All About Love

CINTA AGUNG (CINTA MAHA SUCI) Sekiranya telah mendapat Cinta ini, remehlah Cinta Yang lain.......

AN AMAZING LOVE STORY


He met her on a party. She was so outstanding, many guys chasing after her, while he so normal, nobody paid attention to him. At the end of the party, he invited her to have coffee with him, she was surprised, but due to being polite, she promised. They sat in a nice coffee shop, he was too nervous to say anything, she felt uncomfortable, she thought,please, let me go home.... suddenly he asked the waiter. "would you please give me some salt? I'd like to put it in my coffee."
Everybody stared at him, so strange! His face turned red, but still, he put the salt in his coffee and drank it. She asked him curiously; why you have this hobby? He replied: "when I was a little boy, I was living near the sea, I like playing in the sea, I could feel the taste of the sea, just like the taste of the salty coffee. Now every time I have the salty coffee, I always think of my childhood, think of my hometown, I miss my hometown so much, I miss my parents who are still living there". While saying that tears filled his eyes. She was deeply touched.
That's his true feeling, from the bottom of his heart. A man who can tell out his homesickness, he must be a man who loves home, cares about home, has responsibility of home. Then she also started to speak, spoke about her faraway hometown, her childhood, her family. That was a really nice talk, also a beautiful beginning of their story.
They continued to date. She found that actually he was a man who meets all her demands; he had tolerance, was kind hearted, warm, careful. He was such a good person but she almost missed him! Thanks to his salty coffee! Then the story was just like every beautiful love story , the princess married to the prince, then they were living the happy life... And, every time she made coffee for him, she put some salt in the coffee , as she knew that's the way he liked it. After 40 years, he passed away, left her a letter which said: "My dearest, please forgive me, forgive my whole life lie. This was the only lie I said to you---the salty coffee. Remember the first time we dated? I was so nervous at that time, actually I wanted some sugar, but I said salt It was hard for me to change so I just went ahead.I never thought that could be the start of our communication! I tried to tell you the truth many times in my life, but I was too afraid to do that, as I have promised not to lie to you for anything..
Now I'm dying, I afraid of nothing so I tell you the truth: I don't like the salty coffee, what a strange bad taste.. But I have had the salty coffee for my whole life! Since I knew you, I never feel sorry for anything I do for you. Having you with me is my biggest happiness for my whole life. If I can live for the second time, still want to know you and have you for my whole life,even though I have to drink the salty coffee again".
Her tears made the letter totally wet.Someday, someone asked her: what's the taste of salty coffee? It's sweet. She replied.


LAIN-2 CINTA

 Lagu Pilihan: Cinta Lagu

 1. Keinsafan – Kerabat  ...............Cuba dengar, mesti korang tahu lagu ni: link

2. Bunga Emas - Iklim/Saleem     

3. Siapa Laila - Khalifa

4. Bukan ku x sudi - Iklim/ Saleem

5. Bila nak Saksi - Spider

6. Farhana Gadis Bumi Kenyalang - Jinbara

7. Cinta Dlm Hati - Ungu

8. Bersama mu - Ezlynn ---  link

9. Kalau kubayangkan - J mizan -link 

10. Gantung - Melly Goeslow

11. Aku Jambatan buatmu - Duo Kum. Pelangi - Link

12. Andainya kau datang dahulu - Moses vadham (extra site)

____________________________________________________________

Kna dah nak balik sebenarnya, tp jenguk dr tkt 7 ke Jln Raja Laut, nampak keta bas x bgerak.......baik Kna update Laman peribadi ni......sambil buat analisa tender.....1/8/20008 (kul 7.15 pm)

_______________________________________________ 

Lagu pasal Tuah & Tijah..... ( sori another seventies version...)

Another love Story!!!!  Awak pernah dengar kisah Tuah & Teja.......tragis bilamana Hang Tuah di minta oleh Sultan Melaka  untuk memujuk puteri Tun Teja iaitu tunang orang spy dapat kahwin dengan Sultan. Si Tuah hero apalagi g memikat tuan Puteri (mesti pakai ilmu pengasihkan, org dulu2 apalagi.....). Akhirnya Teja jatuh cinta & setuju nak kahwin ngan Tuah. Masa dlm kapal Tuah buka rahsia yg Teja bkn untuknya tp untuk dipersembahkan pada Sultan. (hampeh pyer hero....ada ke patut). Teja kena mkn  sireh pelupa tu, maknanya berubat nak hilangkan ilmu pengasih Tuah ler tu....Tuah pon sebenarnya suka gak kat TunTeja tp dah Sultan hendak....terpaksalah memendam rasa. (org dulu2 amat taat pd sultan, klau taat pd ibubapa cam tu , lebih berkat barangkali......Kalau taat pada Allah lebih besar keberkatannya, Waallahua'llam)

*****************************Terkini!***********************************

Kna tahu dlm usia hampir 40 thn ni patutnya baca Quran jer 24 jam, tapi Kna nak selit gak . Bila usia meningkat secara auto kna tukar tune Radio Klasik instead of radio4, dulu tu channel favourite.......so layanla kejap lagu 70s ni, ini pilihan skang....., Nanti ada free kat umah Kna ngaji lah.....anak2 pon komplen Umi tu x ngaji soh ore je ngaji.....(nanti umi ngaji lah....)

_____________________________________________________

 Pagi ni 4/1/08 kna dah faham citer sebenar. Menurut Jinbara sendiri. Mmg ke 2 kump ada lagu laila di mana penciptanya orang yg sama. Khalifa tu kumpulan baru yg mana vokalisnya adalah vokalis Jinbara yg dulu sebelum tubuh  grup barunya khalifa. Itu semua x penting pada Kna, yg penting keduanya mempunyai suara yg sedap di dengar. Kna x kenal pon ke-2nya, hensem ke x hensem....yg penting suara kedua nya tu kalau jadi Qari  ngaji Quran pon ok. Tp nampaknya glamer benar nama Laila nih....pada Kna seme pompuan ada pluang nak jadi Laila, terpulang pada diri sendiri. Kenal mereka pon kerana ada radio kt dlm keta, dengar pagi2 masa nak ke opis. Radio kat umah dah lama masuk gobok. itu pon Kna heran camana Ahmad, Klong & Asma boleh tahu semua lagu terkini. Satu hari Kna perasan Ahmad ke tingkap umah jiran minta kawan nya kuatkan radio....Subhanallah anakku. Mudahan@ x membawa mudarat. Amin.

 

Kna dah tengok vokalis dia, wah boleh tahan, patutlah bdk2 suka........mcam hero Red Indian criter koboi, fit my taste msa remaja dulu.....

 ____________________________________________________________

 BERITA HARIAN – (DUNIA)  15/2/2008

Saintis bukti cinta memang buta

WASHINGTON: Saintis Amerika Syarikat membuktikan cinta sememangnya buta, sekurang-kurangnya dalam memberikan perhatian kepada orang lain yang tidak kurang cantik atau kacak. Penuntut kolej yang dilamun cinta kurang memberikan perhatian kepada lelaki atau wanita lain yang menarik, menurut kajian pasukan saintis Universiti California Los Angeles (UCLA) dan laman web temu janji, eHarmony.

“Rasa cinta kepada pasangan romantik nampaknya membuatkan orang lain kelihatan kurang menarik, dan emosi berkesan dalam cara amat khas dalam membolehkan anda menolak idea untuk menggoda orang lain jauh daripada fikiran anda,” kata Gian Gonzaga dari eHarmony, yang kajiannya diterbitkan dalam jurnal Evolution and Human Behaviour .

Profesor psikologi dan pengajian komunikasi di UCLA, Martie Haselton pula menambah: “Ia menunjukkan cinta seolah-olah menyebabkan anda buta terhadap orang lain.” Gonzaga dan Haselton meminta 120 penuntut heteroseksual yang komited dalam hubungan meneliti gambar ahli laman web eHarmony berlainan jantina yang menarik. Sukarelawan diminta memilih gambar paling menarik dan menulis karangan sama ada mengenai pasangan mereka atau subjek pilihan. Ketika menulis, penuntut diminta melupakan ‘wajah paling panas’ daripada laman web itu, tetapi diarah meletakkan tanda jika terfikir ada gambar yang menarik. Sukarelawan yang menulis mengenai pasangan itu didapati enam kali kurang berkemungkinan untuk mengaku memikirkan orang lain yang menarik berbanding sukarelawan yang menulis mengenai subjek rawak.

Mereka kemudian diminta berfikir kembali wajah menarik dalam gambar dan penuntut yang menulis mengenai kekasih masing-masing tidak mengingati banyak maklumat mengenai penampilan fizikal orang lain yang menarik itu. “Mereka cuma ingat warna baju atau sama ada gambar itu diambil di New York tetapi tidak ingat sesuatu yang istimewa mengenai individu berkenaan.

“Ia bukan bermakna ingatan mereka lemah; ia seolah-olah mereka secara berhati-hati menolak keluar perkara yang membuatkan mereka berfikir mengenai betapa menariknya alternatif itu,” kata Gonzaga. - Agensi

__________________________________________________

  11/1/2008

Pagi-pagi hari terima call daripada seorang hambaAllah yg lama dikenali, seorang perempuan late thirties menceritakan sedikit masalah yg mmg sedia dimakluminya selama ini. Beliau adalah isteri ke-2 dan mempunyai > 5 anak. Katanya dia ada menerima sms mengatakan suaminya 'bercinta' lagi drp somebody yg dia x tahu siapa.  Kna memberi beberapa tips tapi menasihatkan agar jangan sampai gaduh cukuplah sekadar mengingatkan suaminya tentang tugas bulanan yg terpaksa mereka pikul /kongsi serta duit belanja anak2. Kata Kna  dari segi cinta @ kawin sekalipon bukan suatu hal yg mustahil jika sebelum ini beliau pernah kawin lebih drp 1, so x pelik. Dia menyatakan kesedihannya , Kna kata kna faham perasaanya tp anggap lah perkara itu adalah ujian untuk dia. Baru-baru ini beliau telah menghadapi 1 ujian dlm hidupnya di mana ada seseorang telah menyukai beliau serta beliau x dpt lari drp perasaan suka yg sama bilamana lelaki tersebut 1 kerjaya dgnnya & memiliki semua ciri2 lelaki impiannya dr zaman remaja. Walau anak lebih drp 5 orang dan berusia lewat 30an, Kna mengakui dia masih berperawakan menarik. (Lelaki baru ini hensem & lebih kurang umur dgnnya, sdgkan suaminya jauh lebih berumur & sentiasa sibuk di luar). Antara yg dapat dilakukan hanya bangun solat hajat minta Allah lindungkan drp perkara yg bukan2. Di samping itu beliau juga menyiasat latarblkg 'kawan baru' nya itu. Ternyata lelaki itu bermasalah, memiliki isteri,  yg x bekerja & kuat cemburu serta hanya memiliki  seorang anak.  Selepas beberapa ketika dia berperang dgn perasaannya sendiri serta dgn sokongan keluarga & anak2, dia berjaya wp Kna tahu mereka masih saling x dapat melupakan. Kna katakan pada beliau. " ini lah ujian hidup , sebab itulah Allah turunkan SYARIAT. Hanya dgn berpegang teguh dgn Syariat Islam, kita tahu apakah jalan keluar dr masalah ini". Dia bersetuju & dapat terima. Cinta & angau ini tidak hanya melanda remaja & org muda, ianya boleh menjangkiti sesiapa sahaja yg bernama lelaki/wanita selagi dia bergelar manuasia. Hanya dengan menghampiri pencipta kita sahaja perkara-2 ini tidak dapat menguasai kita. Pelajari ilmu agama & amalkan bersungguh2 , nescaya Allah membantu. Allah xkan biarkan kita menanggung masalah ini bersendirian.

Kepada lelaki pula, kahwin lah seberapa byk yang anda hendak selagi blom melebihi 4 krn itu hak anda tapi perlu diingatkan, perkahwinan adalah t/jawab, bkn permainan. Anak-2 itu perlu didik & diasuh menjadi mukmin/mukminah soleh/solehah, cukup berkaliberkah kita dlm memberi nafkah & mendidik sehingga kita memilih memikul beban yg banyak? Perkahwinan bagi lelaki adalah umpama kita survey nak beli keta baru atau PC/notebook baru. Selagi kita mengikut trend market sentiasa ada pilihan yg 'high specification & low cost'. Kalau kita terlalu kejar latest technology dlm dunia ICT / Automotif, maka sampai ke sudah kita x dapat beli keta / Pc terbaik sbb sentiasa datang tawaran yg hebat dlm industri...........(kemukakan ur opinion guys). Pada Kna yg conventional mentality ini, kuantiti bukan priority tapi pastikan kualiti adalah best among the best to generate the best product with good quality  dunia akhirat.

_______________________________________________________

Tazkirah Cinta Dunia/harta: Kekayaan material hanya sementara (Kna petik drp Harian Metro lama dulu) BACAlah, Menarik !!!)

SUATU masa ketika Harun ar-Rasyid menjadi khalifah di Baghdad, Iraq ada seorang alim lagi faqih dan soleh yang sangat terkenal pada masa itu, bernama Ali Syaqiq bin al-Azdi. Ketika beliau menunaikan ibadah haji dan singgah di Iraq, Khalifah Harun al-Rasyid memerintahkan pengawalnya untuk mengundang Syaqiq ke istananya.

Setibanya Syaqiq di istana, Khalifah Harun al-Rasyid yang memiliki sifat tawaduk meminta nasihat daripada beliau. Pada saat itu datang seorang pelayan membawa hidangan berisi segelas air. Kemudian Syaqiq mengambil gelas itu dan bertanya kepada khalifah.“Seandainya khalifah berada di gurun yang sangat tandus dan sangat memerlukan seteguk air minum, tiada punca air melainkan pada seorang Arab Badwi dan orang itu mengetahui khalifah yang kaya, lalu ingin menjual air itu dengan separuh daripada harta tuanku, tuanku hendak beli atau tidak?” Khalifah kemudian menjawab akan membayarnya walaupun dengan separuh kekayaan kerajaannya. Syaqiq lalu meminum segelas air terbabit.

Syaqiq kemudian bertanya kembali kepada khalifah: “Seandainya air yang tadi diminum tidak dapat dikeluarkan dari tubuh khalifah, yang ada ialah seorang doktor sanggup merawat penyakit khalifah tetapi mengenakan bayaran separuh daripada harta yang tinggal?” Khalifah kembali menjawab akan membayarnya dengan separuh kekayaan kerajaannya.

Syaqiq kemudian menjelaskan, harga sebuah kerajaan ternyata sama dengan harga segelas air. Di mana makna yang terkandung di dalamnya adalah jangan bangga dan sombong dengan segala kekayaan yang kita miliki. Jangan saling merebutnya dengan menghalalkan segala cara kerana kekayaan material di dunia sifatnya hanya sementara saja. Di samping itu cerita ini mengingatkan betapa lemahnya kita sebagai manusia sangat memerlukan nikmat Allah.

Kita tidak dapat hidup tanpa air. Besar manapun kita, kaya manapun kita, masih kalah dengan air, kita lemah bukan saja memerlukan air, jauh sekali hendak mencipta air.  Kita penduduk Malaysia tercinta banyak mandapat nikmat air, jadi syukuri dan jangan membazir air. Kadangkala dengan mudah kita membiarkan air mengalir tanpa menutupnya.

Kisah di atas juga melukiskan betapa tidak berertinya harga kekayaan material yang dimiliki manusia di dunia. Ini diikuti dengan merasakan segala itu adalah pinjaman daripada Allah. Allah boleh memberi pada bila-bila masa kepada kita dan Allah juga boleh mengambil nikmat daripada kita bila-bila masa, di mana saja dan apa cara sekalipun. Justeru, kita sebaiknya memperkayakan diri kita, tidak hanya dari segi material saja, namun apa yang ada di sekitar kita dapat dijadikan sumber kekayaan yang hakiki, seperti kita memiliki keluarga soleh dan sebagainya. Sehingga apa-apa yang kita lakukan, insya-Allah akan mendapat keberkatan daripada Allah.

___________________________________________

Cinta wang ringgit / populariti   - Wanita terima hantaran RM444,444.44 fail cerai

1. Bharian : nasional – 5/10/2007) CINTA  - Atas sandaran apa???  Isu hari ini untuk difikirkan. Apa ertinya duit banyak jika begini……..Cinta sejati bukan untuk dijual beli, bukan duit , rupa paras sbg ukuran. (Hanya setia sbg taruhan,  sob-sob………….setia yg hampess) 

Oleh Sariha Mohd Ali

KUANTAN: Seorang wanita yang menerima wang hantaran perkahwinan RM444,444.44 September tahun lalu dan mencipta sejarah sebagai yang termahal di Malaysia, memfailkan tuntutan cerai fasakh terhadap suaminya, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.

Bekas model, Datin Puteri Shahanaz Hazlin Hamdan, 25, yang juga cucu saudara Sultan Pahang, memfailkan tuntutan perceraian itu terhadap suaminya, Datuk Roslan Hashim, 50, tetapi saman perceraian berkenaan tidak dapat diserahkan kepada Roslan sebelum ini.

Peguambelanya, Dzulkarnain Mohamad memohon mahkamah membenarkan pihaknya menyerahkan saman itu di luar bidang kuasa kerana Roslan dikatakan tinggal di Pendang, Kedah. Hakim, Datuk Abdul Rahman Yunus, kemudian menetapkan 10 Oktober ini sebutan semula kes itu.

 

Perkahwinannya dengan Roslan yang juga Pengerusi Eksekutif Ghaz Properties Sdn Bhd pada 8 September tahun lalu, menggemparkan negara kerana dikatakan paling mahal di Malaysia selepas suaminya membelanjakan RM3.5 juta untuk majlis itu.

 

2 - Cinta pompuan yg selalu terpedaya  (Bharian : Citra – 5/10/2007)  -

Cik Kuntum: Lembut hati kerana 'ayat' lelaki

CERITA Zara diperdaya buaya darat yang Cik Kuntum siarkan dua minggu lalu mengundang kiriman e-mel daripada pengirim yang hanya menamakan dirinya Mas. Seperti Zara, Mas juga mengaku pernah ditinggalkan jejaka yang dikenalinya melalui alam siber…………………. Kisah Zara dan Mas sebenarnya bukan baru. Lelaki sudah lama bijak bermain kata-kata untuk memujuk rayu wanita. Jika dulu mereka menggunakan surat cinta, kemudian menggunakan telefon apabila peralatan komunikasi itu diperkenalkan. Kini pada zaman siber, internet menjadi mangsa. Cik Kuntum nasihatkan kepada wanita hari ini, tidak semua kata-kata lelaki itu boleh dipakai, terutama jika diungkapkan menerusi pelbagai medium itu. Malangnya, cara mereka menyusun ayat menyebabkan ramai wanita mudah percaya dan akhirnya sanggup menyerahkan semuanya termasuk kesucian mereka kerana terlalu sayangkan lelaki berkenaan.

Komen: itulah kerja lelaki, kita yang perlu pandai menangani.......

 

MENCURI   (Cinta manusia & Cinta Allah)

Kalau nak curi hati manusia senang saja, buat apa yang manusia suka tentu dapat mencuri berapa banyak hati manusia, kalau awak cantik, kaya, bijak, terror, handsome, alim, rajin, baik tentu semua manusia suka. Semua manusia sukakan kelebihan dan tidak suka kekurangan sedangkan manusia memang Allah jadikan dengan segala sifat kekurangan, mana ada yang sempurna?

Kalau nak mencuri perhatian Allah itu yang susah. Tidak semestinya yang dicintai manusia itu juga di kasihi Allah dan tidak semua yang manusia benci itu dimurkai Allah. Ada yang sebaliknya juga. Petua untuk mencuri perhatian Allah ramai yang tahu tapi tidak berkenyakinan untuk diamalkan. Petuanya hanyalah Iman & taqwa. Iman itu ialah menyakini sepenuhnya dengan hati, menyatakan/lafazkan dengan lidah dan membuktikan dengan perbuatan. Taqwa itu adalah patuh segala perintah dan jauhi laranganNya dengan sepenuh yakin dan takut padaNya bukan takut nerakaNya shj......

Ini adalah ringkasan kulit sahaja, kalau nak tahu lebih lanjut pegilah cari guru/orang alim yang sepatutnya......Ulama2 yg muktabar ( tidak semestinya ustaz yg mempunyai ijazah atau PhD sahaja)

 

FILEM PILIHAN

love story (untuk pompuan shj...) - Kisah Cinta dlm filem yg amat menyentuh hati remaja. Ntah kenapa 3 filem ni sangat menarik minat kna. Kna curi-2 tengok rumah nenek masa form 3, 1985. Rumah kna xder tv pon. Kalau x silap lepas SRP exam tu beraya sakan, semua citer taram drp ultraman ---> siri criter mandarin petang-2 tu. Korang nak tahu apa tajuk filem tu?

1.     Romance on the Orient Xpress - Cheryl Ladd & Stuart Wilson

Sinopsis……2 remaja yg suka2 round Paris ngan train, pastu ter….jatuh cinta monyet atas train dgn org depan seat dia. Pada hari dia nak inform that guy dia dah ter…pregnant, lelaki tu hilang. 10 thn kemudian masa dia ngan ank pompuan dia d Paris lagi, jumpa balik ngan separa kasanova tersebut……dia dikejar lagi…..

2.  While u were Sleeping - Sandra Bullock

sinopsis: Gadis kaunter tiket tren berangan nak kawin ngan lelaki lawa yg kaya, ala-2 Dr Syeikh Muzaffar angkasawan tu yg tiap hari naik tren. aleh2 lelaki tu collapse depan dia....terus dia berlakon sbg tunang kpd lelaki kaya yg koma tersebut. habis dikelentongnya sampai ke nenek lelaki tu. Sedar x sedar dia ter…rapat dengan adik lelaki tu yg keje sbg driver lori yg amat low profile…….Haa kena tengok sendiri…..

3.  The Trap (1966) - sinopsis: kisah cinta gadis bisu (amah/ hamba kulit putih) dengan lanun.

 

Kalau minta kna story balik criter ni pon boleh....begitu berkesan sekali pada jiwa remaja yg baru masuk 16 tahun masa tu.......