Diri Goldberg

Name: Goldberg

Date of birth: 9 June 1993

Role Model After Prophet: Imam Hassan Al-Banna

Why Goldberg?:Iman is like a goldberg which is rarely can be found nowaday

Birth place: Kelantan

My Personal Attitude: Very very very like games! Eventhough I dislike this attitude! actually, I'm looking for a remedy for games addiction. Would you like to help me? send your e-mail to averroes_ibnrusyd@rocketmail.com. your advices are very precious to me.    :-D

  Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah tuhan pencipta tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan sekalian alam ini. Selawat dan salam keatas Rasul junjungan Muhammad s.a.w.. Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.

   Insyaallah, dalam homepage saya yang serba ringkas dan dho'if ini saya akan menyampaikan secoret pesanan kepada umat Islam di seluruh dunia (bagi yang faham bahasa ini). Firman Allah s.w.t.:

''Wahai orang2 yang beriman, masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhan''

Dalam ayat ini, Allah mewajibkan setiap manusia yang telah bergelar MUSLIM supaya masuk secara total kedalam Islam. Maksud masuk secara total ialah mengamalkan segala ajaran Islam dengan sempurna dari sekecil-kecil perkara seperti cara buang air kecil hinggalah sebesar-besar perkara seperti politik. Oleh itu, dalam dunia dimana umat Islam ditindas ini, wajib ke atas kita semua melibatkan diri dalam politik. Mufti terakhir kerajaan turki Uthmaniah (Empayar Islam terakhir) berkata, muslim yang tidak melibatkan diri dalam politik akan menjadi kafir.

  Itu merupakan aspek besar dalam Islam. Bagaimana pula perkara yang kecil dan ringan? Adakah kita mengikut landasan Islam yang sebenar? Cara berpakaian contohnya, berapa ramai yang tahu bahawa suara wanita itu aurat? Berapa ramai yang tahu ukuran yang sebenar tudung wanita adalah bawah daripada pusat? Dan yang lebih menyedihkan, berapa ramai yang tahu hukum bercinta sebelum berkahwin itu haram? Rasulullah bersabda:

''Aku tinggalkan kepada umatku dua perkara, mereka tidak akan sesat selagi mereka berpegang keduanya. Ia adalah Kitab Allah(Al-Quran) dan sunnah Rasulnya.'' 

  Adakah kita yakin kita telah berpegang kepada keduanya dengan sepenuhnya? Katakanlah kita tidak menutup aurat dengan betul, maka itu menunjukkan kita telah sesat kerana tidak berpegang kepada kitab Allah dan sunnah Rasulnya. Adakah anda masih boleh mengidam Syurga dalam keadaan anda berada dalam kesesatan?! Bangunlah Muslimin dan Muslimat sekalian! Bangkit dari tidur anda!!!

p/s: pada pendapat anda, apa punca kehancuran Empayar Turki Uthmaniah dan umat Islam sekarang ni? pepatah arab ada mengatakan ''cinta dunia adalah punca segala dosa''. Fikir-fikirkanlah...