Arts~ & Other Articles

 

"Melayu itu kaya falsafahnya, Kias kata bidal pusaka. Akar budi bersulamkan daya, Gedung akal laut bicara"  [UsmanAwang]

Kedudukan tasauf dalam Islam

ARKIB : 25/05/2010
Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN
PADA minggu ini marilah kita memahami di mana letak duduknya tasauf dalam kerangka agama kita. Setiap Muslim perlu benar-benar memahami bahawa agama Islam itu terdiri daripada tiga rukun iaitu Islam, iman dan ihsan. Setiap rukun saling perlu memerlukan dalam mencapai kesempurnaan al-Din (agama) seseorang manusia. Tidak lengkap agama seseorang tanpa ketiga-tiga rukun tersebut. Pembahagian agama ini telah disebut di dalam hadis Jibril a.s yang masyhur dan panjang itu. Rasulullah SAW telah menegaskan bahawa dialog antara baginda SAW dan Jibril a.s adalah untuk mengajar tentang al-Din agama itu sendiri.
Dalam hadis tersebut, rukun ihsan telah dijelaskan oleh Nabi SAW sebagai: Ihsan itu adalah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, tetapi jika kamu tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat kamu. (riwayat Muslim dan Imam Ahmad dalam Musnadnya) Hadis ini menjelaskan tentang rukun-rukun dalam agama. Sangat wajarlah jika hadis ini yang sering ditekankan di tengah masyarakat agar mereka memperoleh tasawur (world view) yang lebih lengkap tentang agama.
Sebaliknya, terlalu menekankan hadis tentang bidaah akan memberi kesan yang berbeza. Ibnu Qayyim al-Jauziyyah (691 H - 751 H) mensyarahkan perkataan al-Harawi di atas dengan katanya: "Asal tarekat adalah untuk menyempurnakan makrifat, melazimkan muraqabah kepada Allah dalam setiap gerak geri, hembusan nafas dan langkah sehingga hati dikuasai oleh kebenaran dan terputus darinya segala hubungan keduniaan". Daripada sini, dapat difahami bahawa rukun ihsan itu terbahagi kepada dua tahap iaitu muraqabah dan musyahadah. Di dalam hadis di atas, musyahadah (kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya), disebut sebelum muraqabah (sekiranya kamu tidak melihat-Nya, maka Allah memandang kamu).
Ini menunjukkan ketinggian dan kemuliaan musyahadah melebihi muraqabah. Dalam suluk atau perjalanan kerohanian tasauf dan peningkatan tahapnya atau dikenali juga sebagai makam, biasanya dimulai dengan muraqabah. Dengan berterusan atas muraqabah, seseorang itu akan diwariskan pula dengan musyahadah. Keselarian sifat dua makam utama dalam ilmu tasauf ini dengan rukun ihsan jelas menunjukkan bahawa tasauf menempati kedudukan yang sangat asasi dalam agama kita.
Tasauf sebagai hakikat agama
Tasauf sebagai rukun ihsan juga turut diistilahkan oleh para ulama bahawa ialah adalah hakikat agama. Cuma harus diingat, penggunaan istilah hakikat di sini adalah dalam konteks yang khusus dan bukannya dengan erti sesuatu yang berlawanan dengan dakwaan atau gambaran. Tasauf sebagai hakikat agama difahami sebagai salah satu dimensi dan rukun yang tidak terpisah dengan syariat. Hakikat dan syariat bukannya saling bercanggah sebaliknya berjalan seiringan dan saling memerlukan.
Dalam hal ini, telah masyhur kata-kata Imam Malik r.a: "Sesiapa yang belajar tasauf tetapi tidak mempelajari ilmu fikah (dan tauhid), maka ia adalah zindiq. Sesiapa yang belajar ilmu fikah (dan tauhid) tetapi tidak belajar tasauf maka ia adalah fasik, dan sesiapa yang mengumpulkan kedua-duanya maka ia adalah ahli hakikat". Golongan yang pertama dikira zindiq kerana hanya memandang kepada hakikat tanpa disertai dengan syariat. Golongan yang kedua dianggap fasik kerana tidak masuk ke dalam hatinya cahaya ketakwaan, rahsia keikhlasan, peringatan muraqabah dan jalan muhasabah sehingga dia tidak mengenal pasti maksiat yang dilakukan.
Golongan yang ketiga menjadi ahli hakikat kerana dia mengumpulkan kesemua rukun agama; iaitu iman, Islam dan ihsan sebagaimana yang dihimpunkan di dalam hadis Jibril di atas. (Al-Muhaddith Abdullah al-Ghumari, Al-I'lam Bianna al-Tasauf min Syariah al-Islam, H: 25) Melihat tasauf sebagai hakikat agama juga disandarkan oleh para ulama kepada hadis Muaz ibn Jabal r.a yang telah dikeluarkan Abu Nu'aim r.a di dalam Hilyah al Auliya' daripada Anas ibn Malik r.a, bahawa Muaz ibn Jabal bertemu Rasulullah SAW, maka nabi SAW bersabda: "Bagaimanakah keadaan kamu pada pagi ini, wahai Muaz?" Jawab Muaz r.a, "Aku pada pagi ini benar-benar beriman kepada Allah SWT". Sabda Rasulullah SAW,
"Sesungguhnya setiap perkataan ada tanda kebenarannya, setiap kebenaran ada hakikatnya, maka apakah tanda kebenaran yang kamu katakan?" Jawabnya, "Wahai Nabi Allah! Tidaklah aku berpagi-pagi pada setiap pagi, melainkan aku menyangka bahawa usiaku tidak sampai ke petang, dan tidaklah aku berpetang-petang melainkan aku menyangka bahawa umurku tidak akan sampai ke Subuh. Tidaklah aku melangkah dengan satu langkah melainkan aku menyangka bahawa aku tidak akan berkesempatan melangkah seterusnya dan aku seolah-olah sedang melihat sekalian umat yang sedang duduk diseru melihat kitabnya (buku catatan amalan masing-masing untuk dihisab) bersamanya ada nabinya dan berhala-berhala yang telah mereka sembah selain Allah, dan seolah-olah aku sedang melihat kepada balasan azab ahli neraka dan balasan pahala ahli syurga".
Sabda Baginda SAW, "Engkau telah mengetahuinya, maka teruskanlah (apa yang telah diamalkan oleh Muaz r.a tersebut sehingga dikurniakan nikmat yang disebutkan di atas)". Kita mencadangkan di sini bahawa kunci kepada memahami tasauf adalah dengan mendekatinya sebagai ilmu yang menghuraikan rukun ihsan dan hakikat agama kita.  Dengan izin-Nya, kita akan mengembangkan perbincangan tentang perkara ini dengan turut mengaitkannya dengan satu lagi istilah yang sangat rapat dengan tasauf dan sering menjadi punca kekeliruan iaitu tarekat.

 

BOROI TANDA BAHAGIA?????

Isu ini telah didebatkan berkurun lamanya. Lelaki akan bertambah berat badan setelah berumah tangga adalah suatu perkara biasa dan ianya pasti berlaku. Lelaki bujang lebih cenderung hidup aktif, kurang makan dan kurang waktu rehat. Ke sana dan ke mari bersama teman-teman dan setiap masa dipenuhi aktiviti. Malah waktu dan pola pemakanan mereka juga tidak menentu. Lebih-lebih lagi lelaki yang hidup berjauhan dari keluarga. Oleh itu hampir kesemua lelaki bujang berperut leper dan berat badan mereka sekitar 48-60 kilogram. Namun setelah seseorang lelaki itu mendirikan rumah tangga, dari tahun ke setahun berat badan mereka akan bertambah………………………………………
Walaupun saintifik tidak dapat menjawab bahawa lelaki yang boroi tanda mereka bahagia hidup berumah tangga, tetapi melalui kajian ianya terjawab dengan mudah. Hampir 92% lelaki berkahwin akan boroi setelah 2 tahun dan ke atas tempoh perkahwinan. Malah statistik penceraian juga melaporkan hampir 89% kes penceraian berlaku kepada suami yang slim dan masih tampan. (Jaga-jaga para isteri!!! jgn berbangga mempunyai suami yg tampan bergaya)
 
Berbanding kadar penceraian yang melibatkan suami boroi hanya sekadar 19% kes penceraian. Mungkin anda terperanjat sekarang namun itulah hakikatnya. Jadi beruntunglah kepada mereka yang mempunyai suami boroi. Dan menurut kajian lagi, lelaki boroi lebih penyayang dan berfikiran jauh dan lebih mementingkan hidup berumah tangga.
 
Selalunya suami akan terus mengimpikan isteri yang cantik dan menarik sepanjang usia perkahwinannya tetapi isteri hanya sekadar mengimpikan suami yang bertanggung jawab dan penyayang dan paras rupa suami seperti boroi, botak dan bau badan bukan lagi ukuran buat mereka sepanjang tempoh perkahwinan. Nampak sekali dunia ini tidak adil, namun itulah hakikat yang harus diterima sejak azali lagi. Namun sebaliknya pula bagi isteri. Isteri tidak memandang ke arah rupa paras suaminya setelah berkahwin. Cukup sekadar menyisir rambut dengan kemas dan berpakaian kemas, isteri akan terus setia menyayangi suaminya meskipun si suami perutnya semakin membuncit dan ada di antara mereka yang mempunyai perut yang seolah-olah mahu meletup.
 
Ulasan: suami boroi tanda bahagia, kalau isteri je boroi bagai nak meletup adakah tanda suami derita? Atau suami x cukup makan ?  ishh zalim sungguh isterinya itu, siapa agaknya yg mcam tu????? hehheehe
 
 
Wanita berusia lahirkan bayi lebih pintar: Kajian
Bapa lebih tua berisiko dapat zuriat hadapi masalah saraf

LONDON: Bayi dilahirkan ketika bapanya sudah berusia didapati memiliki IQ rendah sebaliknya lebih bijak berbanding yang lain jika dilahirkan ibu lebih berusia, menurut kajian baru. Penyelidikan terdahulu menunjukkan kaitan antara lelaki berusia lebih 35 tahun ketika menjadi bapa dan risiko bayi mengalami masalah perkembangan saraf, seperti autisme dan skizofrenia, selain disleksia.
Menurut kajian terbaru oleh pasukan antarabangsa, anak kepada bapa berusia lanjut menunjukkan persembahan buruk dalam ujian kepintaran berbanding mereka yang dilahirkan lelaki lebih muda, lapor akhbar Sunday Times. Menurut penyelidik, antara punca kemungkinan ialah apabila usia lelaki meningkat, sel yang menghasilkan sperma mengalami banyak perubahan, yang disalurkan kepada anak.

"Anak yang dilahirkan lelaki lebih berusia menunjukkan kelemahan kecil dalam ujian kemampuan saraf kognitif ketika masih bayi dan kanak-kanak. Dalam aliran yang menyaksikan ramai lelaki melewatkan usia untuk memiliki anak, akibat dan mekanisme klinikal menggariskan hasil kajian itu perlu diberi perhatian rapi.

Percayakan Tuhan bantu atasi stres (Bukan ateis tenang hadapi masalah: Kajian )

TORONTO: Satu kajian baru mendapati percaya kepada Tuhan sebenarnya membantu mengurangkan kebimbangan dan meminimumkan tekanan. Sekumpulan penyelidik dari Universiti Toronto berkata, otak golongan yang percayakan Tuhan dan ateis bekerja dengan cara berbeza apabila berdepan tekanan. Percayakan Tuhan mempunyai kesan menenangkan pada otak yang membantu ia menghalang kebimbangan dan meminimumkan ketegangan dengan mudah, menurut kajian.
Sebagai sebahagian kajian, penyelidik diketuai pakar psikologi, Profesor Michael Inzlicht, melakukan tugasan 'Stroop task' atau ujian kawalan kognitif, ke atas peserta sambil meneliti elektrod yang mengukur aktiviti otak mereka, menurut kenyataan universiti itu. Berbanding ateis, peserta yang kuat pegangan agama menunjukkan aktiviti yang kurang dalam anterior cingulate cortex (ACC) otak. ACC ialah bahagian otak yang membantu mengubah suai tingkah laku dengan memberi isyarat apabila perhatian dan kawalan diperlukan, terutama ketika kejadian yang menerbitkan kebimbangan seperti melakukan kesilapan.

Semakin kukuh pegangan agama dan semakin kukuh kepercayaan kepada Tuhan, semakin kurang ACC dilepaskan sebagai reaksi kepada kesilapan dan semakin kurang kesalahan yang dilakukan. "Kami mendapati golongan yang kuat pegangan agama atau sekadar percaya kepada kewujudan Tuhan menunjukkan aktiviti otak yang kurang berkaitan dengan kesilapan mereka. Golongan itu kurang berasa bimbang dan kurang tertekan apabila melakukan kesilapan.
"Hubung kait ini kekal kukuh walaupun selepas mengawal personaliti dan kemampuan kognitif," kata Inzlicht sambil menambah peserta yang kuat agama tidak banyak melakukan kesilapan dalam tugasan Stroop berbanding golongan ateis. – Agensi

Cinta sejati pengikat hubungan

(Lelaki, wanita silap tanggapan sebab jadi pilihan pasangan hidup: Kajian)

LONDON: Wanita atau lelaki yang tidak memiliki wajah jelita atau dianggap tampan tidak sepatutnya kecewa kerana kajian saintis membuktikan cinta sejati adalah faktor utama yang membolehkan seseorang itu menjalin hubungan intim dengan seorang lain.

Kajian terbaru juga menunjukkan kebanyakan percaya pasangan masing-masing sebenarnya jauh lebih cantik atau kacak berbanding tanggapan diri sendiri. Dalam satu penyelidikan untuk menunjukkan kecantikan sebenarnya bergantung kepada mata si pemerhati, penyelidik meminta 93 pasangan menilai daya tarikan diri sendiri dan pasangan mereka. Saintis mendapati, kebanyakan lelaki memberi markah lebih tinggi kepada teman wanita dan isteri masing-masing berbanding markah yang diberi oleh wanita berkenaan kepada diri sendiri. Perkara sama berlaku kepada wanita. Mereka menilai suami dan teman lelaki masing-masing sebagai lebih tampan berbanding apa yang dirasakan oleh pasangan mengenai diri sendiri.

Pasangan yang terbabit dalam kajian itu secara puratanya menjalin hubungan melebihi 14 tahun dan berusia lewat 30-an. Penyelidikan pakar Universiti Groningen di Belanda turut mendapati, seseorang itu lebih bersikap kritikal terhadap diri sendiri.
"Anggapan ini konsisten dengan keputusan penyelidikan yang menunjukkan individu cenderung untuk membuat tanggapan yang salah sama sekali berbanding pandangan pasangan berlainan jantina khususnya dalam isu daya tarikan fizikal.
"Wanita selalunya percaya lelaki lebih tertarik kepada wanita bertubuh kurus dan memiliki payu dara besar berbanding apa sebenarnya dikehendaki golongan lelak manakala, lelaki pula sering tersalah menyangka wanita lebih cenderung memilih lelaki tegap, berotot dan memiliki dada bidang sedangkan itu bukan apa yang dimahukan wanita," kata penyelidik dalam laporan untuk jurnal Body Image. Laporan juga menyatakan, menyedari pasangan mempunyai pandangan positif mengenai tubuh pasangannya mungkin mengurangkan sebahagian sifat terlalu mementingkan imej tubuh yang menjadi punca emosi negatif hingga menjejaskan hubungan. Pakar psikologi Universiti Hertfordshire, Profesor Richard Wiseman, pula mengaitkannya dengan cara minda seseorang itu berfikir.
"Kebanyakan orang optimis mempunyai anggapan dunia ini lebih menarik sebenarnya. Mereka suka berfikir mereka memiliki pasangan yang menawan kerana ia membuatkan mereka berasa bahagia." - Agensi

Sungguh Sentimental, sungguh menarik, sederhana dan realistik.......

Kepada Yth .........

Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya

Assalamu'alaikum Wr Wb

Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai. Saya, yang bernama ............ ... menginginkan anda ............ ...untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa.Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha  mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak.

Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda.Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah ridho dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin

Komen: bertuahnya gadis yang menerima surat ini, Indahnya!!!!

BERITA HARIAN : 06/02/2008

Mayat bayi dijumpai di kampus UiTM Chendering

KUALA TERENGGANU: Mayat seorang bayi yang ditemui dalam keadaan separuh terbakar di tempat pembuangan sampah di kawasan asrama Universiti Teknologi Mara (UiTM), Chendering, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah II Negeri, Supt K Manoharan berkata mayat bayi dipercayai baru dilahirkan itu ditemui oleh seorang tukang sapu ketika sedang membakar timbunan sampah di kawasan kampus berkenaan.

Katanya jantina bayi berkenaan belum dipastikan dan tali pusat masih dalam keadaan baik.

Selepas mendapati sampah di kawasan itu tidak terbakar sepenuhnya, tukang sapu terbabit menguis sampah di situ dan menemui mayat seorang bayi di celah timbunan sampah itu,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini.

Katanya tukang sapu lelaki itu kemudian membuat laporan polis dan siasatan awal mendapati bayi itu lahir cukup bulan dan sempurna.

Manoharan berkata bayi itu dipercayai terbakar ketika tukang sapu itu membakar timbunan sampah sejak petang semalam.
..............
 
HARIAN METRO : 22/1/2008
RAMAI tahu khasiat susu ibu daripada sudut kesihatan, malangnya masih ramai tidak bersungguh-sungguh menyusui bayi kerana alasan tertentu yang kadangkala kurang munasabah.Susu ibu sepatutnya menjadi santapan pertama anak ketika lahir dan berterusan sehingga si kecil mencapai usia dua tahun sebagaimana dituntut Islam.
 
Berapa banyak pun susu formula yang menggunakan teknologi masa kini dicipta, ia tidak mampu menyamai keunggulan makanan ajaib ini.Melihat kelebihan susu ibu dalam jangka panjang membentuk keperibadian seseorang, Presiden Pertubuhan Wanita Muslim Antarabangsa Malaysia, Dr Robiah Kulop Hamzah, berkata anak yang diberi susu ibu lebih senang dibentuk atau dilentur. Menurutnya, cairan ini adalah unsur pertama bagi menyemai kasih sayang dan kejiwaan dalam diri anak, iaitu secara fizikal melalui pelukan erat ibu ketika menyusu anak. Ia adalah lesen pertama membentuk dan membangun kekuatan personaliti anak, membentuk jiwa hamba Allah, jujur dan berketrampilan.

Susu ibu terjamin kebersihannya kerana tiada sentuhan tangan manusia dan jika betul cara didikan ibu bapa, anak akan menjadi insan yang baik.Memberi susu ibu ialah konsep memberi dan menerima, menjadikan hubungan antara anak dan ibu akrab kerana selama dua tahun menyusu ibu, si anak membesar menjadi individu yang patuh pada orang tua dan tidak banyak melukakan hati ibu.

“Susu ibu dapat menurunkan darjah sikap melawan atau menentang ibu kerana rangkulan si ibu ketika menyusui bayinya memberi aura ketaatan. Malah, dalam jangka panjang, susu ibu menjadikan kesihatan mental, fizikal dan emosi anak lebih mantap.
“Jika ketika mengandungkan anak, ibu sering membaca ayat suci al-Quran sebagai makanan rohani anak dalam kandungan, selepas melahirkan, amalan boleh diteruskan ketika menyusu anak. Ketika menyusu bayi, ibu digalakkan membaca doa yang baik untuk kesejahteraan anak, ayat al-Quran serta harapannya supaya anak itu menjadi orang berguna. Ruang mendoakan anak terbuka selebar-lebarnya ketika menyusu anak. Melalui cara itu, anak bukan saja sihat daripada segi fizikal dan mental, tetapi juga rohani,” katanya.

Anak yang menyusui susu ibu sangat dekat hubungan kejiwaannya dengan ibu dan bapa dan emosinya tidak mudah terganggu.“Amalan menyusu berserta doa dan harapan juga baik jika dibuat dengan menyentuh ubun-ubun anak dan membelainya. Anak mendapat tumpahan kasih sayang dan perhatian mutlak daripada ibu ketika menyusu.

“Degil macam manapun, anak yang menyusu ibu akhirnya akan mendengar cakap ibu. Begitu juga jika setinggi manapun pangkatnya, jika penyusuan ibu lengkap dan disertai amalan doa, anak akan menghormati dan taat padanya,” katanya.
Dr Robiah berkata, kebanyakan ibu yang memberi alasan tidak dapat menyusu anak kerana susunya kering berpunca daripada tindakan memakan ubat yang menyebabkan masalah itu atau tidak gembira ketika memberi susu badan.

“Ibu perlu membuat persediaan untuk menyusukan anak ketika hamil lagi, iaitu dengan mengambil makanan berkhasiat. Jika menghadapi masalah susu kering, ibu boleh mengambil ubat penggalak susu atau makan makanan yang boleh memperbanyakkan susu ibu. “Ada sebilangan ibu berpendapat, susah hendak kembali bekerja selepas cuti bersalin jika menyusukan anak. Malah, ada juga berpendapat, jika tidak menyusu anak, mudah sedikit jika dia hendak pergi kursus,” katanya.

PENDAPAT PERIBADI sahaja:

Islam itu penuh dengan keindahan. Ajarannya menjadikan :               

  • Kita yg miskin terasa kaya, x de nak meminta-minta
  • Orang kaya tak rasa kaya malah pemurah…….
  • Orang yg hitam tak kisah sbb x cacat
  • Orang yg putih tak sombong dgn putihnya dia
  • Orang lawa x sombong & derhaka dengan kecantikannya
  • Orang tak lawa pon x kisah, atau boleh perasan lawa sbb masih cukup sifat.
  • Orang pandai x sombong malah bersedia memberi tunjukajar
  • Orang yang kurang pandai x berhasad dengki malah terus berusaha tanpa putus asa…
  • Semua bahagia dengan apa yg dimiliki…..berpuashati  & cukup. Bersederhana & berusaha bersungguh-2.

Itulah bersyukur atas nikmat… tidak tamak dengan dunia. Ini adalah kerana Islam mengajarkan Akhirat itu lebih utama dan puncak segala cita-cita kerana hidup bukan berakhir di sini…….

5/12/2007

Pendapat peribadi sahaja: (Siapa lelaki yang paling crook / gedebe???)

  • Manusia yang paling hebat  ialah orang yg paling takut kepada Allah, takut berbuat maksiat kpd Allah & takut terbuat kesalahan kepada sesama manusia, tidak takut mati dan sentiasa bersedia menghadapinya…cthnya ialah tidak lain & tidak bukan iaitu Rasulullah & para sahabat…       (x hebat seorang lelaki  kalau hanya memenangi pergaduhan, tumbuk-bertumbuk, bertikam,  berperang dan ada ilmu kebal atau dapat kawin ngan puteri Raja tersohor. X  juga hebat wanita kerana jadi ratu tercantik,  terseksi, penyanyi tersohor atau duta produk jenama termahal atau anugerah grammy atau anugerah Cemerlang atau lain-lain…. tetapi menderhaka kepada Allah dengan tidak mematuhi SyariatNya)
  • Orang yg paling berani ialah orang yg paling benar percakapannya. Dia tidak berdolak-dalik atas kesalahan meskipun terkena atas dirinya sendiri.

LELAKI VS PEREMPUAN

Kalau diberi pilihan secara personal, jika Allah tanya dulu sebelum kita dijadikan? Nak jadi lelaki atau perempuan? Pilihan peribadi Kna mestilah memilih nak jadi lelaki (sbb dah pernah duduk kat dunia sbg pompuan ), kenapa? Kerana:

  •    1 Lelaki mempunyai kuasa. Dunia dikuasai lelaki kerana Allah telah kurniakan akal fikiran yg lebih pada kaum ini. Kuasa pemilikan yg tinggi. Disebabkan akal yg lebih inilah mereka cenderung menjadi pembuli.
  • 2.       Banyak pilihan dari sekecil2  sampai ke sebesar-2 perkara.
  • 3.       Hak ibu bapa sampai ke mati. Boleh terus bersama parents sampai akhir hayat.
  • 4.       Tidak perlu bersusah payah menjaga auratnya yg amat minima.

Kenapa tak pilih jadi perempuan? Kerana:

  • 1.      Bukan milik mak ayah selepas bersuami, sedangkan dari kecil sampai dewasa kita bersama mereka, tiba2 kita perlu bersama orang yg kita kurang kenali & terpaksa pula bersusah payah mengenali org asing ini serta perlu patuh & taat pula kepadanya, sedangkan dia pun tak begitu kenal  siapa kita… L uwaaaa………..
  • 2.       Tak ada hak apa-2 yg jelas, melainkan terima sajalah, L  uwaaa………
  • 3.       Selalu kena buli kalau x kuat……..
  • 4.       Auratnya maksima, Semuanya kena lindungi. Kalau lelaki nak tahu, cuba jadi perempuan 1 hari saja, Kna rasa mau diorang separuh gila rimas, kena tutup sana sini.
  • 5.       Banyak perkara yang tidak manis dilakukan oleh perempuan……

Tetapi kerana Allah telah anugerah akal pada kita , maka kita pon pk bersandarkan statement  “Tidaklah Allah jadikan sesuatu itu sia-sia”. Setelah di pk pk, nyatalah perempuan juga  mempunyai ‘kuasa’ yg semua orang tergila-gilakan itu. ‘Kuasa’ perempuan ini adalah seni dan tidak jelas pada pandangan mata kasar tetapi kesannya menakjubkan. Siapa yg memahami nya berlandaskan Al-Quran & hadis, beliau mampu berkuasa & menakluk serta memberi kebaikan pada dunia.  Tetapi sekiranya perempuan menggunakan ‘kuasa’ ini berlandaskan perasaan & hawa nafsunya maka melata dan bertebaran lah kejahatan di muka bumi akibat dosa & maksiat serta bertambahlah bala yg akan Allah campakkan . Bukan kah kerana kuasa perempuan yg mengeluarkan Nabi Adam dari Syurga ke dunia? Bukan kah kuasa perempuan juga menyebabkan Firauan membatalkan hasrat membunuh Nabi Musa malah membelanya pula? Bukankah kuasa perempuan juga yg menyebabkan kejatuhan Hitler & Napoleon Bonarparte? Ehh ….  Kembang pulak rasanya jadi perempuan……..(wp bkn semuanya kesan baik….    J )

Perempuan memiliki at least salah satu drp kuasa berikut: (Ranking adalah based pada kekuatan)

  • 1.       Cantik & seksi  - sex appeal (the most powerful strength, tp untung jangka pendek shj)
  • 2.       Menggoda – apa saja cara –wow!!
  • 3.       Merayu – apa2 jua teknik –gulp!!!
  • 4.       Mengada-ngada/ buat-2 manja Jhhheeeehe
  • 5.       Kaya – lelaki x kisah mana pompuan tu kaya / miskin
  • 6.       Bijak – lelaki x perlukan sgt ciri ini kerana mata telah kabur oleh kecantikan & seksi. Masa mula2 jatuh cinta x pk sgt perlu ke    tidak pd unsur IQ & EQ tapi bila di timpa masalah anda akan tahu kesan nya wahai lelaki budiman.....
  • 7.       Beriman – Ciri ini plg lemah dlm ranking. Tiada ukuran tangible – kesannya bersambung sampai alam yg seterusnya, alam akhirat…….(Dgn iman yg teguh, perempuan @ lelaki boleh menempuh apa saja, kalau begitu apa ukurannya yg palngberkualiti????)

Jadi kita kalau dah bernama perempuan, sekurang-kurangnya ada satu drp byk2 tadi yang menghiasi kita yg mana kita perlu yakin ia dapat mewarnakan kita dan memungkinkan kita menakluk lelaki.

Kekuasaan seterusnya ialah kita perempuan sbg ibu mampu menggandakan kuasa bila kita melahirkan anak-2 lelaki yang bakal berkuasa ini. Maka kita memiliki authoriti penuh ke atas anak-2 lelaki dan gunakan sepenuh mandat yg Allah amanahkan pada kita untuk mendidik mereka sebagai penakluk generasi seterusnya yang kita doakan akan taat kpd Allah dgn sepenuh ketaatan dan mewarisi sifat-sifat insan soleh supaya makmur dan sejahtera bumi ini serta dirahmati Allah kita di dunia & Akhirat, Amin…….  

 UJIAN HIDUP

Bila saja kita suka memperkatakan ttg agama Islam serta apakah ajaran2, maka tidak dapat tidak mmg kita akan diuji oleh Allah. Ujian ini juga berdasarkan tahap keimanan msg2. Lebih mantap keimanan seseorang maka lagi besar ujian untuknya. Samalah macam peperiksaan takkan sama peperiksaan untuk para Doktor pelatih dengan peperiksaan untuk student SPM. Lebih sukarnya ujian adalah untuk mendapatkan sijil yg lebih significant & lebih berprestij. Begitulah Allah menguji manusia. Kita akan diuji dengan pelbagai pahit maung ujian dlm meniti hidup supaya Allah dapat memilih siapakan antara kita yg benar mengotakan ikrar kita bahawa kita telah beriman kepadaNya. Jadi bila kita kata telah beriman, jangan ingat kita akan dibiarkan begitu saja tanpa ujian. Jadi apa pun musibah/ kesukaan datang, maknanya ujian datang , jgn tanya kenapa aku? Itu bermaksud Allah sedang evaluate kita dan kita adalah calon terpilih. Perkataan REDHA itu senang je sebut tapi pembuktiannya ialah berat. Camana kata redho kalau hari-2 kita langgar semua peraturan Allah wp taat pd peraturan jalan raya, camana cakap redho bila kita melenting bila org kutuk kita tp kita x kisah nak kutuk orang, camana kata redho bila kita susah hati kereta rosak tp selamba jer bila tertinggal solat subuh atau Isyak??? PK kan……..

HIBURAN

Agak-2nya kenapa manusia perlu sangat kepada hiburan? Mereka dirikan premis-2 hiburan yg menyediakan pelbagai keseronokan & perempuan-2 untuk melayan, muzik & pelbagai barang memabukkan hanya untuk berhibur? kenapa sebenarnya? Padahal semua org sedia maklum pengunjung2 pusat hiburan tersebut bkn saja drp golongan x habis sekolah malah terdiri drp golongan elit & terpelajar yg lebih eksklusif kelabnya, apa yg mereka cari sebenarnya??? Butakah mereka bahawa hiburan itu ada di sekeliling mereka sahaja sebenarnya???. Ini kah yang dikatakan berpelajaran, berpendidikan dan moden?

Jawapannya: Itulah mereka yg berpura-2 terhibur padahal hati mereka kosong tiada hiburan, mereka ini menjauhi Al Quran dan mengambil hawa nafsu sbg sembahan mereka. Mereka kata percayakan Allah, tp segala suruhan & larangan Allah semua diperlekehkan. Golongan ini mentertawakan alim ulama yang memperkatakan ttg ajaran ugama dan memandang tinggi serta heran dengan pujangga Shakesphere, Edward DBono, Darwin dan segala tokoh falsafah Barat..........

--------------------------------------------------

 

Ayah!!

Namamu bersatu dengan namaku

Darahmu mengalir dalam diriku

kau mengajarku bahawa,

                langit itu tinggi

                Alam itu indah

                Kasih itu suci

                cinta itu hangat

                Hidup ini sukar

                sabar itu ubat

walau kekadang kita sama tergelincir

walau kekadang kita kecundang jua

dalam pertarungan hidup

Namun dengan setulus lafaz suci, nama Tuhan

ku sematkan  di hati akan kubuktikan

pada alam, pada kehidupan

Aku tidak akan tunduk pada kegagalan

aku tidak akan kalah pada kebodohan

kuteruskan perjuangan.......demi

kejayaan dunia dan kehidupan selepasnya.

 

"Islam itu tinggi, tiada yang lebih mulia drpnya, Agama dijunjung, budaya dikendong"

 

 

 

 

JENDELA MINDA 

Oleh Dr. Ismail Zain 

driszain@hotmail.com 

KEJAYAAN seseorang individu ataupun sesebuah organisasi sebahagian besarnya bergantung kepada kreativiti. Kreativiti membawa maksud strategi yang disusun di dalam sesuatu perancangan ke arah merekacipta sesuatu hasilan baru, berdasarkan curahan buah fikiran yang tulen serta disusuli dengan tindakan yang proaktif.

Seseorang yang dianggap kreatif mampu menggunakan seluruh potensi yang ada pada dirinya dalam melaksanakan sebarang tugasan yang dipertanggungjawabkan ke atasnya tanpa dipaksa serta ianya lahir dari jiwa yang ikhlas serta dengan penuh rasa keinginan yang tinggi. Beberapa ciri yang ada pada diri seseorang yang kreatif boleh dilihat pada aspek-aspek seperti berikut:-

Keceriaan: Keceriaan mampu mempertingkatkan aras keseronokan bekerja dan sekali gus mampu meningkatkan aras motivasi diri. Seseorang yang ceria boleh mencerdaskan daya ruang imaginasi yang terdapat pada diri manusia. Dengan itu pemikiran yang bernas dapat dilahirkan. Keceriaan juga dapat mempergiatkan (activate) kecerdasan emosi (emotional  intelligence) yang merupakan faktor yang penting menentukan keseimbangan diri seseorang individu sepertimana yang diperjelaskan oleh Daniel Goleman seorang pengkaji dalam bidang psikologi dan pemikiran manusia.

   Komunikasi: Kreativiti memerlukan seseorang individu berinteraksi serta berkomunikasi dengan luas. Ini termasuklah berinteraksi dan berkomunikasi antara manusia melalui bahan bacaan atau yang terkini ialah melalui perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Melalui interaksi dan komunikasi pemikiran seseorang akan bertambah dengan adanya input baru yang boleh diakses tanpa sempadan dalam jangka masa yang tersingkat.

·   Personaliti: Seseorang yang kreatif meletakkan dirinya sebagai orang yang penting di dalam organisasinya. Ini bermaksud sebagai seorang yang penting, rasa tanggungjawab bukanlah sekadar di dalam unit di mana ia ditempatkan tetapi juga peka terhadap apa sahaja perkembangan yang berlaku di dalam organisasi itu secara menyeluruh. Ini bermakna sifat komited serta dedikasi dalam menjalankan tugas sudah tertanam di dalam jiwanya. Oleh itu tidak hairanlah jika sesuatu inovasi yang dilakukan itu bukan sahaja dapat mengharumkan keseluruhan organisasi khasnya malah kepada negara amnya.

·    Kejiwaan: Kreativiti memerlukan ketenangan jiwa. Orang yang kreatif mampu menerima sebarang cabaran dengan hati yang cekal serta penuh kesabaran.  Sebarang kritikan yang diterimanya dijadikan sebagai satu input yang berguna ke arah mempertingkatkan lagi kreativiti serta mutu hasilannya. Kesabaran membawa maksud seorang itu tidak mudah putus asa, tidak mudah marah secara membabi buta serta mampu bangun semula untuk tampil ke hadapan sekiranya kecundang.

Ketiga-tiga aspek di atas adalah di antara ciri- ciri yang terdapat pada diri seseorang individu yang kreatif. Sejauhmanakah ciri-ciri ini wujud pada jiwa anda? Apakah tanpa ciri-ciri ini anda tidak kreatif? Tepuk dada, tanya minda.

 

 

 

Berapa banyak pun susu formula yang menggunakan teknologi masa kini dicipta, ia tidak mampu menyamai keunggulan makanan ajaib ini.Melihat kelebihan susu ibu dalam jangka panjang membentuk keperibadian seseorang, Presiden Pertubuhan Wanita Muslim Antarabangsa Malaysia, Dr Robiah Kulop Hamzah, berkata anak yang diberi susu ibu lebih senang dibentuk atau dilentur. Menurutnya, cairan ini adalah unsur pertama bagi menyemai kasih sayang dan kejiwaan dalam diri anak, iaitu secara fizikal melalui pelukan erat ibu ketika menyusu anak. Ia adalah lesen pertama membentuk dan membangun kekuatan personaliti anak, membentuk jiwa hamba Allah, jujur dan berketrampilan.

Susu ibu terjamin kebersihannya kerana tiada sentuhan tangan manusia dan jika betul cara didikan ibu bapa, anak akan menjadi insan yang baik.Memberi susu ibu ialah konsep memberi dan menerima, menjadikan hubungan antara anak dan ibu akrab kerana selama dua tahun menyusu ibu, si anak membesar menjadi individu yang patuh pada orang tua dan tidak banyak melukakan hati ibu.

“Susu ibu dapat menurunkan darjah sikap melawan atau menentang ibu kerana rangkulan si ibu ketika menyusui bayinya memberi aura ketaatan. Malah, dalam jangka panjang, susu ibu menjadikan kesihatan mental, fizikal dan emosi anak lebih mantap.
“Jika ketika mengandungkan anak, ibu sering membaca ayat suci al-Quran sebagai makanan rohani anak dalam kandungan, selepas melahirkan, amalan boleh diteruskan ketika menyusu anak. Ketika menyusu bayi, ibu digalakkan membaca doa yang baik untuk kesejahteraan anak, ayat al-Quran serta harapannya supaya anak itu menjadi orang berguna. Ruang mendoakan anak terbuka selebar-lebarnya ketika menyusu anak. Melalui cara itu, anak bukan saja sihat daripada segi fizikal dan mental, tetapi juga rohani,” katanya.

Anak yang menyusui susu ibu sangat dekat hubungan kejiwaannya dengan ibu dan bapa dan emosinya tidak mudah terganggu.“Amalan menyusu berserta doa dan harapan juga baik jika dibuat dengan menyentuh ubun-ubun anak dan membelainya. Anak mendapat tumpahan kasih sayang dan perhatian mutlak daripada ibu ketika menyusu.

“Degil macam manapun, anak yang menyusu ibu akhirnya akan mendengar cakap ibu. Begitu juga jika setinggi manapun pangkatnya, jika penyusuan ibu lengkap dan disertai amalan doa, anak akan menghormati dan taat padanya,” katanya.
Dr Robiah berkata, kebanyakan ibu yang memberi alasan tidak dapat menyusu anak kerana susunya kering berpunca daripada tindakan memakan ubat yang menyebabkan masalah itu atau tidak gembira ketika memberi susu badan.

“Ibu perlu membuat persediaan untuk menyusukan anak ketika hamil lagi, iaitu dengan mengambil makanan berkhasiat. Jika menghadapi masalah susu kering, ibu boleh mengambil ubat penggalak susu atau makan makanan yang boleh memperbanyakkan susu ibu. “Ada sebilangan ibu berpendapat, susah hendak kembali bekerja selepas cuti bersalin jika menyusukan anak. Malah, ada juga berpendapat, jika tidak menyusu anak, mudah sedikit jika dia hendak pergi kursus,” katanya.

****************HARIAN METRO***********************