PETUA




Semoga galeri petua dan tips saya ini dapat memberi manfaat kepada semua.



PETUA
TIPS




            Petua Kecantikan

         Petua Kesihatan

            
         Petua Di dapur

         Lain-lain Petua




  Menu Petua Kecantikan

Menghilangkan Kelemumur
Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk hingga lumat, campurkan dengan dua gelas air. Selepas itu disaring lalu usaplah air saringan tadi ke kepala anda yang ada kelemumur lalu bilas dengan air biasa.

[Kembali Ke Menu Petua]

Mengekalkan Kecantikan
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.

[Kembali Ke Menu Petua]

Kulit Cerah dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

[Kembali Ke Menu Petua]

Menghilangkan Parut
Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan untuk menghilangkan parut.

[Kembali Ke Menu Petua]

Menegangkan Kulit Muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun.Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan.Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit.Kacau rata dan jangan terlalu cair..Selepas itu,sapukan ke muka dan biarkan ia kering.Kemudian basuh.Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar...

[Kembali Ke Menu Petua]

Melembutkan Rambut
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas.Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua minggu.

[Kembali Ke Menu Petua]

Merawat Kulit Berkedut
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan,lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

[Kembali Ke Menu Petua]





MENU PETUA KESIHATAN

Merawat Sakit Tekak
Jika anda menghidap sakit tekak, anda perlu mendapatkan beberapa keping asam keping. Asam keping ini hendaklah dibakar hingga menjadi hangus. Setelah itu ditumbuk dan digaul dengan sedikit air sirih. Setelah itu sapukan pada bahagian tekak anda yang sakit. Insya Allah tekak anda akan sembuh seperti sediakala.

[Kembali Ke Menu Petua]

Mengurangkan Batuk
Ambil satu ataupun dua sudu nasi panas yang baru saja masak. Kemudian masukkan ke dalam cawan dicampurkan sedikit air. Setelah itu, embunkan nasi tersebut selama semalam. Keesokan harinya, minumlah air tersebut. Ulangi petua ini hingga beberapa hari. Insya Allah, batuk anda akan sembuh dengan segera.

[Kembali Ke Menu Petua]

Asma/Sesak Nafas
Ambil 4-5 helai daun buah keras laut. Ramaskanlah daun tersebut dengan air bersih. Kemudian saringlah setengah gelas. Embunkan semalaman sebaik-baiknya dilakukan pada waktu pagi. Apabila bangun tidur, ambil air tersebut dan dicampur dengan sedikit madu. Minumlah berulangkali setiap pagi ramuan ini.

[Kembali Ke Menu Petua]

Menurunkan panas badan
Daun bunga raya amat berguna unutk menurunkan panas badan ketika demam. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas di dalam air hingga hancur.Sapukan pada kepala dan seluruh tubuh hingga basah. Biar kering sendiri dan ulang lagi hingga reda panasnya.

[Kembali Ke Menu Petua]

Manfaat Air Nenas
Kencing batu karang menyakitkan, badan berasa tidak arah dan demam. Setiap kali buang air berasa sakit. Mungkin petua ini dapat membantu anda. Kupas sebiji nenas dan cincang.Campur segelas air serta sedikit garam dan dikisar halus.Minum air nenas segelas setiap hari sehingga penyakit anda nampak pulihnya.

[Kembali Ke Menu Petua]

Menyegarkan Mata Gatal dan Letih
Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

[Kembali Ke Menu Petua]

Penawar Resdung
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

[Kembali Ke Menu Petua]

Sembuhkan luka selepas bersalin
Bagi wanita yang baru bersalin dan ingin luka cepat sembuh, anda boleh amalkan petua berikut: Mula-mula ambil beberapa helai daun jambu batu dan dua keping asam keping. Kemudian rebus sehingga mendidih. Biarkan seketika sehingga air tadi menjadi suam. Cuci bahagian luka tadi dengan menggunakanair tersebut.
Insya Allah luka akan cepat sembuh.

[Kembali Ke Menu Petua]

Legakan Sakit Kepala
Setiap orang mungkin mengalami sakit kepala yang amat sangat akibat tekanan di tempat kerja dan sebagainya.Jadi untuk menghilangkan rasa sakit kepala itu, ambil tiga atau empat keping asam gelugor atau asam keping. Rendamkan dalam air suam semalaman. Minum air tersebut pada keesokkan harinya. Insyaallah sakit kepala anda akan hilang serta merta.

[Kembali Ke Menu Petua]

Kilatkan rambut dengan biji betik
Ambil biji betik yang sudah masak sebanyak dua genggam, Bersihkan kulit biji yang berair itu, dan jemursampai kering. Bila sudah kering, gorengkannya tanpa minyak sampai hangus. Setelah itu bolehlah ditumbuk atau digiling biji betik itu hingga lumat. Pindahkan pada piring dan bancuh dengan air. Sebelum menggunakannya bersihkan rambut anda terlebih dahulu . Keringkan rambut anda dan sapukan bahan tadi tanpa syampu. Anda akan dapat lihat hasilnya. Rambut anda akan kelihatan hitam dan berkilat.

[Kembali Ke Menu Petua]

Hilangkan Lemak
Jika anda mengalami masaalah berat badan anda boleh menggunakan air asam jawa sebagai minuman harian.ini kerana, air asam jawa boleh menjadi alternatif bagi mengurangkan lemak dalam badan anda. Caranya; Ambil sebuku asam jawa, Ramas dengan air sebanyak satu gelas. Masukkan air asamjawa tadi kedalam peti sejuk. Minum air tadi selepas makan tengahari atau selepas makan malam. Amalkan meminumnya setiap hari dan anda akan dapati tubuh anda bertambah segar dan langsing.

[Kembali Ke Menu Petua]

Merawat Ketumbit.
Jika ada dikalangan keluarga atau rakan-rakan anda menghadapi masaalah ketumbit di mata, Tak perlulah risau kerana ianya mudah dirawat dengan bawang putih sahaja. Caranya, ambil seulas bawang putih, guris sedikit bahagian hujungnya dengan kuku agar keluar airnya dan sapukan pada kelopak mata yang ber ketumbit tadi 3 kali sehari. Insyaallah ketumbit akan beransur baik dalam masa singkat.

[Kembali Ke Menu Petua]

Menghilangkan Panau.
Panau adalah sejenis penyakit kulit yang tidak menyakitkan. Namun ianya membuat kulit anda kelihatan tidak menarik. Oleh yang demikian jika anda mengalami masaalah panau, cubalah petua di bawah ini:
Ambil lengkuas atau bawang putih, gosokkan pada panau itu sehingga kulit anda terasa perit dan kemerah-merahan. Ulangi selama seminggu. Insyaallah panau anda akan beransur hilang dan kulit anda akan kelihatan lebih menarik.

[Kembali Ke Menu Petua]

Melangsingkan badan.
Melangsingkan badan,cara paling mudah dan murah ialah:
1-Dua biji lobak merah dipotong
2-Sebiji mentimun segar,
3-Sebiji limau nipis,
Kemudian ketiga-tiga bahan ini dikisar dan diperah airnya
untuk diminum.Amalkan dua kali sehari setiap pagi dan malam. Insyaallah badan yang gedempol akan beransur langsing dan menarik.

[Kembali Ke Menu Petua]

Awet muda dan menarik.
Wajah anda kelihatan tua kurang menarik dan berminyak.
Amalkan ketiga-tiga cara di bawah.
1-Banyakkan ketenangan, berzikir dan sentiasa mengingati Allah.
2-Minum segelas air suam setiap pagi sebaik bangun tidur.
3-Makan sehelai daun pegaga segar setiap hari selama 40 hari.

[Kembali Ke Menu Petua]

Khasiat bawang putih.
Mereka yang menghidap lelah dan semput seringkali menghadapi
masaalah bila termakan makanan dingin seperti rambutan, mentimun
dan betik. Untuk ke klinik kita akan mengambil masa dan kos yang
tinggi, Oleh itu cubalah petua di bawah:
Dua ulas bawang putih-ditumbuk,
Tiga sudu minyak masak.
Campurkan kedua bahan tadi dan sapu pada leher, dada dan
belakang. Dalam masa sepuluh minit kita akan lihat perubahannya.
Ia juga boleh digunakan ketika batuk.

[Kembali Ke Menu Petua]






MENU PETUA DI DAPUR









   MENU PETUA


Menghalau Nyamuk 

Tumbuklah beberapa helai daun limau, kemudian diletakkan dalam piring/pinggan. Letakkan piring tersebut pada tempat yang banyak nyamuk terutama di tempat yang gelap.

[Kembali Ke Menu Petua]

Menghalau semut halus
Seringkali bila kita meletakkan barangan terutamanaya makanan ada saja semut halus yang menghurunginya. Cara mudah untuk menghalangnya adalah dengan menconteng disekeliling barangan tadi dengan kapur tulis. Dengan demkian semut halus tidak akan menganggu barangan tadi. Serbuk kapur tulis juga boleh ditaburkan dilaluan semut-semut untuk menghalaunya.

[Kembali Ke Menu Petua]

Hilangkan kesan karat pada pakaian
Untuk menghilangkan kesan karat lama atau baru pada pakaian, bersihkan pakaian terlebih dahulu. Sapu sedikit kapur pada kesan karat tersebut dan perahkan limau nipis keatasnya. Biarkan 30 minit dan bolehlah dibilas.

[Kembali Ke Menu Petua]

Jika kereta di masuki air
Ada masanya tanpa kita sedari kereta kita dimasuki air menyebabkan permaidani menjadi basah. jika dibiarkan bau yang tidak menyenangkan pasti muncul, lagi pula kita bimbang akan berlaku kekaratan pada lantai kereta yang pasti akan memakan belanja yang besar untuk membaikpulih. Jika anda menghadapi masaalah demikian kami cadangkan anda mencuba petua ini. Keluarkan pelapik getah dan selakkan permaidani yang basah itu, Letakkan beberapa lapis akhbar lama dan tutup kembali. Letakkan juga beberapa keping akhbar lama diatas permaidani sebelum anda meletakkan semula pelapik getah tadi.
Gantikan akhbar lama itu setelah 2 hari dan ulangi sehingga anda dapati kelembapan telah tiada lagi. Selamat mencuba.

[Kembali Ke Menu Petua]

Melancarkan laci yang tersekat
Jika laci almari atau meja anda tersekat-sekat dan sukar ditolak-tarik, ambil lilin dan gosokkan pada bahagian tepi-bawah laci anda. atau jika laci anda menggunakan rel di bahagian tengah, gosokkan lilin pada bahagian itu, selepas itu pasang kembali laci anda dan sorong tarik beberapa kali dan lihatlah hasilnya. Laci anda pasti akan lebih lancar.

[Kembali Ke Menu Petua]

Mengilap perabut lama
Jika anda mempunyai perabut lama yang masih boleh digunakan,
Untuk menambah serinya silalah ikuti petua di bawah:
Ambil bekas air, isikan lebih kurang satu liter air kemudian masukkan dua sudu cuka. Lapkan perabut anda dengan menggunakan bahan tersebut dengan kain yang lembut. Mudah-mudahan perabut anda akan kembali berseri.

[Kembali Ke Menu Petua]

Mengharumkan bilik tidur
Ambil beberapa helai daun pandan wangi, ramas-ramas dan pintalkan. Letakkan ditempat yang sesuai dalam bilik tidur anda. Atau anda boleh juga letakkan beberapa limau kasturi yang di belah dua di tempat sesuai. Bilik tidur anda akan sentiasa harum dengan adanya daun pandan atau limau kasturi berkenaan.

[Kembali Ke Menu Petua]

Lilin tahan lama
Pada lazimnya kita akan menggunakan lilin apabila bekalan elektrik terputus.Tetapi kebiasaannya lilin akan cepat habis atau cair.Jadi untuk menjadikan lilin ini menyala lebih lama,cubalah anda simpan lilin ini di dalam peti sejuk selama lebih kurang 24 jam sebelum anda gunakan. Lihatlah hasilnya anda pasti kagum.

[Kembali Ke Menu Petua]






TIPS

TIPS KOMPUTER
TIPS KERETA

TIPS KOMPUTER
Dalam bahagian ini kami akan memberikan beberapa tip dan panduan mengenai komputer, khususnya bagi mereka yang baru mengenal dunia komputer.Ianya kami bahagikan kepada dua bahagian. Sila klik pada setiap bahagian untuk mengetahui selanjutnya.


MINTA MAAF LAMAN SEDANG DIKEMASKINI