2008-2009 Mohamad Fauzi Saad. All rights reserved
Assalammualaikum Dan Salam Sejahtera
..............................................................................................................
Tujuan utama web ini dibangunkan adalah sebagai saluran alternatif untuk menyampaikan maklumat dan informasi persatuan kepada semua pelajar dan bekas pelajar MBA UKM.
Ia menyediakan beberapa ruangan yang boleh dimanafaatkan oleh pengunjung laman ini, antaranya seperti hal ehwal persatuan, aktiviti, kuliah, alumni dan lain-lain lagi. Semoga kehadiran laman ini memberi satu dimensi baru kepada pelajar dalam berinteraksi dan mendapatkan maklumat.
Dengan misi untuk Menjadi Pusat Ilmu Terpilih Yang Mengembangkan Program Akademik dan Professional, PKP telah melalui beberapa tahap perkembangannya serta melibatkan ramai cendikiawan dan pemikir warga UKM sendiri.
Sebelum ditubuhkan secara rasmi, Pusat Kembangan Pendidikan diletakkan di bawah Biro Rundingan dan Kembangan. Melihat kepada permintaan yang tinggi dikalangan masyarat dan tuntutan memenuhi keperluan masyarakat berilmu negara, Pengurusan UKM akhirnya bersetuju untuk menubuhkan satu lagi pusat yang mampu memanafaatkan kepakaran UKM untuk pembangunan keilmuan dan ketrampilan. Usaha ini telah menaiktaraf Biro Rundingan dan Kembangan menjadi Pusat Kembangan Pendidikan yang ada pada hari ini pada tahun 1999.
Sejarah tercipta sekali lagi apabila tahun 2006, Pusat Kembangan Pendidikan telah digabungkan dengan Pusat Pengajian Berterusan bagi menumpukan khidmat peningkatan status akademik dan daya saing para masyarakat yang sedang bekerja. Kini, PKP berusia 10 tahun dan masih lagi meneruskan usaha perkembangan akademik bagi masyarakat Malaysia.