Salam Pantai Timur

I will paste all the short articles in this section (created by me)

Sebenarnya dalam hidup ini kita mempunyai pilihan walaupun mungkin tidak banyak. Kita boleh memilih untuk tentukan hidup kita, apa kita nak jadi, cara kita , pemikiran kita , amalan kita, perangai kita dan apa saja mengenai kita walaupun setiap itu ada had dan kekangannya. Oleh itu kita cuma perlu berusaha untuk mencapainya , bersungguh-2 atau tidak, itu pilihan kita tetapi at the end of the day kita harus ingat, apa hasil yg kita dapat itu adalah tidak terlepas daripada Qada' & Qadar  serta ketentuanNya. Setelah kita telah berusaha bermati-matian, serahkan padaNya, bersyukur wp sedikit atau banyak, wp berjaya atau gagal (dgn syarat telah mencuba). Sesuatu yang tidak boleh kita buat ialah mengenai orang lain, kita tiada kuasa untuk paksa orang........, kita x boleh paksa orang berfikir macam yg kita nak, kita x boleh paksa orang suka/benci pada kita, kita x boleh minta orang percaya kpd kita, kita x boleh harap orang berubah, kita x boleh berbuat apa-2 pun terhadap orang lain even wp minta dia bengkokkan hujung jarinya seandainya orang itu sendiri tidak berkehendak. Apa yang kita boleh buat hanyalah terhadap diri kita sendiri sahaja...........

Bersatu Teguh Bercerai Roboh
Bukan mengenai perhimpunan agung UMNO yg baru bermula di PWTC yg nak Kna sentuh, bukan juga mengenai Pakatan Rakyat yang nampaknya tidak begitu utuh juga bukan juga mengenai perjuangan PAS yang x banyak berubah senario dan wadahnya dari dulu hingga kini…….., Kna ada beberapa idea sendiri mengenai masalah politik tapi tidak berminat untuk dikongsi buat masa sekarang.
Apa yang ingin disentuh di sini ialah mengenai masalah kesatuan. Dalam apa jua pekerjaan dalam masyarakat, tugas, pelaksanaan projek serta perancangan memerlukan suatu komuniti yang kuat & bersatu. Kita perlu mengenepikan masalah remeh temeh untuk berjaya dan kental juga tegar , disamping membuang sifat2 buruk seperti tamak, rakus dan dengki. Pembentukan jiwa dan personaliti yang kuat ditunjangi oleh asas agama yg kukuh, ilmu & kemahiran yang dinamik dan kreatif boleh menghasilkan suatu golongan yang tabah, kuat berusaha dan sabar. Hanya ciri-ciri ini yang boleh membawa kejayaan, termasuk juga berlaku jika melibatkan amalan2 kerohanian, sesuatu amalan baik sepertimana amalan wirid / zikir sekalipun tidak akan ampuh tanpa istiqomah atau komitmen berterusan oleh pengamal (Sebagai contohnya).
Sesuatu yang ingin dikongsi, kisah bukan mengenai kejayaan seorang jutawan atau businessman tersohor yg berjaya juga bukan secemerlang adik Nik Madihah dgn 20A. Kisah kekuatan semangat dalam nafas nyawa2 ikan untuk bangkit dari sebuah kegagalan dan kesukaran bersama airmata & keringat. Beberapa tahun lepas sewaktu Ayah Do melepaskan jawatan di Puspakom dan membuka bengkel d KL, masalah tidak lah kritikal mana, tetapi kerana masalah demi masalah melanda dgn kekangan hutang dll, beliau jadi nekad, kembali ke Kg dgn memikul segala bebanan dr Kuala Lumpur bersama sedikit pengalaman dari sana. Tanpa sebarang modal lagi yang tinggal untuk dilaburkan malah hutang dan masalah bertimbun beliau memulakan hidup dengan penuh sukar, menjual apa saja termampu dan berbuat apa saja pekerjaan yg terdaya. Mak bagi idea supaya mulakan dengan menjual ayam. 3 ekor sehari pon belum tentu habis terjual, berniaga kecil-2 pakai payung tu ditepi jalan besar. Perit masa tu x terkata dan malu juga dibuang jauh ke tepi demi anak2 dan keluarga, masa tu beliau cukup sensitif, penuh putus asa dan dalam kesedihan……Rasa dirinya tersisih dan dijauhi. (kadang-2 hanyalah perasaanya shj disebabkan inferiority complex dlm diri atas kegagalan).
Hari ini bukan lah sangat berjaya tapi beliau telah bangkit dari lemas & dia menarik nafas lega wp bkn semua simpulan telah terungkai . Sebuah anak lori buruk, kedai yg telah diubahsuai dgn seorang pembantu setia serta jaringan kenalan yg merupakan entiti / link ‘marketing strategi’ yang agak mantap. Rupanya pengalaman dr KL yang berupa business interaction serta communication skill yang tidak boleh dibeli dgn wang merupakan aset tambahan untuk beliau bangkit dangan penuh yakin.
Teringat pula kisah sedih Ayah Cik pon lebih kurang sama yang bertekad meninggalkan jawatan baik di sebuah syarikat pembinaan terkenal walaupun tanpa degree, Ranhill Bersekutu Sdn Bhd merupakan nama besar dlm industri kejuruteraan & pembinaan di Kuala Lumpur, cuba untuk sacrife dgn cara hidup di kampung selepas kematian ayah dgn tekad hendak jaga mak dan adik-adik, Kna amat terharu sbb sbg perempuan Kna x mampu berbuat apa-apa. Melepaskan gaya hidup ala-2 exec muda bergaya bertali leher dan membuat kerja2 kampung rencam yg sungguh x glamer, kontrak mesin rumput taliair kecil-kecilan, potong & jual kayu getah, jual besi buruk dan lain2 lagi . Hingga suatu hari dia menebalkan muka walk-in ke sebuah syarikat kejuruteraan kecil di bandar kecil Jerteh tanpa sebarang harapan besar. Akhirnya ayah Cik kembali ke dunia pembinaan sebagai mana kerjaya asalnya di KL. Sekarang pon bukan lah mewah atau kaya, sekadar cukup makan secara sederhana untuk anak isteri .Rupanya sedikit pengalaman serta nama besar company lama juga merupakan saham untuk dirinya terus bersaing dalam dunia pembinaan.
Kedua kisah ini bukanlah suatu kebanggaan, bukan lah modal bagi Kna nak canangkan BAGUS atau HEBATnya mereka / kami atau sesiapa, tetapi sebagai intro kepada konsep artikel Kna hari ini iaitu, itulah ramuan/ingredient kepada segala cita-cita, iaitu tabah , sabar, berusaha, berdoa, bertawakkal dan kikis sikap membesar diri @ ego juga malu, menjalin hubungan baik sesama dan jangan perbesarkan perkara remeh. Kita sebagai saudara, adik beradik @ kawan , suami @ isteri hendaklah berdiri teguh disamping , kalau xder bantuan material nak diberi, berilah moral support serta bentukkan kenyakinan kedalam diri insan2 terdekat tersebut supaya tidak jatuh.  Setiap individu masing2 mempuyai capability yg hebat dlm diri cuma cara kita mencungkilnya saja yg berbeza. Hendak survive bukan hanya bergantung kepada latarbelakang keluarga hebat & kaya, bukan akademik/ pendidikan tinggi semata, bukan kerana politik dan kabel, bukan kerana bijak semata-mata & bukan kerana kerja kerajaan saja suatu jaminan tapi pertama-tamanya awal Bismillah ialah kerana jati diri atau keperibadian individu itu sendiri, personaliti, peribadi , akhlak & islamic views, kerja keras & usaha serta pemikiran positif. (Untuk Ayah Cik & Ayah Do, Kna sungguh bangga atas segala usaha anda berdua).
Apa yang Kna perkatakan ini kerana kami di Besut ini tiada siapa kabel/orang besar. Salasilah keluarga ayah pon orang kg x tahu, kaum kerabat ayah pon org x kenal, ayah cuma bersekolah hingga drj 2 dan mak tingkatan 2, ayah kerjanya sbg pembelah kayu dari muda yang hanya ramai kawan berbual. Keluarga kami pon bukan lah dari kalangan yg genius dan berpendidikan tinggi ATAU bukan semuanya sederet pemegang degree/diploma mcam korang. MALAH keluarga kami selalu dilabelkan sbg keluarga yg suka bergaduh / panas baran padahal meraka tidak tahu pon kisah sebaliknya hanya melalui mulut2 org kampung yg x tahu head & tail. Kami semuanya biasa-2 saje dari segi akademik & ayah ibu yg miskin harta. Tapi segala kekurangan tersebut bukan suatu halangan, perlu berani & yakin menyahut cabaran dalam hidup dan setiap manusia perlu tahu mereka semua akan diuji dengan sedikit kekurangan makanan dan harta, dgn ujian kesusahan & kesukaran . Itu semua proses didikan terus drp Allah kepada hambaNya untuk memperkuatkan lagi seseorang dari sama ada dari segi mental & fizikal. Wallahua’llam.

KASIH AYAH

Semasa tengah buat kerja pada hari ini 20 hb Feb 2009, tiba-2 hati jadi sentimental (cam lagu XPDC). Tiba2 sedih dan mengalir airmata & teresak-esak pula sbb sebak teringatkan arwah ayah yg beria-ia mengayuh basikal hampir 10 km untuk menghantar sedikit buah rambutan & durian semasa Kna dok hostel sekolah agama pada tahun 1985, masa tu nak exam SRP, jadi Kna x bercadang balik wp dekat aje & musim buah. Mmg mak yg minta hantar, tp bila tgk ayah datang dari kejauhan dgn seguni buah atas basikal, tiba2 sebak & sedih x terkata. Masa  tu baya asrama RM15 je sebulan, tp itu pun susah nak dapat sbb kluarga kami cuma kais pagi makan pagi, tapi semuanya berbaloi apabila Kna mencapai keputusan terbaik sekolah pada tahun itu, sekurang2 mebuatkan emak ayah bangga & nama terus terpahat di sekolah.

Arwah ayah ni amat pengasih wp kadangkala dia baran juga, pernah masa umo 6, 7 tahun camtu Kna kena gigit dgn jengking di jari, terus ayah hisap jari tu untuk mengeluarkan racun & bisa. Pada sebelah petangnya ayah kata lidahnya terasa kebas......Yg paling kami x lupa ialah ank2 wp pon dah umo 5, 6 thn masih lagi dia mengangkat ke bilik air sorang-2 agar x terkencing atas tilam ditgh mlm, masa dulu mana ada diapers cam sekarang. Selalu juga terjaga tengah malam, tengok ayah tercongok sebelah adik2 mengipas-ngipas menghalau nyamuk dengan kain, maklumlah xder ubat nyamuk....... Kna pula bukan lah anak manja ayah, selau kena marah ngan dia bila bergaduh dgn adik dsb, tapi bila remaja dia juga rakan tempat mengadu hal sekiranya ada sesuatu isu remaja, dia pula amat sporting dan pendengar yang baik sbb mungkin dia pernah melalui zaman muda & remaja penuh glamour wpun kemudiannya ditakdirkan hidup miskin. Cuma amarannya "Jangan bercinta, kalau dah suka, kawin terus". Anak-anak yg dengar nasihatnya, alhamdulillah x  byk masalah, tetapi bagi yang berdegil, susahlah sket. Pandangan orang tua itu amat bererti. Lalu sekarang Kna menjadi sangat faham tentang kasih seorang ayah. (Teringat pula pada tahun 2000/2001 dimana lihat airmata suami bergenang merenung Klong dlm  buaian (bila Klong masa tu lebih kurang 2 ++thn jatuh tangga blok hampir 10 anak tangga dan kena 6 jahitan) . Sebagai isteri Kna rasa sangat bersalah kerana tidak dapat mengelak kejadian tersebut kerana Klong sedang bermain dlm jagaan anak jiran yg nak menjaganya.

Hari ini sekiranya kita masih memiliki ke2nya atau salah seorang berbaktilah dengan sepenuh kebaktian kpd ke2nya kerana itu adalah bonus terbesar untuk kita.

FENOMENA DUNIA HARI INI.....

Terbaca berita tentang seorang pekerja hotel yg mati ditikam dan kereta si mati, proton Perdana di tinggalkan di Cameron dekat kuil.Terpk sejenak orang sekarang mcam-2 berlaku. Mmg byk jenayah berlaku tetapi apa yg terdetik di hati ialah terjadi banyak pembunuhan kerana ilmu agama telah di tarik oleh Allah dengan cara Dia mematikan para ulama. Terpk juga Kna akan orang sekarang begitu bangga dengan kejahatan dan kemodenan tapi sebenar amat jahil dalam segenap ilmu. Zaman dahulu ramai juga penjenayah, ramai juga org jahat & ramai jga berzina tetapi lain pesennya. Mengikut arwah ayah, kalau nak bergaduh/ berperang hatta nak bunuh orang sekali pon kena belajar ilmu, tahu undang2, tahu prosedur & tahu peraturannya, bukan main hentam jer. Kalau dah bunuh orang apakah yg perlu buat spy dapat lari terus & x balik2 lagi, kalau orang menyerang di halaman rumah, apa peraturannya, Klaau nak jadi pencuri jangan masuk rumah orang jangan Malm Rabu, kantoi dan mcam2 lagi. Apatah lagi nak pilih isteri , pergi mengadap Tok Guru & orang Alim, bukan sembrono jer......, sekarang, filem, vcd dan internet jadi tok guru dok mengajar budak2 pasal perkahwinan. sbb itulah hasilnya, iaitu anak yg lahir jadi perosak & pemusnah negara, bukan pembangun empayar....spt yg kita semua harapkan.

Manusia tahu sedikit..... Allah Maha Mengetahui. (mail dated 15/9/2006)

Bukan tujuan untuk berbangga, atau tunjuk cam bagus tp untuk kita sama-2 renungkan...(moralnya) Ini kisah benar yang berlaku pada adik kna, Lan & seorang sami(Budha) , lupa dah nama dia, kna namakan Chen( kalau tempat kami sami ni di sebut To' Cha....)

Pada satu tengahari beberapa tahun yg lepas Lan sdg drive drp bandar Jerteh nk balik rumah kami. Di tepi jalan dia terpandang seorang To' Cha sedang berjalan bersama kain kuningnya. terdetik dihatinya 'kesian, mesti jauh org ni berjalan'. Dia berhentikan kereta dan pelawa To' Cha ni naik. Terkejut la pakcik tu tp dia naik jugaklah. Mereka berbual dlm kereta. Katanya dia dari Tumpat, Kelantan nak ke Bukit Kluang, Besut (coz kt situ ada cam Candi/Kuil diorang). Tok Cha cakap dia sgt terkejut krn bertahun-tahun dia berjalan drp Tumpat - Besut tiada seorang pon org x kira apa Bangsa yg nak ajak dia naik keta. walau pun pernah beliau cuba tahan gak dulu-dulu. Selepas x de 1 pon keta yg sudi berhenti maka dia pon x pernah lagi mencuba. Bayangkan dia berjalan kaki dr Tumpat ke besut. Lan hantar dia ke Bukit Kluang, abis gitu ari tu, terbina persahabatan. Di suatu hari lain( x pasti berapa lama lepas tu ) secara x sengaja mereka terserempak semula & mereka bersembang-sembang biasa, Chen beritahu Lan ttg 1 rahsia, dia minta Lan balik pergi ke salah satu tiang di rumah adik yg lain( depan rumah kami , baru dlm Pembinaan x siap pon lagi), kluarkan barang. Bila Lan berbuat seperti yg diminta, mmg ada barang tertanam di situ. Tp si Chen ni x nak beritahu siapa yg letak, dia bagi hint, bukan org jauh tp x payah tahulah siapa. Kami pon x kisah,buat x tahu. x nak tuduh sesiapa.

Moral : pk sendiri......... tp nk tulis juga:

1. buat baik berpada-2 buat jahat jgn sekali

2. klau buat baik pd org, tuhan balas baik w/p kita x minta

3. Dengki khianat manusia, w/p depan baik & mesra, dlm hati Allah mengetahui , so 'keep a distance' jgn caya 100% kata my fren Kathleen.

4. pertolongan Allah itu didtgkan bersumberkan pelbagai saluran (Maha Mengetahui & Maha Pengasihani......)

5........& byk lagi....

kna dok teringat kisah ni dr pagi tadi, tu kena criter jugak tu......OK cukup lah untuk hari ni , share experience.

Bye

15/02/2008 - Dunia Kanak-kanak...

Hakim selalu bertanya, bilakah hari Qiamat?? baru-baru ini soalan itu berterusan dengan pelbagai soalan lain :

"Mengapa Allah tu banyak kuasa?"

"Adakah Allah tu sayangkan kita?"

"Rumah ni Allah bagi pinjam kepada kita ker?"

"Dalam syurga tu ada tak mainan ultraman, powerangers, transformer ? Kenapa Allah ada banyak mainan? Klong kata dalam syurga xder mainan." dan pelbagai soalan lagi berkaitan Syurga. Kna dok pk-pk patutlah selalu tanya pasal Qiamat, mungkin dia x sabar2 nak pegi syurga yang Kna kata semua ada, dia cakap jer nak apa.........Allah akan bagi. Mungkin juga sbb banyak benda yg dia request kita x bagi, soh beli transformer pon Kna beli yg 50 sen satu jer, x cantik katanya. Apa yg cuba Kna terapkan ialah supaya dia cuba berusaha sedaya upaya mendapatkan nya sendiri yg dikehendaki itu......harap satu hari nanti kalau kami panjang umur, dia memahami & merealisasikannya. KNa mmg x sgt memenuhi permintaan anak2 spy xnak mereka jadi 'mua' atau pon anggap mudah......nanti sambung

PEMBURU CINTA WANITA @ KASANOVA - 17/12/2007

Sekiranya tidak diluahkan ianya akan menganggu fikiran maka kna pk biarlah ia terluah supaya tenang hati ini. Pada kna kita ambillah pengajaran & iktibar dari kisah ini DAN bukan lah bermaksud memanjangkan aib kawan kita ni. Kisah kenalan atas kenalan, dicriterkan oleh hambaAllah yang merasa kesal ianya terjadi ke atas rakan  sendiri, telah lama desas desus didengar tapi beliau tidak mempercayainya  & tidak ingin mempercayainya.  Kawan tu lelaki , umur lebih kurang kna melewati end of 30an. Mempunyai pendidikan ugama yg agak mantap dari kecil dan kerjaya pula terlibat dengan pendidikan dan pengajaran. Ya Allah ampunkan dosa kami,tidak kami bermaksud menghina rakan ini,  tapi nak crita juga bilamana dia ialah seorang kaki perempuan. Sekarang telah beristeri dan ada pula 2,3 anak. Beliau masih memburu mangsa yg bukan bohsia tapi siswi IPT dan gadis-2 biasa yang termakan pujuk rayu kata cinta, bukan setakat bawa berjalan & bersiar-siar tp sampai ke bilik tidur….Korang faham lah sendiri, lelaki seusia Kna yg kerjaya dah stabil ada pula kereta besar dan segalanya & dengan rupa yang ‘sedap mata memandang’ , maka semuanya jadi tidak mustahil. Perempuan sekarang pula ramai & ramai pula yang mencari cinta. Padahal cinta itu x perlu dicari. Tiba masa ia akan datang……

Terdetik di hati nak kenal rakan kita yg kasanova ini, maka ada pluang 1 hari Kna menengok beliau dari jauh. Berbadan sederhana, berkulit hitam manis, berkaca mata, tapi bila senyum ada lesung pipit (bagi pompuan, lelaki x tau sebut apa). Wah memang menggoda !!! Emmm , memang beliau mempunyai ciri2 mencairkan perempuan. Rasa nak menangis mengenangkan semuanya….

Personally Kna x kenal dia tapi rasa sedih bercampur kesal sebab: bukan dia x tahu agama , bukan dia x tahu itu semua salah tapi kenapa mesti juga berlaku??? Ya Allah peliharalah kami & keturunan kami dlm pemeliharaanMu…..

Nafsu itu adalah salah satu unsur dlm diri kita untuk kita kendalikan dengan Iman, ilmu dan akal kita . bukan dia yang mengendalikan kita. Kita tidak boleh membuangnya tapi perlu diajar & dididik berdasarkan ilmu ugama. Seks itu bukan suatu yang menjijikkan dan tidak hina. Ianya satu keperluan manusia yg merupakan fitrah semulajadi bersama wujudnya manusia itu sendiri. Kalau seks itu bukan keperluan maka kita pun tidak wujud pada hari ini, Cuma laluan dan lorong itu mestilah betul mengikut ajaran agama dengan segala syarat & rukun yang diajar oleh Nabi kita.

Sekiranya nafsu ini dituntun betul, dipujuk  supaya takutkan Allah maka rasanya kita akan dijaga oleh Allah tetapi  sekiranya bangun pagi-2 kita jamu nafsu kita dengan video & gambar2 lucah, segala bahan porno, nak tido malam pun kita asyik tatap benda tu je macamana akal kita nak berfungsi dengan baik?  Input kita –ve, negatiflah outputnya. Maka bilamana kita asyik jamu nafsu kita dengan apa yg dia nak maka bermaharajalelalah nafsu & kejahatan & Allah pun lepas tangan x sudi nak menolong kita lagi. Tercabutlah segala keberkatan & kasih sayang Allah daripada kita…..maka bila Allah tidak disamping kita, maka pelbagai masalah akan melanda kita tanpa bantuan….Ini lah cabaran untuk kita umat di akhir zaman wahai rakan2 sekalian. Kita dituntut supaya berjihad melawan nafsu kita . Marilah bersama kita realisasikannya beserta pohon doa semoga Allah membantu & bersama-2 kita sentiasa. Kita tinggalkan maksiat & kejahatan bukan kerana nafsu kita xde keinginan kearah itu tetapi kerana kita takutkan Allah beserta janjiNYa.

Ya Allah, Engkau tahu kami lemah, kuatkan lah kami, engkau tahu kami berdosa padaMu, ampunkan lah kami, engkau tahu kami x mampu, bantulah kami…..Amin…….

23/11/2007

Kna nak sampaikan 1 kisah ringkas drp 'true story'  Botak Chin ni. Minggu ni korang bacalah camana 'gedebe'nya Botak Chin (Malaysian robinhood - pada die lah). Ada perkara lain yg nak di simpulkan. Bacalah kisah tu dulu. minggu depan kna ulas.....

 30/11/2007

(dicritakan oleh PakCik seorang guru agama sekolah rendah yg membawa murid melawat penjara Pudu  lebih drp 5 thn lepas..... Kisah asal dicriterkan oleh pegawai penjara yang memberi taklimat)     Sebenarnya criter adalah berkisarkan kepada kisah camana ending 2 banduan yg berada di bilik akhir, kita akan hayati dan fikirkan antara kisah 2 orang gedebe, salah sorangnya ialah Botak Chin seorang bukan Islam dan seorang lagi iaitu 'no name' seorang muslimin yg menyesal & bertaubat atas segala keterlanjuran dgn bimbingan ustaz dipenjara.  Beliau telah menyesal & bertaubat sungguh-sunguh dan menjadi murid yg paling cemerlang kpd Ustaz tersebut semasa tempoh hukuman. Beliau dengan tekun dan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah Allah serta amal ibadat khusus sementara hukuman gantung dilaksanakan. Kalau x silap kna beliau telah meminta 1 permintaan bahawa sebelum hukuman dijalankan beliau berhajat untuk berjumpa dengan ustaz buat kali terakhir. Pada hari terakhir tersebut Ustaz tidak dapat menunaikan hajat beliau krn ada masalah lain. Sesudah solat Subuh, beliau telah menjalani hukuman tersebut dgn tenang. Bila di buka penutup kepala jenazah, mukanya bersih & tenang dan tiada tanda2 kesakitan pada beliau serta lidah tidak terjelir sepertimana para banduan akhir lain.

Sementara mendiang Botak Chin pula diceritakan telah begitu gelisah dan lemah longlai sewaktu pagi terakhir tersebut. beliau tidak mampu berjalan dan terpaksa dipapah ke tali gantung untuk hukuman  tersebut. Di mana sifat2 HERO yg x pernah mengaku kalah? Di mana gedebenya seorang penjenayah? dan dimanakah ciri-2 samseng serta di manakah hebatnya seorang manusia jika telah bertukar rupa sebegitu rupa ???? Itulah menunjukan bahawa sehebat mana pun kita, sekaya mana pun kita, sehensem mana, seseksi manapon, seglamer mana pon , sebijak mana pon kita  tidaklah menjadikan kita hebat lagi bila berdepan dgn SakaratulMaut.................."Cukuplah mati sebagai penasihat".

(Masa denga crita ni Kna dok tkt atas, tgh wirid lps solat Maghrib, pakcik dok di ruang tamu bawah.......termenung sejenak & seterusnya)

 SPT 12 - 16/11/2007

Kak na x tahulah camana korang handle anak lelaki & anak pompuan, ke2 nya mempunyai tendency yg berbeza. Anak lelaki dgn permainan yg ganas, hero maniac & pelbagai aktiviti lasak, pompuan dengan lagu & criter & kisah2 sedihnya yg x berpenghujung. Semuanya menghiburkan tp kadangkala sampai tahap sakit kepala dibuatnya. Sedikit criter masa remaja berdasarkan pengalaman mak & ayah. Dlm tahun2 awal 80-an dan early 90-an, masa ni adik lelaki mula membesar dan nak menunjukkan taringnya. Apa yg Kna pasti ayah selalu berleter dan naik hantu bila dia nyer 'toolbox' selalu di buka & kehilangan barang-2nya. Sekejap hilang tukul, sekejap hilang kapak dan sekejap hilang parang/gergaji and so on. Bila tanya sapa ambik sorang pon x mengaku. Semua x ngaku & buat x tahu jer, x der rupa bersalah langsung pong......dari sini lah kita kena  tahu org lelaki dia nyer backup mmg 'baik' betul. Sanggup buat  x tahu/turut sama menipu untuk menyelamatkan grup dia. Sikap ini kurang pada pompuan, itu yg pasti. Tapi mak pernah cakap masa anak pompuan mula membesar, dia lebih tenang & kurang masalah, "dengar kata" sket pompuan ni. Tapi bila anak-2 lelaki membesar dia selalu nangis-2  , tak terhandle. Macam2 karenah. Tapi kalau xder lelaki2 ni sapa yg nak usung mak ayah bak g hospital, sapa nak mandikan jenazah arwah ayah & siapa yg nak hantar jenazah ayah ke kubur??? sampai ler ni mak selalu darah tinggi dgn karenah anak lelaki yg semenya samseng  'taik minyak' & susahnya nak kejut solat subuh. Bila mak mula nak berleter derong 'cabut' serta merta. Hantar Pondok agama lari balik, punyer berani , kecil2 lagi dah tahan lori, keta & teksi, nyorok dlm semak dsb yg mmg x masuk akal bg pompuan siap jatuh dlm gaung & mcam kisah lagi punyer nak balik kg. Satu yg korang mesti tahu sbb apa mrk buat tu semua? Sebab lelaki ini sebenarnya lebih 'manja' dan x tahan cobaan krn sebenarnya pompuan lebih tabah drp lelaki wp mereka lebih bijak.......

Mmg mereka sebenarnya lebih 'anak mak' & lebih mengada-ngada.......(kepada lelaki , anda harus terima hakikat yg anda adalah golongan yg kurang tabah sebab itu lah agaknya Allah jadikan wanita lebih ramai drp lelaki di akhir zaman untuk menguji ke-2 golongan ini. Wanita perlu lebih tabah, perlu lebih bersaing, perlu lebih 'survive' & lelaki lebih banyak pluang di mana2 sahaja. Ada orang pernah berkata 'sekiranya Allah jdkan lelaki lebih ramai drp wanita, maka basahlah bumi dengan darah akibat perebutan........" - mugkin btol)

SPT 11 - 24/10/2007

Dipuji  orang secara berdepan, itu biasa. Di hina, dikutuk dan di umpat dibelakang, itu juga biasa. Adalah perkara biasa bila kita di puji secara terang-terangan dan di masa lain pula di kutuk habis-habisan di belakang. Itu adalah lumrah alam. Pada Kak Na sifir hidup ini simple saja. Jika kejian/umpatan itu betul, maka orang yg diumpat layak menerimanya, dia pon redho & baiki dirinya, pahala baginya, jika kejian itu tidak layak baginya, maka kejian itu akan kembali pada orang yang mengeji tersebut. Itulah hukum Karma……..kata orang.

Yang tidak biasanya adalah dipuji & di keji didepan secara terang-terangan. Ini lah criter yang nak sampaikan hari ini. Berlaku terhadap 2 saudara lelaki kna. Kisah yang hampir sama berlaku pada keduanya….Semasa adik kna A bersembang-2 dgn kawannya dan tahu dia berasal drp Kampung kami, maka kawannya tu pun bertanya, adakah kenal sekian-2 orang dari kampung kami ni, perangainya begini-2 dan begitu2….bla-bla,bla…..adik kna kata , ya dia kenal. Kawannya itu pula bercriter sampai habis kisah hidup dan segala +ve dan –ve  orang tu. Adik Kak Na yang seorang lagi, B pula bersembang-2 ngan kawan yang lain di tempat lain pula, bila tahu adik Kna berasal drp Kg kami maka dia pon bertanya & bercriter ttg 1 kisah yg terjadi di kg kami, bla-bla-bla sampai habis…..criter. Bila selesai adik Kak Na, B mengiyakan dan berkata “ Akulah tu yang awak cakapkan tu……..”. Orang tu terus terdiam. Adik kak Na cuma mengakuinya & tidak marah. Ending berbeza dengan A, dimana dibiarkan kawan bercriter sampai habis dgn selesa dan tidak dicakapkan apa2 setelah selesai. Kawannya itu pon x tahu yang dia bercriter mengenai orang yang di depannya sendiri……….(kisah ini agak abstrak & di hari lain kami bertiga bercriter & sama-2 ketawa, bukan  bangga pada perkara –ve & hal2 yg buruk tp gelihati macamana kawan x boleh kesan airmuka audience nya sendiri)

Itulah kengkawan….sebenar ajaran etika & akhlak yg di ajar Nabi kita cukup cantik. Tahanlah marah & emosi kita seketika...untuk merasa keindahan sabar. Maka kita ini hanyalah di gesa mengamalkan sahaja. Jika kita berusaha wp sukar, ada manis di akhirnya…….

 

SPT  10 –  versi raya (23/10/2007)

Korang cuba bayangkan, sebuah madrasah/surau kecil di tengah2 sawah luas terbentang. Di situ Kna pilih untuk solat idil fitri 2007. Suraunya kecil shj tapi belah pompuan, ngam-2 lah Kna dpt masuk saf  paling last. Lepas jer solat, kaki terasa sejuk…..aleh2 tengok kaki terkluar, batal solat (dlm hati xper lah solat sunat: cam x ikhlas je g semayang). Masa turun nk ke keta (sambil pimpim Asma’ Nazirah, yg kecik jer ikut), kakak Kna yg dah berada kat keta muncungkan mulutnya ke arah sebuah Mitshu.Storm yg park depan keta dia. Kna toleh……eh tokey ayam proses

“ Hei !!!” kami bertukar sengih & sama-2 ketawa…

“OOOOOoo” itu jer yg kluar darinya. Dia bersama anak2nya dlm tu….(dia saja nak test sama ada kna dah lupa kawan kot..)

Korang masih ingat citer Kna yg dulu? Mat rempit berbasikal mini merangkap dulu muka cam Mc Gyver. Dia ada kat situ rupernya. Kna x tahu apa yg dia pk, tp dlm kepala Kna terus terbayang saat2 bertarung dlm uniform  pd thn 1982 dlm klas. Segera teringat juga 1 hari dia dtg klas berbungkus  1 tangan, katanya ke-5 jarinya kena mesin kelapa masa tolong mak kat kedai. Terbayng segala macam aksi nya atas basikal, berdiri, berjoget, menonggeng atas pelana & tempat duduk belakang basikal mini macam sarkis tanpa jatuh……

Terasa ikhlasnya persahabatan……antara sahabat x pernah mengharapkan apa2 kepentingan. Tidak spt bercinta, penuh tipudaya/bisikan syaitan dan dendam. Allah pon x suka…………..bersambung

 

Mel 1

Terlanjur pulang dr klas kat Bangi, singgah kejap kt opis nk siapkan keje......, tp hati ni asyik dok teringat kat arwah ayah.ntah kenapa hati begitu rindu padanya.......lama benar rasanya x bercriter dgnnya. bila rindu datang hanya fatihah untuknya ku kirimkan.

 

Teringat masa duduk-2 ngan ayah masa dulu, dia secara sengaja tercriter kisah masa mudanya w/p kna perasan byk crita -ve yg cuba di sorokkan

dari kami. satu hari bersamanya:

" ayah, ayah pernah ada makwe? " tanya kna satu hari.

"ada, org dekat Kota Bharu" katanya jujur.

" kenapa ayah x kawin ngan dia?" soal kna.

" kami sama suka tp kakaknya menghalang kerana ayah hanya sekolah setakat drj 2" akuinya

" skrang ayah masih ingat lagi padanya??"

"ya, kdg2, terutama bila gaduh ngan mak" akuinya. dan kami mmg pastikan mak mmg xder kt situ.

"skarang camana?" tanya kna lagi.

" dia dah jd 'somebody', org politik, x silap ayah", jawabnya bersahaja. Cuma silap x tanya nama pompuan tu sapa.

habis gitu hari tu.

Tp mmg sronok berkawan ngan ayah, macam2 criter kami pelajari darinya. Cuma kisah2 gangster dia, sebahagiannya

dia kongsi ngan anak lelakinya, kna x amik tahu sgt. Cuma tahu dia pernah memiliki senapang kecik peluru sebiji (buat sendiri kalau x silap).

Maklumlah tiada pelajaran, pernah membesar di istana tepi Sg KB dan masa remaja di selatan Thai.

 

Begitulah kalau hidup tanpa kasih sayang 2 org tua.(anak yatim)

Sbb tu dlm membesarkan ank2 kita, apa yg penting kasih sayang kita paling utama. itulah kunci segala kecemerlangan. jangan pentingkan material  semata, yg paling penting AGAMA, biarlah dia x takut pd kita, asal dia takut kan Allah. semoga selamat ank2 kita semua dlm iman sampai ke akhirat,amin, amin ya Allah.

 

Selama org tua kita ada, hiburkan hati mereka sepuas-2nya, semoga kita rasa berpuashati w/p mereka telah tiada di sisi kita...

 

To be continued...............................(next time may be)

 

bye

 

 

Mel2

 

Skang ni kna dah ada assistant, tukang berleter yg plg hebat ‘kak  long’. Subuh-2 hari dah meleteri adiknya Ahmad, yg mana Ahmad buat mcam kerenah2 kt bilik air agar jd lambat g sekolah. So kna ni nampaknya bolehlah rehat sket sebelum bersara. Kna biasa dah siap atas sejadah tunggu azan jer, terus solat nk kejar 6.30 nk turun. Jd mana ada kesempatan nk melayan karenah mrk. Jadi sambil dia bersiap sambil tu potpet-2 mulutnya berbunyi nk pastikan adik nya siap. Pernah kna g tengok dia org solat pakai uniform, berhimpit atas 1 sejadah (mase rajin, kalau malas tak solat tp baru drj 1 & 2 ) , klong x pakai telekung semayang tp beruniform lengkap + stokin. Nak tergelak plak. Kreatif jugak.

 

w/p camana cepat kna cuba tp biasanya mrk yg siap dulu. Maklumlah kna ni dah la tua, gemuk lagi….terhegeh-hegeh. Ada 1 pagi tu ahmad liat nk pakai kasut, kna turun dulu tunggu dlm keta. Kna dengar terjerit-jerit minah tu memarahi adiknya supaya cepat. Bila kna tengok dr dlm keta, mrk be2 turun tangga, nampak klong dengan sebelah tangan jinjing beg, tgn kanan pegang rotan. Ahmad saja nk sakitkan hati, seret beg atas tangga. Bila sampai kat keta, klong tengok kat tangan dia  ada rotan “ehh….rotan!??” dia sendiri terpingga2, terloncat-2 plak naik tangga hantar rotan kat bibik. Kna tersengih sorang dlm keta. Anak-2ku ini mcam-2 hal tp syukurlah, kna dah x larat nk berleter. Cuma bila dlm keta baru kna mula ceramah kt diorang….apa yg patut & tidak patut. Itu lah rutin pagi-2 setiap hari.

 

 

MEL3

 

Salam.....sorry interrupt again...

 

Some of us believe that Kelantanese and Terengganuans are too fanatical

where their dialect, culture and state is concerned. As for me, I admit this

statement is true. Having said that, I also feel these people must observe

good ways and behave in a proper manner.

We should take the differences among us as an opportunity to appreciate each

other and to get to know each other's ways better. We should not be

quarreling among ourselves and instead we should learn to love and be loved.

We can make this world at present, the best 'port' until we reach the next

life in the hereafter.

 

Bila singgah kat kedai runcit, keluar seme rakyat jelata kakna bercakap

loghat kelate pekat mengerumuni peti aiskrim dan masing-2 memberi pendapat.

Terbantut jual beli kt kedai Indon tu, pelanggan  tersenyum dan pekedai

menggelengkan kepala but I'm proud of it, pastikan warisan bangsa tidak

pupus di telan zaman bersama arus globalisasi, "org kg mana tersesat nih"

agaknya itulah yg diorang pk, but then bila sampai kt sekolah diorang  tune

lah cakap KL w/p x 100% menjadi.....STOP :)

 

 

Mel 5

 

Salam......

Terkenang lagi zaman kanak-2.......byk nostalgia yg boleh dikongsi, maklumlah kna ni early seventies punya product dan di producekan kat  kg, pure jakun.....(ala-2 orang asli...) masa  drj 1 , 2 ni tak berapa nak pakai baju sgt, dengan pakai short round keliling kg. kalau  x silap drj 3 baru pakai baju complete, tu pon akibat kena usik ngan org lelaki. Kalau cuti/sekolah ptg, celik jer mata mesti bertandang ke halaman rumah tok wan yg mana dia nyer halaman berpasir putih halus sesuai jdkan port kami adik beradik melukis, kat situ lah kami habiskan masa menghasilkan segala macam lukisan hingga terasa panas terik mentari, baru balik rumah cari nasi. Pen yg kami gunakan ialah lidi kelapa. Di sini lah bakat bermula. Kalau nak mandi, boleh g mandi Sungai berdekatan, tp sampai ke sudah x pandai berenang, berat sangat agaknya.........Sg ni ada buaya tp kami mandilah kat tepi2 jer, itu pon beramai-ramai. kalau ikut ayah & mak  g tanam tembakau, jumpa plak paya yg ada anak ikan keli, timba pulak ikan ngan bermandi lumpur, atau kami jumpa plak cendawan hutan gelam, kutip cendawan pulak untuk masak.......korang yg  lahir kat pekan, bandar atau produk 80an nampaknya xder la merasa saat-2 indah jadi org asli ni.......Masa drj 1selalu bawa balik pensil & pemadam, hadiah kawan bagi sbb tukar ngan lukisan yg diorang minta kna buatkan, ala lukis jer 2 char org, dpt hadiah, tp mak x bagi amik hadiah-2 tu......x bagus kata mak. Kesian org lain. Pernah sekali cikgu BI (cikgu lelaki bujang) merajuk sbb kna x nak buatkan lukisan untuk dia selepas dia dah siap-2 belikan kertas dan warna. Ada ker minta kita buatkan! nanti kalau x cantik malulah kita, lagi pun dia cikgu, lukislah sendiri......(sadis btul). Skrang ni dinding rumah kna plak dah jadi cam mural, dari abc, alif baa taa hingga ke katun segala yg man-men nyer katun, pastu minta kertas lukisan hingga ke pukul 12.00 mlm  masih nak melukis & mengaler lagi........., pensil hampir sedozen seminggu........................

 

Tapi lebih kurang 10 thn lepas kami adik beradik g melawat kg masa kami kecil tu, sayu, keadaan nya hampir sama jer ngan 20 thn dulu, xder sebarang pembangunan, tiada byk perubahan atau kemajuan (skrang pon masih camtu...) Kami g tengok Pengkalan mandi dulu dah bersemak, budak2 skrang x mandi sungai rupanya.......sedihkan!!  ya lah agaknya sbb macam2 program kat tv yg boleh di tonton,comp games dsb.....Fikirkan bangsaku!!!!

 

 

 

Mel 7

 

Salam,

Rasa sungguh bersyukur dilahirkan dalam kluarga miskin tp bil yg ramai, maka jika 12 org mewakili 12 peel dan 12 perangai yg berbeza. di sini kita dpt mengenali & menghayati watak setiap org tanpa bias krn mrk seme org yg kita sayangi. Kita belajar menerima kluarga kita seadanya mereka dan begitu jugalah kita menerima kawan2/ jiran-2 di sekeliling kita tanpa syarat. Begitulah pulangannya, orang akan menerima kita seadanya kita tanpa demand. Dengan itu tiada dendam, tiada irihati, tiada kata mengata, tiada salah sangka, tiada tipudaya, tenang & aman, itulah kebahagian. Tidak sukar untuk kita menempatkan diri kita dalam kelompok manapun. Hari ini ingin berkongsi kenangan ngan korang seme. (1989/1990, Desasiswa Gemilang USM)

 

"Cafe makcik Bibi, kalau nasi ngan ayam goreng tepung regenya $1.10, kalau nasi ngan sambal kerang regenya  80sen jer, kna akan pilih yg termurah. Masa ni mmg berkira & kedekut even pd diri sendiri. hari-2 sambal kerang krn itu yg plg murah(Kement. Pendidikan kasi $200 sebulan include yuran, so lebih x byk , itulah belanja & duit poket. xnak menyusahkan org tua). masa ni jumpa nasi 1 kali jer sehari semlm, blom gemuk lagi, jika lapar masak air, minum ler air suam tu sampai kenyang. Satu hari nk jd cerita, slps beli nasi tapau, naik kebilik kepenatan, keletihan tertidur sbb nasi tu nk mkn lambat sket agar kurang lapar mlmnye. Ditakdirkan terjaga hari dah mlm, buka nk makan nasi dah basi, perut lapar, cafe dah tutup. apa nk buat. Maaf kalau buat korang rasa loya, tp dek kelaparan yg amat, nasi basi ku telan jua. Lps makan stdby untk ketandas kalau perlu, tunggu-2 x juga sakit perut. kira oklah, selamat (ooo!!! mkn nasi basi patutlah bebal semacam). Tetapi itulah hakikat kehidupan yg terpaksa dirempuh. adik2 sekrang bkn main demand, x sedap kat kantin, mkn kat luar. X enjoy dok hostel tukar rumah sewa. Tidak sempat untuk berpk ttg kesukaran krn byk opsyen & pluang. Kami ini x payah tengok rancgn "Bersamamu TV3", segalanya telah dilalui secara live, jd kita sentiasa belajar menghargai w/p sedikit.

 

Biasalah masa bercriter, tertawa terkekeh-kekeh dgn kisah dulu, pandang mak yg turut sama mendengar criter, airmata mak bergenang. kna tahu dia merasa

begitu x berdaya waktu itu & kami tidak minta lebih dari itu mak & ayah! Cukuplah anda memberi pluang kami menikmati indahnya alam ini..........

 

(masa ni lagu yg tgh top: "Right Here Waiting - Richard Marx & Ekamatra" )

 

Bye

 

 

 

Mel 8

Salam,

Pesan Rasul lbh kurang begini, " janganlah seorang lelaki menderhaka, mencaci maki kepada bapanya: sahabat bertanya dengan cara mana orang memaki bapa sendiri? jawab beliau, dengan cara orang itu mencaci maki bapa orang lain , maka orang lain akan mencaci bapanya"  Maksudnya menderhaka dlm keadaan tanpa sedar / indirect way.

 

Kna balik  kg pada akhir ogos 2003,merdeka day iaitu 2 bln seblm kematian ayah. Bersembang-sembang ringan di tangga. "Camana ayah skarang? Ok???"

" gitulah tp ayah menoreh skarng". Back to his previous career waktu remaja di selatan Thai. Dah berpuluh thn dia berhenti menoreh sebenarnya.

"x cukup ke duit yg adik2 bagi??" inilah lelaki yg paling kukasihi dlm dunia ini, pk kna.

"bukan gitu,  saja  nak execise...., hilangkan lenguh2 bdn....byk sgt rehat"

"keta ayah ok? kawan2 ok?" (masa ni dia dah ada  2 keta)

sambil tersengih dia menjawab pelan " ayah selalu dapat minum teh free, diorang isi minyak lagi".

Kwn2nya ajak ke sana sini, selain bawa mak g dengar org mengajar agama...

Kna turut tergelak dgr jawapanya.....terpancar kegembiraan dimatanya.

salah 1 impian dlm hidupnya tercapai. Teringat hampir lbh 20 dulu mak berleter dgn kencangnya

bila tahu ayah buat lesen keta motor yg bayarannya agak tinggi compare to his income walhal nak beli beras x brape cukup.

sementelah lagi masa tu ayah cuma ada Honda cub buruk....x abis2 mak bengang.

Okt 2003, kami seme dipanggil balik, ayah tenat.......sinar matanya telah pudar, Kna tahu dia akan pergi sbb tiada lagi cerianya....

Kami seme x berhenti bacanya surah Yasin untuknya, tp dia kata  dia belum nak pegi lagi....Tp Kna ada kursus kt KL, so terpaksa balik after 2 days.Masa bersalam terakhir sblm bertolak balik Kna letak not kertas dlm tangannya, dia x mengenggam spt selalu, not jatuh ke lantai, dia hanya pandang kami........

Lps 2 hari, kami balik lagi untuk sempurnakan jenazahnya. Harta yg ditinggalkan hanyalah kami 11 org drp 12 dan sebuah motor honda Cub buruk......

 

Biar pun dia nobody pada dunia, tp dia ttp istimewa di hati kami, bagi kami  itulah kehebatan lelaki...............

 

Ya Allah, ampunkan dosa2 kami, dosa ke2 ibubapa kami dan seluruh kaum muslimin.....amin.

 

 

Mel 9

 

Salam,

 

Dah berzaman sebenarnya x sempat nk menonton tv,  ttp oleh kerana semangat asobi'yyah/ kenegerian yg tinggi, kna sanggup x baca buku sbb nak tengok criter org kg dlm slot ' Gadis Melayu - Mek jah" TV3 loghat Ga'nu. Esok nya ada paper 'networking', ternganga xleh jawab, kluar awl dewan periksa, org ingat pandai rupanya seme soalan x tahu jawab,(takpe asal x repeat kira oklah). Kita ni lahir kat border, org Kelate reject, org Trg pon reject......tp kerana suku sakat 90% org Kelate maka nak promote jugaklah negeri Kelantan ini......sila baca. (sempena merdeka Day)

 

BERITA HARIAN - 28/8/2007

 

BERITA HARIAN - 28/8/2007 - Laman Citra

Pasangan warga Belanda selesa di Tanah Serendah Sekebun Bunga

 

HARRY Mulder, 39, dan isterinya, Annemieke Mulder, 38, sememangnya sudah jatuh cinta dengan keindahan bumi Malaysia. Mana tidaknya, selepas empat tahun berada di negara ini, pasangan suami isteri itu berhasrat menetap lama di negara ini memandangkan mereka juga sudah membuka chalet yang dinamakan Pasir Belanda di Kampung Banggol, Jalan Pantai Cahaya Bulan di Kota Bharu.

 

Lebih membanggakan, mereka berdua fasih berbahasa Melayu yang memudahkan kedua-duanya berkomunikasi dan berinteraksi dengan penduduk setempat. Malah, sewaktu lawatan media ke Pasir Belanda, setiap taklimat dan penerangan mengenai chalet disampaikan di dalam bahasa Malaysia.

Anne berkata, sebelum datang ke Kelantan, beliau dan suaminya menetap di Pulau Pinang selama dua tahun. Melihat suasana dan keadaan di Malaysia yang indah dan aman, Harry mendapat idea untuk mengusahakan chalet serta membabitkan diri dalam industri pelancongan di negara ini.

 

Mereka mula mencari-cari tapak untuk memulakan perniagaan yang sangat diidam-idamkan itu. Dalam pencarian itu, kedua-duanya tiba di Kelantan untuk bercuti sambil melihat-lihat sekiranya bertemu lokasi yang sesuai.Ketika itulah mereka berkenalan dengan seorang lelaki berbangsa Inggeris yang menetap di Kota Baharu sejak selepas perang lagi. Lelaki berkenaan membawa mereka ke Kampung Banggol dan bertemu dengan pemilik tanah berkenaan.

Anne berkata, pemilik asalnya yang dikenali sebagai mendiang Datuk Biles, disebut penduduk setempat sebagai Datuk Bilis, meninggal lima tahun yang lalu.

Selepas British menyerahkan kembali Tanah Melayu, Biles tidak pernah pulang ke tanah airnya dan terus menetap di kampung itu. Beliau membeli sebidang tanah dan membina sebuah rumah tradisional Melayu di situ.Walaupun menetap lebih 40 tahun di situ, Biles tidak pernah berkahwin dan tidak mempunyai pewaris. Beliau mewasiatkan tanah serta rumahnya itu kepada pembantunya iaitu seorang penduduk tempatan.Oleh kerana sayangkan reka bentuk rumah lama serta tanah itu, pemiliknya bersetuju menyewakan tapak berkenaan kepada pasangan suami isteri ini untuk diusahakan sebagai chalet.

 

Sejak dua tahun setengah yang lalu, selain rumah induk yang dijadikan kediaman mereka sekeluarga, lima buah chalet sudah dibina untuk keselesaan pengunjung.Pasangan yang memiliki dua anak lelaki, Jesse, lapan tahun, dan Abel, dua setengah tahun itu nampaknya cukup selesa dengan persekitaran dan corak hidup di kampung berkenaan. Jesse dan Abel, sesekali menghilangkan diri ke rumah jiran mereka yang terletak di belakang chalet berkenaan.

Harry berkata, mereka selalu bermain buaian tayar yang digantung pada dahan pohon rambutan rumah jirannya itu. Dua beradik itu juga nampaknya cukup gembira bermain dan bergaul bersama anak kampung yang lain.

 

Walaupun bersekolah di sekolah antarabangsa di Kota Baharu, Jesse dan Abel dilihat serasi berkejar-kejaran bersama rakan sekampung.

“Selepas empat tahun berada di Malaysia, saya rasa kami lebih serasi di sini. Setahun sekali saya dan Anne akan pulang ke Belanda. Cuma setiap kali tiba Hari Raya, kami sekeluarga masih belum puas menikmati kemeriahannya bersama-sama penduduk di sini.

“Anne juga sibuk seperti suri rumah di sini, menempah pakaian baru untuk dipakai sewaktu berkunjung ke rumah jiran di sini,” katanya.

Kehadiran keluarga dari bandar Zwolle di bahagian utara Belanda itu nampaknya disenangi penduduk kampung. Anne misalnya ketika membawa rombongan media melawat sekitar kampung, mulutnya ramah menyapa penduduk sekitar dan sesekali berhenti berbual dengan mereka.

Sebagai bekas guru, Anne turut menabur budi dengan membuka kelas bahasa Inggeris untuk anak jirannya. Malah, seorang penduduk kampung, Mohd Zin Jusoh, 70, yang melakukan kerja mengutip kelapa dengan monyetnya sering menerima undangan Harry bagi membuat pertunjukan monyet memetik kelapa untuk tontonan pelancong yang menginap di situ.Hinggakan monyet berkenaan turut dinamakan Chalet bersempena dengan kewujudan chalet itu. Suasana yang damai dan tenang apatah lagi jauh daripada hiruk-pikuk bandar, menyebabkan Pasir Belanda pilihan paling tepat buat mereka yang ingin menjadikannya sebagai pelarian sementara.Chalet yang dibina daripada kayu itu dilengkapi bilik air, pendingin udara selain bilik yang selesa. Perjalanan ke Kampung Banggol mengambil masa kira-kira 20 minit berkereta dari Kota Baharu.

 

Selain dapat menikmati keindahan kampung, pengunjung juga boleh bersiar-siar menaiki sampan di tasik kecil yang ada di belakang chalet itu atau jika mahu lebih santai, pengunjung boleh menunggang basikal yang disediakan untuk melihat-lihat sekitar kampung.Dengan harga antara RM130 hingga RM150 satu malam, ditambah dengan layanan yang mesra, kunjungan ke Pasir Belanda tentunya menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan.

 

Bagi Anne dan Harry, mereka bukan sekadar menjalankan perniagaan di situ, tetapi sebenarnya mengakui menemui ketenangan serta keseronokan yang dicari selama ini.“Kami gembira di sini. Kelantan bukan saja kaya dengan pelbagai budaya, tetapi juga kaya dengan budi bahasa,” kata Anne.

 

Jiran mereka Robayah Hassan, 50 juga terkena tempias perniagaan Harry. Atas galakan Harry, Robayah turut mengusahakan homestay di rumahnya dan sekiranya chalet Harry tidak dapat menampung jumlah pengunjung, rumah Robayah akan menerima kunjungan tetamu.Robayah juga sering menerima tempahan sekiranya Harry memerlukan hidangan tradisional dan tempatan. Selain itu, berhampiran Pasir Belanda ada beberapa perusahaan anak tempatan seperti perusahaan batik oleh Syarikat Bateras Design milik Zahari Daud, 46, juga tempat membuat wau milik Shafiee Jusoh, 60. Secara tidak langsung, pengunjung terutama pelancong luar yang mahu menikmati suasana kampung akan dibawa melawat ke tempat itu.

Bagi mereka yang berminat untuk menikmati keindahan dan kecantikan alam semula jadi di Pasir Belanda, maklumat lebih lanjut bolehlah diperoleh dari www.kampungstay.com. - Bernama

 

 

 

 

Mel 6

 

Sekiranya lelaki tertarik pada seorang wanita atas dasar rupa / fizikalnya, dia akan pergi setelah kecantikan itu hilang, kalau lelaki itu datang atas dasar duit & kekayaan, dia akan pergi setelah kekayaan hilang, sekiranya dia datang atas dasar bijak&pandai dia akan pergi bila dia terjumpa yang lebih bijak drp wanita tersebut TETAPI sekiranya dia datang atas dasar keimanan yang dimiliki oleh wanita itu maka iman yang kental  tidak akan tertipu dengan suatu apa pun kemegahan dunia & akan semantap itulah pula cintanya sekiranya itulah dasar / asas pilihan lelaki terhadap wanita. Yang lain semua akan kita tinggalkan, hanya iman dan amal kita yang akan kita bawa. (begitulah pula sebaliknya pada wanita, exchangekan saja)

 

Cinta orang dulu-dulu.....

 

Disebabkan dari kecik lagi suka menyoal, konon nk jd wartawan, maka kita suka tanya apa saja yg terlintas di fikiran..... Bila dok perhatikan mak, xla cantik mana, kulit gelap, muka sederhana, badan rendang jer &  serba serbi biasa....Camana ayah boleh suka ye?? Sementara ayah pula tinggi, kulit cerah, muka manis....segalanya fizikal ayah menang. Lalu g jumpa ayah.

" ayah! camana ayah boleh berkenan ngan mak?" pertanyaan seorg budak yg sgt laser .

"Mak tu pemalu" itu saja ulasannya, ringkas. di masa yg lain pula ayah beritahu masa dulu semua biodata pompuan cantik kg tu dalam kepala dia & semua kisah pompuan tu dia tahu kerana diceritakan sendiri tanpa segan silu oleh pakwe2 pompuan cantik tu pd ayah. X ramai pompuan cantik tu yg x jd mangsa.

Mak pula x termsk kategori tu & baru  tingkatan 2, baru je pandai mengeja jawi di sekolah arab. Lalu kita g jumpa mak pula nk tanya lanjut, maklum lah suka baca buku criter Enid Blyton, kisah penyiasatan dan berangan nk jadi penyiasat cam Charlie's angels tu (70's series).

"Mak, mak suka ke kat ayah tu???"

" mak x tahu lagi camana suka kat lelaki, cuma yg tahu, malu jer". Masa lain mak cakap, masa balik sekolah, ada sorang mamat ni asyik gayut kat umah tok ki yang baru nak bina,baru ada tiang & palang2 tanpa lantai/dinding. Mak tahu itu abang Mak Teh yg berlainan bapa, sbb mak selalu main pondok2 ngan Mak Teh . Disebabkan malu sangat mak pilih jalan pintas ikut belakang melalui sawah padi. Mak terpaksa menyusur batas/ permatang sawah yg penuh pokok padi kiri&kanan. setiap hari habis basah baju/kain sekolah mak kerana terkena embun. Tup-2 ayah pinang mak, kawin ngan hantaran rm200 sajer, tp cinta mrk kekal hingga ke mati...................... dgn 12 org anak. STOP.

 

p/s : siapa yg tak nak dengar criter , plz inform me personally

kpd lelaki: "berhati-2 memilih"

kpd pompuan: "bersabarlah, semoga ada pertolonganNya"

 

ni ada pic baru kak Long yg mula makan nasi 3 pinggan. dulu nangis-2 minta umi kurus .

(tq linda 4 the pics - dia dok pakat ngan Mjoy kutuk kna kat belakang kelas kami)

 

 

 

 

Mel 10

Salam....

Kegemaran suka bergaduh mungkin timbul akibat dari:

1. Membesar dalam keluarga yg suka bergaduh & baran. mak & ayah , ke2nya

pemarah.

2. dikelilingi komuniti yg suka bergaduh (uncivilized)

3. Sensitif, cepat terasa, cepat kecil hati.....

4. HOBI.  dari kecil sampai ke tua, suka berlawan-lawan untuk mempastikan

keputusan yang terbaik macam perlawanan persahabatan.

Tapi percaya atau tidak w/p nampak cam -ve tp sebenar ada positif tabiat

ini kalau disalurkan dengan betul, dapat membentuk sikap berani bersuara,

mempertahankan pendapat, pencetus idea, mengumpul bukti sebyk mungkin to

make sure menang, bakat pidato & berdebat, semangat juang & keberanian.

Tapi tidaklah bermaksud sebab bergaduh itu kerana kita betul, cuma memang

suka gaduh, that all. Lepas gaduh tu mengakulah kalau salah....

 

Teringat lagi masa drj 6 bergaduh ngan clasmate yg paling nakal, muka dia

sikit-2 cam mc Gyver, dialah juara mat rempit berbasikal mini yg paling

ganas untuk 2, 3 kg berjiran. Selalunya kami geng baik & selalu menghafal

sifir bersama tp ntah kenapa hari tu ntah apa dicabarnya kna sampai kami

cakar mencakar, tolak menolak, satu klas diam x terkata menyaksikan

pertarungan bdk lelaki & pompuan bertumbuk (ada ke org lain buat???). Luka

sikit jari kelingking tapi kami sama-2 x kalah dan x menang, cuma terpaksa

berhenti kerana gangguan. Skrang dia bisnes ayam proses, bukan stakat kna

dia ingat, 1 family jadi kenal mesra, kalau nampak kami, sampai telinga dia

sengih......tp ayam x bagi diskaun pong malah kami x mintak juga, just

tolong kawan. Pergaduhan membuka jalan ke arah keakraban........Korang

setuju tak kalau xder bdk2 nakal  x berseri dunia ni.............

 

bye

 

 

Mel 11

 

Subject

>

> Salam Pantai Timur...      

>                        

>

>

> Salam ......nak criter lagi,

>

> Semua yg pernah kenal saya  tahu kna ini lambat &

> lembab, apa-2 yg berkait

> dgn kna tu adalah lambat. Pegi sekolah lambat,

> attend klas lambat , antar

> assigmt lambat, siapkan task keje lambat, sembahyang

> lambat , msk ITM

> lambat, kawin lambat, balik keje lambat...semua

> sekalilah kecuali 1 saja yg

> cepat, MAKAN ....akibatnya kemana pegi dibenci

> orang. Masa sekolah Rendah

> dulu selalu sampai sekolah sewaktu perhimpunan, dgn

> selambanya lalu depan

> org beratur g simpan beg dulu dlm kelas, pastu baru

> masuk barisan.

> Mentang-2 Ketua murid, berlagak x ingat dunia. (Tp

> cikgu x pernah marah.

> Lagilah besar kepala, miracle sungguh !! :) ).

>

> Waktu drj 6 ni biasa bangun pkul 7++ tp boleh siap

> mandi, solat & lengkap

> beruniform dlm masa 10 min je (cincai habis). Pastu

> mulalah kayuh basikal

> selaju yg boleh, sekuat hati tanpa berhenti & byk

> kali lah tergolek kat

> jalan Tanah merah, habis seme skirt dan kemeja putih

> berselut merah.(korang

> boleh bayanglah camana budak sihat tergolek) tp x

> ponteng, pegi gak sekolah

> camtu(ngan calar-2 lumpur merah tu). kalau x silap

> masa drj 6 jugaklah kena

> siram dgn sebaldi air krn x bangun solat subuh. masa

> tu tido atas tilam

> kekabu tepi dinding depan pintu pondok (pondok

> beratap sagu). Ingatkan ayah

> ugut je nak jirus air rupa-2 nya dia buat

> betul.Lencun laa mandi atas

> tilam....,  terkulat-2 tengok mmg mentari dah terang

> benderang, patutlah!!

> nk marah pon x boleh sbb ayah betul,  blank kejap,

> alahai tilam buruk ku,

> alamatnya seminggu lah pulak nak kering....... (tp

> ayah mmg x aci, rasanya

> anak yg lain x pernah kena camtu......)

>

> p/s: kalau boring dgr criter, just tell me

> personally, next time kna just

> exclude ur name.....

 mel 12

 

 

Salam..............Mungkin sejarah (jatuh basikal)  telah berulang atau

sekadar coincident.........

Pagi semalam kna accident dekat mahkamah syariah  susur keluar naik ke

jalan besar  --> tol sg besi nak ke Bangi, jalan licin keta terbabas

melanggar tepi jalan berpenghadang besi (divider). Selepas melanggar besi

divider tu, keta berpusing 360 drj, meluncur ke depan dan menghentak ke

belakang semula, brek. Kna terkelip2 dalam keta, bersyukur masih bernafas.

Banyak org berhenti, mpv, keta, teksi dan motor, diorang tolak keta, alih,

halang keta lain & betulkan kedudukan keta tu balik, just sengih & ucap

tkasih byk2 to them(sebenarnya kna mampu buat sendiri,  xlah panik sgt, tp

ramai sgt gentlemen datang, bagi pluang kat diorang....sempat lagi berlagak

tu...). Masa keta tu berpusing-2 tu sempat pk " ooo camni kalau accident,

kita sedar tp x bleh buat apa, cam terkaku kaki tangan, kakna cuba kalih

streng ke kanan tp macam x kesan, laju jer keta meluncur, Kalau keta tu

terlompat, sure kna jatuh 1 level ke jalan bawah, syukur lagi.....ini

peringatan" . Kna OK cuma keta luka sana sini. Dah 2 kelas kna miss....

Ntah kenapa lately byk  pula kejutan, weeked baru ni balik kg, iswara mati

kat Gua Musang (timing belt putus, salah eja jgn gelak.), syukur sebatu

saja drp rumah mak adik ipar, ada  bantuan kecemasan. Adik dtg amik drp

Jerteh setelah 2.5 jam kami ank beranak berperang ngan nyamuk hutan. Masa

on d way balik ke KL, tayar pecah kat bukit Kuala Lipis(jet keta tu rosak

plak). kakna pk agak nya Allah  nak beri pahala....Kalau lama x dpt emel

kna tu mungkin masa tu kna dah tiada.

So frens, take care....

Ya Allah seandainya telah tiba ajal kami, matikan lah kami dalam iman yg

kental padaMu, dan ampunkanlah dosa-2 kami serta tempatkanlah kami bersama

ruh org2 yg Engkau redhoi. Amin....