Ayat Keramat

INGAT!!!

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran.
Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa,
maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu,
maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...
Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.
Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.

Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan.
Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.
Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi.

Bersedekah dengan senyuman lebih baik daripada bersedekah dengan harta
kerana bersedekah dengan senyum, manusia tidak terasa terhutang apa-apa dan tidak pula terasa dihina.

Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup.
Memberi alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah hinaan kepada Allah.

Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri,
supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi.
Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.

Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita.
Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka.
Kemaafan yang diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh membuang segala parut luka emosi.


Visitor Number: