REHAT MINDA

 

 Saya sediakan bahagian ini khas buat semua untuk dijadikan pedoman dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar ini.


 

Pedoman 1  Amalan Selepas membuang air kecil.

Pedoman 2  Keindahan jari-jemari.

Pedoman 3   Jangan marah-marah.

Pedoman 4   Jangan lakukan.

Pedoman 5   Ujian selalunya membuat kita lebih tabah.

Pedoman 6   Dailog Rasulullah s.a.w Dengan Iblis.

Pedoman 7   Rezeki yang Diberkati

Pedoman 8   Tujuh Kalimat

Pedoman 9   Rahsia kematian

Pedoman 10   Fadilat Surah Al-Fatihah


Pedoman 11  Fadilat Ayat  Al-Kursi

Pedoman 12   Kasihnya Allah pada wanita


Pedoman 13   Mencari hidayah dalam kehidupan


Pedoman 14   Tanda-tanda bahagia dan sengsara

 Pedoman 15   Seksaan meninggalkan solat

Pedoman 16   Gunakan alas kaki  bila masuk kamar mandi

Pedoman 17   Adab menguap

  Pedoman 18   7 Jenis wajah mayat di dalam kubur

 

 

 

PEDOMAN 1
AMALAN SELEPAS MEMBUANG AIR KECIL


Amalan dibawah ini tidaklah dirasakan lucu atau lucah, tetapi sebagai panduan hidup sebagai umat islam di muka bumi ini, Insya-Allah. Ramai orang merasakan dirinya cukup bagus dengan banyak amal ibadahnya, sedekahnya dan lain-lain tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka. Syaidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan jenazah si polan, tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan jenazah itu. Lalu disuruh orang membukanya.

Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala jenazah tersebut. Syaidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk dibunuhnya. Tetapi ular itu dapat berkata-kata, Katanya " Apakah salah ku kerana aku telah diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan. " Diselidiki amalan sipolan itu semasa hayatnya jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya apabila membuang air kecil.

Untuk kaum lelaki, apabila lepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing dipastikan keluar kesemuanya. Lepas itu urutlah batang dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sesucinya.

Untuk kaum wanita pula, apabila membasuh kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan
dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.


PEDOMAN 2
KEINDAHAN JARI JEMARI

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda, Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya.

Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya" Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri.

Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah di pertanggung jawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Diperingkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan.Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang lima. Renung
dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???

PEDOMAN 3

JANGAN MARAH-MARAH

Marah itu sebenarnya ialah api yang bersumberkan dari api Allah yang menyala berkobar2 serta menjulang tinggi sampai naik ke ulu hati..marah itu ditimbulkan oleh sifat bongkak yang terpendam dalam kalbu setiap orang sebagaimana terpancarnya api dari batu yang dipukulkan pada besi.

Menurut peyelidikan, dikatakan bahawa manusia itu adakalanya urat sarafnya ditarik oleh syaitan ketika marah..Oleh sebab itulah, barangsiapa yang dapat dipengaruhi oleh api kemarahan, maka bererti eratlah hubungannya dengan syaitan.

Menurut satu riwayat bahawa pada suatu hari datanglah seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w, kemudian berkata: " Ya Rasulullah, berilah saya perintah untuk mengerjakan suatu amalan yang baik, tetapi saya harapkan yang sedikit saja." Lalu baginda pun bersabda yang bermaksud "Janganlah Engkau marah" Orang itu bertanya lagi..tetapi baginda tetap berkata.."janganlah engkau marah'...sebanyak tiga kali. jelaslah di sini...menahan api kemarahan itu amatlah dituntut dalam islam.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud...

"Orang yang paling gagah perkasa diantara kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan nafsunya diwaktu marah dan orang yang tersabar diantara kamu semua ialah orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain padahal ia berkuasa untuk membalasnya" (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)

Kita perlulah sedar bahawa setiap manusia itu tidaklah sama dalam menangani sifat marah ni.. Dalam menghadapi kemarahan tu..ade 3 jenis golongan....

Golongan pertama: Tafrith (acuh tak acuh atau hilang kemarahannya)
golongan kedua : Ifrath (berlebih-lebihan marahnya)
golongan ketiga : I'tidal (mampu mengendalikan kemarahannya)

Yang terbaik ialah yang ketiga iaitu pertengahan daripada yang 1 dan 2..Bermaksud marah itu boleh sebagaimana sepatutnya dan setiasa di dalam kawalan dan mengikut landasan yang Allah tetapkan.

Tafrith tu..sifat yang tak marah langsung..dikatakan org yang tergolong dalam ni..tidak mempunyai sifat hamiyyah (pembelaan).Ia tidak ingin mempertahankan kehormatan diri... isteri/suami.. keluarga.. agama.. bangsa dan negara... tafrith pula.. sifat marah yang berlebih-lebihan. Suka sangat marah-marah orang, tak boleh kawal..mereka yang tergolong dalam golongan ini sentiasa memenangkan marahnya (ikut hati) ..

Kalau kita marah, dapat dilihat perubahan fizikal pada warna muka dan mata. Ada yang mengertap gigi, kepal penumbuk, menggeletar, kembang kempis hidungnya. Betapa buruknya wajah kita bila kita marah. kalaulah masa kita marah tu..cermin ada dihadapan..mesti kita akan rasa malu. "eee..teruknya muka aku bila marah!"..

Hmm..tak dinafikan..ada masa kita boleh kawal diri, dan ada masa terlepas juga, kita hanya insan biasa, latihan mengawal marah ni boleh dilakukan, disamping teguran-teguran dari sahabat-sahabat disekeliling kita, saling tegur menegur dan nasihat menasihati. banyak ganjarannya sekiranya kita berjaya mengawal perasaan marah tu.

Benarlah sebagaimana firman Allah yg. bermaksud:
"Bersegeralah menuju keampunan dari Tuhanmu serta syurga yang luasnya seluruh lagit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. iaitu orang yang membelanjakan hartanya diwaktu hartanya cukup dan juga kurang serta orang-orang yang suka menahan kemarahannya dan gemar pula memaafkan kesalahan para manusia dan Allah itu mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan" (Al Imran 133-134)

PEDOMAN 4

JANGAN LAKUKAN

1.Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita..

2.Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

3.Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

4.Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

5.Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

6.Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.

7.Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

8.Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9.Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10.Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

11.Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12.Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13.Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

14.Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

15.Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16.Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

17.Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

18.Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

19.Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

20.Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

PEDOMAN 5

UJIAN SELALUNYA MEMBUAT KITA LEBIH TABAH

Hidup ini penuh dengan ujian. Memang perit dan pedih untuk menghadapinya. Tapi kita kena faham konsep "ujian" di dalam perspektif Islam. Kerana sekiranya kita tidak faham dengan jelas, kita akan cepat putus asa, kecewa dan lebih membahayakan apabila kita buruk sangka terhadap Allah SWT. Jadi, bagaimana ingin memujuk hati yang sedang berduka lara itu???
Pujuklah dengan berzikir dan mengingati Allah....dan bacalah Al Quran... sesungguhnya, banyaklah sudah isi-isi yang tersingkap di dalamnya...... segala jawapan ada di dalamnya....

Kenapa aku diuji?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Boleh jadi mau membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
-Surah Al-Baqarah ayat 216


Kenapa ujian seberat ini?

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
-Surah Al-Baqarah ayat 286

Rasa Frust?

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.
- Surah Al-Imran ayat 139


Bagaimana aku harus menghadapinya?

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya mencapai kemenangan).
- Surah Al-Imran ayat 200

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.
- Surah Al-Baqarah ayat 45

Apa yang aku dapat daripada semua ini?

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri,
harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka....
-Surah At-Taubah ayat 111

Kepada siapa aku berharap?

Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya.
Hanya kepadaNya aku bertawakkal.
-Surah At-Taubah ayat 129

Aku dah tak tahan lagi!!!!!!!

......dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.
- Surah Yusuf ayat 12


PEDOMAN 6

DIALOG IBLIS DENGAN RASULULLAH S.A.W

Kepada sahabatku semua..... ambilah pengajaran dari peristiwa di bawah ini. Dan ketahuilah jika kita mengetahui strategi lawan kita, maka lebih cerah peluang kita untuk mengalahkan mereka......

Allah swt telah memerintahkan seorang Malaikat berjumpa Iblis supaya dia berjumpa dengan Rasulullah s.a.w untuk memberitahu segala rahsianya; samada yang disukai mahupun yang dibencinya.

Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad s.a.w dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia. Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata, "Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke hadrat Rasullullah s.a.w.

Hendaklah engkau buka segala rahsia engkau dan apa-apa yang disoal oleh Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat keras" Demi mendengar sahaja kata Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah saw dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai; panjangnya seperti ekor lembu. Iblis pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah saw. Maka sembah Iblis (alaihi laknat),"Ya Rasulullah! Mengapa tuan hamba tidak mejawab salam hamba? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?" Maka jawab Nabi dengah marah "Hai Aduwullah seteru Allah! Kepada aku engkau menunjuk baikmu? Jangan engkau cuba hendak tipu aku sebagimana engkau tipu Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga, Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan engkau, Nabi Ayub engkau tiup dengan asap racun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, kisah Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendita yang telah menanggung sengsara akibat hasutan engkau.

Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wajalla, cuma salam engkau saja aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan Allah. Maka aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa kehendak engkau datang berjumpa aku?" Sembah Iblis,"Ya Nabi Allah! Janganlah tuan hamba marah. Kerana tuan adalah Khatamul Anbiya maka tuan dapat kenal akan hamba. Kedatangan hamba adalah disuruh Allah untuk memberitahu segala tipu daya hamba terhadap umat tuan dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman. Ya Nabi Allah! Setiap apa yang tuan tanya hamba sedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tiadalah hamba berani sembunyikan." Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata "Ya Rasulullah! Sekiranya hamba berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah badan hamba menjadi abu" Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluang aku untuk menyiasat segala perbuatannya agar didengar oleh sekelian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada sekelian umatku.

Soalan Nabi yang Pertama - "Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuh engkau dan bagaimana aku terhadap engkau?"
Jawab Iblis - "Ya Nabi Allah!Tuanlah musuh hamba yang paling besar di antara segala musuh hamba di muka bumi ini" Maka Nabi pun memandang muka Iblis, dan Iblis pun mengeletar kerana ketakutan. Sambung Iblis,"Ya Khatamul Anbiya! Adapun hamba dapat merupakan diri hamba seperti sekelian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak salah sepertinya, kecuali diri tuan sahaja yang tidak dapat hamba tiru kerana ditegah oleh Allah. Kiranya hamba menyerupai diri tuan, maka terbakarlah diri hamba menjadi abu. Hamba cabutkan iktikad anak Adam supaya menjadi kafir kerana tuan berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam; begitu jugalah hamba berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Hamba akan tarik sekelian umat Islam dari jalan benar kepada jalan yang salah supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama hamba"

Soalan Nabi ke 2 - "Hai Iblis! Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah"
Jawab Iblis - "Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan sembahyang, leka dengan makan minum, berbuat durhaka, hamba lalaikan dengan harta benda daripada emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan kejalan haram. Demikian juga ketika temasya yang bercampur lelaki perempuan. Di situ hamba lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri. Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau amal ibadat, hamba akan galang mereka supaya mereka menangguhkannya. Bertambah keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya, datanglaah rasa riak, takbur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah hamba goda mereka setiap saat."

Soalan Nabi ke 3 - "Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah dan berpenat melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta siksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai kutuk Allah! Siapa yang menjadikan engkau? Siapa yang melanjutkan usia engkau? Siapa yang menerangkan mata engkau? Siapa yang memberi pendengaran engkau? Siapa yang memberi kekuatan anggota badan engkau?"
Jawab Iblis - "Sekelian itu adalah anugerah daripada Tuhan Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takbur menceburkan hamba menjadi sebesar-besar jahat. Tuan lebih tahu bahawa hamba telah beribu-ribu tahun menjadi ketua kepada sekelian Malaikat dan pangkat hamba telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yang tinggi. Kemudian hamba tinggal di dunia ini beribadat bersama sekelian Malaikat beberapa lama. Tiba-tiba datang firman Allah SWT. hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka hamba pun membantah.
Lalu Allah mencipta lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan sekelian Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali hamba yang ingkar. Oleh itu Allah murka kpd hamba dan muka hamba yang cantik molek dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan hodoh. Hamba berasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri(Siti Hawa) yang memerintah sekelian bidadari. Hamba bertanbah dengki dan berdendam kepada mereka. Akhirnya dapat juga hamba tipu melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya dihalau dari syurga ke dunia. Kedua mereka berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun hamba masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya hamba lakukan hingga Hari Kiamat. Sebelum tuan lahir ke dunia, hamba serta bala tentera hamba dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka. Kemudian hamba turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain daripada apa yang sebenarnya hamba dapat, dengan berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bidaah dan karut-marut. Tetapi apabila tuan lahir sahaja ke dunia ini, maka hamba tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika hamba berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontar dengan anak panah daripada api yang menyala. Sudah banyak bala tentera hamba yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahan hamba dan tentera hamba untuk menjalankan tugas hasutan."

Soalan Nabi ke 4 - "Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu akan manusia?"
Jawab Iblis - "Pertama sekali hamba palingkan iktikadnya imannya kepada kafir sama ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berjaya juga, hamba akan tarik dengan cara mengurangkan pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemahuan jalan hamba"

Soalan Nabi ke 5 - "Hai Iblis! Jika umatku sembahyang kerana Allah, bagaimana hal engkau?"
Jawab Iblis - "Sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementarlah badan hamba dan lemah tulang sendi hamba. Maka hamba kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya. Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas sembahyang, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis solat, hilangkan khusyuknya - matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya sentiasa mendengar orang brcakap serta bunyi-bunyi yang lain. Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud lama-lama,
penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya sentiasa hendak cepat habis sembahyang, itu semua membawa kpd kurang pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka hamba sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman"

Soalan Nabi ke 6 - "Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah, apalah rasa engkau?"
Jawab Iblis - "Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah tubuh hamba, putus-putus segala urat hamba lalu hamba lari daripadanya."

Soalan Nabi ke 7 - "Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana rasa engkau?"
Jawab Iblis - "Binasalah diri hamba, gugurlah daging dan tulang hamba kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya"

Soalan Nabi ke 8 - "Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana hal engkau?"
Jawab Iblis - "Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepada hamba. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan sekelian Malaikat menyambut dengan kesukaan. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menhancurkan hati hamba ialah segala isi langit dan bumi; yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang yang berpuasa. Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umat tuan mula berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekelian Malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba; jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak mengganggu umat tuan. Umat tuan sendiri telah merasa ketenangan berpuasa seperti mana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut berbanding bulan biasa."

Soalan Nabi ke 9 - "Hai Iblis! Bagaimana sekelian sahabatku kepada engkau?"
Jawab Iblis - "Sekelian sahabat tuan hamba juga adalah sebesar- besar seteru hamba. Tiada upaya hamba melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Kerana tuan sendiri telah berkata yang "Sekelian sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikut mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk." Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersama tuan lagi, hamba tidak dapat hampir kepadanya inikan pula setelah berdamping dengan tuan. Beliau begitu percaya atas kebenaran tuan hingga dia menjadi wazirul a'zam. Bahkan tuan sendiri telah mengatakan jika ditimbang sekelian isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula dia telah menjadi mertua tuan kerana tuan berkahwin dengan anaknya, Saiyidatina Aisyah yang juga banyak menghafaz Hadis tuan. Saidina Umar Al-Khattab pula tidaklah berani hamba pandang akan wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama. Jika hamba pandang wajahnya, maka gementarlah segala tulang sendi hamba kerana sangat takut. Ini kerana imannya sangat kuat apalagi tuan telah mengatakan, "JIKALAU adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku" kerana dia adalah orang harapan tuan serta pandai membezakan antara kafir dan Islam hingga digelar 'Al-Faruq'. Saidina Usman Al-Affan lagi hamba tidak boleh hampir, kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantu tuan sebanyak dua kali. Kerana taatnya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kpdnya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga tuan mengatakan,"Barang siapa menulis Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid" Saidina Ali Abi Talib pun itu hamba sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat bersopan, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka kerana dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah budak pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menunduk kan kepalanya kepada sebarang berhala. Digelar 'Ali Karamullahu Wajhahu' - dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga 'Harimau Allah' dan tuan sendiri berkata "Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya". Tambahan pula dia menjadi menantu kepada tuan, lagilah hamba ngeri kepadanya.

Soalan Nabi ke 10 - "Bagaimana tipudaya engkau kepada umatku?"
Jawab Iblis - "Umat tuan itu ada tiga macam. Yang pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibrail a.s "Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat" Yang kedua umat tuan seperti tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurniaan Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan. Yang ketiga umat tuan seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka hamba pun sukacita lalu masuk kedalam badannya, hamba putarkan hatinya ke lautan derhaka dan hamba hela ke mana sahaja mengikut kehendak hamba. Jadi dia sentiasa bimbang kpd dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat. Lalu hamba godanya minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umat tuan terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia sentiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia harta, cakap besar sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat, tempat judi dan perempuan lacur"

Soalan Nabi ke 11 - "Siapa yang serupa dengan engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yang meringankan syariat tuan hamba dan membenci orang belajar agama Islam"

Soalan Nabi ke 12 - " Siapa yang mencahayakan muka engkau?" Jawab Iblis - "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji"

Soalan Nabi ke 13 - "Apakah rahsia engkau kepada umatku?"
Jawab Iblis - Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari"

Soalan Nabi ke 14 - "Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau?"
Jawab Iblis - "Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Inisemua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."

Soalan Nabi ke 15 - "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?" Jawab Iblis - "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kpd Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."

Soalan Nabi ke 16 - "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?" Jawab Iblis - "Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari(bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu"

Soalan Nabi ke 17 - "Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yang tidur meniarap, orang yang matanya celik di waktu subuh tetapi menyambung tidur semula. Lalu hamba ulit dia lena hingga terbit fajar. Demikian jua pada waktu zohor, asar, maghrib dan isyak, hamba beratkan hatinya untuk solat"

Soalan Nabi ke 18 - "Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?"
Jawab Iblis - "Orang yg banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan solat tengah malam"

Soalan Nabi ke 19 - "Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?" Jawab Iblis - "Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya"

Soalan Nabi ke 20 - "Apa lagi yang memecahkan mata engkau?"
Jawab iblis -"Orang yang taat kpd kedua ibubapanya, mendengar kata mereka, membantu makan-pakai mereka selama mereka hidup"

Semoga dapat berfaedah dan pengajaran kepada kita semua.

Wassalam.


PEDOMAN 7

REZEKI YANG DIBERKATI


Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan.Dengan adanya keberkatan, harta atau rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi.Sebaliknya, tanpa keberkatan, hidup akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.
Cara-cara untuk mendapatkan keberkatan dari Allah:

  • Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.
  • Belanjakan harta pada jalan yang diredai oleh Allah.
  • Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal.
  • Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.
  • Selalu bersedekah kepada anak yatim / miskin. insyaallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari.
  • Ikhlaskan pemberian hanya kerana Allah, bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. Sedekah seharusnya di mulakan dengan keluarga sendiri dahulu, selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh.
  • Hulurkan pemberian sunat secara rahsia- tetepi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar islam.
  • Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami. Dalam satu hadis, Nabi Muhammad menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru "Ya Tuhan ku, Kurniakanlah ganti kepada Orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah". Yang satu lagi menyeru "Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (kedekut)", Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka.

Rasaulullah saw bersabda "Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api" Sedekah walaupun kecil, amat berharga disisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi.

Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara diatas, Insyaallah rezeki yang dikurniakan oleh allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan.Amalkan ilmu yang ada , Kelak Allah akan menambahkan ilmu lagi.Begitu juga harta, belanjakan harta yang ada, kelak Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui.


PEDOMAN 8

7 KALIMAT UNTUK DIAMALKAN


Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih dilaut.


1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap "Astagfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

4. Mengucap "Insya Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap "Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.


PEDOMAN 9

RAHSIA KEMATIAN

 

 

 

 

  

  PEDOMAN 10

 FADILAT SURAH AL-FATIHAH

 Sebarang ayat Allah (al Quran) atau zikir bila dibaca dengan khusu'dan tawadu' serta di sedekah oleh anak kepada ibu bapa insyaAllah dipanjangkan sedekah itu kepada mereka terutama yang sedang sakit atau sudah meninggal dunia.

Saya ada pengalaman untuk di share iaitu pada 1997 sebelum arwah ibu saya meninggal sebab kanser. Saya adik beradik rush ziarahi emak di hospital bila dapat khabar beliau sakit tenat hari tu.

Sebelum saya sampai, kakak bagi tau emak tak bermaya dan lesu sebab tak lalu makan.

Alhamdullillah bila kami sampai beliau sudah boleh bercakap dan agak cergas sikit. Kami minta emak makan supaya dapat tenaga. Anehnya emak kata dia sudah kenyang, baru lepas makan makanan
yang sedap walau pun makanan di depannya tak disentuh pun. Emak bagi tau yang saya sediakan/bagi makan untuknya. Saya hairan walhal saya baru sampai.

Baru saya teringat sepanjang perjalanan saya sedekahkan alfatihah,ayat kursi dan seberapa banyak ayat QulhuAllah dengan tartil dan bersungguh-sungguh. Alhamdulillah saya bersyukur
kepada Allah kerana DIA terima sedekah saya.

Lagi satu, sewaktu saya terlantar sakit di hospital di Mesir. Saya tak berasa lapar sepanjang hari walau tak lalu jamah makanan. Saya bagi tau wife. Dia kata dia sedekahkan alfatihah seberapa banyak pada haritu.

Saya yakin. Moral of the story - sedekah yg dibuat dengan ikhlas, tawadu' dan bersungguh-sungguh insyaAllah Allah sampaikan kepada mereka yang kita sedekahkan. Yakin dengan fadhilat ayat-ayat Allah.
Allahu 'alam

Assalamualaikum, UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT. "Au zubillah himinashsyaitan
nirrajim....bismillahirrahmannirrahim"
Tafsirannya : Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahuahad.Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.

Apabila malaikat memberi salam, seseorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.

(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:

Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab malah Saiyidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang masih kecil pada
waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r..a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:

"Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Nota:
Sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain.

Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3
perkara yang akan dibawanya bersama:
1) Amalan baiknya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain."

 

 

PEDOMAN 11

FADILAT AYAT AL-KURSI

     Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami diluar rumah.

Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya.Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.



Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah
jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan
orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...""

 

 

  PEDOMAN 12

KASIHNYA ALLAH PADA WANITA

"Keistimewaan yang Tuhan berikan kepada wanita terlalu
banyaknya". "Kasihnya Tuhan kepada wanita!" Itulah kata-kata yang paling mudah
digunakan untuk menggambarkan 'layanan' istimewa terhadap wanita dalam Islam.
Sesungguhnya, tidak akan ada mana-mana ajaran, ideologi, isme atau agama lain
yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islam melayan
wanitanya. Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai,
berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan
buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik
yang Allah SWT tawarkan buat seorang wanita di dalam Islam.

Namun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini. Lantaran itu kebanyakan mereka
tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong dengan amalan atau larangan
tertentu yang digunakan ke atas wanita Islam seperti amalan menutup aurat,
larangan bergaul bebas, poligami, larangan wanita menjadi pemimpin dan lain-lain
lagi. Mereka cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan atau larangan yang
dianggap sangat menindas wanita. Walhal kalau dikaji setiap satu amalan atau
larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan kebaikannya kepada kaum
wanita itu sendiri.

Lalu kita melihat apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang hak wanita ialah
mereka kalau boleh tidak mahu sebarang sekatan dikenakan ke atas mereka.
Tentulah ini tidak munasabah. Sedangkan manusia sendiri banyak membuat
peraturan-peraturan serta larangan itu dan ini, atas alasan hendak menjaga
keselamatan diri atau masyarakat awam. Contohnya, dalam soal lalu-lintas,
terlalu banyak peraturan dan larangan yang manusia buat seperti jangan memandu
melebihi had laju, tidak boleh letak kereta di garisan kuning, mesti berhenti
apabila ada isyarat lampu merah, mesti hidupkan lampu selepas pukul 7 malam dan
berbagai-bagai lagi. Kalau dalam bidang sekecil ini pun perlu banyak peraturan
dan larangan, sudah tentulah dalam bidang kehidupan lebih memerlukan lagi, dan
lebih-lebih lagilah kalau skopnya itu jauh lebih luas iaitu untuk keselamatan
dunia dan Akhirat.

Tuhan sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan dan
larangan yang Tuhan kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan ialah
untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan sekali-kali bukan untuk
menyusahkan mereka. Tetapi, atas hujah dan alasan apa dakwaan ini dibuat? Mari
kita lihat satu persatu pengiktirafan yang diberikan olehTuhan kepada wanita,
sama ada setara langsung atau pun tidak.

i) Gelaran bagi `isteri' di dalam Al Quran

Perkataan yang Allah SWT gunakan di dalam Al Quran untuk menunjukkan suami atau
isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa- bahasa lain,
perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan yang
berbeza. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami ialah `husband'
manakala perkataan untuk isteri ialah `wife'. Sementara dalam bahasa Perancis
pula, perkataan untuk suami ialah `mari' manakala perkataan `femme' untuk isteri.

Tetapi di dalam Al Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang
berbeza `zaujuh' dan `zaujati'. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk
kedua-duanya iaitu `zaujuh' yang bermakna `pasangan'. Islam melihat suami dan
isteri adalah pasangan, penutup dan juga pelindung buat yang lain. Mereka
dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna yang
kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanitanya.
Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau sepasang baju,
tentulah kita menganggap mereka setara dan tidak dapat dipisahkan di antara satu
sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap yang stokin kanan lebih
hebat daripada stokin kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca mata
kiri. Begitulah tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam seperti yang
tercatat di dalam Al Quran.

Namun, gelaran zaujuh ini hanya diberikan kepada isteri yang sama beriman. Bagi
isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut zaujuh. Contohnya, isteri Nabi
Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam Al Quran, mereka disebut 'imraah', kerana
isteri sebegini tidak dianggap pelengkap, pelindung atau penutup kepada suaminya.

ii) Pembelaan Rasulullah SAW Terhadap Wanita

Rasulullah SAW ada banyak menyatakan Hadis-Hadis yang menunjukkan betapa wanita
itu dimuliakan di dalam Islam. Antaranya:

a. "Syurga di bawah telapak kaki ibu." Apakah wanita tidak rasa mulia dengan
Hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan "di bawah telapak kaki" dan
bukan "di dalam tangan" atau "di sisi" seorang ibu? Sudah tentu ini sangat
menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang yang faham tentu
akan sangat memandang mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk
berkhidmat dan meng'hamba'kan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang
dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di
dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa
dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya.

b. "Orang yang paling baik dari antara kamu itu ialah yang paling baik kepada
isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi
rumahku."

c. "Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan
tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan orang yang hina."(Hadis
riwayat Ibnu `Asakir)

d. "Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian
bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak
menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak."

e. "Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang
(isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu
tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang is suka."(Hadis riwayat
Ahmad dan Muslim)

Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita yang diberi oleh Islam. Dalam satu
masyarakat yang bertaqwa, kaum wanita tidak perlu bimbang yang mereka akan
diperleceh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki, sebaliknya
mereka boleh yakin bahawa pihak lelaki akan sentiasa melindungi, menasihati,
menegur dan membimbing mereka dengan ikhlas.

iii) Bahagian Tubuh Wanita Dianugerahkan Nama yang Mulia

Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nana yang begitu mulia iaitu
rahim. Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud `Maha Penyayang'.
Sudah tentulah Tuhan tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu
yang hina di sisi- Nya. Sudah tentuTuhan akan memilih sesuatu yang mulia juga
untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Tuhan tidak berikan nama yang
semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada
bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di
dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaanTuhan dan memberi makan kepada apa yang
Tuhan ciptakan.

Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Tuhan kerana memberi
penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa boleh nafikan kepentingan
rahim untuk kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah
cukup untuk membuktikan akan mulianya wanita di sisi Tuhan.

iv) Diberi Pahala yang Berterusan

Wanita disebut `kurang dari sudut agama', tetapi ini bukan bermaksud yang wanita
itu kurang dari sudut iman dan taqwanya. Mereka cuma kurang bersolat ketika
datang haid dan nifas. Namun, oleh kerana di waktu-waktu lain mereka sentiasa
bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, Tuhan tetap memberikan juga
pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa
itu.

Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlah digugurkan
dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir, diberikan pula pahala solat
percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas. Dan kalau dia sabar menyusu,
memelihara dan melayan kerenah anaknya pula, makin banyaknya pahala yang Tuhan
sediakan untuknya.

Aduh! Maha Pemurahnya Tuhan kepada wanita. Maha Baiknya Tuhan kepada golongan
yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini! Kalaulah wanita-wanita pejuang
hak asasi itu tahu begini sekali ganjaran- ganjaran yang Tuhan berikan kepada
seorang wanita mukminah, pastilah mereka akan meninggalkan perjuangan mereka.
Tidak ada apa-apa lagi hak yang perlu diperjuangkan oleh seorang wanita
mukminah. Yang Tuhan tawarkan itu pun sudah terlampau banyaknya.

 

 

 

 

HIDAYAH ialah petunjuk Allah kepada hamba-Nya untuk jalan yang baik. Amat banyak caranya untuk mendapatkan hidayah.

Ada cara kita berusaha dan ada pula cara pemberian Allah kepada hamba-Nya yang terpilih.

Cara berusaha ialah dengan melakukan segala ibadat, amal, membuat kebajikan, menolong sesama manusia dan apa juga perbuatan baik yang diredai oleh Allah s.w.t.

Hidayah yang satu lagi ialah pemberian Allah yang terdapat dalam pelbagai bentuk. Umpamanya memberikan kefahaman agama.

Oleh yang demikian, kita sebagai Muslim hendaklah sentiasa berdamping dengan Allah kerana ia dapat membawa kepada kedamaian. Cara ini boleh diusahakan dan tidak dikhususkan kepada seseorang individu atau kepada sesuatu kumpulan saja.

Sesungguhnya kita hendaklah sentiasa meminta petunjuk atau hidayah daripada Allah s.w.t dan kita tidak rugi walau sedikitpun jika selalu berdampingan dengan Allah.

Sekiranya manusia dibiarkan seorang diri mencari kebenaran yang hakiki tanpa pedoman dan petunjuk, ditakuti mereka akan tersesat kerana untuk mencari kebenaran terlalu panjang dan bercabang-cabang.

Dalam al-Quran Allah menceritakan bagaimana keadaan manusia yang mencari kebenaran seorang diri, sepertimana firman-Nya dalam surah al-An'am ayat 76-78 yang bermaksud:

“ Ketika malam telah menjadi gelap, manusia yang mencari-cari ternampak bintang lalu ia pun berkata, inilah Tuhanku. Apabila bintang itu padam dan hilang tenggelam, ia mengatakan aku tidak suka Tuhan yang hilang. Bila dilihatnya bulan mengambang ia pun berkata, itulah Tuhanku.

“Setelah bulan jatuh ia pun berkata, sesungguhnya jika Tuhan tidak memberikan petunjuk kepadaku, pastilah aku termasuk ke dalam orang-orang yang tersesat dan apabila dia melihat matahari terbit, maka ia berkata, inilah Tuhanku yang lebih besar dan apabila matahari terbenam dia berkata sesungguhnya aku berlepas diri daripada apa yang mahu mempersekutukan.”

Ayat yang disebutkan dalam surah al-An'am itu mengenai kisah Nabi Ibrahim a.s yang menunjukkan kepada kaumnya bagaimana untuk mencari Allah s.w.t yang sebenar. Nabi Ibrahim yang telah mengenali Alah cuba mengajak kaumnya berfikir kewujudan Allah yang sebenarnya.

Allah yang bersifat pengasih dan amat penyayang itu mengasihi seluruh umat manusia dan sentiasa memberi hidayah kepada umatnya supaya dapat mengenali Tuhan.

Untuk mencapai matlamat itu Allah memilih beberapa nabi dan rasul yang ditugaskan menerima wahyu dan menyampaikan pengajaran itu kepada umat manusia.

Oleh yang demikian nabi, rasul, wahyu dan juga al-Quran menjadi petunjuk kepada umat manusia keseluruhannya.

Apakah jalan mendapatkan hidayah? Itulah persoalan yang sering menjadi tanda tanya. Sesungguhnya akal boleh digunakan untuk mendapatkan hidayah. Pergunakanlah akal yang diberikan Allah kepada manusia itu sebaik-baiknya.

Hidayah tidak datang dengan sendirinya. Hidayah adalah sesuatu yang perlu dicari dan diselidiki, perlukan usaha oleh manusia kerana salah satu daripada ciri Islam ia tidak datang dengan sendiri tetapi ia datang dengan kita mencarinya.

Sesungguhnya, petunjuk Allah itu amat penting untuk mencari hakikat kebenaran. Jalan menuju ke arahnya adalah amat mudah sekali.

Di dalam Islam tidak ada perantaraan. Sesungguhnya perasaan keyakinan dan penumpuan yang sepenuhnya menjadi asas mencapai hidayah.

Antara ayat al-Quran yang dapat memandu manusia mencapai petunjuk Allah ialah:

“Sesungguhnya tidak ada seorang di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah dan mereka tidak mengetahui bila mereka dibangkitkan.” (Ayat 65, surah an-Naml).

“Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut, sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda kebesaran kepada orang-orang yang mengetahui.” (Ayat 97, surah al- An'am).

Setelah menghayati keadaan sekeliling dan mencari tanda-tanda kebesaran Allah selama ini diharapkan semuga iman kita kepada Allah akan bertambah dan hidayah yang kita cari selama ini akan terhasil.
 

 

  PEDOMAN 14

TANDA-TANDA BAHAGIA DAN SENGSARA

Tanda-tanda Bahagia

      1. menjauhkan diri daripada urusan dunia dan senang kepada urusan akhirat
      2. himmahnya(kemahuan) kuat terhadap ibadah dan membaca al-Quran
      3. sedikit kata terhadap apa yang tidak diperlukan
      4. sangat memelihara sembahyang fardhu yang lima
      5. menjaga diri daripada yang haram dan syubhat,sedikit mahu pun banyak
      6. bersahabat dengan golongan yang soleh dan baik
      7. bersifat merendah diri
      8. bersifat dermawan yang ikhlas
      9. belas kasihan terhadap makhluk-makhluk Allah yang lain
    10. bermanfaat kepada orang lain
    11. selalu ingat mati dan bersiap sedia menghadapinya
Tanda-tanda Sengsara
      1. rakus terhadap harta dunia
      2. kemahuan kuat terhadap nafsu syahwat dan kelazatan dunia
      3. kotor dalam perkataannya serta banyak ghibah(menceritakan cela orang lain)
      4. meringan-ringankan sembahyang fardhu yang lima
      5. berkawan dengan golongan yang fasik(derhaka)
      6. buruk perangainya
      7. sombong lagi membangga diri
      8. enggan memberi kebaikan kepada orang lain
      9. sedikit kasih sayang terhadap orang yang beriman
    10. bersifat kedekut
    11. lupa terhadap mati
(Petikan kitab Tanhibul Ghafilin)

PEDOMAN 15
SEKSAAN MENINGGALKAN SOLAT

Orang yang tidak sembahyang akan diseksa dengan 15 seksa; 6 daripadanya akan diterima di dunia, 3 seksa tatkala hendak mati, 3 seksa lagi ketika berada di alam kubur dan 3 seksa lagi di hari kiamat.

Enam seksa semasa hidup di dunia:

1. Ditinggalkan berkat pada umurnya.
2. Allah akan menghapuskan tanda-tanda orang salih daripada mukanya.
3. Tiap-tiap amal yang dikerjakan tiada diberikan pahala kepadanya.
4. Segala doanya tiada diperkenankan oleh Allah.
5. Dia dimarahi dan dibenci oleh segala makhluk di dunia.
6. Tidak ada baginya bahagian daripada doa orang-orang salih.

Tiga seksa tatkala hendak mati:

1. Dia mati dalam kehinaan.
2. Mati dalam keadaan yang sangat lapar.
3. Mati dalam keadaan yang sangat haus, sehinggakan jika dituangkan kepadanya sekelian air laut di dunia ini, dia tetap
merasa tidak puas.

Inilah 3 seksaan tatkala hendak menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Tiga seksa ketika di alam kubur:

1. Disempitkan kuburnya.
2. Dinyalakan api, di mana dia akan membalik-balikkan dirinya didalam bara api itu.
3. Allah mngerahkan ular yang paling besar untuk menyebat mayat
itu, yang mana dinamakan ular itu 'SHAJKUL AKRAK' dan ular itu akan berkata, Sesungguhnya aku telah disuruh oleh Tuhanku untuk memukul engkau dari Subuh hingga ke Zuhur, dipukul pula hingga ke Asar dengan sebab engkau sia-siakan waktu Zuhur. Begitulah seterusnya tiap-tiap hari dan malam sehingga hari kiamat. 

 Tiga seksa di hari kiamat:

1. Allah memerintahkan malaikat azab agar menghela orang yang tidak sembahyang itu ke dalam neraka.
2. Allah menilik pada orang yang tidak sembahyang itu dengan tilikan yang murka.
3. Allah akan mengira orang yang tidak sembahyang itu dengan kiraannya yang paling berat dan terus disumbatkan ke dalam neraka, sebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Apa yang membawa kamu ke neraka?" Mereka menjawab, "Kami tidak sembahyang."

Renungan:

Barang siapa yang meninggalkan sembahyang fardu, seksanya umpama:-

Subuh:
Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun. 

Zuhur:
Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam. 

Asar:
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah. 

Maghrib:
Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri. 

Isyak:
Allah berseru kepada mereka, "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku." Segala gerak - gerinya seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah.

 

 

  PEDOMAN 16

GUNAKAN ALAS KAKI BILA MASUK KAMAR MANDI

Dalam haditsnya, Rasulullah berpesan agar kita memakai terompah apabila masuk kamar mandi (diriwayatkan oleh Baihaqi). Pesan Rasulullah itu jelas, yaitu dengan menggunakan terompah ataupun yang sekarang ini disebut sendal, diri kita yang memasuki kamar mandi dan diwakili oleh kaki yang menggunakan terompah atau sendal itu dapat terhindar dari menginjak najis yang kemungkinan ada di situ, yang ditinggalkan oleh pemakai sebelum kita. . Namun kita cenderung melalaikan pesan beliau hanya karena masalah kebiasaan yang kita lakukan ataupun kemungkinan adanya alasan lain. Katakanlah bahwa kebiasaaan seseorang melihat lantai kamar mandinya bersih, sudah cukup baginya untuk mengukur tidak diperlukannya terompah untuk masuk ke dalam kamar mandi. Tetapi apakah dengan tidak adanya serpihan kotoran di lantai kamar mandi sudah dapat baginya untuk membenarkan pendapatnya bahwa kamar mandinya bersih dari najis? Bagaimana dengan tetesan buangan air kecil yang tidak tampak, namun bekasnya masih tercecer di lantai? Inilah pada hakekatnya masalah kamar mandi yang membuat Rasulullah berpesan sebagaimana tersebut di atas. Malah untuk masalah yang satu ini Rasulullah S.A.W. pun mencontohkan masuk ke kamar mandi dengan memakai sepatu.
Alasan lain yang sangat besar kemungkinannya dijadikandalih untuk tidak menggunakan terompah atau sendal ini adalah timbulnya rasa takut terpeleset apabila memakai alas-alas kaki tersebut di dalam kamar mandi. Biasanya karena alas kaki itu licin ataupun lantai kamar mandinya yang licin. Alasan ini pada hakekatnya tidak tepat digunakan untuk menafikan pesan Rasulullah S.A.W. Dengan pemilihan yang teliti akan jenis sendal yang kini banyak terbuat dari bahan karet yang pada alasnya bergurat untuk mencegah terpeleset, sudah tentu kita dapat senantiasa menggunakannya dengan rasa aman. Dan untuk tetap menjaga perasaan aman menggunakan alas kaki tersebut, hendaknya kita pun rajin menyikatnya. Dengan demikian alas kaki yang licin yang disebabkan oleh siraman air sabun ataupun cairan pembersih lainnya, dapat menjadi kesat kembali sekaligus bersih.
Alas kaki berfungsi membantu diri kita menjadi bersih yaitu mencegah kita menginjakkan kaki telanjang kita pada lantai kamar mandi yang kemungkinan kotor, karena di situlah tempat kita bersuci. Untuk masalah kesucian inilah Rasulullah pun menambahkan sabdanya :
” Kesucian itu sebagian dari iman” (H.R. Muslim). Allah S.W.T pun memperkuat sabda RasulNya tersebut melalui firmannya pada bagian akhir Surat al Baqarah ayat 222 yang berbunyi : “Sesungguhnya Allah S.W.T menyukai orang-orang yang bertobat dan orang-orang yang menyucikan diri”. Wallahu a’lam.

 

 PEDOMAN 17

ADAB MENGUAP

1. Menahan menguap sekadar termampu:* Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r. a., daripada Nabi Muhammad s. a. w., bahwasanya baginda bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah Ta'ala suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillaah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallaah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap:* Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya.

3. Makruh mengangkat suara ketika menguap:* Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan At-Termizi daripada nabi Muhammad s. a. w. katanya yang bermaksud: Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi haaa haaa, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu. Ibnu As-Sunni telah meriwayatkan pula daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasullah s. aw. yang bermaksud: Sesungguhnya Allah azzawajalla membenci mengangkat suara ketika menguap dan bersin. Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi alaihis-salam tidak pernah menguap sama sekali, niscaya akan hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah.

 

 

 

PEDOMAN 18

7 JENIS WAJAH MAYAT SI DALAM KUBUR

 

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

 

 

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih oii.... Kalau kawan-kawan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka kawan-kawan cubalah cucuh hujung jari kawan-kawan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?

 

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

 

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.

 

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang

           

semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

 

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

 

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.