THE OWNER OF..

    

   
                     

 
 
NAME             :                       Hayati @ Norhayati bt Jusoh
 
ACADEMIC :                           B.Ed (Hons) USM (History/ Educational pcycology 1999/2002
                                                 Certificate of Teaching PSR/BM ( MPKB 1993/1995 )
 
MARITAL STATUS:             Divorced
CHILDREN   :                        Mohammad Izzudin Mohd Asri
 
 
 
POST                 :                     PPU TEACHERS
TEACHING SUBJECT:
                                                1. Melayu Language
            2. History (World Civilization )
            3. GENERAL KNOWLEDGE
 
ANOTHER TASK:
                                                1. Marking of Bahasa Melayu Subject SPM (2004 )
            2. Marking of History Subject 1 STPM (2005)
 
RESPONSIBILITY OF:
                                               1. KUDAP
 
2.Counceling Room
 
3.Fire Engine Brigate Advisor
 
4. Team of Yellow House (Sport )
 
5. Dicipline Teacher
 
6.PRS Advisor 
 
MY MAIL      :
 jas_izzu@yahoo.com
 
noor1233@Walla.com
 
noorhayati@losong.com
MY EXPERIENCE
Temporary teachers -SK Pusat ,Jerteh -1 tahun 
Temporar y Teacher-SK Pendidikan Khas( Cacat Pendengaran)-6 bulan
SK Kerandang - 1 bulan
SK Jabi -1 tahun
SK Pulau Perhentian- 1 Tahun
SK Tok Raja- 1 tahun 6 bulan 
SMK Sungai Kertas- 1 tahun 6 bulan
SMK Nasiruddin Shah -1 tahun 6 bulan
 SMK RENEK   - 1 TAHUN
SMK KOMPLEKS MENGABANG TELIPOT


Yahoo mail : jas_izzu@yahoo.com atau noor1233@walla.com

Nama Ayah : Jusoh Bin Awang      (meninggal -30.09.2003-63 tahun)

Nama Ibu : Limah bt yaacob          ( 59 Tahun )

Adik beradik :


CATATAN BUAT ANAKANDA TERCINTA....
KITA ANAK DUNIA
YANG MELIHAT HIDUP INI MELALUI PANCARAN MATA INSAN YANG KERDIL


Anakku

Seandainya ada takdir yang mampu memisahkan kita maka mama mahu anak kesayangan mama tahu hanya satu perkara tiada siapa yang mampu mengatasi takdir Allah maka terimalah dengan redha kerana kita semua akan ke sana.Ada kebaikan disebalik semua itu..andai diberi pilihan mama akan berikan apa saja termasuk nyawa mama kepada anak kesayangan mama ini supaya anakanda mampu menjadi seorang dai sejati yang menjunjung dan mencintai islam lebih dari cinta pada diri sendiri.

Anakku,

Mama tidak mampu meninggalkan harta yang banyak..juga tidak mampu menghadiahkan kemewahan buatmu..namun kasih mama kepada anakanda satu-satunya harta paling bernilai dalam hidup mama tiada bertepi.Mama akan terus mendoakan dirimu akan dirahmati Allah sentiasa.Nabi Muhammad juga seorang yatim namun mampu menjadi pemimpin dunia yang disegani kawan dan digeruni lawan.Oleh itu perkuatkan jiwamu dengan ibadah kepada Rabbi maka jiwamu akan kuat menempuh apa saja termasuk kematian.

Anakku,

Mama sudah pasrah andainya takdir mengatasi kita.Namun mama berdoa semoga anak kesayangan mama meletakkan agama sebagai rujukan pada semua perkara sebagaimana mama telah lakukan selama ini.Mama tidak mampu melalui semua ini andai kekuatan mama tidak seperti sekarang.Mama mampu mengatasi kesunyian dan kesedihan kerana Allah telah menganugerahkan mama seorang anak yang pintar,bijak,dan comel.Mama rasa ibadah mama selama ini tidak mampu membayar anugerah tak ternilai ini.

27 Feb 2006

 

Kadang-kadang kita lupa kita masih punya banyak nikmat yang tak ternilai walaupun selalunya kita meremehkan nikmat yang dianugerahkan allah itu kepada kita.
1 MAc 2006




CATATAN BUAT ANAKKU
Anakku,

Seandainya mama tidak punya waktu yang cukup untuk melihat dan bersama-sama dengan anak kesayangan mama meniti kejayaan dalam hidupmu maka disini ingin mama katakan padamu jangan sesekali yang menyalahkan takdir yang memisahkan kita.Kita hanyalah makhluk Allah yang mencari kehidupan di dunia untuk ke Sana.Jika mama tiada jangan lupa bahawa doa mama akan sentiasa mengiringi anakku sepanjang hidupmu.
Izzudin anak kesayangan mama,
            Dalam hidup ini kita telah diberikan panduan yang sangat berguna dan tepat iaitu kitabullah.Maka berpeganglah dengannya untuk panduan hidupmu.Jangan sesekali kau cuba mendekati dan melakukan 7 dosa besar yang telah mama haramkan sama sekali dilakukan oleh ahli keluarga kita.Jika kau tidak tahu apakah 7 dosa besar itu tanyalah pada mereka yang arif. Memang mama tidak nafikan bahawa beberapa keturunan sebelum mama ada yang tergelincir akibat kejahilan .Tetapi bermula dari peringkat aki dan mak kita adalah musuh utama dosa-dosa itu dan kita adalah antara mereka yang memelihara solatnya.Maka mama mahu kau anakku memelihara tunggak yang telah mama tanamkan dalam dirimu sejak kau dalam kandungan mama dulu.
Anakku,
            Mama bukanlah kejam mahu memisahkan engkau dari papamu yang dilihat seperti orang baik-baik itu.Tetapi keberaniannya melanggar segala hukum-hakam agama menakutkan mama andai pengaruh itu akan melekat padamu.kami sekeluarga memang akan sentiasa mengawasimu dan adik azman kerana kami mahu keturunan kita lahir bersih dan mati bersih.Ambillah teladan dari ahli kita yang telah pergi.
            Mama menulis ini semua kerana takut sebelum mama sempat ceritakan segalanya kepada mu takdir akan mengatasi kita.Kau tahu mama menuliskan ini dengan linangan airmata kerana sangat takut andai Tuhan pisahkan kita.Tetapi jika takdir itu adalah yang terbaik apa daya kita untuk menolaknya.
            Ikutlah nasihat Ayah Chik kerana dialah yang menjadi igauan mu sejak kecil bila kau sakit dan sedih.Mama tahu hatinya bersih walaupun kadang kala kata-katanya menyakitkan hati.Dia hanyalah seorang lelaki sejati yang telah diberi tanggungjawab besar semasa usianya masih terlalu muda.Sebelum sampai waktunya samalah seperti mama.Jika ada sesuatu perselingkuhan antara kau dan dia maka ingatlah dia yang telah mengambil kita dari rumah kolong tikus yang kotor semasa kita ditinggalkan oleh papamu kerana mengikutkan kata hatinya yang dalam ketagihan.
            Mama mahu ceritakan padamu tentang papamu.Kerana mama mahu kau melihat dia mengikut kacamata mama.Papamu adalah seorang peminum ubat batuk tekal.Yang telah disahkan tidak akan sembuh oleh doctor pakar.Bukan itu saja dia juga telah menjual segala harta benda mama dalam rumah kita yang pernah kita miliki semasa kau lahir.Kerana itulah sampai sekarang mama kehilangan segalanya.Papa juga masih belum melunaskan hutang maskahwin mama yang dipinjamnya seminggu selepas kami kawin dulu.Bukan itu saja papa juga ada beberapa skandal dengan beberapa wanita yang mama kenal juga tidak kenal.Mama sudah sangat malu bila diceritakan oleh kawan-kawan tentang gelagatnya dibelakang mama.Mama juga sangat dibenci oleh nenekmu, ibu papa kerana mama tidak boleh diam dan patuh pada suami.Mama memang bukan isteri yang baik, malah mama pernah menampar papamu dirumah nenek dulu.Kau tahu kenapa …kerana papa bersumpah dengan nama Allah dan mahu mengingkarinya pada saat yang sama.Dia mempermainkan hukum Allah.Mama tahu bila mama tiada lagi mahu menceritakan itu semua padamu maka nenekmu akan menceritakan segala keburukan mama.Mama tidak kisah sayang, kerana Allah dan rasulnya bersama dengan mama.
            Ayah chik bukan mahu mengongkong mu jika dia tak benarkan kau melawat kerumahnya tetapi itu sahaja yang mampu kami lakukan untuk menolakmu jauh dari malapetaka itu.Ayah chik telah membela kita selama setahun tanpa apa-apa sumbangan mama kepadanya.Mama semasa itu merempat denganmu anakku.mama sangat malu meminta pertolongan dari keluarga mama kerana juga mama malu menjadi janda pada masa itu.Setahun mama tinggal berasingan dari papa supaya dia mampu mengubah diri.niat mama Cuma satu tidak mahu memisahkan kasih mu dengan ayah kandung,namun bukan saja tidak berubah malah dia juga menganggu ahli keluarga mama yang lain.Kerana itulah mama mengambil keputusan ini.Kerana kau permata hati mama lebih penting dari segalanya.
Mama mendengar lagu dibawah sambil melayan rasa rindu pada izzudin.hayatilah liriknya yang mewakili suara hati mama pada mu…anakku
 
 
 AIRMATA
Layarkan bahtera ini
Kerna didada terpatri cinta yang suci
Siapa sudi bertanya luka dihati adakah menitis lagi
Mengalir dalam jiwa tidak kelihatan
 
 
 
5 Mac 2006
Asrama puteri mpktbr
 
 
 
 
 
HAti siapa yang akan sabar dan siapa yang mampu tahan bila anak sendiri meminta mama membeli ayah baru untuknya di pasaraya.Katanya dia tak kisah tak ada papa kerana nanti bila mama ada duit banyak boleh pergi beli papa di Supermarket seperti membeli mainannya.Robot2nya,kereta controlnya,power rangersnya.Sebagai kanak2 dia merasakan mamanya adalah power rangersnya yang sangat kukuh dan kuat.Yang tak mampu disaput badai dan ombak...sedang andai dia tahu...mamanya hidup dalam limpahan darah dan nanah yang hanyir ....difitnah dan dibenci orang.Lelaki melihat janda seperti melihat ulat...yang ada atau tiada tidak menyebabkan rugi...wanita melihat janda seperti melihat ular tedung yang akan membahayakan semua orang...sedang kita cuba sedaya upaya melindungi wanita lain sebagai insan yang lemah dan perlu perlindungan..
Aku juga tidak tahu aku ini sebenarnya wanita atau lelaki...sejak dari dulu lagi.....
 

 

 

 zaman kurs ke dik ?