-hati dlm menyediakan jawapan, fakta dan data serta juga lebih berhati-hati menyampaikan. Masa zaman Pak Lah, pembangkang mengurang, dlm Dewan Rakyat agak hambar krn xramai yg membantah...Hal yg lain x pastilah, setakat itu jer yg Kna perhatikan......jumpa lagi.

29 Feb 2008 - Kekayaan sebenar

Bila makan bersama mertua, makan bersila di dapur, ayah mertua selalu mengingatkan bahawa ' kekayaan sebenar bagi seseorang manusia ialah kesihatan tubuh badan'. itulah yg selalu di ingatkan. kalau pun mungkin sambil tu dia nk remind me menantu tong drum ini, Kna x kisah sbb apa yg dikatakan itu benar belaka, tp korang boleh bayang lah camana susahnya nak bangun kalau ada benda terlupa nak ambik sebelum duduk, dah lah menantu dia yg ni yg selalu patahkan lantai dapur umah dia ....hehhheeeehehe.

Back pada tajuk, beberapa minggu lalu, sorang kawan lama call selepas beberapa kali ber-emel, dengan pelbagai soal-jawab serta gelak ketawa sampai ke result SPM dan kes kakak senior buli semuanya kluar, akhirnya dia tercriter sedikit kisah peribadinya. Beliau masih single sampai sekarang, katanya dah 2x menunaikan fardhu haji, maklumlah kerjaya beliau sebagai salah sorang kakitangan akademik di IPTA memungkinkan beliau memiliki sistem kewangan agak kukuh (andaian Kna lah). Kali terakhir jumpa dia masa thn 1996, masa tu Kna baru terhegeh2 habis Diploma & baru memulakan kerjaya di sebuah firma kecil di Bandar Melawati sedangkan dia masa tu baru balik dr UK , telah selesai buat master . Begitulah bezanya kami sejak berpisah after SPM. Apa yg nak Kna criterkan ini bukan lah berniat menghebohkan musibah/ masalah rakan tapi supaya ianya menjadi renungan kita bahawa nasib, suratan takdir adalah milik Allah belaka, kesenangan zahir yg kita nampak pada seseorang tidak lah semestinya mencerminkan apa sebenar yg berlaku di sebaliknya. Kna terkedu & sungguh insaf mendengarnya........

Katanya mungkin ramai yg kurang percaya, bahawa dia sentiasa kesempitan  wang wpun gaji Ok kerana dia mempunyai sedikit masalah kesihatan di mana dia rahsiakan apa penyakitnya. Dia sentiasa ke hulu ke hilir berubat drp cara moden dan juga tradisional & begitu banyak dia berhabis untuk penyakitnya itu & sampai sekarang masih belum pulih. Terdiam Kna seketika, sayu, sedih, simpati & bersyukur krn criternya itu sungguh sampai ke hati serta hati ini rasa sgt berterimakasih kpd Mu YaAllah kerana telah mengurniakan kami kesihatan sampai saat ini untuk terus menabur bakti di bumi Mu ini.

Kna juga tanpa segan terus bertanya adakah dia terlalu memilih dlm menerima pasangan hidup hingga membujang sampai sekarang? katanya tidak, tetapi semua yang pernah menghampirinya adalah mereka yg kurang jujur atau dlm erti kata lain bersikap pengikis. Tidak dapat nak ulas tentang perkara ini kerana pelbagai ragam & alasan manusia pada hari ini yg menjadikankan juga pelbagai sebab. Redho sajalah apa-pun yg datang.

Berbalik pula pada pesan Pak mertua, memang benarlah kekayaan itu adalah kesihatan tubuh badan, di mana kalau kaya camana sekalipon kalau kita semua x boleh makan itu dan ini , apa erti kekayaan itu???? Lalu tong drum makin la x kisah, selagi sihat ni rasa lah semua dulu wp jgn melampau sehinggakan Pak mertua kena stand by beberapa keping papan lantai bila menantu tong drum balik........... Bersyukurlah kita atas nikmat kesihatan yg Allah beri, jgn sia-siakanya dengan menderhaka kpdNya selagi peluang masih ada.....umur kita tak tahu sampai setakat mana, mungkin ptg ni mlm ni, esok lusa atau mugkin 50 thn lagi. Wahai diriku sedarlah.............................................

-----  Ada surat Cinta yang sungguh Indah ----(template surat meminang bagi yg blom berumahtangga atau pun yg nak bina tangga baru, Baca dulu template tu nanti ada masa Kna nak ulas pandangan Kna pula...). Amboi! terbuai-buai rasanya bila baca surat yg di forward oleh Ida ni, sampai lupa umur telah menghampiri 38 thn, lupa tanda2 mati telah semakin datang. Betullah kata org cinta itu membuatkan org tua menjadi muda......Kenapa bukan aku orang yg terima surat itu dulu? pakweku semuanya hampeh, minta bunga pun dia cakap membazir.............hhahhhaaaaahaaa

26 Feb 2008 - Keindahan Budi

Kurang kesempatan. Sebenarnya lama dah dok pk nak tulis pasal ni , tp mengenangkan dekat election ni rasanya korang kurang berminat nak baca general stories, mungkin more on story yg bijak2 saja. Kna nak criter sikit pasal nilai yg kian terhapus daripada budaya dan peradaban kita hari ini, keindahan budi luhur.........ikhlas & jujur.

Masa balik kg yg terbaru Raya Cina baru-2 ni, ada kisah. Hari tu niat nak bermalam umah mak slps dah bermlm umah mertua. pagi tu dengan riangnya tolong mak masak ikan singgang ikan aya (tongkol yg agak besar ) + manisan . Konon ptg tu nak g beli kopok bak balik KL. Lps Zohor tu dok berlegar2 kat ruang tamu, halaman & dapur saja. Lepas baya duit ikan pada adik, purse Kna sumbat balik dlm handbang & letak kat ruang tamu dekat beg pakaian. Pendeknya tgahri tu Kna mmg pasti xder sapa datang, serta Kna pon dok berlegar2 situ jer hingga adik sampai sbb Kna call nak pakai keta dia g beli kopok. Singgah kt pekan sehari, mak cari sket kueh, Kna x turun. Tetapi selepas hantar adik di asrama & dah nak sampai kedai kopok, adik lelaki Kna call tanya kenapa Kna buang purse kat tgh2 jalan kt jln utama kg kami, ada org datang  hantar, Ya Allah Kna mmg blur sbb xder ingat kluarkan purse lps bayar ikan tghari tu & anak2 pon main kat umah pakciknya d sebelah......xder yg balik, cuma Kna je dihalaman & ruang tamu,(Sampai hari ni Kna masih tertanya-tanya camana purse boleh berada kat situ????). Sambil drive minta mak cek handbag kat seat belakang.Mak konpem purse xder. Kna kata xper terus jer ke kedai kopok sbb duit spare nak baya duit bas ada lagi dlm handbag......sambil tu puas Kna cuba flashback balik apa yg Kna buat, mmg xleh trace , mmg tak menasabah sampai ke saat ini.

Bila sampai umah semula, adik lelaki tgh melayan kawan dia sekluarga yg datang hantar purse tu, masa jumpa purse plak dia x kenal pon Kna ( maklumlah x glamer, x lama pula dok kg, x suka berjalan & foto lesen zaman 10 thn lepas) wp sebenarnya Kna tahu dia kawan adik Kna yg selalu bertandang zaman sekolah dulu, dia sekluarga terpaksa batalkan niat nak ke kg berdekatan sbb purse tu, dia bertanya org Kg, siapa pemilik purse, nasib baik ada lesen tu.....jiran kami beritahu kalau kg tu xder org lain 'Jusoh' hanya famili kami, pastu dia dtg ke umah.......Kueh yg kami beli terus hidang dan makan kat kerusi halaman . Kna rasa bersyukur pada Allah yg menghantar balik wp xder benda sangat, lesen, credit card & 1 bankcard & duit 100 jer.

Itulah keindahan budi yg rasanya x terbalas, tiada nilai angka yg boleh dihitung, hanya krn kejujuran manusia, purse tu dah berada lbh kurang hampir 1 km dr umah kami, datang semula krn janji Allah rezeki masih ada. alhamdulillah. Pada Kna biarlah apa penyebabnya yg membawa purse tu ke situ, Allah cuma mungkin nak mengingatkan kita tentang sekali sekala perlu ingat pada orang2 yg kurang berada spy kita dapat berbakti sesama makhluk . Esoknya xder masa untuk mengucapkan tkasih x terhingga.......Kna pesan ngan mak sedikit makanan anak2nya beserta ucapan tkasih, semoga Allah merahmati........

Dalam pada tu teringat lbh kurang 2 thn lepas masa kami di opis involve ngan projek Migration nak tukar Operating System HP platform so kami terpaksa import sorang Australian, Mr Wayne Johnson namanya. hampir seminggu dia mengajar AMXW- Speedware, kira2 nya dia amat friendly & simple, masa nak balik, kami seklas bagi sket gift, dia tersenyum lebar & "wow" berkali2 atas segala pemberian. Dgn senyum dia kata sebelum ni dia hanya terdengar berita ttg 'our hospitality' saja  & kini dia tahu berita itu benar & dia memuji our culture dgn senyum yg nampak ikhlas.............

"Budi bahasa budaya kita" bangga rasanya jadi orang Islam Melayu dan lahir di sini di bumi bertuah......

Tp teringat plak 10 thn lalu sewaktu masih sendirian, diragut sewaktu balik beli brg dapur rumah kakak di Sri Gombak, tiada siapa menolong wp menjerit meminta tolong, even bangun pun tidak org2 yg sedang minum, hanya melihat saja....bdk bermotor bawa lari handbag, sungguh sedih......kita pompuan mmg byk perkara xterdaya tp mmg benar kata BPR dalam lagu 'Silaturrahim'.........begitulah hidup di Kuala Lumpur.

22 Feb 2008

Tghari tadi masa nak search satu benda pakai google, tersangkut kat 1 blog yg criter routine harian seseorang x tahu sapa, yg keje dlm dunia 'kejuruteraan' cara dia tulis tu cam engineering company. Itu tidak menarik perhatian Kna, yg menarik cuma 1 bila dia tulis dengar lagu Def Leppard, '2 step behind'......aik terkenang masa muda, siap g beli tape ori, wp sayang duit tp beli gak.....nak dgr lagu Omputeh punya pasal. Sekarang keadaan x mengizinkan wpun rindu masih ada, sekarng dlm usia menghampiri 40 thn xkan ttp cam tu lagi, sekarang kita ada famili yg menetapkan peraturan, sekarang ada anak2 yg perlu dididik dgn acuan agama, dulu dok sorang2 boleh  lah buat suka hati apa saja yg terlintas.......semuanya perlu ditinggalkan untuk kebaikan bersama wpun kita ttp x dapat berdusta ttg minat asal kita, contoh nya kita suka melukis, wp pun kita belajar sekolah agama, wp kita msk school mathematic sekali pon minat untuk melukis xkan mati, cam tu lah orang yg mengalaminya dia akan tahu........., bakat & kecenderungan yg semulajadi (gifted talent) tidak dapat dimatikan / dipudarkan dgn bertambahnya usia...........

Satu perkara lagi darah daging, x akan berjauhan citarasa dan selera. x lama dulu adik ada beritahu ttg adik pompuan yg masih sekolah simpan CD lagu Bon Jovi, padahal dia bkn hidup sezaman Kna, baru form 6 sekarang. Bon Jovi tu kan end of 80an & 90an nyer era, bila balik kg Kna tanya dia " kenapa awak amik pak we Kna? " Dia ketawa memanjang........bila tanya ada tak org minat kat dia di sekolah? dia kata xder, x pernah cakap ngan bdk lelaki. Kna tanya diam cam tu jugak ke kat klas? Dia kata cakap ngan budak pompuan jer.......... Di hari lain cikgu klas dia bercriter pada adik Kna yg Cikgu di sekolah sama, bahawa cikgu dia nampak dia sedang baca buku agama masa  rehat, gitulah.... x banyak beza minat dan kegemaran........Wpun pendiam tp bila kami kakak & abang berbual semua adik2 turut serta pasang telinga & jadi tukang gelak..........ITUlah keindahan ada adik beradik ramaikan ??? Korang camana???

Tp Masa kecik dulu adik2 buat perangai kita yg kena marah.........nasib anak yg tua.......

21 Feb 2008

Wah ari ni ada benda yg menarik, tp Kna ni terlambat gak sbb jarang tengok tv, budak2 di sini cakap perkara ni dah lama & telah di tunjuk di TV3. Xpe lah lambat sket ianya tetap menarik, sesuatu yg amat membanggakan kita walaupun Kna cuma tumpang nama Ayah je ore Kelate, xpolah janji boleh kecek Kelate, Besut pon Besutlah..........just click & smile......

ORE MESIR KECEK KELATE.........

Setakat ni Kna dah pernah bela 2 orang maid Indon yg tempohnya dlm 2- 3 tahun setiap sorang. Keduanya boleh kecek Kelate, sampai mamat Indon konfius bila nak kacau bibik, derong cakap sesame derong , "Kelate ke Indon" masa g kedai runcit Indon (Kna ketawa dlm hati, masa tu maid Kna pakai plak tudung labuh lagi konpius derong.....haahahahaha)

18 Feb 2008

Banyak criter dok simpan kat kepala ni tp x sempat nak menulis, nak balik awal since parking jauh serta masih dlm cuti semester......dah ada kuliah nanti xleh balik awal.

BTW Kna ada publish sket info pasal pluang keje kat FAMA, ada kawan bagi untuk dikongsi bersama, Tq Ida.....cubalah browse - KERJA KOSONG  New! 

15 Feb 2008 : Lagi2 Cinta......

Saintis bukti cinta memang buta

Eh org putih ni semua dia buat kajian, ye la sbb seme derong nak bukti saintifik.....itukan common sense je, semua org terima pakai, tp xper org yg educated ada cop mohor profesor/U baru terima. Kalau nak kirakan sejarah, dlm Quran dah tertulis byk kisah cinta, Nabi Yusof & Zulaikha, Nabi Sulaiman & Puteri Balqis, Nabi Adam & Hawa dan byk lagi semuanya kisah cinta dan kalau x buta tentu mrka x potong jari bila tgk Nabi Yusof , dan kalau x buta tentu Zulaikha x abis harta beri kpd sesiapa yg ternampak Nabi Yusof satu kalung...........love is blind.

Berbalik pada Cinta Buta, pendapat Kna org lelaki x byk masalah sebab sekurang-2nya ada 4 kali pluang jadi buta. Wp lepas kawin dia akan celik, semua yg x nampak masa bercinta akan nampak. Bagi org pompuan, nak buta byk kali x boleh, tp ada tugas......iaitu perlu membutakan sekurang-2nya seorang yg dapat ditawan hingga x dpt celik........(hehehe, jgn main2 dgn cinta). Sebab cinta boleh membawa ke Syurga / Neraka ....jauhi kami dr nerakaMU YALLAH.

14 Feb 2008

On d way dtg opis pagi tadi Kna buka hot Fm, isu hot chat derong pgi tadi 'luahkan cinta anda'. Kna terpk apasal derong ni all about love pagi2?? Lepas tu baru paham OOOoooo rupernya hari ni 14/2..emmm patutlah. Mcam2 pendengar yg call, ada isteri yg ucapkan ucapan unt suami sambil teresak2, ada yg buat ucapan unt ex-tunang sambil nangis2 bcoz tunang dah ada org baru, ada yg penuh gembira offer diri nak nyanyi lagu Siti ditujukan unt pakwenya, dlm pada tu Si juruhebah berdua tu cam ctrl abis nak gelak sbb biasalah.....org biasa nyanyi. x malu btol derong ni yea....pastu juruhebah tu cuba contact pakwe penyanyi tu pula minta comment nyanyian makwenya........hai mcam2 org sekarang .....meluah cinta kat radio, tu kalu clash tak ker 1 Malaya tahu....(Rosak-2). Kna ketawa mengilai-ngilai dlm keta sorang dgn telatah derong ni.....

Btw pilihanraya dah nak dekat, Engku berang bila Kna ckp x sure lagi nak balik mengundi ke x, dia kluarkan mcam2 nas....sorry KU, patik ni dah yakin kat org2 kg di Besut & Kelantan x berpaling tadah, tp x taulah.....sorry all, Kna x ikuti secara menyeluruh isu politik sbb kat Mesia percaturan politik adalah boleh dijangka, stereotype cam criter Hindi, Ending boleh agak. Hamba mohon berundur dulu...........

13 Feb 2008

Mlm tadi ajar Klong math umi naik angin, dah la terpaksa faham kan bahasa inggeris dulu, jenuh diterang still x dpt, setelah go thru 3 soalan yg hampir sama still x paham konsep, umi hempas buku, soh bibik ajar.....since member dah faham, but realise that she dunno how to explain, Klong menangis tersedu......Kna g solat ngan marahnya. Selalu kalau org kata kita garang kita selalu rasa kita OK tp rupanya mmg garang.....Ksian Klong dia mmg x cekap mana maths, sian terlena dgn buku latihan bersepah dlm kesedihan........Lepas solat Isyak semua dah lelap, umi sedih tgk, just write all the 'jalan kerja' & explanation on her exe book, hope she can u/stand & also hope she will find the solution to solve tht kind of questions....sedihnya mgkn sbb kita dulu minat maths, so xder masalah then Allah nk uji kesabaran.....lalu kita fail, kita mmg cepat marah kalau ajar anak2 / adik. Mmg kita bkn seorang guru yg baik........... Kita selalu beranggapan kepantasan berpk sama, Ampunkan kami ya Allah.

'Klong, maafkan umi........sob-sob"

12 Feb 2008

Kenapa lama x update?? of course la balik kg, mana lagi!!! Hai  nak wat camana jiwa ini sungguh kekampungan, setiap kali balik Kg mengeluh sendirian, bila aku nak pencen awal, nak mulakan life kat kg pula, wp mugkin x byk duit, sekeliling tenang, makanan murah, beras siam byk, org2nya mesra - bkn semua baikhati, xder traffic jam.......Kat Besut x kesempatan nak beli kopok lekor bcoz org beratur panjang cam raya puasa, trip hampir 12 jam, turun dr rumah kol 3.30 ptg sampai 3.00 pagi..but hati puas, di sana jumpa org2 tersayang.......Bye (kena balik awl sbb dah janji ngan ank after final exam umi balik cepat x g klas)

6 Feb 2008

Mayat bayi dijumpai di kampus UiTM Chendering

Itulah hasilnya, bagi pompuan ianya lebih dikenali sebagai cinta........., bagi lelaki ianya disebut2 sebagai nafsu. Salahkah nafsu & cinta itu wujud? Tentu tidak, kerana ianya anugerah Allah s.w.t  kpd manusia tetapi apakah barrier yg menentukan antara salah & benar, dosa & pahala? Jawablah mengikut agama masing2, sebanyak mana nilai agama yg ada dlm diri seseorang, begitulah jawapannya mengikut ilmu & pengamalan msg2.......semua org tahu jawapannya. PK kan bersama, kita seme sama tp kita jgn pk ilmu yg banyak,harta melimpah & pendidikan yg tinggi dpt menghalang ianya berlaku, hanya IMAN satu2nya sebagai pendinding diri yg teguh selama mana kita semua takutkan Allah dlm segala tindak tanduk kita..................

5 Feb 2008

Back to opis after long weeked. hari ni nak share movie Badang yg jadi kesukaan baru anak2 Kna sehari 2 ni , selain drp games, celik mata buka pc tgk criter Badang, nak tido tgk criter Badang sampai dah hafal dah skrip dier....Yg lagi klakar bibik siap dgn sehelai kertas & pensil sbb nak salin skrip, koordinator nya Ahmad, perbetulkan dialog yg bibik salin & siap tiru aksi hantu tu lagi, pastu bibik yg ketawa tergolek2  sbb tgk aksi Ahmad, pastu meka ber5 ketawa beramai ramai. Macam2 hal anak2ku  ini (Walaupun begitu dlm hati ini ttp berdoa semoga mereka tidak akan jadikan hiburan sbg agenda utama dlm hidup mereka wp sekarang mereka terhibur, cukup lah setakat tu saja),...........hayatilah kisah Badang ni sepenuh perasan dlm loghat kelate & ganung (bibik Kna pon telah mengusai loghat kelate hampir 90 %)......sila klik untuk tgk movie

Badang

31 Jan 2008

Semlm my opismate give the idea spy join friendster &  share the blog contents together-gether (istilah Wati) tp Kna x setuju kerana (1) Kna nak tulis byk artikel umum & ugama, mana sesuai kt blog. (2) Yang ke2 sbb mahukan 1 kelainan wp pun pada korang webpage seakan klasik tp bagi Kna menarik sebab org x leh hentam direct...Kalau btol dah sakit hati @ x puashati @ dendam kaw-kaw, baik kita face 2 face, baru sedap sket gaduh, lebih real. Bila Kna pilih webpage, sesapa yg x puashati ngan Kna boleh guna emel losong tu , boleh nego. Bab face 2 face mmg Kna minat dari dulu, sbb mata ada bahasa dia sendiri yg mana bkn semua org boleh translate.......mcam terrer benar menilik mata. Gimmick jer tuh. Masa drj 6, 1982 Kna sahut cabaran sorang clasmate lelaki supaya bertanding ngan mata dia, siapa yg x berkelip lebih lama, dia menang. Kna saja nak cuba , pastu try lah. Kami duduk mengadap antara 1 bangku kelas tu, berhadapan. Pedih & sakit teramat mata, lebih drp 5 minit rasanya, walau camana pon Kna kalah, dia lebih bertahan, akhirnya Kna berkelip dulu & kalah, tp sekurang-2nya mencuba. This guy bijak tp teramatlah nakalnya tanpa kesian belas pd sesiapa, (kalau x silap Kna, dia ni x sempat ambik SPM..........penangan org nakal). Dari drj 4 dia selalu tumbuk bahu Kna sebab dia kata bau 'budu'. Mmglah Kna balik makan nasi ngan budu masa rehat sbb xder duit cam org lain nak beli nasi kat kantin

-----------------------------------------------

Walaupun terpaksa hadapi exam dlm keadaan x sihat , demam & sakit kepala serta anak-2 pon x sihat......semuanya selesai........akhirnya. saat x leh lupa masa exam software Mgmt, Kna tanya Dr Salwani ' btol ke ni Doktor?" Dia cakap

"errr kuatnya suara", dia x jadi tgk terus berlalu....hehehee sori Dr, pastu dia datang lagi.... "Dr ni x betul, dpt x sama" Ngadu lagi........Dia kata xper lah......masa kira kekompleksan siklomatik dapat VG tak sama guna 3 kaedah. Kerana sempena habis exam, tukar theme sementara menunjukan hati yg sungguh happy wp korang xleh baca sesetengah font, nasib koranglah......

22/1/2008

Anggun: Susu ibu semai kasih

Lusa final 1st paper for this Sem, cam biasa blom prepare apa2 lagi....Pagi ni terbaca artikel di atas, rasa sedih, btol2 jadi "perempuan dlm drama minggu ini " pagi ni hingga menitis airmata sbb rasa bersalah terhadap anak2 kerana x dapat menyusukan derong sampai 2 thn. Biasa bila kita back to opis lps pantang susu mula kurang sedikit demi sedikit  & akhir tiada langsung.... menyebabkan baby lebih suka susu formula. Berlainan sikit dgn Ahmad masa baby wp susu dah tiada, dia prefer air masak/ lain2 air minuman drp minum susu formula. Antara kelainan sikapnya ialah begitu memilih bila nak makan & minum, sampai cawan bekas adik beradik/ mak ayah pon sanggup basuh, tapi  yg x bagusnya pula suka tahan buang air besar sbb takut kluar cacing, selalu kena marah ngan adik2 dia sbb 'tahan' nya itu menyesakkan orang lain.........

_______________________________________________________________

18/1/2008

Tghari tadi my ex-best pren masa kat uitmt response to me, she told me that she miss me. Mestilah sbb, kami mempunyai persamaan iaitu orang kampung yg minat lagu omputeh. Tempat lepak /study kami ialah dlm bilik stor belakang dengan 1 radio buruk. Tapi sempat dia kutuk Kna katanya unsur malas Kna masih ada, Tu' a (her nick name). Dia kata kalau Kna nak jadi Doktor pon dia x sokong sbb brutal. tapi betul juga katanya itu sbb Kna rasa kalau orang sakit tengok muka Kna terus meninggal, serta klaau orang dengar Kna gelak, org sihat pon boleh migrain.........Kat opis Kna skarng pon bkn Kna x tahu ramai yg menyampah tp macam yg  selalu kita cakap, kita x berupaya memuaskan hati semua orang. Kita di lahirkan x sama, pandangan hidup, budaya, minat serta world view.

15/1/2008

Pada pagi ni dikejutkan, terserempak ex-classmate masa kat Kolej dulu di restoran Zaza, masih cam dulu,  tinggi lampai. dia kata Kna pon x berubah (ok lah muka mmg x berubah, saiz???? 3x ganda). update sket pasal seme member2 clasmate pompuan. most of them dah jadi Doktor pakar di pelbagai tempat, JB, Kuantan etc. Mmg dlm semua sekelas form 5 tu Kna lah yg paling cikai jd programmer cabuk kat MARA yg x expert2 plak tu coding program dr dulu.....

Tapi apa salahnya macam ni? Kna cukup bahagia dgn apa yg ada sekarang wp gaji kecil & bkn seorang Doktor cam kwn2 lain. Kawan2 Kna ni mmg nekad, yg mana dpt buat Medic IPTA, buat kat Mesia, yg x dapat offer buat kat Mesia derong ada yg buat kat India & Indonesia, siap 10 thn kat sana demi nak jadi Doktor. Pada Kna kebahagian dan kegembiraan bukan terletak pada gaji banyak & kerjaya hebat tp kerana hati kita yg bahagia, semuanya ada wp pun x mewah.

Kalau Kna x quit USM, tentu Kna x kenal kawan2 baru di UiTM, Klau Kna further terus buat degree lps Diploma tentu x kenal bdk2 BIT7 UKM. kan ke indah tu wp tua sket? sambil tu sempat lah menyakat org sana sini. kata pepatah Mat saleh

" Keindahan itu bukan terletak pada destinasi tapi sepanjang perjalanan (along the journey)"

Kita ni tetap gembira wp lahir dlm kluarga miskin di kampung, duduk bersama-2 org miskin, kawin pon ngan ore miskin, kawan-2 pon ramai yg miskin, sbb org kaya mmg lah siang2 xnak kawan ngan kita yg mmg miskin. Bawa keta Iswara dah rasa cukup sronok di masa org lain plg cikai bawa vios/sentra & skrang membesarkan anak2 dlm kemiskinan, biar mereka jadi org yg sedar ttg kesusahan & lebih berdikari.........

Korang camana?????

14/1/2008.

Pagi-pagi hari weeked terbaru, Kna kat dapur menyiapkan sarapan, nk goreng maggi dgn perencah sendiri. Blom pon sempat masak ,seme nak makan nasi dulu sbb tergoda ngan sotong goreng kunyit mlm tadi ats meja. Klong, Ahmad & Hakim terus makan sambil berbual di meja makan. bila hampir habis makan Hakim bertanya pada kakak & abangnya,

" Esokkah hari Qiamat  ??"

"Tak, Qiamat tu nanti bila Ahmad dah besar cam abah dan semua org dah besar...." jawab Ahmad dgn yakinnya.

"Eh salah tu, Hari Qiamat tu semua org x tahu bila, entah esok lusa atau bila2 saja tapi Allah dah tahu bila ia nak jadi" Klong membetulkan keadaan, 

tersengih kna kt dapur....padahal ustazah tu pon selalu ponteng solat subuh. Bkn main liat nak paksa solat. Ada saja alasan. Janji ngan Kna darjah 3 ni nak pakai tudung full time & nak solat 5 waktu....tp dah 2 minggu masuk thn baru, janji tinggal janji.........

Bila maggi goreng masak, masuk tupperware buat bekal derong nk g picnic kat tasik......Kna x ikut nak buat keje sekolah kononnya tp buat intro  sket dah bosan............tergolek-2 pastu g basuh kain baju & bersedia untuk masak lagi....  :D

7/1/2008 

HAKIKAT KEHIDUPAN.......Terimalah Seadanya....Pasti bahagia....

Klong tengah peluk masa kat PD hotel

Satu hari masa berehat2 atas katil ngan anak yg paling kecil, Asma’ dah masuk 4 thn 2008 ni….. dia bertanya,

“ Umi, kenapa mata umi buruk?” dia bertanya sambil pandang muka umi.

“spek mata umi ni ke…?” minta kepastian. Sebenarnya dah agak dia nak tanya pasal mata.

“ Tak, mata umi tu” dia refer pada mata Kna yang sekeliling gelap, seakan di celakkan semua keliling mata cam kehitaman, mata cam mata hantu/pontianak. Kna sebenarnya pon blur gak……

“x tahu la dik, mungkin ikut cam mata mak kg, mata mak pon camni” refer pada mata nenek nya.

“Mata adik x buruk, mata adik putih. Pipi pon putih, putih semua”. Katanya angkat bakul. Padahalnya kulit dia lebih kurang jer ngan kulit umi unless muka je cerah sket….

Begitulah kehidupan. Kita x minta pon kita dilahirkan dengan serba kekurangan. Kita ini hanya terima apa yg Allah beri saja. Kalau mengikut apa yg Kna tahu (drp org2 tua) mata Kna ni banyak menggambarkan ciri-2 buruk lebih drp baik. Jadi apa yg boleh kita lakukan hanya berusaha & berusaha menghindari keburukan serta terus berdoa pada Tuhan moga dijauhkan segala perkara yg x elok. Seboleh-bolehnya kita tidak hendak kepada yg x elok, kita mungkin x minta dilahirkan dlm keluarga lanun/ keluaga samseng dsb, kalau boleh biarlah kita lahir dr kalangan keluarga baik2, alim ulama, bangsawan dsb. Tapi itu semua ketetapan Tuhan yg mungkin ada hikmahnya. Tuhan x minta kita ubah apa yg telah Dia jadikan, dia Cuma nak kita ubah apa yg patut kita ubah iaitu akhlak, perangai & sikap kita daripada buruk kepad baik. Dia x suruh kita ubah fizikal kita………….

Kalau ikutkan hati kita sbg pompuan, x ingin kita berbadan besar, frame besar, semua nak come lote cam Siti Nurhaliza tu belakanya. Bila badan besar cam Kna ni, umur 25 thn , blom kawin lagi dah dapat title ‘mak cik’ drp remaja belasan tahun…..Tapi perlukah kita bersedih atas kekurangan fizikal yg sebenarnya x ada kena mengena sangat dengan dosa pahala. Adakah berdosa kita sbb kita x cantik / x hensem? Kalau begitu apa yg perlu kita kisahkan sangat dengan luaran, yg penting adalah hakikat yg sebenarnya. Wp kita dipanggil Makcik pada usia blom sepatutnya, tapi ianya tidak menjadikan usia kita betul2 bertambah. Umur kita tetap macam tu wp 1000 orang menyebut kita makcik / nenek……

Pada hari ini ramai orang huru hara ialah kerana tidak tahu menyusun keutamaan dlm hidup mereka. Mereka meletakkan keutamaan dlm hidup berdasarkan apa yg dipikir & mengikut persekitaran  masyarakat semasa bukan berdasarkan pandangan ilmuan, panduan Quran hadis & alim ulama serta cerdik pandai ilmu dunia sekali pon………lebih bersifat apa yg hanya nampak dipandang dengan mata kasar.

4/1/2008

Pada awal setup webpage ni Kna letak tips yg Arwah ayah beri mengenai kuasa, pangkat @ kedudukan waktu bersembang-sembang ngan beliau. Hari ni terjumpa Hadis Rasul yg matching :

"Wahai Abdul Rahman bin Samurah! Janganlah kamu meminta untuk menjadi pemimpin. Sesungguhnya jika kepemimpinan diberikan kepada kamu kerana permintaan, maka kamu akan memikul tanggungjawab sendirian dan jika kepemimpinan itu diberikan kepada kamu bukan kerana permintaan, maka kamu akan dibantu untuk menanggungnya." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

TIPs tentang kuasa (Pesan Ayah 1)  "Kita tidak boleh request for kekuasaan/kedudukan tetapi jika di amanahkan ianya tidak boleh ditolak. ( tanggungjawab harus dipikul)"

27/12/2007

Raya Haji - terpaksa balik ikut laluan Terengganu, bertolak mlm raya. Pagi raya umah adik di KT, Solat raya pon di KT juga. sempat rasa kurma daging, rendang, lemang segera, puding, kek dll, haa.... tu la Kna cakap kat pantai timur raya haji pon meriah. Lain kali kawin lah ngan org pantai timur dpt 2 budaya.......(promosi akhir tahun). singgah umah mak kat Jerteh kejap, sampai umah mertua pkol 1200 tghari.....menjadi btol raya haji tahun ni. (dlm kepala terlintas gak assignment berlambak2 satu pon blom mula....heehe). Dah 2 x Raya janji ngan Engku nak g umah dia kat Alor Lintang, x jadi2 lagi pegi. Dia pon dah bengang ......dia kata kalu Kna g dia nak jamu lembu 1 ekor............( tu la 'Ku' ore gedebe Alor Lintang, org kuat Hj Hadi.....)

Masa dtg balik KL, lalu ikut Trg gak. Bila sampai kat Dungun....terkenangkan Sura gate/Sura Hujong, lama  x jenguk, apa kabar ITMT di hati? terdiam seketika melayan perasaan. Masa kat P7 dulu kan ke sempat jadi bomoh nujum? maka ramai la dtg ketuk bilik no 10 nak tanya pasal jodoh, padahal nyer........kebetulan jer Kna yg ada cincin belah rotan, ikat ngan rambut, pastu mulakan operasi tp budak2 ni seme nak menilik wp seme tahu Kna main-2 je, x senonoh btol .........Ampunkan dosa kami ya Allah... Tapi yg x boleh lupa ialah my roomate yg 2, 3 kali tilik pon dia still dpt 14 anak, kami ketawa bagai nak pecah perut. dah la masa tu dia tgh sarat bercinta ngan bdk ROTU yg skrang jd hsbd dia.........

2,3 tahun lepas masa Kna stay kat PJ terserempak, dia jerit nama Kna kuat2 dr dlm keta mcam kat ITM lagi...semua org kat warung menoleh  (terasa cam dlm filem Hindi ...)....... to be continued....

17/12/2007

Kisah Kasanova - Sila ke laman Salam Pantai Timur - SPT

12/12/2007

Pendapat Peribadi  - Sila ke laman Arts & Other articles

 30/11/2007

Kisah Crook M'sia &  - Sila ke laman Salam Pantai Timur - SPT 

23/11/2007

Kisah Botak Chin -  Botak Chin

15/11/2007

Habis buat homework  dlm pkol 800. Klas dah mula dlm hampir 1 jam 1/2 . Bila sampai kat HKL, member grup call, tgh bengang x nak pegi klas padahal kami x present lagi nih. Nak menyejukkan hati member, Kna ikut balik sama, tak jadi lencong ke klas, straight terus balik. Sampai umah dlm  pkol 9.00, gelap jer. Grill dikunci ngan mangga. Buka pintu pelan2, masuk letak Nutrigen & belon “love” shape atas meja. Asma’ dah sebulan request for belon ‘I love u’. terdengar sayup2 derong seme dok ngaji dlm bilik bibik (syukur). Makan nasi senyap2. Tengok lauk dah x banyak, kluarkan santan, ikan& sotong……prepare untuk masak. Masa tumbuk bawang derong masih x perasan. Dah habis ngaji masih dok bergelak ketawa kat bilik bibik. Gulai ikan dah hampir masak. Derong seme kluar sambil bercakap-cakap:

“ apa ni,  camana boleh ada kat sini?”

“oo itu klong letak tadi….ehhhh!!!”

“ Tp tadi bibik tutup seme lampu…..”

“ eh…umi dah balik laa”

“umi ada kat dapur!!!!!!!!!........” derong jerit. Semua meluru ke dapur. Bibik tersengih-sengih. Dia sebenarnya dah mula meremang ingatkan keajaiban telah berlaku krn beliau pasti dah manggakan grill & tutup seme lampu. Hahhhaaaa…….. J

14/11/2007

Masa nak masuk tidur, kna terperasan bibik sedang baca buku lebih kurang tajuknya "ketenangan Jiwa - rawatan dan pengubatan hati", terjemahan karya Imam Al-Ghazali, buku tu dah lama ada kat rumah & lama kna x baca semula. kandungannya mmg menarik. Berpk sendiri bagus juga kalau berterusan dia rajin membaca buku agama, ada lah sesuatu input yg bagus selain drp tengok tv on weekend. 2 , 3 lepas semasa kluar bilik air (dlm pkul 11 mlm), nampak 2 beradik (Asma' & Hakim) sedang tergantung-gantung pada almari baju besar. " korang buat apa nih?". Asma' - 3 thn menjawab dgn lurusnya "adik nak tengok tv, nak ambik antena". Dlm hati camana derong tahu kna sorok antena bawah bantal atas almari? Dia ada nampak @ bibik tahu @ derong curi tengok masa kita xder kat umah???. Masa kami ada, buka jugalah tv, bukan x buka langsung tp cuma xnak 24 jam ngan tv, bila byk tengok tv, derong x berapa minat nak ngaji Quran. Nanti camana nak jawab didepan Allah?

13/11/2007

Lama x update, ada teknikal problem. Mlm tadi nyer presentation mmg x puashati. Minggu ni mmg straight presentation. Kdg2 tgh ke klas masih sempat pk, kalu aku quit bagus gak, punye lah malas........tp x boleh, hidup mesti diteruskan.

Special kpd ex-ITMtees - Ni kna ada berita drp Pn Do (Prof Madya Dorishah)

p/s I am not in the program comittee, so rather than directing them to me, if you have any queries, pls contact PM Abdul Rahim at rahimramli@tganu.uitm.edu.my  Sambutan Home Coming 2007: Alumni Uitm Trg (Sirih pulang ke gagang) Tkh: 8/12/2007 - Sabtu, lain2 refer page ni...... end of the page.

---------------------------------------------------------------------

5/11/2007

Pagi-pagi hari selak paper , mata terpaku pada berita penubuhan Universiti Darul Iman, Kampus Besut di mana tapaknya di dirikan di atas kg halaman yg penuh kenangan. Di situ lah tempat Kna kenal  abc, alifbata, situ lah tempat menangguk anak ikan, kejar anak berudu, main batu seremban/selambut, skipping ngan tali kambing dan sewaktu dgnnya. Kampung itulah yg kna criterkan dulu, tmpat melukis, mandi sungai buaya, tmpat ayah tanam tembakau yg hasilnya x menjadi-jadi…..(ada hikmahnya tembakau x elokà sumbangan kpd rokok). Dia situlah mak & ayah merealisasikan kasih sayang mereka, bukan daerah kelahiran tapi tempat mula mengenal apa itu kehidupan…… Siapa yg tidak bangga??

Lebih menarik lagi kalau suatu hari nanti kami pulang ke daerah asal membuka CC atau paling cikai kedai photostat untuk keperluan student U tu nanti btol2 depan main gate…..

2/11/07

Mlm tadi masa lagu "Farhana' - Jinbara tgh berkumandang dlm keta, sampai umah, ke4-4 turun kat keta, Klong terus nyanyi sama2 ngan radio(dia suka rupernya). ni kalau abah ada bkn klong jer kena rotan ngan umi2 sekali kena rotan. Kna hampir terjerit Si Hakim dok menggengam anak kelawar ntah dari mana di ambilnya, bila tanya Ahmad, katanya orang tembak. Puas plak pujuk soh dia letak atas rumput tepi longkang........Kejar semua soh masuk dlm rumah. (Sampai umah more/less 9.30 mlm - lps tunggu lecturer x datang)

1/11/2007

Semalam cuti konon nak jaga anak sakit tp asyik terlelap jer, masa tgh sedap tido......anak kna yg 3 tahun tu datang kejut " umi dah terbakar dah kat dapur" " Apa yg terbakar???". Kna bingkas bangun terkebil2, dia tunjuk kat dapur. kna mengekor. Rupanya kettle tu menjerit kat dapur, punya la kuat x jaga. Maid letak air & dia tgh siram pokok. Kna & maid ketawa bagai nk rak......Asma'...asma'. Kna teringat mlm sebelum tu my classmate(lelaki) claim me 'jahat' bila kna beritahu anak kna sakit tp kna masih g klas. aduh sadis btol kawan aku ni......Di sini kna nak bela diri:

Datuk K, kna bkn jahat cuma suka mengusik, bkn nak cari publisiti murahan tapi untuk 'survival'. Kalau Korang berada dlm 1 komuniti yg licik & byk idea pula korang perlu cari alternatif for surviving purpose. Tp kalau korang tengok camana orang yg brd dlm kelompok kecil, pastu dia sorang yg plg terrer, ke mana dia pergi sentiasa merasa dia champion & x nak kasi laluan kat orang lain......kalau x btol kita continue arguing kat klas, bye.

________________________________________________________________________

30/10/2007

2, 3 ari lepas ada opismate beritahu dia jumpa vendour yg tanya pasal kna. dia kata isteri beliau classmate kna. Kna dok pk ni mesti suami classmate BIT7 UKM, rupenya tak, pagi tadi dia bawa namecard that guy, ehhh......ini classmate kat ITM, pair masa buat programming project C yg dpt gred C tu......, housemate lagi, lepakmate lagi dan etc. Kali terakhir kami jumpa masa 1st reunion kat Intekma Hotel Shah Alam (1998), masa tu dia tgh pregnant 1st baby. Siapa x kenal dia, minah CS(computer science) klas kami yg paling cun,putih melepak yg digilai ramai lelaki.......org Kota Bharu. Now she also have 4 kids.

Maka kna pon plan nak berlakon, ala-2 panggilan hangit Hot FM yg mengenakan orang. Kna berlagak sbg mak student dia yg nama Hafiz, jenuh dia memikirkan nama2 studentnya yg mana satu Hafiz.......x sampai 2 minit berlakon, kna x tahan bkn saja x tahan nak gelak tp kesian kat dia.......Lepas inform siapa kna dia ketawa memanjang. Kna panggil cikgu lah since skrang dia seorang Guru ajar Matematik katanya.....So kami  akan jumpa nanti after almost 10 tahun terpisah....................(masihkah kau Ingat ?~ Kopratasa)

________________________________________________________________________

25/10/2007

Awalnya bermula.....pada hari raya baru lepas ni, ada la dlm ramai2 yg buat perangai, merajuk xnak balik beraya di Jerteh. Seronok sgt dok kat Bandar. lalu kna anta sms " kalau balik kg, pontianak akan menjadi manusia semula.....". pastu derong lagi x puashati. Bila meka balik, pantang Kna nak bercakap jer derong sebut "misteri Nusantara"  jadi cam topik hangat plak. Bila balik KL derong masih x puashati bagi nama baru kat Kna , korang tahu apa?  "Dgawan" bomoh jahat dlm criter susuk. Kna x tahu criter susuk , jarang tgk tv, peti tv pon dah sorok, xnak anak2 ketagih sgt.......sekali sekala nak tgk berita jer buka.....Mmg la kna minat kitab2 perubatan tu dulu, bkn nak jd bomoh , cuma suka amik tahu jer., kan ke kita mmg minat menyiasat tp bukannya nak jd dukun(semoga dijauhkan Allah kerjaya tu...)...sebesar kuman pon xder niat nak jd bomoh. Tp kna x kisah....ketawa saja laa....lagi buat x tahu lagi derong x puashati........Cam tu barulah meriah!

_________________________________________________________________

23/10/2007

Semalam, back to opis.....masih dlm raya mood, tercari-2 alasan nk ponteng klas. Malam tadi nekad xyah g klas, start keta dari opis g amik tapai pulut mak kirim + karipap mini kat umah adik. Tgh dok criter2 dia cakap jiran dia nak jumpa pasal vacancy kat MARA, Alamak nak lari x boleh.......dlm pagar umah dia terpaksa mengaku pegawai biasa, boleh beri info jer as informer.......cable2 x tahu, ini mainan org besar/politik. rupanya iklan kat laman web pon dia x tahu......fuhh lega!!!!,

moral: lain kali ponteng lagi ada beban menunggu......

________________________________________________________________________

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI Pada semua, maafkan segala salah silap. banyak lagi hal yg ingin dikongsi tp x sempat nak menulis. Salam Pantai Timur (SPT) pon x sempat nak add. ada hutang assigmt ngan lecturer bcoz janji nk update , after raya nak antar thru mail the latest version.........10/10 ~ besok nak travel bye ~ Kak Na

________________________________________________________________________________________

10/10/2007

Pesanan imam Shafie lebih kurang begini: x berapa tepat word2nya kena balik buka semula buku tu kat umah…………“Hindarilah kamu kepada doa orang yang dizalimi kerana tusukannya tajam/tepat  seperti panah daripada negeri Qis, pelicinnya adalah airmata org yg dizalimi tersebut. (Doanya Cepat makbul)” kezaliman itu apa saja hal yang buruk yang kita lakukan samada terhadap diri kita (dosa & maksiat) juga kejahatan pada orang lain.Ingat lah sentiasa bahawa :

Mengata kan keburukan org lain juga adalah menzalimi

Membuka aib org lain juga menzalimi

Mengumpat juga menzalimi

Mengeluarkan kata-2 jahat & tidak sepatutnya juga menzalimi

Mengutuk juga menzalimi

_______________________________________________________________________________

Menu semalam – 7/10/2007

Sambil tergolek2  tu masak jugaklah kerana mengenangkan weeked, kesian bdk2 , xkan hari2 sardin @ telur mata. Menu pompuan pemalas ialah:  refer family page  Ehhh! Lepas list byk jugak rupenya…….Masuk ke dapur awal, abis masak awal lg, blom pkul 6. Sebelum g solat Asar, tergolek jap hilangkan mengah sambil  baca buku. Antara yang kna ingat dan baca berulang-ulang satu frasa kpd lelaki “ Jagalah diri mu baik-2, nescaya isterimu akan menjaga dirinya. janganlah melakukan perkara yg tidak wajar bagi seorang mukmin, zina itu ibarat hutang. sekiranya berlaku, isteri & anak-2 yang perlu membayarnya”. Begitulah lebih kurang bunyi isinya. Tak begitu tepat sbb x berapa ingat the exact words. Rasa begitu takut maklumlah kalau kita teliti sirah/sejarah/susur galur keturunan ada juga sorang dua yang nakal2 sikit……………….Maafkan kami Ya Allah & lindungkan kami & kluarga kami. Amin --> nanti masuk section family. Dah x tau  apa nak crita.

p/s: Perlu diingatkan zina termasuk juga zina mata, laman web xxx, pornografi, emel yg x bermoral, etc, etc, kawan2, hati2 lah......jaga diri & jaga kluarga. Sama2 kita lakukan. kalau kita x ingin berusaha, camana pula anak2 kita hendak sama2 menanganinya sedangkan serangan datang dari segenap penjuru........

Senyum pagi Jumaat - 5/10/2007 mengapa hati x bahagia?

Apabila kita bangun pada waktu pagi kita sentiasa mengandaikan yg kita akan hidup lebih lama lagi. Kita berpk ke mana kita nak pergi, apa kita nak masak, nak makan apa, apa task yg masih blom siap etc… etc. Kita jarang memikirkan bagaimana sekiranya kalau hari ini Malaikatmaut datang, adakah kita telah bersedia berdiri di depan Allah? Kita bangun pagi kita sentiasa memikirkan apa salah orang kpd kita, org tu begitu, org ni begini…….kita jarang memikirkan apakah salah aku pada org lain & adakah dia telah memaafkan aku? Untuk mendapatkan hati yang bahagia, cubalah berpk melangkaui batas rutin pemikiran kita sehari-hari. Setiap aksi dan perlakuan anggota tubuh badan kita memberikan hasil kepada hati kita, sekiranya hati kita tidak bahagia, tidak tenang & tidak senang, itu adalah hasil dari segala perbuatan dari anggota & pancaindera kita. Bangun pagi-pagi kita sentiasa mencari-cari salah silap & keaiban orang walhal Allah telah letak Malaikat pencatit di kiri kanan nya. Kita sampai terlupa di kiri kanan kita ada juga orang yang sedang mencatitkan perbuatan kita. Kenapa kita terlalu sibuk nak jadi ‘Rakib & Atid’ pada orang lain. Allah x pernah assignkan kita task seberat itu. Jagalah diri kita sendiri…….
Jadi kita tidak akan menyalahkan pihak lain jika kita tidak bahagia, salahkanlah diri kita sendiri……..

"Bekerjalah kita seolah hidup selamanya & beribadatlah kita seolah mati esoknya" ~ sabda Rasul

"Untuk merebut cinta lelaki kita tidak perlu jadi lebih bijak drpnya, tidak perlu lebih hensem/cantik daripadanya, tidak perlu lebih lebih alim daripadanya, tidak perlu lebih kaya daripadanya.......jadilah kita sbg seorang perempuan sebenar yang diciptakan khas untuk menemani & menghibur lelaki serta memahami bagaimana mereka berfikir..........."
-------------------------------------------------------------


Korang tahu kenapa kna pilih tema ni sbg first page? Jawapannya , boleh lah!!!!!.  Bila dah semakin berusia, semua nak senang, template pon jadilah. Kulit x begitu penting, yg bermakna isinya wp pada hari ini packaging amat membantu dalam melariskan produk bagi dunia komersial (cth terbaik: artis). Rasanya terlalu banyak yg ingin dikongsi tp buat masa sekarang kurang kesempatan...BYE

TIPs tentang kuasa (Pesan Ayah 1)

Kita tidak boleh request for kekuasaan/kedudukan tetapi jika di amanahkan ianya tidak boleh ditolak. ( tanggungjawab harus dipikul)

Tips tentang ilmu (Pesan Rasul)

"Sekiranya engkau mahukan dunia perlukan ilmu, sekiranya mahukan akhirat perlu ilmu. Sekiranya engkau mahukan keduanya sekali juga perlukan ilmu"

Tips tentang ilmu (Pesan ayah 2)

Kena belajar even walaupun nak mencuri, kena ada ilmu. Kalau mencuri malam Rabu, KANTOI!

Kata Pujangga

Never too old to learn................(my comment : pastu  mula lah cari pasal nak ponteng)

U can reach me at ruhana@losong.com  OR kakana.j@gmail.com

U Can convey ur ideas, can also give ur opinions .If u would like to comment about any issues/articles, plz do so. Or u think it is suitable for any personal advertisement... maybe, and etc etc....Plz welcome.  - SEPT / OKTOBER 2007